Anda di halaman 1dari 4

Pentaksiran Autentik

Konsep

Pentaksiran autentik-penilaian yang dilakukan terhadap murid yang melaksanakan aktiviti atau
tugasan yang merujuk situasi kehidupan sebenar dan dapat mempamerkan aplikasi kemahiran dan
pengetahuan yang bermakna.

Prinsip Asas Pentaksiran Autentik

 Murid mengemukakan jawapan dan bukan memilih daripada senarai.


 Pemikiran aras tinggi.
 Pendekatan secara langsung untuk menilai projek.
 Seiring dengan PdPc.
 Menggunakan kerja murid yang dikumpulkan dari semasa ke semasa.
 Berdasarkan kriteris yang jelas dan diberikan kepada murid.
 Membenarkan pelbagai interpretasi dan tafsiran.

Ciri-ciri Utama PA
 Aktiviti relevan dengan kehidupan sebenar murid.
 Tugasan yang kompleks-jangkamasa panjang.
 Tugasan beri peluang murid berkolaboratif.
 Tugasan perlukan murid membuat refleksi.
 Tugasan beri peluang kepada murid selesaikan dari pelbagai spektif dengan
menggunakan pelbagai sumber.
 Tugasan boleh digunakan merentasi pelbagai subjek
 Tugasan mencabar pemikiran murid

Jenis-jenis Pentaksiran Autentik


 Pentaksiran prestasi
 Pentaksiran portfolio
 Penilaian rakan sebaya
 Penilaian kendiri
 Pentaksiran atas talian
Pentaksiran Prestasi
 Merupakan tugasan yang dapat menilai apa-apa yang boleh murid buat
berdasarkan pengetahuan yang telah dipelajari dalam keadaan dunia sebenar.
 Dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses PdPc.
 Memerlukan murid membuat inovasi atau merekacipta sesuatu.
 Mengukur apa yang murid boleh buat dengan kemahiran yang telah dipelajari.
 Projek-kumpul maklumat dan sediakan laporan-cth projek sains. Bina ekosistem.
 Persembahan-komponen praktikal yang gabungan teori dan amali
 Pemerhatian
 Produk
 Amali-tugasan hands on
 Tugasan bertulis-laporan
 Buku Skrap
 Portfolio-evidens pencapaian murid-fail pbs

Pentaksiran Portfolio
 Portfolio adalah satu koleksi hasil kerja murid atau evidens kemajuan
pembelajaran murid.
 Pentaksiran yang dilakukan oleh guru dan murid.
 Koleksi hasil kerja murid yang dikumpulkan.
 Produk-koleksi esei, koleksi puisi yang dilaksanakan oleh murid.
 Proses-proses PdPc seperti proses menyiapkan kajian tindakan.
 Penilaian-penilaian pencapaian murid terhadap objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan contoh laporan amali sains.

Penilaian Rakan Sebaya


 Murid menilai dan memberikan maklumbalas hasil kerja rakan mereka secara
individu atau berkumpulan. Penilaian haruslah berdasarkan kepada kriteria rubrik
atau senarai semak yang disediakan.
 Contoh-murid dikehendaki menilai hasil penulisan esei rakannya. Murid
menentukan kriteria yang akan dinilai dalam kumpulan dan menggunakan kriteria
tersebut untuk membuat penilaian esei yang ditulis oleh rakannya.
Penilaian Kendiri
 Penilaian yang dilakukan oleh murid sendiri mengenai kemajuan pembelajaran
mereka berdasarkan matlamat pembelajaran atau standard yang perlu dicapai.
 Penilaian berdasarkan senarai semak dan rubrik.
Pentaksiran Atas Talian
 Proses pengukuran sesuatu aspek berdasarkan maklumat dan tujuan yang
ditetapkan melalui komputer dan rangkaian internet.
 KAHOOT, QUIZZZ