Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROJEK INOVASI

Bagi menyiapkan projek inovasi digital ini, saya telah melalui beberapa fasa. Antaranya fasa
analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Fasa
analisis telah meliputi beberapa proses mengenal pasti masalah supaya saya jelas tentang
objektif pembangunan inovasi digital yang akan saya bangunkan. Saya mendapati murid
prasekolah mengalami masalah dalam mengenal bentuk dua dimensi beserta ciri-cirinya. Hal
ini adalah berdasarkan kepada Standard Pembelajaran MA 6.2.1 Mengecam bentuk segi
empat sama, segi empat tepat, segi tiga dan bulatan dalam tunjang Sains dan Teknologi.

Setelah mengenalpasti masalah, saya meneruskan projek inovasi saya dengan mula
mereka bentuk inovasi digital saya. Objektif saya memilih untuk melaksanakan inovasi ini
adalah supaya:
i. Murid dapat menyebut minima tiga nama bentuk dua dimensi yang
telah diajar.
ii. Murid dapat menyebut minima tiga ciri bentuk dua dimensi.

Seterusnya, saya memilih strategi menggunakan buku digital dan kuiz sebagai aktiviti
pengukuhan.

Selanjutnya, saya melalui fasa pembangunan. Melalui fasa pembangunan saya telah
memilih untuk menggunakan aplikasi Storyjumper untuk mencipta buku digital. Aplikasi ini
membolehkan saya menggunakan audio dan gambar yang menarik. Selain itu, ia juga sangat
mudah diurus. Aplikasi seterusnya yang telah saya gunakan adalah aplikasi Kahoot. Saya
telah mencipta beberapa soalan pengukuhan berdasarkan buku digital yang telah dicipta.
Aplikasi Kahoot ini boleh digunakan semasa kanak-kanak melayari internet sendiri, membuat
latihan di rumah atau latihan pengukuhan di dalam kelas samada secara individu atau
berkumpulan. Kedua-dua aplikasi ini kemudiannya saya himpunkan di dalam satu laman iaitu
Wix supaya kedua-duanya mudah diakses.

Bagi fasa pelaksanaan, saya telah melaksanakan ujilari terhadap produk inovasi saya.
Hal ini adalah supaya saya boleh melihat sejauh mana produk inovasi saya boleh berfungsi.
Selain itu, saya juga dapat menegnal pasti masalah yang timbul lalu membuat beberapa
penambahbaikkan terhadap produk inovasi digital yang telah saya bangunkan. Bagi ujilari,
saya telah melibatkan pensyarah dan pelajar-pelajar yang terdiri daripada unit Pendidikan
Awal Kanak-kanak semester 6. Hal ini adalah kerana mereka lebih faham dan dapat melihat
kesesuaian produk inovasi yang saya bangunkan untuk diaplikasikan oleh kanak-kanak
prasekolah.

Akhir sekali, bagi fasa penilaian

5.0. RUMUSAN
Penghasilan produk inovasi ini menunjukkan bahawa pembangun inovasi telah
menemukan kaedah untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik untuk
membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan terhadap bahan sedia ada untuk
menghasilkan sesuatu yang unik, bernilai dan berkualiti untuk dipasarkan. Inovasi yang
dilakukan juga telah melalui langkah-langkah dalam proses inovasi iaitu proses
pengembangan kerangka, redefensi isu, generasi idea dan perencanaan implimentasi dalam
pembangunan produk. Dengan pembangunan produk ini. Penguasaan pengetahuan pelajar
terhadap subjek ini dapat ditingkatkan di samping meningkatkan tahap pemahaman murid
terhadap isi pembelajaran.