Anda di halaman 1dari 6

STROK (PENYAKIT ANGIN AHMAR)

Strok atau angin ahmar merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah otak yang
tersumbat atau pecah seterusnya menyebabkan pendarahan. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan
kematian sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terjejas, seperti fungsi otak berkaitan dengan
percakapan, penglihatan dan / atau pergerakan seseorang.

Epidemiologi
Faktor Risiko
Tanda - Tanda
Rawatan
Pencegahan
EPIDEMIOLOGI
Sepuluh peratus (10 %) dari kematian di negara-negara maju adalah disebabkan oleh strok. Insiden strok
pada 1997 di negara Malaysia adalah 68.38 per 100 00 populasi dan ianya tertinggi di kalangan penduduk
berbangsa Cina dan diikuti dengan bangsa Melayu dan India.

Kejadian strok sering dikaitkan dengan mereka yang berpendapatan rendah (Kelas V) dan risiko untuk
mendapat strok meningkat dengan peningkatan umur. Lelaki dan perempuan mempunyai risiko yang sama
untuk mendapat strok.

FAKTOR RISIKO

1. Individu yang menghidap hipertensi (penyakit darah tinggi)

2. Individu yang mengalami masalah jantung

3. Paras kolesterol darah yang tinggi

4. Merokok

5. Kurang aktiviti fizikal/Kurang bersenam

6. Berat badan yang berlebihan/Kegemukan yang melampau.

TANDA DAN GEJALA


Majoriti dari pesakit tidak mempunyai sebarang gejala-gejala strok. Selalunya tanda-tanda strok dapat
dikesan semasa pemeriksaan rutin.

Bagaimanapun tanda-tanda dan gejala-gejala yang boleh dialami adalah:

1. Pening kepala (kepala/keadaan sekitar seperti berpusing )

2. Pitam atau pengsan

3. Anggota badan iaitu tangan dan kaki merasa kebas atau lemah atau
kedua-duanya sekali
RAWATAN
Rawatan untuk strok adalah bergantung kepada penyebab strok itu sendiri. Masalah saraf dan kelumpuhan
akibat pendarahan atau kerosakan sel di otak biasanya sukar dipulihkan kecuali pada kes yang tidak begitu
teruk. Di peringkat awal selepas berlaku strok, rawatan sokongan serta ubat tertentu diperlukan untuk
mengelakkan kerosakan otak yang lebih meluas/teruk.

Rawatan sokongan yang diberikan bergantung kepada tahap keterukan strok, di mana ianya boleh terdiri
dari bantuan pernafasan, pemantauan status kardiovaskular, pemberian cecair yang diperlukan tubuh
(bendalir intravena) serta jagaan kejururawatan.

Di peringkat seterusnya , rawatan adalah lebih tertumpu kepada terapi rehabilitasi iaitu bagi mengelakkan
komplikasi akibat masalah kelumpuhan atau lemah anggota, cara penggunaan tandas, penyesuaian tabiat
pemakanan serta sokongan emosi. Rawatan di peringkat ini memerlukan sokongan dari setiap anggota
keluarga bagi memastikan individu berkenaan dapat menikmati kualiti hidup yang sebaik mungkin.
Penggunaan vitamin peransang saraf otak mungkin digunakan walaupun kesan pemulihan dengan
penggunaannya adalah tidak begitu menggalakkan.
STROKE SERANGANNYA SUKAR DIRAMAL

STROKE STROKE atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya
lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan
lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.

Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauhmana ia boleh
menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. Faktor umum penyebab stroke ialah apabila
pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian
tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi.

Serangan stroke secara tiba-tiba ini membuatkan si mangsa tidak mengalami sebarang tanda amaran
kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia mengalami rasa lemah-lemah dan lumpuh sebelah
badan sama ada kiri atau kanan.

Lemah dan lumpuh akibat stroke ini akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk bercakap atau
kemungkinan kehilangan terus keupayaan bercakap atau dikenali sebagai aphasia. Antara masalah lain ialah
kemungkinan berlakunya gangguan pada bahagian otak yang lebih penting peranannya.

Bagaimanapun bukan semua jenis stroke akan menyebabkan lumpuh. Ini kerana gangguan saraf berlaku
jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan. Bagaimanapun kes begini jarang berlaku dan
hampir 85 peratus mangsa stroke akan mengalami masalah kekejangan saraf dan otot yang membawa
kepada lumpuh sementara atau kekal.

PENYEBAB STROKE

SAMA seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan berterusan melalui pembuluh darah
dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan
mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam
darah.

Adakalanya keadaan stroke menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak
menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut
mengalami kerosakkan disebabkan oleh perkaitan tersebut.

Teriadinya pecah pembuluh darah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan stroke. Bila ini berlaku,
darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya
menerima oksigen secukupnya.

PENYAKIT

HALANGAN arteri di dalam otak boleh juga berpunca daripada beberapa penyakit pembuluh itu sendiri
yang akan menyebabkan pembuluh tersumbat. Darah yang membeku boleh menjadi punca ia tersekat dan
ini dipanggil cerebral embolism. Manakala Throm-bosis atau pembekuan darah berlaku apabila arteri
disekat oleh lemak yang melekat di dinding arteri.

Embolisms Embolisms boleh disebabkan oleh penyakit jantung atau gangguan pada arteri utama. Penyakit
jantung dan stroke berkait antara satu sama lain. Banyak bukti menunjukkan beberapa jenis serangan
jantung akan menyebabkan stroke pada si mangsa.

Manakala bagi penyakit cerebral haemorrhages iaitu salur darah pecah juga boleh menjadi punca stroke.
Dinding salur darah yang tidak kuat dipanggil aneurysms akan pecah apabila menerima tekanan darah yang
lebih tinggi daripada biasa. Tekanan darah tinggi juga memberi kesan pada ketahanan dinding pembuluh
darah.
Sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tnggi untuk mendapat stroke berbanding yang lain.
Golongan manakah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang stroke? Selain pesakit jantung,
mereka yang mengidap penyakit diabetis, tekanan darah dan kolestrol tinggi serta seorang perokok
merupakan mereka yang paling berisiko untuk mendapat stroke. Ramai beranggapan faktor keturunan
sebagai punca penyakit stroke tetapi ternyata masih tidak terdapat sebararg bukti tentang faktor ini.

TANDA

SESETENGAH pesakit akan mengalami petanda dan amaran beberapa minggu atau bulan sebelum
diserang stroke yang serius. Biasanya tanda-tanda ini termasuklah rasa lemah anggota badan {sebelah kiri
atau kanan badan) dan pandangan mata yang beransur kabur. Bagaimanapun kebanyakkan pesakit tidak
mengalami sebarang tanda amaran bagi membolehkan mereka menjalani rawatan.

Cuma yang mungkin dapat dirasai pesakit ialah apabila mereka dapati sebelah badan terasa sakit dan lemah
sehingga membawa kepada lumpuh. Begitu juga dengan kehilangan keupayaan bercakap dan apabila
bertutur semakin sukar difahami.

Tidak ada apa yang lebih mengembirakan kepada para pesakit kronik seperfi stroke apabila mempunyai
harapan untuk sembuh begitu juga sekiranya mendapat tahu tentang penemuan baru untuk menyembuhkan
penyakit yang dideritai.

TERAPI SONOTRON HARAPAN

MANGSA STROKE

BIASANYA rawatan untuk stroke bergantung kepada sejauhmana seriusnya kerosakan otak yang dialami
oleh pesakit. Bagi pesakit stroke mereka biasanya akan menjalani beberapa siri rawatan untuk memulihkan
anggota yang lemah atau lumpuh.

Terapi Sonotron merupakan satu kaedah baru yang dijangka memberi harapan sembuh kepada pesakit
stroke. Bagi Pengarah Pusat Kesihatan Pelajar UPM, Dr. Yahya Abu Ahmad kejayaan mengaplikasikan alat
yang dinamakan Terapi Sonotron kepada pesakit stroke dapat memberi sinar baru kepada setiap pesakit
stroke biarpun masih belum diisytiharkan keberkesanannya secara umum.

Sonotron adalah rawatan tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan. Sebelum ini kaedah sonotron hanya
digunakan untuk mereka yang mengidap sakit sendi dan otot. Alat ini dikatakan mampu mengurangkan rasa
sakit dengan cepat hanya dengan sekali rawatan.

Bagi mangsa stroke mereka biasanya akan menjalani rawatan dan terapi selama tiga bulan hingga dua
tahun. Menurut Dr. Yahya rawatan terapi Sonotron membantu mempercepatkan kaedah rawatan bahagian
fizikal terutama di bahagian sendi. Rawatan terapi ini akan mengambil masa satu hingga dua jam untuk
setiap kali rawatan. Pancaran Sonotron merangsang pemulihan urat saraf dan sel-sel yang kian rosak.

Terapi ini akan memberi tumpuan pada bahagian sendi yang bermasalah dan juga kawasan otak yang
dijangka menjadi punca stroke berlaku. Dari kalian yang dilakukan terapi Sonotron ini berjaya
menunjukkan tindak balas memuaskan di mana seorang pesakit telah menunjukkan tanda-tanda untuk pulih
setelah menjalani 28 sesi rawatan menggunakan terapi ini.

NONA, JULAI 1996, M/S 132-133


Pembunuh Nomor Tiga itu Bernama Stroke

JAKARTA - LIFE begin at forty, hidup dimulai di usia 40. Sebab di usia kepala empat inilah seseorang
tengah berada di puncak karir. Di usia ini pula seseorang tengah menikmati apa yang menjadi
perjuangannya sejak usia 20 hingga 30-an. Sayangnya, di usia ini pula, penyakit stroke mencari mangsa.
“Banyak dijumpai kasus stroke menyerang orang usia 40-an, di mana seseorang sedang dalam masa
produktif. Alangkah tragis bila di usia muda ini harus hidup di atas kursi roda atau berbaring di tempat tidur
hanya karena penanganan stroke yang terlambat,” ujar Patricia M. Widjaya, Sp, kepala Bagian Radiologi di
Rumah Sakit Husada, Jakarta.
Stroke adalah serangan mendadak pada otak akibat pembuluh otak tersumbat atau pecah. Biasanya kondisi
ini akan diikuti dengan gejala seperti nyeri kepala hebat, penurunan kesadaran dan kejang mendadak. Juga
terjadi gangguan daya ingat, keseimbangan dan gangguan orientasi tempat, waktu dan orang.
Jenis stroke sendiri ada dua macam, yaitu stroke iskemik dan stroke hemoragik. Pada stroke iskemik terjadi
proses arteriosklerosis atau darah terlalu kental yang membuat pembuluh darah otak tersumbat. Sumbatan
ini terjadi akibat lepasnya bekuan yang berasal dari lokasi lain. Sedangkan stroke hemoragik adalah
pecahnya pembuluh darah akibat dinding pembuluh rapuh atau anomali-anomali bawaan pada usia muda.
Menurut Patricia, pasien stroke iskemik kerap terlambat ditangani akibat masyarakat kurang memahami
bahaya stroke. “Umumnya, jika seorang anggota keluarga terserang stroke iskemik, tidak langsung dibawa
ke rumah sakit. Mereka hanya membaringkan penderita saja. Kalau dilihat kondisi membaik maka
dianggap kesehatannya sudah pulih,” ungkap Patricia.
Padahal stroke iskemik bisa dipulihkan kalau ditangani dengan cepat, tidak lebih dari tiga jam setelah
serangan terjadi. Penanganan awal yang paling menentukan adalah dengan cara deteksi.

Teknik Deteksi
Ada dua jenis teknik pemeriksaan imaging untuk mengevaluasi kasus stroke atau Cerebrovascular Disease
(CVD), yaitu CT scan dan Magnetic Resonance Imaging (MRI). CT scan diketahui sebagai pendeteksi
imaging yang paling mudah, cepat dan relatif murah untuk kasus stroke. Namun dalam beberapa hal, CT
scan kurang sensitif dibanding dengan MRI, misalnya pada kasus stroke hiperakut.
Patricia berpendapat jika pasien stroke iskemik ditangani dengan cepat dan tepat menggunakan paket
pemeriksaan CT scan dan MRI maka stroke yang berkelanjutan bisa pulih kembali.
Lebih jauh Patricia menjelaskan langkah pemeriksaan CT scan terhadap otak polos, potongan aksial dari
basis crani sampai vertex. Bila ada tanda-tanda stroke hemoragik maka pemeriksaan selesai sampai di tahap
ini. Namun kalau CT scan normal atau tidak ada tanda-tanda akut infark maka pemeriksaan dilanjutkan
dengan MRI.
RS. Husada menyediakan sarana MRI dengan tesla tinggi, yaitu 1,5 tesla. MRI adalah suatu alat diagnostik
gambar berteknologi canggih yang menggunakan medan magnet, frekuensi radio tertentu dan seperangkat
komputer untuk menghasilkan gambar irisan penampang tubuh manusia.
Dengan ukuran tesla yang lebih tinggi maka akan dihasilkan gambar lebih tajam. Kemampuan membuat
irisan penampang sangat tipis, yaitu 1-2 milimeter, sehingga detil struktur jaringan tulang rawan terlihat
lebih jelas.
Selain mendeteksi stroke, MRI juga bisa mendeteksi kelainan jaringan di leher, tumor, infeksis atau abses,
proses degenerasi, trauma, kelainan bawaan dan sumbatan pembuluh darah. Pemeriksaan stroke dengan
MRI ini, menurut Patricia, hanya tepat bagi stroke akut yang kurang dari tiga jam, adanya defisit neurologi
yang nyata dan terjadi trombosit.

Terapi
Setelah menjalani deteksi teknis, pasien stroke harus menjalani perawatan umum. Menurut Prof. DR. Dr.
SM.Lumbantobing, SpS (K), ahli penyakit dalam Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia (FKUI),
perawatan umum sangat diperlukan apabila kesadaran pasien menurun. Biasanya perawatan ini dilakukan
setelah diadakan pemeriksaan penunjang rutin, mencakup hemoglabin, hematokrit, eritrosit, lekosi, masa
pendarahan serta pembekuan, dan seterusnya.
Pada tahap perawatan umum harus diperhatikan jalan nafas pasien. Jika jalan nafas tersumbat maka lendir
harus disedot untuk mencegah kekurangan oksigen. Masuknya cairan, kalori dan elektrolit juga harus
dipantau dengan baik. Di samping itu harus dicegah terjadinya peningkatan suhu dengan cara pemberian
obat anti piretik atau kompres.
“Peranan terapi anti-hipertensi pada fase akut stroke masih kontraversial di antara ahli medis. Ada dugaan
bahwa menurunkan tekanan sistemik dapat memperburuk aliran darah selebral yang mengakibatkan
kerusakan iskemik,” jelas Lumbantobing. Mengobati tekanan darah umumnya dilakukan bila tekanan
diastole melebihi 140 mm Hg atau tekanan sistole melebihi 220 mm Hg. Ada pula pakar yang mengambil
standar batas lain, yaitu tekanan astole lebih besar dari 220 mm Hg.
Umumnya tekanan darah meningkat pada fase akut stroke. Peningkatan tekanan darah ini dapat disebabkan
oleh stres, rasa nyeri, kandung kencing yang penuh dan tekanan intrakranial yang meninggi. Bila iskemia
didapati cukup berat maka sebagian sel saraf otak mati atau sekarat. Saraf yang mati ini tidak dapat
ditolong. Yang bisa dilakukan tim medis adalah berusaha agar saraf yang sekarat jangan sampai mati. Saat
inilah dibutuhkan suatu terapi khusus bagi pasien.

Pembunuh Nomor Tiga


Lumbantobing berpendapat bahwa banyak masyarakat awam yang tidak menyadari bahwa stroke sangat
berbahaya. Informasi ini sering tidak didapat oleh masyarakat kalangan menengah ke bawah. Yang perlu
diketahui adalah sesungguhnya stroke merupakan keadaan gawat darurat. Stroke membutuhkan
penanganan segera, sama halnya dengan jantung. Jika pada jantung disebut serangan jantung, maka stroke
bisa disebut sebagai serangan otak.
Jumlah penderita stroke di Indonesia kian meningkat dari tahun ke tahun. Jangan disepelekan, sebab
penyakit ini sudah menjadi pembunuh nomor tiga di Indonesia setelah penyakit infeksi dan jantung
koroner. Sekitar 28,5 persen penderita penyakit stroke di Indonesia meninggal dunia.
Di Eropa, stroke merupakan penyakit berbahaya kedua setelah penyakit jantung koroner. Di antara 100
pasien rumah sakit, sedikitnya dua orang merupakan penderita stroke. Jika tidak ditangani dengan segera
maka penderita stroke bisa berakhir dengan kematian atau kecacatan, yakni lumpuh dimensial atau pikun
dan gangguan lain seperti sulit bicara dan melakukan kegiatan lainnya.
Untuk mencegah “the silent killer” ini maka seseorang dianjurkan untuk mengurangi rokok, melakukan
olah raga teratur, membatasi minuman beralkohol, dan menghindari stres berlebihan. Mereka yang
berpotensi tinggi terkena stroke adalah penderita hipertensi, kencing manis, pecandu rokok dan alkohol,
serta penderita stres berat.(mer)

Anda mungkin juga menyukai