Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Rumah Terbuka

1. Pengenalan:
- Apakah yang dimaksudkan dengan rumah terbuka?
- Bilakah rumah terbuka selalu diadakan?
- Dimanakah rumah terbuka banyak diadakan?
- Apakah pendapat tokoh tertentu mengenai rumah terbuka?
- Soal.....Apakah kebaikan rumah terbuka?

2. Faedah 1:
- Menggalakkan hubungan silaturahim. (AI)
- Mengapa? Mengeratkan hubungan sesama keluarga. (AH)
- Contoh? Keluarga yang jauh datang bertandang. (AC)
- Kesannya? Keluarga menjadi lebih kukuh. (AH)
- Tujuan? Dapat berbual dan beramah mesra. (AH)
- Penegas? Dapat mengukuhkan silaturahim.

3. Faedah 2:
- mengenali budaya kaum lain. (AI)
- mengapa? Rakyat terdiri pelbagai kaum. (AH)
- Kesannya? Mempunyai budaya yang berbeza. (AH)
- Contohnya? Melayu (pakaian baju Melayu), India? Cina? (AC)
- Belajar apa? Adat resam, pantang larang kaum lain. (AH)
- Kesannya? Melahirkan rasa hormat-menghormati.
- Penegas? Dapat mempelajari cara hidup/ budaya kaum lain.

4. Faedah 3:
- dapat bermaaf-maafan. (AI)
- Mengapa? Mungkin melakukan kesalahan dalam hubungan. (AH_
- Contohnya? Menyinggung hati jiran, menyakiti hati. (AC)
- Cara? Menziarahi jiran dan bermaaf-maafan. (AH)
- Tujuan? Buang yang keruh ambil yang jernih.
- Kesannya? Hidup dalam harmoni. (AH)
- Penegas? Dapat bermaaf-maafan sesama jiran/ keluarga.

5. Faedah 4:
- mengeratkan perpaduan. (AI)
- Mengapa? Negara kita pelbagai kaum. (AH)
- Kesan? Mempunya cara hidup berbeza. (AH)
- Kesannya? Menggalakkan hidup sepakat/ toleransi. (AH)
- Tujuan? Orang muda lebih mengenali jiran kaum lain. (AC)
- Kesan? Menggaalakkan perpaduan kaum/ harmoni (AH)
- Penegas? Mengerat perpaduan/ mewujudkan keamanan.

6. Penutup:
- memberi banyak faedah.
- apa faedahnya?
- apa yang perlu kita buat.
- apa harapan kita - diteruskan.
- ke gunung sama didaki, ke lembah sama dituruni.
Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tiba
hari-hari perayaan utama.

Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya.

Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan
kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan.

Seterusnya amalan ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat.

Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah, "Bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain.

Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain.

Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan.

Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat
resam kaum lain.

Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama.

Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama
dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya.

Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya.

Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan kepada pelancong
asing yang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan
menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan
keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini
bertepatan dengan kata mutiara jauh perjalanan, luas pemandangan.

Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat serta merasai kepelbagaian
masakan. Rumah terbuka yang dianjurkan di negara kita telah memberikan kelebihan kepada masyarakat
peribuminya. Setiap perayaan mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat
dan tradisi mula diketengahkan menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya secara dekat. Keunikan
adat dan tradisi yang diamalkan telah menjadi faktor penarik bagi masyarakat lain untuk mula menyesuaikan
diri serta merasai kepelbagaian juadah yang disajikan. Sebagai contoh, rumah terbuka bagi masyarakat Iban
biasanya menyajikan sagu, manakala masyarakat India pula mementingkan manisan.

Penganjuran rumah terbuka juga mendatangkan kesan negatif kerana terdapat pihak yang mementingkan diri dan tidak
menghiraukan orang lain.

Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu.

Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah
yang banyak.

Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku
ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut.

Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat makanan
langsung.

Sebagai kesimpulannya, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak.

Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh anggota masyarakat.
Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar
syarat sahaja untuk menganjurkannya.

Kita tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi" apabila menganjurkan rumah terbuka.

Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat
yang dicita-citakan akan dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai