Anda di halaman 1dari 4

1.

Pinjaman bernilai RM3000 perlu dilunaskan secara ansuran pada setiap akhir suku
tahun selama 5 tahun. Diberi i(2) adalah 10%. Tentukan amaun ansuran tersebut.
2. Apakah amaun yang terkumpul di akhir tahun ke-30 sekiranya RM100 didepositkan
pada setiap akhir bulan selama tempoh tersebut dengan pulangan yang dijanjikan adalah
sebanyak 10% kadar efektif tahunan.
3. Apakah nilai kini bagi bayaran RM150 didepositkan pada setiap tiga bulan selama 10
tahun bermula sekarang dengan pulangan yang dijanjikan adalah sebanyak 6% kadar efektif
tahunan.
4. Anis ingin mengumpul sebanyak RM250K dengan mendepositkan RM2K di awal
setiap bulan. Pelaburan itu menjanjikan pulangan sebanyak 12% boleh tukar setiap suku
tahunan. Tentukan tempoh pelaburan yang diperlukan.
5. Pinjaman bernilai RM3000 perlu dijelaskan dengan bayaran ansuran pada akhir
setiap suku tahunan selama 5 tahun. Diberi kadar faedah yang dikenakan adalah 10% boleh
tukar setengah tahun. Kira amaun ansuran.
6. Pinjaman bernilai 3000 perlu dilunaskan secara ansuran pada setiap awal suku
tahunan selama 5 tahun. Diberi d(2) = 10%, kira amaun ansuran tersebut.
7. Kira nilai kini bagi anuiti awalan dengan bayaran RM500 sebulan selama 10 tahun.
Diberi i = 6%.
8. Kira nilai kini bagi anuiti awalan dengan bayaran RM100 pada setiap empat bulan
selama 6 tahun. Diberi i(2) = 6%.
9. Perpetuiti RM1000 dibayar pada akhir setiap 6 bulan. Kira nilai kini menggunakan
(a) Kadar faedah efektif tahunan10%.
(b) Daya faedah 6%
1. Kamal meminjamkan sebanyak RM8000 kepada Azmi. Azmi bersetuju untuk
membayar balik pinjaman tersebut dengan 10 kali bayaran di akhir setiap tahun. Caj
pinjaman adalah 7% efektif tahunan. Tentukan amaun ansuran yang dibayar oleh Azmi.

2.

Rujuk Soalan 1. Selepas membuat 4 bayaran ansuran, Azmi telah memohon kepada Kamal
untuk membayar baki pinjaman yang masih terhutang pada masa tersebut dengan
tambahan 4 bayaran ansuran tahunan. Tentukan amaun ansuran yang baru.

3.

Kira amaun yang terkumpul di akhir tahun ke-6 bagi satu anuiti selanjar pada kadar 1000
setahun yang diterima untuk tempoh lima tahun. Diberi kadar faedah efektif tahunan
adalah 5%.

4.

Anda ingin mengumpul sebanyak RM1 juta. Anda telah bersetuju untuk mendepositkan
sebanyak RM5,000 ke dalam sebuah dana pelaburan di akhir setiap bulan sehingga amaun
yang diingini diperoleh. Kadar faedah adalah 8% terkompaun setiap suku tahunan. Tentukan
tempoh yang diperlukan.

5.

Dana ASN membayar faedah sebanyak 4% ke atas semua deposit yang dibuat dalam 5 tahun
pertama dan 5% ke atas semua deposit yang dibuat untuk tempoh yang seterusnya. Dana
ASB pula membayar faedah sebanyak 4% untuk 5 tahun yang pertama dan 5% tempoh yang
seterusnya tanpa mengambil kira masa deposit dilakukan.

Hanim mendepositkan sebanyak RM100 di awal setiap tahun selama 10 tahun ke dalam
dana ASB. Lisa pula telah mendepositkan sebanyak RM100 di akhir setiap tahun selama 10
tahun ke dalam dana ASN. Kira amaun dana yang terkumpul di akhir tahun ke-10 yang
dimiliki oleh Hanim dan Lisa.

6.

Ali berumur tepat 10 tahun ketika bapanya meninggal dunia. Ali hanya boleh menerima
manfaat kematian daripada polisi insurans bapanya apabila Ali mencapai umur 18
tahun. Manfaat kematian sebanyak RM10,000 akan disimpan oleh syarikat insurans dalam
tempoh tersebut dengan kadar faedah efektif tahunan 5%. Sebaik sahaja Ali mencapai umur
18 tahun, beliau akan menerima bayaran bulanan RM X untuk tempoh 120 bulan. Dalam
tempoh bayaran dibuat, kadar faedah efektif adalah 3% setahun. Kira X.

7.

Deposit sebanyak RM50 dibuat di akhir setiap tahun untuk tempoh n tahun yang pertama
dan RM150 di akhir setiap tahun untuk tempoh n tahun yang kedua. Diberi kadar faedah
efektif tahunan adalah 4%. Amaun yang terkumpul di akhir tahun ke-2n adalah RM2012.65.
Tentukan n.

8. Betty meraikan ulang tahun ke-40 hari ini. Beliau bercadang untuk mendepositkan
sebanyak RM10000 pada setiap ulang tahun umurnya bermula hari ini sehingga beliau
mencapai umur 50 tahun, RM15000 pada setiap ulang tahun umurnya bermula daripada
umur 51 sehingga 60 tahun, RM20000 pada setiap ulang tahun umurnya bermula daripada
umur 61 sehingga 65 tahun dan RM5000 pada setiap ulang tahun umurnya bermula
daripada umur 66 sehingga 72 tahun.

Kadar faedah efektif adalah 5% setahun. Tentukan nilai kini bagi kesemua deposit yang
bakal dibuat oleh Betty.

9.

Dapatkan nilai kini bagi anuiti yang membayar RM400 di awal setiap suku tahunan selama
lima tahun pertama dan bagi lima tahun kedua bayaran meningkat kepada RM600
setiap suku tahunan. Diberi kadar faedah efektif tahunan adalah 12%.

10.

Daya faedah, δ(t) adalah suatu fungsi masa dan pada sebarang masa t (tahun) ia diberikan
seperti berikut;

δ(t)={█(0.07-0.005t,0<t≤8@0.06, t>8)┤

(a) Kira amaun yang tertumpuk pada masa t = 10 untuk pelaburan bernilai RM500 pada
masa t =
0.
(b) Kira nilai kini pada masa t = 0 bagi suatu bayaran selanjar dengan kadar RM200e0.1t
dibayar dalam tempoh t = 10 sehingga t = 18.

11.
Sebuah syarikat gadai janji menawarkan dua skim gadai janji kepada pelanggan bagi tahun
25 gadai janji.

Skim A :
Suatu gadai janji RM100,000 ditawarkan dengan pembayaran balik pada kadar RM7,095.25
setahun di bayar di akhir setiap tahun. Tiada caj lain dikenakan.

Skim B :
Suatu gadai janji sebanyak RM100,000 ditawarkan dengan pembayaran balik di awal setiap
bulan dengan kadar faedah efektif 4% setahun. Di samping itu, pelanggan perlu membayar
yuran pengaturan pinjaman sebanyak RM6,000 pada awal gadai janji dan yuran keluar
sebanyak RM5,.000 pada akhir tempoh 25 tahun gadai janji.

Bandingkan kadar faedah efektif tahunan yang dibayar oleh pelanggan di kedua-dua skim.

Anda mungkin juga menyukai