Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
BMMB3113
PENGENALAN
Perkamusan sebagai ilmu dikenali sebagai leksikografi, iaitu cabang ilmu linguistik
terapan yang memusatkan pembahasaannya kepada kaedah dan teknik penyusunan
kamus (Kridalaksana, 1984;144). Leksikografi merupakan cabang linguistik terapan
yang terdiri daripada pemerhatian, pengumpulan, pemilihan, dan keterangan unit-unit
dalam kumpulan perkataan dan ungkapan dalam satu atau lebih bahasa. Leksikografi
memerlukan bantuan leksikologi.
Leksikologi ialah ilmu bahasa interdisiplin yang menyelidiki leksikon, leksis, dan
leksem. Oleh itu, bidang ini bersifat teoritis, manakala leksikografi merupakan kaedah
dan teknik menyusun kamus. Leksikografi dan leksikologi mempunyai kaitan yang
rapat dalam perkembangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Ini kerana
perakaman perbendaharaan kata dilakukan melalui penghasilan kamus. Tugas ahli
leksikografi adalah untuk menghasilkan sebuah kamus dan antara perkara yang
ditangani ialah makna perkataan yang sentiasa berubah. Tegasnya fungsi asas
sebuah kamus ialah memberikan makna kepada perkataan-perkataan atau item
leksikal.
1
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Di India pula, bentuk awal leksikografi berkembang melalui nota-nota istimewa yang
dibuat mengenai ungkapan-ungkapan luar biasa dalam kesusasteraan klasik India,
misalnya karya-karya Veda dan sifatnya ekabahasa.
Di negara Yunani, glos dibuat di bahagian tepi untuk menerangkan ungkapan yang
lama dan sukar, dan bukan untuk menulis semula teks-teks lama dengan cara yang
lebih mudah. Secara beransur-ansur glos-glos ini bertukar menjadi glosari yang
memberikan padanan baru untuk bahasa lama tetapi menggunakan bahasa yang
sama (perkataan Yunani lama dijelaskan dengan bahasa Yunani moden).
Leksikografi bahasa Inggeris pula bermula dengan penterjemahan teks Latin ke
dalam bahasa Anglo-Saxon.
FAKTOR
Munculnya kamus Melayu dalam persada dunia merupakan rentetan peristiwa dalam
konteks perkembangan sejarah di Eropah. Collins mengatakan bahawa pada zaman
1450-1680 merupakan era yang bercirikan Acommerce of ideas yakni bukan semata-
mata barang dagangan yang disalurkan tetapi juga budaya dan teknologi, bahkan
khayalan yang tersalur antara benua Eropah dan alam Melayu.
Kemunculan Melaka sebagai pelabuhan utama di alam Asia Tenggara pada awal
abad ke-15 dan kemudian diikuti pula oleh perkembangan budaya yang amat pesat
di Melaka dengan kemasukan kebudayaan asing terutamanya
pengaruh kesultanan Othmaniyah dari Asia Barat dan Eropah Timur, dan juga
pengaruh empayar Moghul di India dan Asia Tengah, dan kebudayaan dari Tanah
Besar Cina.
2
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Pada tahun 1560, Yang Pin seorang panitera dalam arkib di negara Cina
mengumpulkan, menyunting dan menyatukan beberapa senarai kata bahasa Cina-
Melayu yang tersimpan dalam arkib tersebut oleh pelaut, pegawai dan pedagang
Cina sewaktu dinasti Ming yang pernah belayar ke alam Melayu. Senarai yang
dicatatkan antara tahun 1403-1511 ini malangnya tidak pernah ditemui.
Menurut Collins, yang terdapat pada hari ini hanyalah senarai yang diterbitkan di
London dalam makalah Edwards dan Blagden pada tahun 1930-1932 tersebut. Oleh
itu, berbeza dengan karya Pigafetta yang lebih tua dan sama besar cakupannya,
tulisan Yang Pin tidak kelihatan memberikan impak terhadap sejarah perkamusan
bahasa Melayu.
Pada abad ke-16, selain usaha Pigafetta dan Yang Pin, hanya sebuah senarai kata
kata Melayu yang agak penting, iaitu senarai dwibahasa Belanda-Melayu yang
dihasilkan pada tahun 1598 yang dikumpulkan sebagai salah satu daripada hasil
pelayaran Belanda yang pertama di Nusantara dan disebarkan di Eropah.
Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang
dihasilkan oleh Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata
Orang Islam. Dalam buku ini terdapat sejumlah 426 kata atau frasa bahasa Itali yang
mempunyai 450 padanan kata dalam bahasa Melayu. Inilah kamus bahasa Melayu
yang pertama dapat dikesan.
Fungsi utama usaha ini adalah untuk kepentingan penyebaran agama Kristian dan
perdagangan. Kandungannya merupakan senarai nama barang, sukatan beras,
perkapalan,
hasil bumi dan sebagainya. Pada umumnya, isi kamus ini mudah dikenal pasti,
walaupun ejaan Pigafetta mengikut ejaan bahasa ibundanya.
Kamus Pigafetta merupakan salah satu dokumen penting pada abad ke-16 kerana
bahasa Melayu mulai diperkenalkan di Eropah dan dikenali pada zaman tersebut
berdasarkan penulisan beliau. Pada tahun 1623 muncul kamus Melayu yang lebih
baik, iaitu kamus Belanda-Melayu yang berjudul Vacabularian ofte Woord-boek
naerordre vanden Alphabet inEt Duytsch-Maleyschende Maleysch-Duytsch. Kamus
ini disusun olehCasper Wiltens dan Sebastianus Dankaerts. Kamus “Dictionarium
Malaico-Latinum et Latinum Maicum yang diusahakan oleh Paderi David Haex pada
3
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
tahun 1631 mengandungi entri Melayu-Latin. Kamus ini diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris dan Perancis. Kamus ini lebih bersifat kamus tatabahasa yang
menerangkan pelbagai sifat bahasa dan terpisah daripada sifat kamus semasa.
Daftar kata lain yang dihasilkan ialah daftar kata Melayu-Belanda oleh J.Heurnius
pada tahun 1650, A Brief Dictionary of the Malay Tongue oleh John Ogilby pada tahun
1673, dan daftar kata Melayu-Belanda oleh F. Gueyniers pada tahun 1677 yang
merupakan kamus huraian dan tatabahasa.
Usaha seterusnya dilakukan oleh orang Belanda, iaitu Werndly pada tahun 1736 yang
merupakan daftar kata Belanda-Melayu. Pengkaji berbangsa Inggeris yang terlibat
dalam perkamusan ialah J.Howison, iaitu “Dictionary of the Malay Tounge As Spoken
in the Peninsular of Malacca, the Island of Sumatera, Java, Borneo, Pulo Pinang etc.”
Kajian ini merupakan entri kata Inggeris-Melayu dihasilkan pada tahun 1801.
Karya oleh Marsden pada tahun 1812 yang berjudul, A Dictionary of the Malayan
Language merupakan perkembangan baru dalam dunia perkamusan Melayu. Usaha
ini kemudiannya diteruskan dengan menghasilkan “The Grammar of the Malayan
Languages” pada tahun 1824. Kamus lain yang diusahakan oleh P.P. Roorda van
Eysinga, iaitu Kamus Belanda-Melayu (1824) dan Kamus Melayu-Belanda (1825). Di
Perancis juga terdapat seorang pakar bahasa Melayu, iaitu LEB Abbe P. Favre yang
menyusun kamus dwibahasa Melayu-Perancis pada tahun 1875 dan kamus
Perancis-Melayu 1880 yang berjudul Dictionaire Malaise Francaise.
Kitab Pengetahuan Bahasa yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji pada tahun 1858
merupakan ensiklopedia yang tidak lengkap dan kurang sistematik. Bahan-bahan
yang terdapat dalam buku ini pelbagai dan tidak terbatas kepada penjelasan erti kata
semata-mata.
Pengkaji lain yang menghasilkan kamus pada tempoh ini ialah Favre (1875), Tugault
(1898), John Crawford (1852), Frank Swettenhem (1881), John Tamar (1867), Van
de Wall (1877), H.C.Klinkert (1885), Shellabear(1902), dan Van Ronkel (1918).
R.J. Wilkinson menghasilkan A Malay-English Dictionary Jilid 1, II, dan III pada tahun-
tahun 1901-1903. Kamus ini ditulis dengan ejaan Jawi dan disusun mengikut tertib
huruf Rumi. Asal kata pinjaman turut dimasukkan. Kamus ini diperbaharui dalam
bentuk Rumi pada tahun 1932.
4
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kamus Melayu yang menghuraikan makna perkataan pula dihasilkan oleh Haji
Shamsudin Muhamad Yunus pada tahun 1920. Di samping itu, Mahmud bin Sayid
Abdul Kadir menyusun sebuah kamus berjudul Kamus Mahmudiyyah yang diterbitkan
pada tahun 1894, kemudian sekali lagi pada tahun 1925.
Muhamad Idris Abdul Raof Al-Marbawai telah menghasilkan Kamus Idris al- Marbawi:
Arab-Melayu pada tahun 1931. Kamus ini telah berjaya memenuhi keperluan
masyarakat Melayu dalam bidang agama. Kamus ini telah mendapat sambutan yang
hangat dan telah diulang cetak sebanyak 24 kali. Kamus ini mempunyai dua jilid yang
menyenaraikan 36,000 patah perkataan Arab yang diberi makna dalam bahasa
Melayu.
Jilid pertama diterbitkan pada tahun 1350H (1931) yang mengandungi 408 halaman,
dan jilid kedua pada tahun 1354H (1935) yang mengandungi 407 halaman. Kedua-
duanya dicetak di MatbaEah Mustafa albabial-halabi wa-Auladihi, Mesir. Kamus ini
mengandungi petunjuk cara menggunakan kamus dengan mencari kata akar, lukisan
dan gambar bagi menjelaskan sesuatu keterangan, keterangan tentang perlunya
melukis gambar binatang dan manusia, dan keterangan tentang jenis binatang dan
hokum memakannya sama ada halal atau haram, dan binatang yang belum jelas
hukumnnya. Kesemua hukum berdasarkan mazhab Syafie.
Usaha ini kemudiannya diteruskan pula oleh Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan
Diraja Johor (P.Bm.P.D.) yang menerbitkan sebuah kamus penjelas makna kata
Melayu pada tahun 1936 dengan judul Buku Katan P.Bm.P.B. Diraja. Kamus ini terdiri
daripada empat jilid. Sejak tahun 1950, terdapat dua kamus yang dihasilkan, iaitu
Kamus Am Bahasa Melayu dan Kamus Melayu (di Indonesia dikenali sebagai Kamus
Moderen Bahasa Indonesia dan Kamus Umum yang diterbitkan pada tahun 1954 dan
1952).
Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusi-institusi
formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga
Pusat Bahasa Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculun Kamus Umum Bahasa
Indonesia susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1952 yang telah menyimpan
20 ribu entri. Selain itu, terdapat juga beberapa Kamus Besar muncul pada zaman
yang sama. Perkamusan pada peringkat ini telah diterap dengan tujuan yang baru
5
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
iaitu pembentukan kamus normatif yang mengetengahkan penggunaan bahasa yang
"betul".
Pada masa kini, kamus merupakan khazanah yang memuat perbendaharaan kata
suatu bahasa, yang secara ideal tidak terbatas jumlahnya. Kamus ialah sejenis buku
rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu para
pengguna mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga
mungkin mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan dan juga
contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Bagi menguatkan pemahaman pelajar,
kadang kala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus.
Ladislav Zgusta mengatakan bahawa batasan atau pengertian takrifyang
terbaik bagi kata kamus ialah yang diberikan oleh C.C.Berg, iaitu:
Kamus ialah daftar bentuk-bentuk linguistik yang telah disosialisasikan yang
tersusun secara bersistem, yang dihimpun daripada kebiasaan-kebiasaan bahasa
suatu masyarakat bahasa tertentu dan yang didokumentasikan oleh penyusun
dengan cara yang sedemikian rupa sehingga pembaca memenuhi syarat memahami
makna setiap bentuk terpisah, dan diberi maklumat tentang fakta-fakta yang relevan
yang ada kaitannya dengan jenis-jenis utama kamus, iaitu yang terutama sekali
berhubungan dengan makna kamus atau lexical meaning (Zgusta, 1977 dipetik
daripada Arbak Othman (2000)).
Jenis Kamus
Kamus Ekabahasa
Kamus ekabahasa dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan bahannya
dalam satu bahasa sahaja. Entri disusun menurut abjad dan bentuk dasar kata
dijadikan entri kamus manakala bentuk peluasannya dicatat sebagai subentri, yang
dalam kamus dicetak dalam huraian satu entri dasar yang sama. Makna yang
6
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
dihuraikan berbentuk pemerian yang panjang dan mungkin kompleks untuk mencapai
maksud sejelas-jelasnya.
Takrifan makna ke atas kata-kata berdasarkan makna yang diberikan dalam
contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan. Pendekatan ini menggunakan
pembuktian data korpus.
Sinonim juga digunakan sebagai unsur pilihan tambahan kepada pemerian
makna. Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.
Kamus dwibahasa
Kamus dwibahasa dikenali juga dengan nama kamus bilingual yang menggunakan
dua bahasa dan bertujuan untuk mendapatkan bentuk terjemahan daripada satu
bahasa kepada satu bahasa yang lain atau dalam teks bukan bahasa asli pengguna,
atau kedua-dua bukan
dalam bahasa asli. Entri disusun dinamakan bahasa sumber yang bentuk
padanannya ditentukan setelah diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran. Contoh
bagi kamus bilingual ialah Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu,
Melayu-Inggeris).
7
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
TOPIK 2 PERKAMUSAN
BAB 2 PERKAMUSAN
TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN
Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi
maksud penyusunan kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan
tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya
kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-nilai
kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan.
Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik,
semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah kamus. Tugas kamus
adalah untuk memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga
menggunakan kata-kata. Dengan kata lain, dalam perkamusan kita terpaksa memberi
makna kepada sesuatu lambang dengan menggunakan lambang itu sendiri.
Lambang ini ialah lambang linguistik.
Oleh itu, setiap kamus yang disusun mestilah mengutamakan prinsip kesarjanaan
sebagai asas penyusunan kamus. Pandangan ahli linguistik perlu dipertimbangkan
selain daripada keperluan pengguna kamus. Menurut Arbak Othman, penyusun
kamus hendaklah memastikan bahawa makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-
baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna perkataan
yang digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama ada
kerana gayanya yang berbeza, situasi penggunaannnya atau sifat-sifat pragmatiknya
yang berbeza. Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-
perkara yang berikut:
3) Aspek linguistik - aspek linguistic digarap menurut cabang ilmu linguistic yang
berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz pengetahuan dialek,
maklumat ensiklopedia dan sebagainya.
8
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
4) Pemasaran - aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas
sebagai satu produk.
5) Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus – penguasaan dua atau tiga
bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan
keterbukaan terhadap isu-isu bahasa. Penyusun kamus juga perlulah mempunyai
ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan. Selain daripada itu, semangat
untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak kurang
penting.
PRINSIP
1) Keaslian - kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk
tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.
3) Kelayakan - penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan
pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus
dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira misalnya
bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus.
4) Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai
berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder
berdasarkan rujukan kepustakaan. Kamus tidak sekadar mencatat makna tetapi
kamus mempunyai perkaitan yang rapat dengan ilmu makna atau semantik. Semantik
mengkaji makna kata dan amat penting bagi seorang penyusun kamus. Apa yang
menjadi kandungan kamus bukan sekadar kata tetapi makna kata-kata tersebut.
Lambang mempunyai makna yakni bukan sahaja bahasa tetapi lambang memberikan
makna tertentu. Contohnya apabila mata melihat sesuatu objek seperti baju pastinya
mempunyai ciri-ciri warna, bentuk atau jenis kain. Lyons dalam Semantics (1977)
9
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
membezakan tiga makna berasaskan bahasa, iaitu :
i) makna deskriptif yakni makna biasa berkenaan sifat dan sebagainya, misalnya
makna dalam kamus;
ii) makna sosial yakni makna dalam konteks kegunaan sosial misalnya naga
mempunyai nilai tambah bergantung kepada budaya (masyarakat Cina memberikan
nilai baik manakala masyarakat Barat memberikan nilai negative)
iii) makna ekspresif yakni makna berkaitan dengan perasaan misalnya kagum atau
marah berbeza berdasarkan persepsi individu.
Kamus istilah
Entri dalam kamus ini adalah terdiri daripada istilah khusus bagi bidang tertentu.
Fungsinya adalah untuk kegunaan ilmiah. Contohnya ialah Kamus Istilah Fiqh
Kamus Etimologi
Kamus yang menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya.
Kamus yang hanya menyimpan kata nama khas seperti nama tempat, nama tokoh,
dan juga nama bagi institusi. Tujuannya adalah untuk menyediakan rujukan bagi
nama-nama ini.
10
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kamus Terjemahan
Kamus yang menyedia kata seerti bahasa asing untuk satu bahasa sasaran.
Kegunaannya adalah untuk membantu para penterjemah.
Kamus Ekabahasa
Kamus ini hanya menggunakan satu bahasa. Kata-kata(entri) yang dijelaskan dan
penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama. Kamus ini mempunyai
perbezaan yang jelas dengan kamus dwibahasa kerana penyusunan dibuat
berasaskan pembuktian data korpus. Ini bermaksud takrifan makna ke atas kata-kata
adalah berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat yang mengandungi
kata-kata berkenaan. Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.
Kamus Dwibahasa
Kamus ini menggunakan dua bahasa, yakni kata masukan daripada bahasa yang
dikamuskan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa
yang lain. Contohnya: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-
Inggeris)
11
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kata Standard / Variasi
12
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
3.1 Sebutan
Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa
sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan
kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor.
Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti
berikut :
a) Sebutan Huruf :
Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan
dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.
b) Sebutan Kata :
Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga
berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata
terbitan.
c) Intonasi :
Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan
hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu
serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
Dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan
angka 1, 2, 3, dan 4. Angka 1 (nada paling rendah), angka 2 (nada memulakan
ujaran), angka 3 (nada tekanan), dan angka 4 (nada paling tinggi). Vokal ‘a’ dilafazkan
dengan (a) pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka, tertutup, di tengah
13
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
atau di akhir kata. Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti
mana dilafaz.
Contoh :
EJAAN SEBUTAN
Muhammad Hatta
James Bond
Nelson Mandela
3.2 Etimologi
Kata etimologi berasal daripada bahasa Yunani yang bererti ilmu yang mencari
kebenaran. Menurut Bynon (1977:62) yang paling lengkap. Menurutnya, etimologi
ditakrifkan sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Nahu yang
dicapai itu mesti mencakupi rumus-rumus yang dapat menerbitkan bentuk dan makna
kata yang dikesan itu.
Prinsip Etimologi
Melibatkan masalah bentuk dan makna. Bentuk fonetik dan semantik selalu
diimbangi unsur semantik.
Melingkungi asal-usul semua kata dalam sesuatu bahasa. Sama ada kata asli
atau pinjaman data dibahas melalui ilu ini.
Jadi, ilmu ini tidak terbatas pada kajian kata pinjaman sahaja.
Etimologi tidak menghasilkan sebuah senarai kata asalnya masing-masing
jika ia sebuah satu usaha sejarah. Ilmu etimologi menjelaskan perkembangan
kata tersebut.
Kesimpulan tiga prinsip etimologi, iaitu keseimbangan bentuk dan makna,
terjalinnya sejarah bahasa dan sejarah sosial serta bidang yang meliputi
etimologi yang merangkumi bacaan kata warisan dan kata pinjaman.
14
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Ditakrifkan sebagai pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal daripada sumber
yang sama. Bahasa sumber merupakan bahasa yang digolongkan dalam rumpun
atau keluarga bahasa lain. Terdapat kata pinjaman antara dialek yang menghasilkan
kata kembar etimologi.
Contoh :
kerja : karya
kerja – kegiatan melakukan sesuatu.
Karya – buatan atau ciptaan seni.
Contoh :
Kinabalu
(Ada yang berpendapat kata itu berasal frasa ‘balu Cina’ kerana kononnya dahulu
ada orang Cina yang meninggal di sana).
Prinsip Hiperkoreksi
Kecenderungan membetulkan atau meningkatkan sesuatu kata sehinggakan
‘pembetulan’ itu merupakan kesalahan. Sasaran pembetulan dilampaui iaitu pola
pembetulan ditetapkan dalam lingkungan yang salah.
Contoh :
petai : petal
(kata asalnya ialah petai, namun setelah vokal /i/ ditukarkan kepada /l/ maka bunyi
bertukar menjadi petal. Berkemungkinan kata petal disebut oleh individu yang berasal
dari Kedah)
15
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
TANDA PERKAMUSAN
Tanda dalam konteks perkamusan bermaksud tanda yang diguna pakai oleh
penyusun untuk menjelaskan lagu huraian maksud perkataan yang terdapat di dalam
kamus. Terdapat empat jenis tanda yang kerap digunakan iaitu:
Tanda ini merupakan suatu grafem yang mempunyai beberapa fungsinya tersendiri.
Namanya berasal dari bahasa Latin “titulus” yang bermaksud suatu judul atau tulisan
di bahagian luar sesuatu. Simbol ini awalnya digunakan di atas suatu huruf sebagai
tanda kependekan. Tandang gelombang kemudian mendapat beberapa fungsi lain
sebagai tanda diakritik atau berfungsi sebagai satu huruf sendiri. Sebagai suatu huruf
sendiri (terutama dalam leksikografi), tanda gelombang digunakan pada kamus untuk
menggantikan sublema yang terdapat dalam dekripsi kamus atau contoh
penggunaannya. Dalam kamus tanda ini diletakkan pada kata kemasukan pecahan
16
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Tanda Anak Panah ke Kanan ( )
Tanda anak panah ke kanan bermaksud keperluan untuk melihat atau merujuk
kepada perkataan kedua yang dicadangkan oleh penyusun kamus. Hal ini berlaku
kerana perkataan tersebut bersifat sinonim dengan perkataan asal atau mempunyai
maksud yang hampir sama. Dalam keadaan tertentu, ada kemungkinan berlaku di
mana perkataan kedua yang dirujuk bersifat kuno.
Tanda pedang ( † )
a) Jarang dipakai
b) Penggunaannya terbatas kepada sesuatu daerah atau lingkungan sahaja
c) Sudah kuno atau mati
d) Disangsikan kebenarannya (disebabkan oleh salah baca, salah tulis, salah
dengar dan lain-lain)
17
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Tanda Persamaan ( = )
KEPENDEKAN
18
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Beberapa perubahan telah dibuat oleh DBP dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat, iaitu dengan menyelaraskan semua entri kependekan kata am mengikut
sistem penulisan Gaya Dewan Edisi Ketiga dengan tidak meletakkan nokhtah di
antara huruf. Contoh, S.W.T diubah kepada SWT dan Y.A.B diubah kepada YAB.
GLOSARI
Glosari merupakan satu senarai kata yang disediakan pada halaman belakang
sesebuah buku atau kamus. Disediakan oleh penerbit dengan tujuan memberikan
penjelasan dengan lebih lanjut kepada pembaca mengenai beberapa istilah yang
sukar atau tidak difahami oleh pembaca mengenai beberapa istilah yang sukar atau
tidak difahami oleh pembaca mengikut konteks dalam penulisan itu sendiri. Glosari
ditulis selepas berakhirnya penulisan keseluruhan bab iaitu dengan mengutip
beberapa istilah yang dirasakan penulis “istilah asing” dalam hasil penulisan dan
kemudiannya menjelaskan kembali mengikut konteks tertentu berdasarkan beberapa
idea utama penulis yang boleh digabungkan dengan rujukan. Sekali pandang, cara
penulisan glosari menyamai cara penulisan entri kemasukan pada mana-mana
kamus utama yang ada tetapi tidaklah begitu kerana tidak disertakan sebutan,
etimologi dan sebagainya.
19
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Selain himpunan kata yang dicatat pada akhir setiap buku, kini terdapat usaha
daripada Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah menerbitkan glosari dalam bentuk
kamus yang lebih tersusun dan besar. Tidak kurang 50 buah buku kamus dan glosari
istilah pelbagai dan subbidang ilmu telah pun dihasilkan oleh pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka. Antaranya ialah Kamus Perubatan (1991), Kamus Biologi KBSM (1990)
dan Kamus Linguistik (1997). Terdapat juga glosari istilah yang diterbitkan oleh
Bahagian Peristilahan Dewan Bahasa dan Pustaka. Antaranya ialah Siri 15 buah
glosari sukan (sempena Sukan Komanwel ke-18, 1998), Glosari undang-undang
(2001) dan Glosari Alam Sekitar (1995).
KESIMPULAN
Perkamusan bahasa dan istilah Melayu bukanlah satu bidang yang baharu.
Walaupun pada awalnya dipelopori oleh bangsa bukan Melayu namun
perkembangan bidang perkamusan Melayu semakin mantap dan dinamik pada
tahun-tahun berikut bagi setiap penerbitannya. Ini menunjukkan bahawa bahasa
Melayu pernah menjadi antara bahasa yang penting kepada masyarakat dunia. Hasil
daripada perkembangannya, bidang perkamusan istilah Melayu sudah mencapai
tahap yang boleh dibanggakan melalui kewujudan Kamus Dewan pada tahun 1970
sebagai kamus standard bahasa Melayu. Namun perkembangan ini juga
mengungkap pelbagai permasalahan, isu dan cabaran yang perlu ditangani dalam
bidang perkamusan, terutamanya bidang leksikologi.
20
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kamus Ekabahasa
Dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan bahannya dalam satu bahasa
sahaja
Entri disusun menurut abjad dan bentuk dasar kata dijadikan entri kamus.
Makna yang dihuraikan berbentuk pemerian yang panjang dan mungkin kompleks
untuk mencapai maksud sejelas-jelasnya.
Takrifan makna ke atas kata-kata berdasarkan makna yang diberikan dalam
contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan.
Contoh kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.
Masyarakat tidak
Penggunaan perkataan yang
mengamalkan bahasa baku
tidak bersesuaian dengan
seperti yang terdapat di
ayat
dalam kamus ekabahasa
Kamus Dwibahasa :
21
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
ISU DAN CABARAN :
22
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
23
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
5.1.1 Pendahuluan
DBP ditubuhkan di Johor Bahru pada 22 Jun 1956 hasil resolusi Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 pada tahun 1956. DBP mula beroperasi pada
bulan Oktober 1956, iaitu di tengah-tengah suasana dan semangat menyambut
kemerdekaan tanah air. Dari situlah, DBP mengatur langkah pertamanya untuk
menjalankan tugasnya yang amat penting, iaitu mengembangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka.
Objektif DBP yang tercatat dalam Akta 213, Akta DBP (semakan tahun 1978,
pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti yang berikut:
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi
Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam
semua bidang
24
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
i. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang
termasuk sains dan teknologi
Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi,
hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk
membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru
khususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi
memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak
perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat
berkembang sperti bidang sains dan teknologi
Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri
percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai
bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang
terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku
untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan
ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan
25
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang
dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik
dalam bidang kesusasteraan, pendidikan dan juga industri percetakan Negara.
Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990:1)
bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan
tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini
menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya
asing.
Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi
memperkayakan perbendaharaannya. Dalam masa yang sama DBP juga
memerlukan penglibatan para sarjana, pengkritik dan pemantau bahasa, agar buku-
buku terbitan DBP dapat dianalisa dan diberi ulasan-ulasan fragmentasi atau resensi
buku, agar orang ramai akan dapat menikmati dan memahami intipati buku-buku
yang diterbitkan oleh DBP.
Sepertimana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja
daripada rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti
daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh
yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai
bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan
harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan
kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah
ataupun poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah.
26
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang sangat penting
untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti
mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang menggunakan
dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan
rakyat Malaysia. Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan
namun setelah masa beredar melangkaui peredaran zaman kini banyak pecampuran
bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat masa kini. Oleh
itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung.
Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu juga dengan
penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan bagi sungai, bukit, jalan dan
sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat bagi alamat dan
kawasan.
27
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
kegiatan kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Masalah yang timbul ialah
terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa
yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu
pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan
digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama
dan golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh
masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan
sebagainya.
28
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
5.2 PERANAN ORGANISASI DAN INSTITUSI LAIN
Berfungsi menerbitkan bahan bacaan bagi murid sekolah dan para guru.
Tokoh penting terlibat dalam pengendalian Pejabat Karang Mengarang
ialah Pendeta Za’ba.
Za’ba juga bertanggungjawab mengembangkan fungsi Pejabat Karang
Mengarang dalam bidang penulisan, penterjemahan dan penerbitan.
Antara hasil terjemahan Pejabat karang Mengarang ialah
RobinsonCrusoe, Mengembara ke Pusat Bumi dan sebagainya.
MPSI telah berjaya melahirkan tokoh penulis seperti Buyong Adil, Harun
Aminurrashid, Pungguk atau Bakhtiar.
MPSI juga telah melahirkan tokoh nasionalis seperti Ibrahim Yaakob,
Karim Rashid dan lain-lain.
Antara buku terkenal terdapat di MPSI ialah Salah Asuhan, Kerana
Mentua dan Perawan di sarang Penyamun (1928).
29
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Terdapat pelbagai konsep dasar yang telah digunakan dalam pembentukan Bahasa
Melayu. Antaranya ialah:
TATAISTILAH
Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan
istilah yang dihasilkannya).
TATANAMA
Tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu
(termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya).
MORFEM
Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau
fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam
pembentukan istilah.
30
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
PERISTILAHAN
Morfem dan proses peristilahan merupakan salah satu konsep dasar yang digunakan
dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu. Umumnya, morfem ialah unit atau unsur
terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Morfem
peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah.
Proses pembentukan istilah meliputi:
Proses Pembentukan
Istilah BM
Kata dasar atau kata akar merupakan mana-mana kata yang belum menerima
sebarang imbuhan.
Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta sesuatu istilah melalui proses
pengimbuhan.
Misalnya: imbuhan ber-..., imbuhan ...-an, imbuhan meng-... –kan, dan sebagainya.
31
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Manakala pengimbuhan pula merupakan proses menerbitkan sesuatu perkataan
dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu kata dasar. Dalam
Bahasa Melayu, terdapat beberapa jenis imbuhan. Antaranya:
Jenis Imbuhan
32
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
iii. Penggandaan
Penggandaan ialah ulangan pada kata dasar sama ada sebahagian atau seluruh
bahagian untuk membentuk istilah.
Gabungan kata ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui
proses penggabungan. Dengan kata lain, proses ini akan membentuk kata majmuk.
2) Bentuk Prototaip
Bentuk prototaip ialah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber
(bahasa asal) dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam bahasa Melayu.
Misalnya: protien, magnet, input, ouput, debit, biskut, dakwah, dunia, dan
sebagainya.
3) Paradigma Kata
33
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Paradigma kata ialah kumpulan kata yang dibentuk daripada satu akar yang sama
melalui pola tertentu, baik yang berupa kata berimbuhan, mahupun yang berupa
kata gabungan.
Misalnya:
absorp - serap
absorbent - zat penyerap
absorptivity - kedayaserapan
absorptive - berdayaserap
absorption - penyerapan, serapan
34
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
SINOPSIS
Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkan
perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun,
perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan istilah asing, bentuk – bentuk istilah
(ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang. Dengan
mempelajari tajik ini diharap pelajar akan mengetahui sumber istilah itu diperoleh dan
cara-cara istilah asing diterima dan diguna pakai dalam bahasa Melayu.
Hasil pembelajaran
i. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri
yang dimaksudkan.
ii. Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok
sinonim). Contoh:
a. Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
b. Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
iii. Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
Istilah-istilah yang terbentuk daripada perkataan umum bahasa Melayu itu seperti
gaya, garis pusat, jejari, tapak, segi tiga dan sebagainya.
35
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
7.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa
serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa
asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk
ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya
hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman,
bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa
sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa
Inggeris.
i. Sesuai maknanya
ii. Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya
iii. Istilah asing yang diserap itu mempermudah penyelarasan, sekiranya istilah
bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.
Misalnya:
36
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
network jaringan
medical treatment pengubatan
Menyerap keseluruhan kata tersebut
Supaya istilah lebih seragam, keutamaan diberi kepada perkataan bahasa Inggeris
atas dasar bersifat antarabangsa.
Atom Atom
Electron Elektron
Professional Profesional
Psychology Psikologi
Structure Struktur
Radio Radio
i. bona fide
ii. esprit de corps
iii. fait accompli
37
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
iv. weltanschauung
v. cal de sac
38
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Definisi Istilah
7) Mematuhi 4 syarat
39
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Langkah 1
hasil
garis pusat kuasa
keluaran
Langkah 2
40
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
peka
mendap
jisim
cerakin
hablur
ketuhar
Langkah 3
Banjar • gambut
Iban • engkabang
Jawa • dermaga
Sunda • nyeri
Jawa • awet
Negeri Sembilan • labur
41
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Langkah 4
Kelantan
• dening
Johor
• riam
Iban
• engkabang
Sunda
• nyeri
Langkah 5
42
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
atom - atom
electron - elektron
professional - profesional
psychology - psikologi
structure - struktur
Langkah 6
bona fide
fait accompli
esprit di corps
weltanshcauung
Langkah 7
43
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Pemilihan yang terbaik antara 1-6, jika terdapat beberapa kemungkinan.
Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas,
ada empat syarat yang perlu dipatuhi, iaitu:
1) 2) 3) 4)
44
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Penggunaan Popular
sidang
kempen tarik diri tajuk kecil
media
nama
pena
45
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Sipnosis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami
mengenai sejarah penterjemahan di Malaysia. Dalam topik ini, ada beberapa
subtopik yang akan dibincangkan seperti tokoh-tokoh, pemikiran dan prinsip-prinsip
penterjemahan.
Nama penuh beliau ialah Mohamed Idris bin AbduRaof al-Marbawi al-Azhari
Nama ini digunakan pada hampir keseluruhan karya-karya penulisan beliau.
Gelaran al-Marbawi yang terdapat pada namanya adalah bersempena
dengan nama kampung asal keluarganya di Lubuk Merbau yang terletak
dalam daerah Kuala Kangsar, Perak. Manakala al-Azhari pula merujuk
kepada Universiti al-Azhar di Mesir tempat beliau menimba ilmu dalam
bidang pengajian Islam.
Minat yang mendalam terhadap penulisan mendorong beliau untuk
menulis dan menterjemah buku Arab serta mentashihkan kitab-kitab jawi
sebelum diterbitkan oleh syarikat percetakan lain seperti Syarikat
Percetakan Mustafa al-Babi al-Halabi.
Sheikh Idris al-Marbawi meninggalkan karya-karya yang tidak kurang
banyaknya.
46
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Terdapat dua karya beliau yang sangat terkenal, sehingga masih digunakan
sehingga ke hari ini iaitu Qamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi.
Kemudian dari itu, maka sebelum masuk mengarang kamus ini, lebih
dulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan
bangsaku Melayu, sekiranya menuntut bahasa Arab adalah kamus
penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajarannya umpama nahu
dan saraf.
47
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kamus ini mengandungi dua juzuk. Juzuk pertama yang mengandungi 384
halaman dimulakan huruf Alif dan berakhir dengan Zha, yang mengandungi
18,000 kosa kata perkataan Arab yang diberi takrif atau ertinya ke dalam
bahasa Melayu, dan terdapat juga 700 yang diisyaratkan dalam bentuk
gambar.
Dalam juzuk kedua pula mengandungi 401 halaman, yang dimulakan
daripada huruf Ain dan berakhir dengan huruf Ya, juga terdapat 18,000 kosa
kata Arab dan 500 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.
BAHRUL AL-MAZI
Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul
Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia
merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.
Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang
pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah
diterbitkan.
Sebuah lagi karangan Sheikh Idris al-Marbawi yang kurang tersebar ialah
kitab Tafsir Surah Yasin. Asal kitab ini adalah karangan Imam Muhammad bin
Ali bin Muhammad asy-Syaukani dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh
Sheikh Idris al-Marbawi atas permintaan Syarkah wa Maktabah wa Mathbaah
Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H.
Pada mukadimah Sheikh Idris al-Marbawi menulis:
Adapun kemudian daripada itu, maka telah menuntut kepada hamba oleh Syarkah wa
Maktabah wa
Mathbaah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir bahwa hamba terjemahkan
tafsir yasin karangan asy-Syaukani daripada Arab kepada Melayu...
48
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
SYED SHEIKH SYED AHMAD AL-HADI
49
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
ABDULLAH MUSNYI
Abdullah Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi
(1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'.
Abdullah Munsyi dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia
di Mekah pada 1854.
Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir dianggap sebagai bapa sastera moden.
Beliau telah bertugas sebagai penyalin dokumen kepada Sir Stamford
Raffles. Pada masa yang sama beliau telah menterjemah kitab Injil ke dalam
bahasa Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh Kristian di Singapura
dan Melaka.
Walau bagaimanapun, beliau tidak hilang keyakinannya atau menyebabkan
orang murtad secara beramai-ramai, seperti mana yang dikhuatiri pihak
berkuasa pada hari ini.
Sebaliknya, Munsyi Abdullah merupakan seorang pemikir Muslim yang utuh
akidahnya, berwawasan jauh serta berani menongkah arus sosial sedia ada.
Dalam riwayat beliau, Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran
yang jelas mengenai pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British
ke Tanah Melayu. Beliau ialah pengkarya pertama yang telah lari daripada
corak penulisan tradisional.
Walau bagaimanapun, beliau tidak hilang keyakinannya atau menyebabkan
orang murtad secara beramai-ramai, seperti mana yang dikhuatiri pihak
berkuasa pada hari ini.
50
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Sebaliknya, Munsyi Abdullah merupakan seorang pemikir Muslim yang utuh
akidahnya, berwawasan jauh serta berani menongkah arus sosial sedia ada.
Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama
sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895
di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan.
Dia pernah menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar (Oktober 1918-
April 1923), dan pada peringkat inilah Za'ba lulus peperiksaan ikhtisas
perguruan (Normal Class, pada tahun 1921); penterjemah di Pejabat
Pengarah Sekolah-Sekolah Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, Kuala Lumpur (Mei 1923-Mac 1924) dan Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (April 1924-September 1939).
Kemudian dia menjadi penterjemah dan juruhebah di Pejabat Penerangan
Singapura serta menjadi penyelenggara buku pendidikan Melayu di Jabatan
Pelajaran Singapura (Oktober 1939-Januari 1941).
Semasa pendudukan Jepun dia Tanah Melayu, Za'ba berkhidmat sebagai
ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun.
Selepas perang dunia kedua tamat, Za'ba bertugas sebagai penterjemah di
Mahkamah Tinggi dalam Pentadbiran Tentera British di Kuala Lumpur
(September 1945-Julai 1946).
kemudian kembali ke jawatan lamanya sebagai penterjemah kanan bahasa
Melayu dan pengarang buku teks di Pejabat pelajaran, Kuala Lumpur (Ogos
1946-Ogos 1947); pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and
African Studies (SOAS), Universiti London (September 1947-hingga bersara
pada September 1950).
Zaba telah menyentuh tentang kepentingan bidang terjemahan dalam
memajukan bahasa Melayu dan mengingatkan bakal penterjemah tentang
kepentingan menjaga bentuk dan jalan bahasa awal yang diterjemah (Zaba
:1957 dipetik daripada Belham: 2002).
Anak Raja dengan Anak Papa merupakan buku umum yang pertama dalam
bahasa Melayu yang telah diterjemahkan oleh Zaba daripada buku bahasa
Inggeris The Prince and The Pauper pada tahun 1958.Kebanyakannya ialah
karya prosa drama Shakespeare oleh Zaba, dan juga kisah pengembaraan
seperti Lions of Uganda, Treasure Island, dan Robin Hood.
51
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Karya Sherlock Holmes juga turut diterjemahkan.
PEMIKIRAN
Penerapan nilai-nilai
Gabungan antara nilai
moden dalam ajaran
Islam dan nilai Barat
Islam
Membebaskan diri
daripada jerat kemiskinan Memperjuangkan hak
melalui pemikiran kritis wanita
dan usaha menimba ilmu
52
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
GABUNGAN ANTARA NILAI ISLAM DAN NILAI BARAT
Syed Sheikh al-Hadi sangat terkesan oleh pentadbiran yang teratur yang
dicapai oleh kerajaan Inggeris lebih-lebih lagi latar masyarakatnya dalam
lingkungan pemerintahan Inggeris di Negeri-negeri Selat.
Bentuknya yang logik dan rasional juga selaras dengan prinsip Muhammad
Abduh yang menggalakkan orang Islam mengamalkan kebijaksanaan yang
dianugerahkan oleh Allah SWT.
Syed Sheikh al-Hadi mentafsirkan Islam secara rasional berdasarkan aliran
Salafi disamping menerima idea Barat dalam novel Faridah Hanom.
Sejak awal lagi, dalam novel Faridah Hanom, telah diperlihatkan
kecenderungan untuk menerima nilai Barat apabila pasangan Shafik Afandi
dan Faridah Hanom menyifatkan pertembungan mereka dengan rombongan
Mesir, Abbas Halmi Basha, dari Eropah sebagai tanda keberkatan pertemuan
mereka.
53
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA JERAT KEMISKINAN MELALUI PEMIKIRAN
KRITIS DAN USAHA MENIMBA ILMU
54
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN
PRINSIP-PRINSIP
PENTERJEMAHAN
55
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Terjemahan merupakan aktiviti menggantikan bahan teks asli, iaitu bahan sumber ke
dalam teks bahan sasaran dalam bentuk bahasa persamaan yang paling hampir atau
difahami oleh bahasa sasaran. Bentuk bahasa penerima mesej (pengguna) daripada
bahasa sumber disalin semula dengan beberapa penyesuaian tanpa mengubah
maksud asal teks asli tersebut.
analisis teks
menyemak
pemindahan
teks
warta
terjemahan
menstruktur
semula
Dalam proses menterjemah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah proses
analisis teks. Proses analisis teks merupakan proses yang melibatkan dua perkara
iaitu proses baca dan faham. Dalam hal ini, ia berlaku dalam fikiran penterjemah.
Maksudnya, penterjemah akan membaca sesuatu perkataan atau ayat atau wacana
secara mentalis dan cuba untuk memahami perkara-perkara tersebut secara
56
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
terperinci. Seperti yang kita sedia maklum proses terjemahan melibatkan dua bahasa
yang berbeza iaitu penterjemahan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran.
Oleh itu, terdapat pelbagai ciri istimewa bahasa sumber yang perlu dititikberatkan
sewaktu membuat proses analisis bahan terjemahan. Antara lainnya termasuklah
peribahasa. Peribahasa secara amnya merupakan susunan kata yang pendek
dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak
perkataannya dan senang difahami. Dalam bahasa asing misalnya bahasa Inggeris,
peribahasa disebut sebagai proverbs. Dalam melakukan penterjemahan proverbs,
analisis yang dibuat perlulah dilakukan secara kontekstual. Hal ini bermaksud,
penterjemah mentafsir maksud peribahasa (proverbs) dengan menilai secara
keseluruhan maksud peribahasa tersebut dan bukannya melalui terjemahan secara
leksikon semata-mata. Contohnya ;
Seterusnya ialah proses pemindahan warta. Proses pemindahan warta ialah sebuah
proses yang sangat penting dalam bidang penterjemahan. Dalam proses ini, ia
menuntut penterjemah untuk mencari dan mengenal pasti padanan istilah yang
sesuai apabila sesuatu bahan itu diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa
mengubah maksud asal daripada bahasa sumber.
57
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Beralih pula kepada proses yang seterusnya iaitu proses penstrukturan semula.
Proses penstrukturan semula merupakan sebuah proses yang melibatkan tentang
pemilihan struktur ayat. Penterjemahan sesuatu karya akan membawa kepada
penghasilan sesuatu karya yang baru dengan bahasa yang berbeza. Lantaran
daripada itu, penterjemah perlu benar-benar menitikberatkan struktur ayat yang ingin
digunakan tanpa mengubah maksud karya asli yang menggunakan bahasa sumber.
Proses yang terakhir sekali dalam proses penterjemahan ialah proses semakan.
Proses semakan merupakan sebuah proses yang melibatkan pembacaan dan
penelitian secara menyeluruh terhadap hasil terjemahan karya yang dilakukan oleh
penterjemah. Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam proses ini ialah
menentukan seseorang yang betul-betul berkredibiliti untuk membuat proses
semakan.
Dalam hal ini, seseorang yang dilantik untuk menjadi penyemak mestilah
seseorang yang benar-benar mahir dalam selok-belok dunia terjemahan. Misalnya,
jika penterjemah menterjemah sebuah novel Inggeris ke dalam bahasa Melayu,
antara ciri yang perlu dititikberatkan termasuklah kepakaran seseorang itu terhadap
dunia penulisan novel. Tidak dinafikan bahawa karya yang diterjemahkan merupakan
sebuah karya yang boleh dianggap berdiri sendiri. Namun, proses semakan perlu
dilakukan bagi memastikan segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam
hasil terjemahan dapat dimurnikan, selain dapat menyesuaikan teks terjemahan
tersebut dengan kehendak pembaca sasaran.
58
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Sinopsis
Tajuk ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang konsep yang
terkandung dalam terjemahan seperti definisi, matlamat dan kesilapan-kesilapan
yang terdapat dalam terjemahan. Selain itu pelajar turut diberikan pengetahuan
tentang kaedah-kaedah terjemahan iaitu kaedah tradisional, peniruan dan
penggantian selain penterjemahan bentuk dinamik yang merangkumi kaedah
transposisi, modulasi, persamaan dan penyesuaian.
Pendahuluan
Pada zaman globalisasi dan zaman dunia tanpa sempadan atau zaman dunia
internet, maka perubahan yang begitu cepat telah menuntut masyarakat mempejari
dan mengetahui bahasa negara maju lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis,
bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Rusia, bahasa Jerman, bahasa Jepun,
bahasa Korea dan bahasa Cina. Segala kemajuan, penemuan dan ilmu yang baru
dalam berbagai-bagai bentuk perlu diketahui oleh masyarakat kita. Bagaimanakah
caranya? Tentulah penterjemahan bahasa-bahasa sumber itu diterjemah ke dalam
bahasa Melayu. Dalam hal ini tanggungjawab guru adalah untuk menterjemah
sesuatu bahasa supaya dapat diterapkan dan diajarkan kepada anak didiknya dan
digunakan oleh mereka.
59
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Contohnya:
60
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kedua, peniruan struktur yang memasukkan lantas mewujudkan struktur baru dalam
bahasa sasaran misalnya prime minister - perdana menteri, dan mini bus - bas mini.
Kata pinjaman peniruan ini digolongkan sebagai kata majmuk yang dipinjam dan
disesuaikan dengan pola sintaktik dalam bahasa Melayu.
Contoh:
1. I go to market.
Kaedah ini ditemui dalam karya terjemahan Kenang-kenangan Seorang Geisha yang
memerihalkan tentang beras sebagai makanan ruji yang sama dengan juga dengan
makanan ruji masyarakat Melayu. Dalam teks ini terdapat makanan yang
61
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
menggunakan konsep budaya Inggeris iaitu kek bagi istilah sweet rice cake
diterjemahkan sebagai lempeng pulut manis bukan kek pulut manis. Contoh-contoh
lain yang diperlihatkan di bawah:
Kaedah Transposisi
Terdapat dua jenis transposisi iaitu pertama transposisi wajib - cara terjemahannya
merupakan yang lazim dan paling bersahaja dalam bahasa sasaran.
Contoh:
62
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
1. We thank you for your cooperation.
2. After he returns.
Selepas kepulangannya,
Sekembalinya,
Manusia biasa atau yang bukan ahli sihir (lebih dikenali sebagai Muggle)
63
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Menurut Arizah Ardi dalm bukunya Pengantar Prinsip Penterjemah pada tahun 1950-
an banyak kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan menganalisis terjemahan.
Penggunaan pelbagai perkataan seperti strategi, taktik,kaedah, proses,prinsip dan
prosedur hanyalah satu kekeliruan istilah sahaja.Tahun 1950an banyak kaedah yang
digunakan untuk menterjemah dan menganalisis terjemahan.Penggunaan pelbagai
perkataan seperti strategi, taktik, kaedah, proses,prinsip dan prosedur hanyalah satu
kekeliruan istilah sahaja. Dua kaedah penterjemahan iaitu kaedah lama dan kaedah
baru.
Kaedah modulasi digunakan untuk tujuan yg sama seperti tranposisi iaitu untuk
menyampaikan maklumat dengan gaya bahasa yang paling bersahaja dan mudah
difahami. Modulasi boleh digunakan apabila terjemahan yang terhasil tidak menepati
hukum tatabahasa, janggal atau menyimpang maknanya walaupun terjemahan
secara literal atau tranposisi telah digunakan. Contohnya:
64
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
65
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Persamaan Terdekat Persamaan Bersahaja
national nasional, negara, big and small kecil besar
kebangsaan
national language bahasa my friend and I saya dan sahabat
kebangsaan saya
Contohnya:
Dalam budaya inggeris, seorang bapa yang baru pulang dari perjalanan yang
panjang boleh mencium bibir anaknya . Tetapi situasi ini tidak wujud langsung dlm
budaya melayu yang boleh disamakan dengan seorang anak yang menghulurkan
tangan untuk bersalaman dengan bapanya lalu mencium tangan bapanya.
Merupakan kaedah yang menterjemah fungsi warta supaya dapat memberi reaksi
yang sama kepada pembaca terjemahan seperti reaksi yang diterima oleh pembaca
teks sumber. Contohnya :
66
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kaedah penyamaan ini boleh juga digunakan dalam simpulan bahasa dan
peribahasa dalam bahasa sumber.
Contohnya:
Peribahasa ini tidak boleh diterjemahkan secara literal atau secara peniruan
kerana ia mempunyai maksud yang bersifat kebudayaan. Jika diterjemah secara
langsung, ayat-ayat diatas membawa maksud “ seperti dua kacang pis” dan “ terlalu
banyak tukang masak merosakkan sup”. Ini menyimpang dari maksud asal
peribahasa.
PENGEMBANGAN ( EXPANSION )
Sisipan (Parenthetic)
Teks Sumber Pekan Kajang masyur dengan sate
Teks Sasaran Kajang town is well know for satey
Sisipan (Parenthetic)
67
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
After agreeing with the labourers for a denarious¹ a day, he sent them into his
vineyard.
¹The Denarious was worth about seventeen pence
GENERALISASI
Merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas. Kaedah ini merupakan
kaedah yang menjadikan makna terjemahan lebih umum atau tidak khusus. Namun
kaedah ini hanya boleh digunakan seandainya pengabungan makna terjemahan
tersebut tidak mengubah mesej teks asal. Contoh :
Teks Sumber Mereka akan dijamu dengan durian, langsat, rambutan dan
manggis.
Teks Sasaran Some local fruits will be serve to them
68
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Perkataan autentik bermaksud satu keadaan atau benda yang masih asal atau asli.
Noresah Baharum (2000) mendefinisikan autentik sebagai bahan yang dapat
dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar (bukan palsu, rekaan dan
sebagainya). Justeru itu, menterjemah bahan autentik dapat dirumuskan sebagai
perlakuan menterjemah bahan bertulis yang asli daripada bahasa sumber ke dalam
bahasa penerima atau bahasa sasaran.
Teknik Penerangan
Teknik Secara Terus Terjemahan secara terus juga dikenal sebagai terjemahan
harfiah atau literal. Teknik ini meminta penterjemah untuk
menterjemahkan perkataan-perkataan dalam teks bahasa
sumber satu persatu dengan perkataan yang sepadan
dalam bahasa penerima. Perkataan bahasa penerima
yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya
mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa
sumber.
Teknik Secara Bermaksud teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan
Struktural atau dipecahkan kepada ayat-ayat atau frasa-frasa.
Terjemahan dilakukan ke atas pecahan-pecahan itu.
Teknik ini memberi keutamaan kepada bentuk ayat,
struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan
makna yang mesti dikekalkan.
Teknik Secara Global Bermaksud terjemahan secara keseluruhan. Terjemahan
ini memerlukan dan mengutamakan pemahaman
pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan
bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran.
Jadual 1.0: Jenis Teknik dan Penerangan
69
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
13.1 BIDANG PENDIDIKAN
a) Bahan Asal
Pendidikan rendah ialah peringkat pertama pendidikan wajib. Didahului oleh prasekolah
atau pendidikan tabika dan diikuti oleh pendidikan menengah. Di Amerika Utara, pendidikan
pada peringkat ini lazimnya dikenali sebagai pelajaran rendah dan pada umumnya diikuti
oleh sekolah pertengahan. Di kebanyakan negara, ia adalah diwajibkan untuk kanak-kanak
menerima pendidikan rendah, walaupun dalam banyak bidang kuasa ia adalah dibenarkan
kepada ibu bapa untuk menyediakannya.
70
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
d) Teknik Secara Global
Malay is a major language of the Austronesian family. It is the official language of Malaysia
(as Malaysian), Indonesia (as Indonesian), Brunei (as Melayu Brunei) and Singapore (as the
national language and one of four official languages of Singapore). It is spoken natively by 40
million people across the Malacca Strait, including the coasts of the Malay Peninsula of
Malaysia and southern Thailand, the eastern coast of Sumatra and the Riau Islands in
Indonesia, and has been established as a native language of part of western coastal Sarawak
and West Kalimantan in Borneo.
Melayu ialah satu bahasa utama keluarga Austronesia. Ia bahan rasmi Malaysia (sebagai
rakyat Malaysia), Indonesia (sebagai orang Indonesia), Brunei (sebagai Melayu Brunei) dan
Singapura (sebagai bahasa kebangsaan dan datu daripada empat bahasa rasmi Singapura).
Ia dituturkan oleh 40 juta rakyat yang merentasi Selat Melaka, termasuk pantai-pantai
Semenanjung Tanah Melayu dari Malaysia dan selatan Thailand, pantai timur Sumatera dan
Riau Islands di Indonesia dan telah bertapak sebagai satu bahasa ibunda bahagian Sarawak
pantai kebaratan dan Kalimantan Barat di Borneo.
71
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
c) Teknik Secara Struktural
2. It is the official language of Malaysia (as Malaysia), Indonesia (as Indonesian), Brunei (as
Melayu Brunei) and Singapore (as the national language and one of four official languages
of Singapore).
Ia – adalah – rasmi – bahasa – di Malaysia – (sebagai – rakyat – Malaysia), Indonesia –
(sebagai – rakyat – Indonesia), Brunei – (sebagai – Melayu Brunei) – dan – Singapura –
(sebagai – bahasa – kebangsaan – dan – satu – daripada – empat – bahasa – rasmi –
Singapura).
3. It is spoken natively by 40 million people across the Malacca Strait, including the coasts
of the Malay Peninsula of Malaysia and southern Thailand, the eastern coast of Sumatra,
and the Riau Islands in Indonesia, and has been established as a native language of part
of western coastal Sarawak and West Kalimantan in Borneo.
Ia – dituturkan – oleh – 40- juta – rakyat – yang – merentasi – Selat – Melaka – termasuk
– pantai-pantai – Semenanjing – Tanah – Melayu – daripada – Malaysia – dan – selatan
– Thailand – timur – pantai – Sumatera – dan – Riau – Kepulauan – di Indonesia – dan –
telah – bertapak – sebagai – satu – ibunda – bahasa – bahagian – barat – pantai – barat
– Sarawak – dan – Barat – Kalimantan – di Borneo.
Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada bahasa-bahasa utama dunia dan tergolong
dalam keluarga Austronesia. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa rasmi di
beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Seramai 40 juta
manusia telah menjadi penutur jati bahasa ini dan mereka mendiami penempatan di sekitar
Selat Melaka, termasuk pantai-pantai Semenanjung Tanah Melayu dari Malaysia dan selatan
Thailand, pantai timur Sumatera, dan Kepulauan Riau di Indonesia dan seterusnya bertapak
sebagai satu bahasa ibunda di bahagian pantai barat Sarawak dan Kalimantan Barat di
Borneo.
72
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Bahan Autentik II
Bidang Sastera
Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi? Teknologi merupakan satu
konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama
ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan
rekaan dan aksesori menggunakan prinsip sains dan proses terkini.
Secara tepat dan mudah dapat dikatakan sebagai penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat
dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu (Wikipedia, 2007).
Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) wujud berdasarkan perkembangan dan
kemajuan pesat dalam bidang mikroelektronik yang menghasilkan kemudahan
teknologi seperti komputer meja dan komputer riba, jaringan internet, emel, laman
sesawang dan sebagainya. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan
dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada peringkat antarabangsa.
73
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Namun demikian, bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga mampu menggalas
tanggungjawab penting untuk menyebarkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) kepada masyarakat di Malaysia.
Apakah pula hubungan bahasa dengan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK)? Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat.
Komunikasi ini dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi.
Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan kemampuan
menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan bahasa Melayu.
74
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
bahasa. Ini dicirikan dengan penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk
dengan bahasa Inggeris.
Kelahiran K-Ekonomi pula telah membawa perubahan besar kepada semua
bentuk perlakuan dan pemikiran manusia. Penggunaan bahasa Melayu dalam
internet juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa
utama lain di dunia. Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan
berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber yang
memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri yakni bahasa Melayu internet.
Muncul perkataan seperti kang (nanti), aEkum (assalamualaikum), tipon (telefon),
persal (mengapa), nko(engkau) dan lain-lain. Fenomena ini merupakan unsur
perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu.
Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa Melayu dan
kelihatan janggal. Inilah yang perlu disedari oleh pengguna internet yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar tidak menggunakan
bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira soal peraturan yang sedia ada.
Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti
penggunaan bahasa Melayu pasar. Justeru, penekanan terhadap penggunaan
bahasa Melayu yang betul harus diutamakan khususnya dalam laman sesewang
yang dikendalikan oleh anak Malaysia, walaupun menggunakan dwibahasa. Amalan
berbahasa yang baik dan betul perlu dipupuk dan dibajai daripada peringkat sekolah
lagi dan secara menyeluruh mencapai segenap anggota masyarakat. Hanya dengan
75
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
cara ini sahajalah, bahasa Melayu akan mendapat tempat yang sewajarnya dalam
dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
76
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
extranet ekstranet
file server pelayan fail
home computer komputer rumah
home user pengguna rumah
hybrid network rangkaian hibrid
intangible knowledge pengetahuan tak nyata
intelligent network rangkaian cerdas
SUMBER SASARAN
intranet intranet
laptop computer komputer riba
microcomputer mikrokomputer
mobile user pengguna bergerak
multicast multisiar
notebook computer komputer buku
organisational knowledge pengetahuan organisasi
packet switching network rangkaian pensuisan paket
palmtop computer komputer telapak
peer-to-peer network rangkaian rakan ke rakan
point-to-point network rangkaian titik ke titik
power user pengguna kuasa
private network rangkaian persendirian
procedural knowledge pengetahuan berprosedur
proprietary knowledge pengetahuan hak milik
public data network (PDN) rangkaian data awam (PDN)
public switched telephone ...
network rangkaian telefon bersuis awam
quantum computer komputer kuantum
ring network rangkaian gelang
self-knowledge swapengetahuan
strategic knowledge pengetahuan strategik
structure knowledge pengetahuan berstruktur
77
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
stylus computer komputer stilus
SUMBER SASARAN
supercomputer superkomputer
superuser superpengguna
tacit knowledge pengetahuan tasit
tangible knowledge pengetahuan nyata
telecommuting/teleworking telekerja
telepresence telehadir
telerobotics t elerobotik
touch tone nada sentuh
unicast unisiar
versatile compact disc cakera padat serba boleh
video compact disc cakera padat video
videoconferencing sidang video
Wide Area Network (WAN) Rangkaian Kawasan Luas (WAN)
78
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Sinopsis
Topik ini akan membincangkan keperluan memahami budaya bahasa sumber dan
bahasa sasaran dalam penterjemahan dari aspek adat resam, kepercayaan, mitos,
legenda, geografi dan persekitaran, peribahasa dan kiasan serta makanan dan
pakaian.
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup yang
mencerminkan segala perbuatan yang ada kalanya dilakukan setiap hari ataupun
musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Adat bagi setiap masyarakat
pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Sebagai contoh, bagi masyarakat
Minangkabau, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali
martabatnya dalam kehidupan mereka.
Dalam erti kata lain, penterjemah perlu memahami adat resam bahasa
sumber dan bahasa sasaran termasuk hukum agama dan pantang larang. Dengan
membuat penyelidikan terlebih dahulu untuk memahami adat resam sesuatu
masyarakat, maka barulah kita dapat memahami adat resam dan melakukan
penterjemahan dengan penyampaian makna yang berkesan.
79
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
15.2 Geografi dan persekitaran
Terdapat kepercayaan karut yang masih dipegang oleh segelintir masyarakat di dunia
contohnya masyarakat di Korea. Perkataan bujeog ialah aksesori yang dipakai oleh
seseorang tertera tulisan, rajah ataupun gambar yang dibawa ke mana-mana atau
ditampal di dinding sebagai azimat dan pelindung. Kepercayaan masyarakat Korea
ini mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu yang mempercayai tangkal.
Tangkal ini biasanya dibuat oleh bomoh atau dukun. Dalam masyarakat Melayu juga
ada anggapan bahawa penggunaan tangkal sebagai pelindung tetapi perkara ini
dilarang sama sekali dalam amalan agama Islam kerana membawa kepada amalan
syirik. Persamaan dari segi kepercayaan tersebut membolehkan perkataan bujeog
(bahasa sumber) diterjemahkan kepada perkataan tangkal (bahasa sasaran)
disebabkan penterjemah mengetahui serba sedikit tentang kepercayaan budaya
bahasa sumber dan bahasa sasaran tersebut.
80
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
15.4 Peribahasa dan kiasan
Peribahasa ialah bentuk ungkapan yang unik yang terdapat dalam sesuatu
bahasa. Salah satu punca sukarnya menterjemahkan peribahasa adalah disebabkan
makna sesuatu peribahasa itu tidak mungkin dapat diteka daripada susunan ayat.
Kita hanya tahu makna peribahasa apabila kita memang sudah mengetahui makna
peribahasa itu sebelum membaca ayat.
Contoh:
Perkataan Makna
Sunday Ahad
week minggu
Makna Sunday Week ialah Ahad selepas Ahad depan.
Contoh:
Perkataan Makna
wife isteri
Kiasan:
Istilah Makna
midwife bidan
dutch wife bantal peluk
housewife suri rumah
81
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Istilah-istilah peribahasa boleh diterjemahkan dengan menggunakan kaedah berikut:
Dalam teknik ini, istilah peribahasa dalam bahasa Inggeris kekal sebagai peribahasa
dalam bahasa Melayu. Ini boleh dibuat dengan dua cara:
Dalam bidang sains dan teknologi, cara ini tidak digalakkan kerana makna
peribahasa asing yang baru dipinjam tidak terang dan jelas. Sebagai contoh:
feedback – suap balik (biologi) ... maklum balas
wear and tear – haus dan lusuh (ekonomi) ... haus
foul bite – gigitan salah (seni lukis) ...
green belt – jalur hijau (geografi) ... kawasan subur
Ini dibuat dengan cara memberikan sahaja makna sebenar peribahasa Inggeris itu.
Contoh:
82
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
white-collar job – kerja pejabat
Sesetengah istilah dalam bahasa Inggeris adalah dalam bentuk bukan peribahasa.
Ada kalanya istilah-istilah itu boleh diganti dengan istilah-istilah kita sendiri yang
berbentuk peribahasa.
Contoh:
83
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Nota Tambahan:
Terdapat beberapa banyak keadaan yang membawa kepada ketiadaan padanan
pada peringkat kata. Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti dalam berikut:
a) Apabila teks bahasa sumber memperkatakan konsep-konsep budaya yang
langsung tidak diketahui dalam bahasa sasaran;
b) Konsep yang wujud dalam bahasa sumber tidak ada kata dalam bahasa sasaran
untuk menamainya;
c) Satu-satu kata dalam bahasa sumber sarat dengan makna dan perlukan banyak
kata untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa sasaran;
d) Bahasa sumber dan bahasa sasaran membuat perbezaan makna yang berlainan
bagi satu-satu perkataan dalam erti kata perbezaan makna yang dipentingkan
dalam bahasa sumber mungkin dipentingkan dalam bahasa sasaran atau
sebaliknya;
e) Bahasa sumber mempunyai kata umum dan superordinat tetapi ini tidak wujud
dalam bahasa sasaran;
f) Bahasa sumber mempunyai kata khusus atau hiponim merujuk sesuatu tetapi
bahasa sasaran ketiadaan unsur ini;
g) Bahasa sumber memerlukan jarak fizikal atau kedudukan seseorang diketahui
sebelum dapat menyatakan sesuatu tetapi ciri ini tidak wujud dalam bahasa
sasaran atau sebaliknya;
h) Terdapat kata padanan dalam bahasa sasaran yang mempunyai maksud yang
sama tetapi memberikan kesan makna yang berlainan dan kelainan ini mungkin
sedikit sahaja atau mungkin ketara sehingga mendatangkan masalah terjemahan
dalam konteks keperihalan keadaan berkenaan;
i) Kelainan bentuk antara bahasa sumber dan bahasa sasaran seperti imbuhan
dalam bahasa Inggeris, yang digunakan secara kreatif untuk membentuk
perkataan baru mendatangkan masalah apabila diterjemahkan ke dalam bahasa
yang kurang menggunakan imbuhan dengan cara yang sama;
j) kekerapan dan tujuan menggunakan sesuatu kata ini berlainan antara bahasa
sumber dan bahasa sasaran. Walaupun kata yang terbabit itu mungkin kata
padanan dalam bahasa sasaran, tetapi kekerapan dan tujuan kata itu digunakan
dalam bahasa sasaran tidak sama dengan kata yang sama dalam teks sumber.
Hal ini membawa implikasi stail atau gaya yang tidak bersahaja atau sejadi dalam
teks yang diterjemahkan;
k) teks bahasa sumber menggunakan kata pinjaman yang bertujuan menambahkan
prestij dalam teks asal tetapi kesan ini hilang dalam teks terjemahan akibat tidak
84
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
mendapat kata padanan atau kata pinjaman yang dapat memberikan maksud
yang sama
85