Anda di halaman 1dari 1

DOA KEJOHANAN PIALA DEKAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah hirabbil’alamin wassalatuwassala mu’ala ashrafil ambia iwalmursalin wa’ala alihi


wasahbihi ajmain

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami berhimpun pada tengahari ini sempena Anugerah Kejohanan Piala Dekan dengan penuh
semangat kesukanan dan silaturrahim.

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah


penglihatan kami .Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan
diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha ini fakulti kami akan menjadi
fakulti yang cemerlang, terbilang serta disegani dan dihormati. Di mana ia akan melahirkan
mahasiswa yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia
mahupun di akhirat .

Rabbana atina fiddunya hassanah wafilakhiratihassanah wakinaa ‘azabannar

Anda mungkin juga menyukai