Anda di halaman 1dari 32

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

0
ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA M/SURAT

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 LATARBELAKANG KOPERASI 4

3.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN PENGURUSAN


INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS 5

4.0 OBJEKTIF PROGRAM 6

5.0 CARTA SASARAN PROGRAM YANG DIJALANKAN 7

6.0 PENGKHUSUSAN BIDANG LATIHAN YANG DITAWARKAN 10

7.0 METODOLOGI/ KAEDAH PERLAKSANAAN 24

8.0 TEMPOH PROGRAM KURSUS / TEMPAT 25

9.0 NILAI TAMBAH DITAWARKAN (ADDED VALUE OFFERED) 25

10.0 FAEDAH/KAEDAH PULANGAN KEPADA PESERTA 25-26

11.0 PENUTUP/KESIMPULAN 26

12.0 LAMPIRAN KOS PROGRAM

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


1
RINGKASAN EKS EKUTIF
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi Kertas Cadangan ini berjaya disedia dan disiapkan
sepenuhnya bagi dikemukakan kepada semua pihak yang berkenaan untuk memberi
penerangan, penjelasan serta pendedahan tentang hasrat KOWANIS bagi melaksanakan
Program Persijilan Keusahawanan dan Program Latihan Jangka Pendek (Indoor & Outdoor)
dan seterusnya mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan kursus dan
program yang telah disusun. Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) dan
Institut Latihan Teknikal KOWANIS berhasrat dan ingin turut sama menyumbangkan
pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan menjalankan kursus dan program yang
berkaitan. Antaranya kursus yang dikendalikan adalah Kursus Jahitan, Kursus
Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit, Kursus Kecantikan dan
Aromatheraphy serta Kursus Masakan dan Penyediaan Makanan. Kursus ini terbuka
kepada belia-beliawanis yang ingin meningkatkan pencapaian diri mereka dalam pelbagai
bidang yang diminati. Kursus ini juga mampu membantu mereka yang tidak memiliki sijil
akademik, tamat pesekolahan atau kepada yang telah bekerja dalam industri yang
berkaitan.
Di akhir tempoh kursus, setiap peserta diharapkan akan dapat:

a. Meningatkan kemahiran diri dan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)


mengikut tahap.
b. Meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan.
c. Melahirkan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya maju serta berkemahiran
tinggi lagi inovatif.
d. Mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat
kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan tegar ke tahap sifar sekaligus dapat
mencapai matlamat kerajaan.”

Program ini juga dapat menjadi medium untuk memupuk semangat keusahawanan di
kalangan para belia yang menyertainya, di mana sepanjang kursus ini, belia akan
diterapkan dengan nilai-nilai yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan
yang sistematik untuk menceburi bidang perniagaan. Adalah diharapkan agar
pembentangan melalui Kertas Cadangan ini akan di terima dan dipertimbangkan.

Pengerusi
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


2
PERMOHONAN BANTUAN DANA
PROGRAM PERSIJILAN KEUSAHAWANAN
DAN PROGRAM LATIHAN JANGKA PENDEK

1.0 PENDAHULUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan Bantuan Dana serta Penajaan
yang mana hasil bantuan yang dihulurkan mampu menaja suatu program yang
dikenali sebagai Program Persijilan Keusahawanan dan Program Latihan Jangka
Pendek (dalam bidang Jahitan, Telekomunikasi, Masakan dan Penyediaan Makanan
serta Kecantikan). Kesemua latihan yang dijalankan akan dapat membantu peserta
program mendapat pengiktirafan dari industri pekerjaan serta pihak Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK).

Program ini mensasarkan golongan belia yang bermotivasi tinggi, kurang


berkemampuan dari segi ekonomi, dan tidak berpeluang menceburi bidang kemahiran
seperti yang dinyatakan di atas di institusi-institusi kemahiran milik kerajaan atau pun
swasta disebabkan desakan hidup serta keadaan kehidupan masakini. Secara
umumnya program yang akan dijalankan ini adalah aplikasi amalan sebenar di dalam
industri pekerjaan, serta sesuai diterapkan kepada peserta-peserta, khususnya belia
yang tidak berkemampuan atau berpeluang meningkatkan persijilan mereka. Di akhir
program ini belia-belia ini berpeluang menjadi belia-belia yang lebih berdaya saing
dan kompetitif untuk berada di dalam industri pekerjaan, mengikut kapasiti yang
dirancang.

Berdasarkan pemerhatian, kajian dan pengalaman pihak kami dalam menjalankan


pelbagai program kemahiran mendapati bahawa senario industri pekerjaan pada masa
hadapan akan terus memerlukan tenaga kerja terlatih yang dapat menyumbang
tenaga dan pengalaman ke arah perkembangan ekonomi Malaysia selari dengan
hasrat cita-cita dan slogan kami “Kemahiran Berinovasi Pemangkin Kejayaan”

KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS-P-5-0272) merupakan


sebuah badan pertubuhan yang telah ditubuhkan di bawah Akta-Koperasi 1993 dan
telah didaftarkan secara rasminya pada 14 hb. Januari 2005. Semenjak penubuhan
KOWANIS lebih menumpukan perhatian dalam bidang Penyewaan Kenderaan (Teksi)
dan selain itu turut melaksanakan Program-Program Latihan Kemahiran. KOWANIS
sebelum ini telah berjaya melaksanakan Kursus Jahitan dan Kraftangan di bawah

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


3
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dengan kerjasama FELCRA
Training and Consultancy dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW). Selain itu KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Program Latihan
Kerjaya (PLK) anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah seliaan FELCRA
Training and Consultancy (FTC) .

KOWANIS disokong dan dibantu sepenuhnya oleh ahli-ahli yang sememangnya


memiliki kemahiran dan berpengalaman melaksanakan pelbagai Program Latihan
Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) serta Program Kursus Jangka Pendek. Sebelum ini
KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Kursus Jurukecantikan (PLKK), Kursus
Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit (PLKK), Kursus Perkhidmatan
Melatih Ibu Tunggal(I-Kit) Dan Keusahawanan Wanita (I-Keunita) secara Program
Kursus Jangka Pendek (PKJP), Program Latihan 1 Malaysia, Program Latihan
Kemahiran 1 Malaysia, dan Program Latihan Kemahiran (NBOS).

KOWANIS kini akan melaksanakan setiap program Latihan melalui divisyennya Institut
Latihan Teknikal KOWANIS (ILTK), yang akan dinaik - taraf sebagai Penyedia Latihan
bidang Jahitan, bidang Telekomunikasi- Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit
yang bertauliah dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber
Manusia. KOWANIS juga berdaftar sebagai Pusat Latihan SLDN bagi kursus
Jurukecantikan dan Aromatherapy yang turut ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia .

Diharapkan sumbangan Dana ini dapat membantu para peserta yang berminat
menjalani latihan serta mendapatkan kemahiran yang diminati bahkan akan
mengwujudkan mengeratkan hubungan dua hala antara KOWANIS dan penyumbang
DANA bahkan akan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat
Malaysia khasnya.

Pihak kami berharap agar Bantuan Dana yang disumbangkan dapat merialisasikan impian
para peserta yang terlibat seterusnya turut menjayakan program yang dirancangkan oleh
pihak kami KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS).

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


4
2.0 LATARBELAKANG KOPERASI

2.1 MAKLUMAT ASAS KOPERASI

Nama Koperasi : KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD


(KOWANIS).

Alamat Koperasi : No. 55, Lorong Bertam Indah 1


Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG

Tarikh Daftar : 14 Januari 2005

Nombor Pendaftaran : P-5-0272

Jumlah Anggota : 100

Jumlah Modal Syer : RM10,000.00

Fungsi Utama : Perkhidmatan

Aktiviti : ● Pusat Latihan Kemahiran/ Kursus Kemahiran Jangka


Panjang/ Kursus Jangka Pendek (Indoor & Outdoor)/
Juruperunding (Consultancy) Perkhidmatan

No. Akaun Bank : 557157802011

Nama Bank : MAYBANK Cawangan Gelugor


345-H, Bangunan Kelab Gelugor
Jalan Sultan Azlan
11700 Gelugor
PULAU PINANG

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


5
3.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN PENGURUSAN
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK)

PENGERUSI/ PENASIHAT
PN. FAUZIAH-HANI BT YACOB PJK,PJM

CEO/ PENGURUS PUSAT BERTAULIAH


EN. MAIZAL AFFENDEY B. JALALUDIN

UNIT PENTADBIRAN & KURIKULUM UNIT PROGRAM & LATIHAN PENGURUS OPERASI LATIHAN
CIK NASIBAH BT. AZIZ KEMAHIRAN EN. MOHD AZLI B. RAMLI@SULONG
EN. WAN MUHAMMAD SIRAJ MUNIR

UNIT LATIHAN
JANGKA PANJANG/ JANGKA PENDEK
SUMBER MANUSIA
CIK AFEERA RAHAYU BT. TENAGA PENGAJAR
AHMAD RADZI EN. MOHD AZLI B. RAMLI
(MOBILE REPAIRING)
CIK NASIBAH BT. AZIZ
(SISTEM KOMPUTER)
PN. GRACE CHEONG
(JURUKECANTIKAN)
KAKITANGAN PN. SALBIAH BT. YUSUF
CIK ZIRWATUNNATASYA BT. (AROMATHERAPY)
ZAHRI PN. AFIDA BT. JALALUDIN
(JAHITAN)
EN. MOHD NUR AFIFI B. IBRAHIM
(MASAKAN)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


6
4.0 OBJEKTIF PROGRAM

KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (Institut Latihan Teknikal


KOWANIS) amat berharap di akhir kursus ini peserta akan dapat mencapai
matlamat seperti berikut :

1. Melahirkan masyarakat dan belia dan beliawanis khasnya yang berkemahiran dan
berkualiti.

2. Melahirkan belia yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek kemahiran.

3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia agar lebih maju dan kehadapan
setaraf dengan semua lapisan masyarakat sekaligus dapat membasmi kemiskinan.

4. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis.

5. Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta supaya
meminati dan menceburi bidang kemahiran.

6. Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam bidang yang
disertai (Bidang Jahitan, Telekomunikasi, Masakan, Jurukecantikan serta
Aromatheraphy).

7. Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi yang
berubah dengan pantas. Memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui
masalah, rintangan dan risiko yang akan dihadapi serta cara untuk mengatasi di
dalam dunia perniagaan.

8. Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin


pendapatan yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan mereka.

9. Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para usahawan yang


sedia ada di pasaran.

10. Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak atau terlibat di dalam anasir-
anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan sebagainya.

11. Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi usahawan


pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan.

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


7
5.0 CARTA SASARAN PROGRAM YANG DIJALANKAN
OLEH
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS

LALUAN LATIHAN & KERJAYA


( TRAINING & CARRIER PATHWAY )

PROSES 3
PROSES 2
PROSES 1

Mengikuti Tamat Kursus


Pemilihan Kursus Jangka Panjang SIJIL PENYERTAAN
Bidang Kursus Mengikut Bidang
Yang Diminati atau
Mengikut Keperluan
Pekerjaan

PROSES 4

Tamat Kursus
TAMAT SIJIL
Peserta Boleh Memilih Untuk : PENYERTAAN
- Usahawan
- Menyambung Pengajian
- Bekerja
BERKEMAHIRAN
6.1. Kursus Tekstil & Pakaian
(Pembuat Pakaian Wanita)

Melatih, membangun dan menawarkan peluang


tenaga terlatih, di bidang Tekstil & Pakaian (Pembuat JANGKAMASA LATIHAN
Pakaian Wanita) untuk memenuhi asas sebenar Latihan Teori & Amali (Familiarization)
Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu
amalan di sesebuah kedai Jahit. Kemahiran-
Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)
kemahiran asas yang MESTI ada pada setiap tenaga Tempoh Latihan : 2 minggu
terlatih di bidang ini akan diterap dan dilatih kepada Apparentis Pekerjaan (Apprentice)
peserta. Ia termasuk amalan sebenar (Actual Tempoh Latihan : 2 minggu

practice) di Kedai Jahit apabila berhadapan dengan


pelanggan sebenar turut didedahkan kepada peserta.

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


10
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA 2012
(KURSUS JAHITAN PAKAIAN WANITA)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


11
Anjuran MARA Negeri Perak
(KURSUS JAHITAN TUDUNG BERFESYEN 2012)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


12
PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA 2012
(Kursus Jahitan Tudung Berfesyen)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


13
PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA 2012
(Kursus Sulaman Dan Manik)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


14
6.2. Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit
(Juruteknik Telefon Bimbit)

Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga


JANGKAMASA LATIHAN
terlatih, di bidang Penyenggaraan dan Membaiki Telefon
Bimbit yang akan mendalami kemahiran-kemahiran Latihan Teori & Amali (Familiarization)
Tempoh Latihan : 2 bulan 2 minggu
sebagai Juruteknik (Phone Cellular Technician) supaya
Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)
berkemampuan mengendalikan sebarang masalah meliputi Tempoh Latihan : 2 minggu
Hardware dan Sofware sebarang jenama telefon bimbit Latihan Sebenar (Actual Practice)
Tempoh Latihan : 1 minggu
yang berteknologi tinggi di mana-mana pusat servis.

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


15
KURSUS JANGKA PENDEK
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


16
PROGRAM LAT 1 MSIA BELIA DAN BELIAWANIS IPOH
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


17
KURSUS PENYENGGARAAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT
BELIA DAN BELIAWANIS IPOH SIRI KE-2

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


18
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN 1 MALAYSIA
BELIA DAN BELIAWANIS FELDA
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


19
6.3. Kursus Kecantikan dan Urutan/Aromatheraphy

Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga


terlatih, di bidang Kecantikan dan Aromatherapy JANGKAMASA LATIHAN
(Jurukecantikan & Urutan) untuk memenuhi asas sebenar Latihan Penyesuaian (Familiarization)
amalan di Pusat Kecantikan atau SPA. Kemahiran- Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu
Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)
kemahiran asas dan teknik yang diguna pakai, akan diterap
Tempoh Latihan : 2 minggu
dan dilatih kepada peserta. Amalan sebenar (Actual Amalan Sebenar Pekerjaan (Actual
practice) di Pusat Kecantikan (Beauty Centre) apabila Practice)
Tempoh Latihan : 1 minggu
berhadapan dengan pelanggan (Walk in Customer), dan
pelanggan dalaman (Internal Customer) akan didedahkan
kepada peserta.

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


20
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA 2012
(KURSUS JURUKECANTIKAN & AROMATHERAPHY)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


21
6.4. Kursus Penyediaan Makanan Ala-dan Ala- Thai

Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga


terlatih, di Bidang Penyediaan Makanan Ala- Barat dan Ala- JANGKAMASA LATIHAN
Thai. Peserta yang berminat akan mendalami ilmu Latihan Penyesuaian (Familiarization)
kemahiran spesifik sebagai seorang Tukang Masak supaya Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu
Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)
berkemampuan menyediakan menu-menu makanan yang
Tempoh Latihan : 2 minggu
akan diperlukan oleh pelanggan atau perniagaan yang Amalan Sebenar Pekerjaan (Actual
diwujudkan. Peserta juga akan dilatih mengendalikan dapur Practice)
dan perniagaan di sesebuah Kedai/Gerai Makan Ala- Barat Tempoh Latihan : 1 minggu

atau Ala-Thai. Peserta turut di latih dengan amalan sebenar


pekerjaan.

KURSUS JANGKA PENDEK


(Kursus Penyediaan Makanan Ala-Barat)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


22
PROGRAM LAT 1 MSIA BELIA /BELIAWANIS DAN IBU TUNGGAL
(Kursus Penyediaan Makanan Ala-Barat)

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


23
7.0. METODOLOGI/ KAEDAH PERLAKSANAAN

a. Pembelajaran akan dilaksanakan secara penerangan melibatkan latihan amali,


perbincangan, serta latih-tubi. Pembelajaran akan disampaikan oleh tenaga pengajar
yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang ini serta akan disampaikan
berdasarkan modul yang telah disediakan.

b. Pelaksanaan kursus lazimnya akan melibatkan 70% aspek amali dan 20% adalah
dalam bentuk teori dan 10% selebihnya menjurus ke arah bimbingan sebagai
usahawan (Apprentice). Para peserta akan dibekalkan dengan nota pembelajaran
dan peralatan serta bahan-bahan yang di perlukan (bahan mentah dan lain-lain
bahan).

c. Peserta kursus akan diperkenalkan dengan pelbagai peralatan yang berkaitan secara
terus. Para peserta akan turut dibekalkan nota penting untuk dijadikan bahan
rujukan setelah tamat kursus. Sesi soal jawab akan di adakan bagi memastikan
setiap peserta memahami pembelajaran yang disampaikan.

d. Para peserta akan mendalami segala ilmu berkaitan tentang kursus yang disertai
melalui bengkel-bengkel yang akan dijalankan pada setiap hari dimana peserta
akan dapat membiasakan diri dengan setiap peralatan yang akan digunakan kelak.
Para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik yang betul bagi menghasilkan
produk yang berkualiti serta mampu menarik minat para pelangan nanti.

e. Di akhir kursus ini para peserta akan didedahkan tentang pasaran perniagaan
sebenar serta akan dibimbing oleh usahawan yang telah berjaya dalam bidang yang
berkaitan.

f. Para peserta akan dipantau dan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak KOWANIS
dan Institut Latihan Teknikal KOWANIS serta perlu mengemukakan laporan
kemajuan perniagaan yang diwujudkan ataupun laporan terkini selepas tamat
kursus.

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


24
8.0. TEMPOH PROGRAM KURSUS / TEMPAT

Tempoh perlaksanaan bagi setiap program/ kursus yang akan dijalankan adalah
selama 3 sehingga 4 bulan ( mengikut jenis kursus kemahiran yang disertai ). Kursus
ini akan di jalankan di Institut Latihan Teknikal KOWANIS milik KOWANIS atau Pusat
Latihan yang dilantik. Jika tiada sebarang perubahan semua kursus akan dilaksanakan
beralamat seperti di bawah :

 INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK)


No. 55, Lorong Bertam Indah 1
Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG

Peserta akan belajar mengikut modul yang disediakan oleh tenaga pengajar yang
pakar serta mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Pelaksanaan
kursus juga boleh dijalankan di premis-premis mengikut kesesuaian dan permintaan
penganjur.

9.0. NILAI TAMBAH YANG DITAWARKAN (ADDED VALUE OFFERED)

9.1 Para peserta akan diberi pendedahan asas serta digalakkan menguasai pengetahuan
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai percakapan dalam mengendalikan
perniagaan. Peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman
dalam bidang Bahasa Inggeris. Pengetahuan ini merupakan suatu kelebihan buat
para peserta.

9.2 Peserta turut dibimbing menguasai asas perakaunan yang dapat dimanfaatkan
apabila menamatkan pengajian dan terutama para peserta yang akan menjadi
seorang usahawan. Nilai tambah ini dapat memberikan bimbingan buat para peserta
menjalankan perniagaan dengan teratur serta menggunakan pengetahuan
tambahan ini bagi mengimbangi perniagaan yang dijalankan serta menyediakan
rekod perakuanan yang teratur

10.0. FAEDAH/KAEDAH PULANGAN KEPADA PESERTA

- SETELAH TAMAT KURSUS

10.1 Peluang melanjutkan pengajian program latihan kemahiran di pusat pengajian yang
diiktiraf kerajaan dan mendapat bantuan pembiayaan dari agensi-agensi kerajaan
yang terlibat.

10.2 Peluang pekerjaan dengan syarikat atau industri yang memerlukan tenaga kerja
mahir rakyat tempatan mengikut kemahiran yang dimiliki atau bidang yang diminati
oleh para pelatih.

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


25
10.3 Berpeluang berkhidmat di bawah syarikat Institut Latihan Teknikal KOWANIS dan
rangkaian perniagaan KOWANIS serta rakan niaga yang bakal menyediakan peluang
pekerjaan melalui pengwujudan Pusat Servis dan Kedai-kedai yang menjalankan
perniagaan mengikut bidang yang dipelajari.

10.4 Pelatih yang mencapai tahap yang dikehendaki bakal ditawarkan bekerja di pusat-
pusat servis dan kedai-kedai yang menjalinkan kerjasama dengan pusat latihan atau
bakal ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang latihan bersama syarikat atau
pusat latihan yang memerlukan tenaga mahir.

10.5 Meningkatkan pengetahuan mengikut kemahiran serta mensijilkan kemahiran yang


diperolehi melalui pengalaman pekerjaan yang diperolehi melalui industri yang
disertai.

10.6 Pengetahuan tentang keperluan semasa pasaran pekerjaan yang melibatkan ilmu
kemahiran terbuka luas bagi para peserta yang terlibat, terutama sekali kepada
belia-belia menganggur, belia-belia di dalam dan di luar bandar.

10.7 Boleh menjana pendapatan yang lumayan melalui ilmu kemahiran diri yang
diperolehi dan memulakan pemiagaan secara kecil-kecilan atau menjalankan
perniagaan dalam bentuk perkongsian.

11.0. KESIMPULAN

Secara ringkasnya, KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD


(KOWANIS) dan INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK) akan
berusaha melaksanakan program ini sehabis baik agar dapat mencapai
objektif dan matlamat seperti mana yang diharapkan. Pihak institut juga
mengharapkan melalui program yang dijalankan nanti ia juga dapat
memberikan impak yang positif kepada para peserta bagi memperbaiki
taraf hidup mereka seterusnya keluar dari masalah kemiskinan atau
masalah lain yang menjadi penghalang kejayaan mereka. Semoga
penyertaan para belia dalam setiap program yang dilaksanakan ini mampu
melahirkan lebih ramai belia berkemahiran. Pelaksanaan program ini
diharapkan juga dapat membentuk jati diri generasi baru selain
membantu para belia atau peserta yang ketinggalan di dalam bidang
akademik mengharungi cabaran di masa depan seiring dengan kemajuan
negara dan Wawasan 2020 nanti.

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


26
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
27
A. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG
BAGI SETIAP PESERTA MENGIKUT DAN SESI YANG SERTAI

BIL KOS
BIL KETERANGAN JUMLAH (RM)
PESERTA SEPESERTA

Pentadbiran
1. - Pendaftaran Peserta 100 250.00 25,000.00
- Pengurusan Pentadbiran 100.00 10,000.00
- Persijilan 300.00 30,000.00

Yuran Pengajian
Produk & Barangan Latihan
2. 100 8,330.00 833,000.00
Peralatan Asas Khas - Untuk Peserta
(PERINCIAN KOS MENGIKUT SESI TA/EE/MP,
SEPERTI KETERANGAN DI BAWAH)

Kemudahan
- Insuran Berkelompok 100.00 10,000.00
3. - Penginapan & Asrama (120.00 x 4) 100 480.00 48,000.00
- Penginapan & Asrama (120.00 x 3) 360.00 36,000.00
- Uniform 60.00 6,000.00
- T. Shirt (Aktiviti Harian 2 Helai) 50.00 5,000.00

4. Elaun Sara Diri Peserta 100 1,750.00 175,000.00


- RM350 sebln X 6 Bln

JUMLAH BESAR 6,040.00 1,178,000.00

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


28
A. PERINCIAN KOS MENGIKUT PROGRAM BAGI SETIAP PESERTA SECARA
SEPENUH MASA

BIL KETERANGAN JUMLAH

SESI TA

Kursus Tekstil & Pakaian (Pembuat Pakaian Wanita) – 4 BULAN


1. - Yuran Pengajian 1,650.00
- Produk & Bahan Latihan 800.00
- Peralatan Asas Khas Untuk Peserta 350.00
- Tool Box Lengkap Alatan Asas
- Set Pengukur

JUMLAH YURAN 2,550.00

SESI EE

Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit


(Juruteknik Tel efon Bimbit) – 3 BULAN
- Yuran Pengajian 1,600.00
2. - Produk/ Bahan Amali & Bahan P akai Buang 750.00
- Peralatan Asas Mem baiki 480.00
- Tools Set
- Blower
- Soldering Station
- Power Supply

JUMLAH YURAN 2,830.00

SESI MP

Kursus Kecantikan dan Urutan/Aromatheraphy (Jurukecantikan)


3. – 4 BULAN
- Yuran Pengajian 1,650.00
- Produk & Bahan Latihan Amali 800.00
- Peralatan Asas 500.00
- Make-Up Box Lengkap

JUMLAH YURAN 2,950.00

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


29
B. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK
PEMBENTUKAN USAHAWAN MAKANAN ALA-BARAT
100 PESERTA SELAMA 5 HARI

JUMLAH
BIL PERKARA KOS SEPESERTA
KESELURUHAN
(RM)
(RM)
YURAN PENDAFTARAN
- Pendaftaran
A 1,100.00 110,000.00
- Yuran Profesional
- Uniform
- Persijilan
B YURAN UJIAN TEORI/PRAKTIKAL 27.00 2,700.00

YURAN PENYELIAAN
C -Tenaga Pengajar 168.00 16,800.00
- Fasilitator (1org) 140.00 14,000.00

D YURAN BENGKEL/MAKMAL 160.00 16,000.00

E KOS BAHAN MENTAH/ PERALATAN LUPUS/


KEPERLUAN AMALI/ TEORI
ii. Bahan Mentah Amali 350.00 35,000.00

iii. Keperluan Amali 300.00 30,000.00

iv. Peralatan Amali/Teori 185.00 18,500.00

F YURAN PENTADBIRAN 70.00 7,000.00

JUMLAH 2,500.00 250,000.00

JUMLAH KESELURUHAN 2,500.00 250,000.00

`
C. JUMLAH KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS
(JANGKA PANJANG & JANGKA PENDEK)

BIL KETERANGAN JUMLAH

1. A. KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG 1,178,000.00


2. B. KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK 250,000.00

JUMLAH KESELURUHAN A+B 1,428,000.00

Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)


30
Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)
31

Anda mungkin juga menyukai