Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih pengerusi majlis ….

Yang dihormati Pn. Recelina Albert Tangau, ____________________________________________________


Yang dihormati, guru besar SK. Pinolobu, En. Kukung Emang …
Yang berbahagia PDP PIBG SK. Pinolobu, En. Suliah Bakaih dan barisan AJKnya …
Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Kuin Gumboyon, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Pn. Nasah
Lujum, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Henry Damin, guru-guru, kakitangan bukan mengajar
SK. Pinolobu, pemimpim-pemimpin agama dan masyarakat, para ibu bapa, rakan-rakan murid
seterusnya hadiran dan hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Salam satu Malaysia, salam sejahtera dan selamat pagi …

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi
kesempatan mewakili semua murid untuk menyampaikan sepatah dua kata pada majlis ini. Masa
berlalu begitu pantas, tanpa disedari kita sudah berada di penghujung tahun dan bertemu sekali
pada Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SK. Pinolobu tahun 2015, khusus untuk
memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik dan juga bko-kurikulum.

Dalam kesempatan ini, saya mewakili semua murid SK. Pinolobu ingin merakamkan ucapan
berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah, yang tidak jemu-
jemu, tanpa mengenal erti penat dan lelah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua
murid demi mencapai kecemerlangan dan kejayaan khususnya, dalam pelajaran.
Sememangnya tanpa kalian sudah tentu hala tuju kami tidak akan kemana.

Bagi kami murid-murid Tahun 6, mulai tahun hadapan kami akan melanjutkan pelajaran ke
peringkat sekolah menengah. Sehubungan dengan itu, sudah tentu kesediaan kami adalah
disebabkan oleh jasa, bimbingan dan tunjuk ajar semua guru selama kami belajar di sekolah ini
sejak 6 tahun yang lalu.

Oleh itu, saya mewakili semua murid Tahun 6 khususnya, dan semua murid SK. Pinolobu amnya,
berjanji akan terus berusaha, belajar bersungguh-sungguh dan terus berjuang demi mencapai
kejayaan di kemudian hari.

Dalam kesempatan ini juga, saya mewakili semua murid menyusun jari sepuluh, memohon
kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kesalahan yang telah kami lakukan.
Kami sangat menyedari hakikat ini dan maafkan kami cikgu …..
Kami akan sentiasa mengingati jasa-jasa semua guru dan kakitangan sekolah dan berdoa agar
guru-guru dan kakitangan sekolah terus diberkati Tuhan … Terima kasih Cikgu …..
Kepada semua ibu bapa kami, inilah luahan hati kami, kami sangat menyayangi kalian dan
merasa amat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang begitu prihatin dan sentiasa
mengambil berat, begitu setia memperhatikan keperluan dan keadaan kami. Semoga semua
ibu bapa kami terus berbahagia dan diberkati Tuhan.

Saya tidak bercadang untuk memperpanjangkan lagi ucapan saya, sebelum mengundur diri,
terimalah serangkap pantun untuk renungan kita bersama ….

Pergi ke sekolah berjalan kaki,


Berjalan kaki dengan azam yang tinggi,
Walaupun susah beribu onak dan duri
Akan kami tempuhi dengan jiwa dan semangat yang jitu
Demi kejaya dan kecemerlangan di kemudian hari …

Sekian dan terima kasih ……

Anda mungkin juga menyukai