Anda di halaman 1dari 2

Nama : Febrian Adhitya

NIM : 1207113659

A. Rukun Iman

Allah Ta’ala berfirman:

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan
tetapi sesungguhnya kebajikan itu adalah barangsiapa yang beriman kepada Allah, hari
kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi.” (QS. Al-Baqarah: 177)

1. Beriman kepada Allah.


Dengan iman kita membulatkan keyakinan diri serta hati semata-mata kerana
Allah. Secara positif menuju tauhid yang murni dan secara negatif menafika
segala bentuk pemujaan kepada selain dari Allah.

2. Beriman kepada malaikat.


Dengan iman kita mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat
yang melaksanakan tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai
alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda
ghaib yang tidak diberitakan Allah.

3. Beriman kepada kitab.


Iaitu kita mempercayai adanya kitab suci yang Allah turunkan kepada umat
manusia melalui utusan-Nya bagi memimpin mereka ke jalan yang selamat.
Kitab suci ini di akhiri dengan al-Quran.

4. Beriman kepada nabi dan rasul.


Dengan beriman kepada nabi dan rasul kita meyakini adanya manusia pilihan
yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk yang di akhiri dengan Nabi
Muhammad.

5. Beriman kepada hari kiamat.


Dengan iman kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada
kehidupan lain yang kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat
penentuan manusia sama ada ke syurga atau neraka.

6. Beriman kepada qada' dan qadar.


Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita meyakini di samping usaha yang
dilakukan hanya Allah yang bakal menentukan dan segalanya terletak di dalam
kekuasaan-Nya.
B. Rukun Islam

Rasulullah SAW bersabda:

“Islam dibangun diatas lima (landasan); persaksian tidak ada ilah selain Allah dan
sesungguhnya Muhammad utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, haji
dan puasa Ramadhan “ (Bukhari : 7 )

1. Mengucap dua kalimah syahadah.


'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi
Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati
serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah
dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.


Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga
meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak,
mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti
yang diajarkan oleh Rasulullah.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.


Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan
terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata -mata
kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta
tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.

5. Menunaikan haji di Mekah.


Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang
muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela
hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.

Anda mungkin juga menyukai