Anda di halaman 1dari 4

IMPERIALISME DI ASIA TENGGARA

Bermaksud dasar perluasan kuasa dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

Imperialisme moden berlaku pada abad ke-15, apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah
di Amerika Latin, Afrika dan Asia.

Kuasa imperialisme di Asia Tenggara:

a) Portugal ( Melaka/Timor-timur)
b) Sepanyol (Filipina)
c) Belanda (Indonesia)
d) British (tanah melayu/sabah/sarawak/Burma)
e) Perancis (Indochina) Laos/Vietnam/Kemboja
f) Amerika Syarikat ( Filipina)

Imperialisme bertujuan untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah ratus.

Portugal mendahului kuasa Barat lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.

Faktor-faktor Imperialisme

1. Kekayaan Bahan Mentah


a. Kawasan Asia Tenggara memiliki sumber ekonomi dan bahan mentah yang banyak.
b. Contoh, Tanah Melayu bijih timah
c. Asia Tenggara juga memiliki tanah yang subur
d. Ditambah pula dengan revolusi perindustrian di Eropah menyebabkan permintaan
bahan mentah sangat tinggi
e. Kuasa Barat memerlukan bahan mentah untuk menampung revolusi perindustrian.
f. Oleh itu, kedudukan Asia Tenggara yang trategik antara China dan India menjamin
pasaran yang luas.
2. Revolusi Perindustrian
a. Revolusi perindusrian menyebabkan pengeluaran pelbagai barangan secara besar-
besaran (kuantiti yang banyak).
b. Revolusi perindustrian juga menghasilkan pengetinan makanan.
c. Bekalan bahan mentah diperlukan untuk menampung perindustrian.
d. Barangan yang banyak juga memerlukan pasaran baru untuk dipasarkan.
3. Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
a. Penggunaan kapal berkuasa wap menggantikan kapal layar
b. Kapal berkuasa wap mempercepatkan perjalanan antara timur dengan Barat
c. Kapal berkuasa wap juga membolehkan muatan yang lebih banyak.
d. Kemudian, pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 memendekkan jarak
perjalanan antara timur dan Barat.
e. Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez menjadikan perjalan
lebih selamat dan menjimatkan kos.
f. Penciptaan telegraf membolehkan arahan diberi dengan lebih cepat dan berkesan,
walaupun dengan jarak yang jauh.
4. Persaingan Kuasa Barat
a.Kuasa Barat bersaing untuk meluaskan tanah jajahan masing-masing.
b.Hal ini kerana semakin luas tanah jajahan, semakin berkuasa sesebuah negara itu.
c.Tanah jajahan yang luas akan disanjung dan segani oleh negara Barat lain.
d.Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan yang dimiliki oleh
sesebuah kuasa Barat.
5. Beban Orang Putih
a. Kuasa Barat menganggap diri mereka merupakan bangsa yang maju dan
bertamadun.
b. Mereka menganggap bangsa lain seperti orang gasar dan mundur.
c. Oleh itu, mereka menggunakan slogan beban orang putih, dengan rasa
bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan lebih baik.
d. Walhal, beban orang putih hanyalah satu propaganda untuk menguasai dan
meluaskan pengaruh mereka di Asia Tenggara.
e. Kuasa Imperialis menggunakan 3 prinsip dalam melaksanakan imperialisme:
i. Gold: untuk mendapatkan keuntungan dan kekayaan ekonomi
ii. Glory: menguatkan pengaruh dan meningkatkan kekuasan
iii. Gospel: menyebarkan agama Kristian

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA.

Bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan
tanah air.

Pembebasan daripada cengkaman politik, ekonomi dan budaya asing

Faktor Kemunculan Nasionalisme

1. Dasar Penjajahan Barat


a. Dasar yang dilaksana kuasa barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan masyarakat di asia Tenggara.
b. Sistem birokrasi tidak memberi peluang kepada masyarakat tempatan terlibat dalam
pentadbiran moden.
c. Masyarakat terus kekal dalam ekonomi tradisional.
d. Kuasa Barat menindas masyarakat tempatan. Contoh sistem tanaman paksa yang
dilaksana di Indonesia. Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh tanpa bayaran
gaji.
e. Kemasukan imigran yang ramai menimbulkan rasa tidak puas hati kerana golongan
imigran banyak menguasai sektor penting dalam ekonomi, penduduk tempatan terus
dipinggirkan.
2. Pengaruh Agama
a. Agama berjaya menyatukan masyarakat tempatan untuk menentang penindasan
yang dilakukan kuasa Barat.
b. Melalui agama juga masyarakat bersatu menentang pengaruh budaya Barat dan
penyebaran agama Kristian.
c. Sebagai contoh di Tanah Melayu dan Indonesia muncul Gerakan Islah manakala
Persatuan Belia Buddha di Burma.
d. Agama berperanan sebagai alat perpaduan
e. Gerakan Islam memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia islam
menentang penjajah barat
f. Agama Kristian menyatukan penduduk di Filipina dan menentang Sepanyol.
g. Wujud perbezaan kelas antara penganut Kristian tempatan dengan penganut Kristian
berbngsa sepnayol.
h. Penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua.
3. Karya Kesusasteraan
a. Kesusasteraan menjadi alat dalam membangkit semangat nasionalisme
b. Karya sastera menjadi media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan
penindasan yang dilakukan penjajah.
c. Membangkit kesedaran bangsa dan kecintaan tanah air.
d. Contoh karya kesusasteraan:
i. Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal
ii. Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke makam Bonda karya Chairil
Anuar
iii. Tanah Melayu, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako.
4. Sistem Pendidikan
a. Sikap penjajah yang mengamal pilih kasih dalam menyediakan kemudahan
pendidikan.
b. Mengutamakan sekolah yang mengguna bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.
c. Penjajah hanya menyediakan pendidikan pada peringkat rendah sahaja.
d. Pendidikan terhad untuk golongan elit dan penduduk bandar.
e. Sikap pilih kasih dalam menyediakan pendidikan bertujuan untuk memecahkan
perpaduan rakyat tempatan.
f. Di Burma, sekolah Buddha terancam akibat pendidikan sekular dan pendidikan
mubaligh
g. Di tanah Melayu, lepasan sekolah inggeris lebih mudah mendapat pekerjaan
berbanding sekolah vernakular.
5. Kemunculan Golongan Intelektual
a. Golongan intelektual pencetus gerakan nasionalisme
b. Golongan intelektual berpeluang melanjut pelajaran di Barat dan di Asia Barat.
c. Mereka didedahkan dengan idea falsafah barat dan Islam
d. Mereka sedar pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mentadbir
negara mereka sendiri.
e. Golongan intelektual memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air
f. Pada peringkat awal, mereka menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela.
g. Akhirnya, membawa kepada perjuangan membebaskan tanah air daripada
cengkaman penjajah.
6. Pengaruh Media Massa
a. Akhbar dan majalah telah menyemarakkan semangat nasionalisme.
b. Idea-idea nasionalis disebar melalui akhbar dan majalah
c. Akhbar dan majalah juga menanam perasaan antipenjajah.
d. Contoh akbar seperti:
i. Di Vietnam; Tribute Indegene dan cloche Felee
ii. Di Tanah Melayu; al-ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis
e. Perkembangan ini mengancam kepentingan politik penjajah.
7. Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
a. Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf
b. Memudahkan hubungan dalam kalangan nasionalis
c. Pembinaan jalan raya dan landasan kereta api menghubungkan antara kawasan-
kawasan, sebelum ini terpisah
d. Memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea
nasionalisme
8. Pengaruh Luar
a. Kejayan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata para nasionalis di Asia
Tenggara
b. Keupayaan negara kecil menewaskan negara besar
c. Perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British juga memberi inspirasi
kepada para nasionalis.