Anda di halaman 1dari 3

nursya

Aplikasi Teori Pembelajaran Behaviouris dalam Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling

Latar belakang

 Terdapat dua prinsip yang dikemukakan dalam teori ini iaitu


o Pelaziman Klasik (Ivan Pavlov & J.B. Watson)
o Pelaziman Operan (B.F. Skinner & Thorndike)

Pandangan terhadap manusia

 Dilahirkan neutral dan mempunyai potensi yang sama untuk menjadi baik atau jahat, bersifat rasional
atau tidak rasional.
 Mampu memberi maklum balas terhadap ransangan yang sesuai dan apa yang telah mereka pelajari
sahaja.
 Mampu memberi maklum balas terhadap rangsangan yang sesuai dan apa yang telah mereka pelajari
sahaja.
 Mempelajari dan menyimpan pola-pola tingkahlaku, dan seterusnya mengulang pola-pola tersebut
pada masa hadapan, sekiranya diperlukan.

Rantaian A-B-C bagi masalah tingkah laku

 Masalah tingkahlaku adalah berantaian A-B-C (Antecedent – Behaviour- Consequence).


 Punca masalah menurut Pendekatan Tingkah laku /behavioural :
o Tingkah laku negatif ditiru/ dipelajari / tidak dihalang/ digalakan rantaian A -> B -> C –
o Memahami rantaian A -> B -> C

A (Antecedent) Keadaan, objek, suasana yang menggerakkan perlakuan B


B (Behaviour) Perlakuan
C (Consequence) Kesan selepas B dipamerkan

 Contoh :

A (Antecedent) Berada di Toys R Us


B (Behaviour) Anak meragam (Perlakuan Negatif)
Ibu belikan anak sesuatu dan anak berasa seronok.
C (Consequence)
(Setiap kali ke Toys R Us, anak tersebut akan meragam)

Matlamat Teori Behaviouris

 Untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini dan berubah kepada tingkah laku yang
diingini.
 Kenal pasti keadaan, objek atau fikiran yang merangsang timbulnya serta mengekalkan sesuatu
perlakuan negatif, ubah atau kurangkan tingkah laku berkenaan (kenalpasti A & C).
nursya

1. Modifikasi tingkah laku melalui perubahan persekitaran dan/ataupun kesan daripada perlakuan.

2. Perubahan tingkahlaku (B) melalui perubahan A atau C

3. Didikan kemahiran sosial (seperti kemahiran komunikasi, tanggungjawab).

4. Didik keluarga mengenai dinamik tingkahlaku.

Perwatakan kaunselor dalam teori behavioris

 Mempunyai kemahiran mendengar yang tepat – segala luahan dan masalah yang dikongsi klien dapat
difahami dan diselami dengan mudah – menitik beratkan setiap ayat yang diceritakan.
 Memahami bahawa setiap klien adalah unik – menerima segala kekuatan dan kelemahan klien –
setiap klien adalah unik dan berbeza antara satu sama lain
 Memberi galakan kepada klien untuk membuat perubahan dari maladatif kepada adaptif –
 Mempunyai kemesraan, memahami, sedia menolong dan ikhlas membantu klien. – sekiranya hati
ikhlas, pasti mudah bagi kaunselor untuk mendengar masalah klien tanpa rasa terpaksa

Perwatakan klien dalam teori behavioris

 Teori Behavioris berorientasikan tindakan dimana klien akan bertindak secara aktif ke arah
penyelesaian masalah yang mereka hadapi.

Di antara tindakan-tindakannya ialah:

 Memantau tingkah laku yang kurang wajar


 Mengamalkan kemahiran mengurus tingkah laku tersebut
 Menyempurnakan tugasan yang diberikan

Aplikasi teori pembelajaran dalam bnk

1. Kaunselor hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik

• Matlamat akhir proses kaunseling hendaklah dinyatakan dengan jelas

• Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dipercayai

2. Menetapkan obejktif bagi setiap langkah pengajaran

• Objektif hendaklah khusus

• Satu objektif bagi satu langkah kecil

3. Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai

• Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah laku

• Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai

• Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah

• Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah

4. Aplikasi hukum kesediaan

• Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada

• Sedia situasi yang merangsang

• Cungkil rasa ingin tahu/motivasi pelajar


nursya

5. Aplikasi hukum latihan

• Banyakkan pengulangan dan latih tubi

• Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai

6. Sediakan amalan disiplin sesi yang mesra

• Peraturan sesi yang positif

• Amalan dinamika kelompok

Implikasi teori dalam bnk

 Klien akan faham dan dapat melihat dengan jelas bahawa tingkahlaku merupakan proses kematangan.
Oleh itu, tingkah laku yang negatif boleh diubah.
 Dapat membantu murid mencapai suatu matlamat yang ingin dicapai. ( Membantu menyelesaikan
masalah pembelajaran atau sahsiah dalam kelas)
 Mampu meningkatkan motivasi intrinsik murid. ( Berinisiatif untuk belajar untuk mendapatkan
ganjaran, pujian dsb.)
 Hasilnya dapat dilihat dalam tempoh masa yang singkat.
 Sangat sesuai diaplikasikan bagi murid-murid yang berada dalam tahap umur yang masih sangat
memerlukan peranan orang dewasa untuk membimbingan dan memberi tunjuk ajar.
 Terdapat banyak proses pengulangan dan latihan bertahap yang digunakan untuk membiasakan
tingkah laku yang diingini.

Limitasi teori dalam bnk

 Teori ini mungkin akan mengubah tingkah laku tetapi tidak perasan.
 Mengetepikan pengalamanpengalaman silam yang mungkin mempengaruhi tingkah laku semasa.
 Mengetepikan faktor-faktor hubungan dalam terapi - menyebabkan hubungan antara kaunselor dan
klien menjadi tidak mesra sekaligus menyukarkan sesi kaunseling berlangsung.
 Motivasi dalam murid yang terhasil melalui proses ini bersifat sementara, dan hanya efektif dalam
tempoh masa yang singkat.
 Murid hanya ingin mendapatkan ganjaran.
 Bersifat ‘individualistik’, proses pembelajaran tidak akan membuahkan hasil sekiranya tidak ada
motivasi atau rangsangan diberikan.
 Proses pembelajaran yang berpusatkan guru. ( Murid hanya mendengar apa yang disampaikan oleh
guru) / (Pembelajaran berbentuk sehala)
 Murid sukar mengenal diri dan menerokai potensi dalam diri.
 Hanya menumpuhkan kepada hasil yang ingin diukur ; tidak menyeluruh. (Hanya berfokuskan kepada
tingkah laku)

Anda mungkin juga menyukai