Anda di halaman 1dari 8

2.

0 KESALAHAN MURTAD

2.1 Definisi

Murtad berasal dari perkataan “riddah” yang bermaksud kembali.1 Menurut istilah
bahasa pula, murtad ialah kembali dari sesuatu kepada sesuatu.2 Manakala dari segi istilah,
ia merujuk kepada kembali dari agama Islam kepada agama lain sama ada dengan niat,
perbuatan atau perkataan.3 Oleh itu, murtad dapat didefinisikan sebagai orang yang
kembali kepada kekufuran setelah menerima Islam.4

Berdasarkan takrifan-takrifan itu, maka dapat disimpulkan bahawa murtad ialah


tindakan seseorang Muslim yang mukalaf dengan niat sendiri untuk keluar dan menganut
agama lain atau melakukan perkara yang bercanggah dengan dasar-dasar Islam, tanpa
dipaksa oleh sesiapa dan keadaan. Proses perpindahan agama itu dikenali sebagai al-riddah
dan apabila seseorang Muslim itu mula menganut agama baru atau sesuatu kepercayaan
yang bertentangan dengan Islam, maka dia dikenali sebagai orang yang murtad.

2.2 Ayat al-Quran serta sumber

Kesalahan murtad amat mudah untuk ditetapkan hukum oleh kerana ia kerapkali
disebut di dalam Al-Quran. Salah satu daripadanya ialah pengharaman murtad yang begitu
jelas dinyatakan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 217.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya
(Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak

1
Bustani. (1987). Muhit al-Muhit Maktabat Lubnan: Beirut. hlm. 330
2
Prof Madya Datin Dr.Paizah Hj Ismail. Hudud Hukum & Pelaksanaan, Karya Bestari Sdn Bhd, 2008, Pg.20.
3
Prof Madya Datin Dr.Paizah Hj Ismail. Hudud Hukum & Pelaksanaan, Karya Bestari Sdn Bhd, 2008, Pg.20.
4
Ali Abdul Hamid Bultaji. (1991). Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Imam Ahmad. Beirut. hlm. 446. Rujuk Sayid Sabiq.
(1995). Fiqh al-Sunnah. Dar al-Fikr: Beirut. hlm. 300.
binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).”5

(Al-Baqarah: 217)

Sebagai huraian, dalil tersebut menyamakan umat Islam yang murtad dengan
golongan kafir iaitu golongan yang ditempatkan di neraka buat selama-lamanya di akhirat.
Bukan itu sahaja, segala amalan baik yang pernah dilakukan sewaktu masih bergelar
Muslim telah digugurkan dan tidak lagi diterima oleh Allah SWT apabila ia berpaling tadah
daripada agama Islam.

Selain itu, larangan murtad juga telah ditekankan dalam Surah Muhammad ayat 25
hingga 26, Surah Ali Imran ayat 144, Surah Al-Maidah ayat 7, 21 dan 54 seperti yang
dinyatakan di bawah:

Firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang (kepada kekafiran)


sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka syaitan telah menjadikan mereka mudah
(berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka. Yang demikian itu
kerana sesungguhnya mereka (orang-orang munafik) itu berkata kepada orang-
orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (orang-orang Yahudi), ‘Kami
akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan’ Sedangkan Allah mengetahui rahsia
mereka.”6

(Muhammad: 25-26)

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu
sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu
berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia

5
Al-Qur’an, Al-Baqarah 2:217.
6
Al-Qur’an, Muhammad 47:25-26.
tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”7

(Ali Imran: 144)

“Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta
ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata:
"Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.”8

(Al-Maidah: 7)

“Janganlah kamu undur ke belakang, jika kamu undur menjadikan kamu orang-
orang yang rugi.”9

(Al-Maidah: 21)

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari
agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai
mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang
yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad
dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah
karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah
Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”10

(Al Maidah: 54)

Ketiga-ketiga ayat di atas memperlihatkan bahawa sesiapa yang murtad dari jalan
Allah adalah mereka yang dibenci kerana ia telah memutuskan untuk berpaling tadah dari

7
Al-Qur’an, Ali Imran 3:144.
8
Al-Qur’an, Al-Maidah 5:7.
9
Al-Qur’an, Al-Maidah 5:21.
10
Al-Qur’an, Al-Maidah 5:54.
jalan yang benar dan menuju ke jalan yang salah. Maka, murtad adalah haram di sisi syarak.
Telah dijelaskan juga balasan dan risiko bagi mereka yang murtad iaitu akan hilang
kenikmatan, kesyukuran dan kebaikan yang pernah diberi oleh Allah SWT di samping
hilang pedoman hidup, petunjuk, hidayah, kesedaran diri, peluang untuk bertaubat dan
sebagainya.

2.3 Hadis atau al-Sunnah serta sumber

Sebelum memetik hadis yang khusus untuk dijadikan kebergantungan oleh para
penyokong hukuman mati untuk murtad, eloklah dijelaskan fakta hasil pemerhatian
berkaitan hubungan Al-Quran dan Hadis. Imam Shafi’e di dalam kitabnya Al-Risalah
menyatakan dengan jelas satu prinsip bahawa perintah yang ada dalam Al-Quran hanya
boleh dimansuhkan dengan ayat Al-Quran sahaja. Jadi, peranan Al-Sunnah adalah untuk,
sama ada menjelaskan lagi Al-Quran atau melanjutkan perbincangan Al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami
tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya,
atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?”

(Al-Baqarah: 106)

Berbalik pada sumber hadis berkenaan murtad, ketetapan hukuman cuba untuk
dilaksanakan oleh sebab dalil-dalil berkaitan dengan hukumannya adalah kurang jelas
(zannie) dan dipertikaikan oleh para ulama.11 Pada dasarnya, terdapat beberapa pandangan
mengenai hukuman murtad dalam Islam dan ianya boleh dirumuskan kepada dua golongan
iaitu golongan yang mempersetujui hukuman murtad adalah hudud dan golongan yang
membantah.

11
S.A.Rahman. Apa Kata Islam Tentang Murtad, Perpustakaan Negara Malaysia, 2015, Pg. 12.
2.3.1 Hukuman Murtad Adalah Hudud

Golongan ini dipelopori oleh ulama tradisional seperti Mazhab Shafi,


Maliki dan Hanbali yang berpendapat bahawa murtad tergolong dalam dosa-dosa
besar yang tidak diampunkan oleh Allah melainkan dengan bertaubat. Mereka,
walau bagaimanapun, mencapai keputusan tersebut dengan bersandarkan kepada
firman yang berbunyi:

“Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari


agamanyya (Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang
demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat,
dan mereka itulah ahnli nereka, mereka kekal di dalamnya (selama-
selamanya)”

(Surah al-Baqarah: 217)

Antara hadis yang telah dijadikan sokongan kepada keputusan ini adalah
seperti yang berikut:

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.”

(Riwayat Jamaah)

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu tiga
perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas
dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang
berpisah dengan jamaah muslimin.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:


Diriwayatkan oleh 'Abdullah: Rasul Allah berkata, "Darah seorang Muslim
yang mengaku bahawa tiada lain yang hak disembah selain Allah dan
bahawa aku adalah Rasul-Nya, tidak boleh ditumpahkan melainkan dalam
tiga kes: Dalam Qisas bagi pembunuhan, orang berkahwin yang melakukan
hubungan seksual haram dan orang yang beralih dari Islam (murtad) dan
meninggalkan Muslim."

(Riwayat Bukhari)

Ketiga-tiga hadis di atas telah menetapkan hukuman mati atau hudud


sebagai balasan kepada golongan yang murtad atau meninggalkan Islam. Namun
begitu, Imam Abu Hanifah mengecualikan wanita yang murtad daripada dibunuh.
Sebaliknya orang itu harus digesa supaya segera bertaubat dan kembali semula
kepada Islam. Jika ia enggan, maka ia boleh dipenjarakan sehingga mati.

2.3.2 Tiada Ketetapan Bentuk Hukuman Murtad

Pendapat ini dipelopori oleh para ulama kontemporari seperti Abd al-
Mutaali al-Saidi, Ibrahim al-Nakhai, Muhammad Abduh, Mohammad Hashim
Kamali dan lain-lain. Pada dasarnya, hukuman murtad bukanlah hudud tetapi hanya
takzir. Golongan ini berpendapat bahawa manusia diberikan kebebasan beragama
mengikut pilihannya. Faktor yang menyebabkan SAW menyatakan hukuman
bunuh pada kesalahan murtad bukanlah kerana kemurtadan mereka tetapi
disebabkan oleh pemberontakan yang menentang Islam.

Selain itu, S.A Rahman, bekas Ketua Kehakiman Pakistan, berpendapat


bahawa tidak ada indikasi hukuman mati untuk murtad dalam Al-Quran12. Bukan
itu sahaja, Wael Hallaq ada menyatakan bahawa hukuman mati adalah elemen baru
yang ditambah kemudian dan "mencerminkan realiti kemudian dan tidak berdiri
sesuai dengan perbuatan Nabi.”13

12
S. A. Rahman (1986). Punishment of apostasy in Islam. Kazi. ISBN 978-0-686-18551-2.
13
Jane Dammen McAuliffe, general editor (2001). "Apostasy". dalam McAuliffe, Jane Dammen. Encyclopaedia of
the Qur'an.
2.4 Rumusan

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa ayat-ayat Al-Quran yang


disebutkan di atas bagi menetapkan hukum murtad adalah qat’ie oleh sebab amatlah
jelas bahawa murtad adalah sesuatu perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT. Namun
begitu, hukuman bagi kesalahan murtad adalah zannie disebabkan oleh ketiadaan dalil
yang memutuskan hukuman bagi kesalahan berkenaan. Walau bagaimanapun, hadis-hadis
yang ada telah mentakhsiskan (mengkhususkan) ayat al-Quran yang zannie berkaitan
hukuman murtad. Kebanyakan sumber hadis yang ditemui menjatuhkan hukuman hudud
iaitu hukuman mati bagi pelaku murtad. Berdasarkan proses-proses pengistinbatan yang
berlaku, hukum bagi murtad adalah haram oleh sebab ia melibatkan perbuatan yang boleh
membawa syirik kepada Allah SWT seperti sujud kepada selain dari-Nya dan berniat untuk
memperlakukan perbuatan terkutuk itu dengan sengaja.14

Penghasilan hukum tersebut adalah atas alasan dharuriyyat. Ini kerana


pengharaman murtad dapat memelihara sistem kehidupan manusia daripada sebarang
kehancuran atau kemusnahan, sama ada secara individu atau masyarakat. Di samping itu,
ia juga bertujuan untuk menjaga keperluan agama. Hal ini kerana agama Islam
mengajarkan manusia tentang asas-asas dalam kehidupan mereka. Islam menjadikan
manusia sebagai makhluk yang paling mulia daripada makhluk ciptaan Allah SWT yang
lain. Perbezaan utama antara manusia dengan ciptaan Allah SWT yang lain ialah mereka
diperintahkan untuk beriman dan melaksanakan ajaran Islam dalam semua aspek
kehidupan mereka. Bagi memastikan manusia tetap kekal sebagai makhluk yang paling
mulia di sisi Allah, agama Islam mestilah menjadi pegangan yang utama bagi manusia.
Untuk itu, Islam memerintahkan manusia mengamalkan akidah yang betul supaya
perjalanan hidup mereka akan menjadi lebih teratur dan sempurna. Perlu diingatkan
bahawa Allah SWT melaknat mereka yang membawa kerosakan kepada agama seperti
penyebaran agama sesat, murtad dan sebagainya.

14
Sayid Sabiq. (1995). Fiqh al-Sunnah. Dar al-Fikr: Beirut. Hlm. 300-305.
Rujukan:

Al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai