Anda di halaman 1dari 5

Mohon perhatian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.

Oleh itu, para hadirin diminta


mengambil tempat duduk. Saya umumkan etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran majlis.

1. Sila pastikan telefon bimbit berada dalam mod senyap.

2. Para hadirin dipohon berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan.

3. Berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku.

4. Menghormati bacaan doa.

5. Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.

6. Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil tempat duduk.

7. Penerima anugerah dipohon naik ke pentas dari sebelah kanan dan turun ke sebelah
kiri.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Muhammad b. Hashim, Yang Dipertua


PIBG SMK Kampong Jawa, diiringi masuk oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammed
Nashan b Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa, dan para tetamu khas yang lain.

Sidang hadirin, nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi. Sidang hadirin
diminta berdiri.”

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Bagi memberkati perjalanan majlis pada pagi ini, saya dengan sukacitanya menjemput
Tuan Muhd Alif Aiman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Demikianlah tadi bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Muhd Alif Aiman.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Hinggap minum di tepi kali,

Penat si helang membelah angkasa ,

Pelajar cemerlang sama dirai,

Agar terlaksana wawasan negara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera. Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran;

Yang Berbahagia En Muhammad b. Hashim, YDP PIBG SMK Kampong Jawa,

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammed Nashan b. Singgan, Pengetua SMK Kampong
Jawa,

Yang Berusaha Puan Latipah bt. Ahmad, Penolong Kanan Kurikulum SMK Kampong Jawa,

Yang Dihormati En Maswi b. Saion, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong
Jawa,

Yang Dihormati Pn. Hajah Sidah bt. Sedek, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong
Jawa,

Yang Dihormati Pn. Hajah Normadiah bt. Abdul Rahim, Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Kampong Jawa,

Yang Dihormati En. Amir Syaifuddin b. Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK
Kampong Jawa,

Para tetamu jemputan, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.


Sidang hadirin sekalian, pada petang Jumaat yang penuh barakah ini, warga SMK
Kampong Jawa berasa amat bertuah kerana dapat menjayakan Majlis Penyampaian
Hadiah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa bagi tahun 2013.

Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dari segala aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Untuk pengetahuan semua, ini
merupakan majlis yang julung-julung kalinya diadakan melibatkan dua unit serentak. Hasil
idea Tuan Pengetua, maka terbentuklah satu kerjasama antara unit hal ehwal murid dan
kokurikulum dalam pengelolaan majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum
2013. Pada petang yang redup ini, murid-murid SMK Kampong Jawa yang menunjukkan
ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi kepemimpinan, keperibadian dan
kokurikulum akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan itu
sahaja, jasa ibu bapa yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak dilupakan.

Sidang hadirin yang dihormati,

Bertonggakkan adat yang datang disambut, yang pergi diiringi maka majlis dengan
bangganya menjemput Tuan Haji Mohammed Nashan b. Singgan, Pengetua SMK
Kampong Jawa merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan
Kokurikulum SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Demikianlah ucapan Tuan Haji Mohammed Nashan b. Singgan. Majlis merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Kini, sampailah masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah
Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa tahun 2013.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia En. Muhammad b. Hashim,
YDP PIBG SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong
Jawa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Muhamad b.
Hashim kerana sudi menyampaikan ucapannya yang penuh bermakna dan seterusnya
merasmikan majlis pada petang ini.”

Sidang hadirin sekalian, kini tibalah saat yang dinantikan, Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2013. Bagi
menyempurnakannya, pihak majlis dengan berbesar hati menjemput Tuan Pengetua diiringi
oleh Pn. Sidah bt. Sidek untuk ke pentas utama bagi menyampaikan anugerah.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan ………….

(IKUT SENARAI)

HEM

Seterusnya, Anugerah Pengurusan Cemerlang Unit HEM. Anugerah ini diberikan


kepada ……………

(IKUT SENARAI)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan Pn. Sidah kerana sudi
menyampaikan anugerah.

Sebagai tanda terima kasih, majlis menjemput Pn. Sidah untuk menyampaikan tanda
kenang-kenangan kepada Tuan Pengetua.
Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah diteruskan. Bagi menyempurnakan
penyampaian, majlis dengan berbesar hati menjemput En. Muhammad b. Hashim, Yang
Dipertua PIBG diiringi oleh En. Maswi b. Saion untuk ke pentas utama bagi
menyempurnakan penyampaian anugerah.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga penghargaan yang diterima pada hari
ini menjadi dorongan dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mengejar,
meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang cemerlang.

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Muhammad b. Hashim
dan En. Maswi b. Saion kerana sudi menyampaikan anugerah. Sebagai tanda terima kasih
yang tidak terhingga, dipersilakan En. Maswi untuk menyampaikan cenderamata kepada
En. Muhammad b. Hashim.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itu
adat itu lumrah kehidupan, begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk ditelan, tapi
kaki tetap mengorak jalan, selagi hayat dikandung badan.

Hari Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum 2013 hampir sampai ke


penghujungnya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua
warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa
pengelola dan seluruh warga SMK Kampong Jawa, saya memohon kemaafan jika terdapat
sebarang kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Semua hadirin dipersilakan menikmati hidangan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai