Anda di halaman 1dari 34

PEMBENTUKAN IMBUHAN MeN...kan dan MeN...

i
Pembentukan imbuhan kerap kali mengelirukan pelajar. Dalam penggunaan imbuhan
MeN...kan dan MeN...i, pelajar sering kali membuat kesilapan dengan menggunakan imbuhan
tersebut secara bertukar ganti seolah-solah kedua-dua imbuhan tersebut membawa maksud
yang sama. Dalam bab ini, kita akan melihat dan meneliti secara lebih mendalam
pembentukan dan perbezaan imbuhan MeN...kan dan MeN...i dalam Bahasa Melayu yang
kerap menimbulkan kekeliruan kepada pelajar.
Pembentukan Imbuhan MeN...kan

Imbuhan MeN...kan membentuk kata kerja transitif yang terbit daripada kata dasar yang
terdiri daripada beberapa jenis golongan kelas kata. Penggunaan golongan kata tertentu akan
menunjukkan makna yang tertentu apabila menerima imbuhan MeN...kan.
Pembentukannya akan dibincangkan secara ringkas kerana yang penting ialah meneliti
perbezaan maknanya dengan imbuhan MeN...i. Teliti beberapa jenis golongan kata berikut
yang menunjukkan beberapa maksud yang berbeza:
Kata Dasar Imbuhan MeN...kan Maksud
Buku (kata nama) Membukukan Menjadikan buku
Darat (kata nama) Mendaratkan Membawa ke darat
Gemuk (kata adjektif) Menggemukkan Menjadikan gemuk
Jatuh (kata kerja) Menjatuhkan Menyebabkan jatuh
Beli (kata kerja) Membelikan Membeli untuk
Tindih (kata kerja) Menindihkan Menggunakan alat
Pagar (kata kerja) Memagarkan Menjadikan sebagai
Dua (kata bilangan) Menduakan Menjadikan dua
Untuk memahami lebih jelas lagi maksud yang terbentuk daripada kelas kata tersebut lihat
beberapa contoh ayat berikut:
Ayat Contoh;
1. Pemain pertahanan pasukan itu telah menjatuhkan penyerang pasukan lawan dalam
kawasan penalti.
2. Lelaki itu telah menduakan isterinya dengan berkahwin lagi.
3. Dia telah membukukan pengalamannya semasa zaman pemerintahan Jepun.
4. Mereka telah membasahkan kepala masing-masing dengan air sungai itu.
5. Ahmad melontarkan basikal adiknya ke dalam kolam.
Analisis
Semua ayat yang menerima imbuhan MeN...kan menunjukkan maksud bahawa objek
tepatnya (kata nama selepas kata kerja) kena secara langsung oleh perbuatan iaitu kena
‘jatuhkan’, kena ‘duakan’, kena ‘bukukan’ kena ‘basahkan’ dan kena ‘lontarkan’.
Maksud Dalam Imbuhan MeN...kan
Secara umum, imbuhan apitan MeN...kan menunjukkan dua maksud yang kerap dikelirukan.
i) Maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan secara langsung kena ke atas objek
tepat dalam ayat dan menjadi alat atau bahan untuk melakukan perbuatan
ke atas objek sipi
Contoh:
Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas Amin menggunakan ‘sepotong kayu’ (objek tepat) untuk
melakukan perbuatan ke atas ‘lembu itu’ (objek sipi).
Teliti contoh ayat berikut yang sama maksud pembentukannya dengan ayat di atas.
Ayat contoh;
1. Petani itu memagarkan kawat berduri ke seluruh ladangnya.
2. Orang tua itu memukulkan sebatang tongkat ke atas anaknya.
3. Dia menghadiahkan rantai mutiara kepada isterinya.
4. Kanak-kanak itu membalingkan bola kepada rakannya.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniakan bintang kebesaran kepada ahli sukan
tersebut sempena Hari Keputeraan baginda.
ii) Maksud sesuatu perbuatan dilakukan ‘untuk’ objek tepat
Hal ini bermaksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk orang lain iaitu pelaku melakukan
perbuatan untuk objek tepat manakala objek sipi merupakan sesuatu yang dilakukan
perbuatan ke atasnya.
Contoh:
Amin membacakan adiknya buku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas bermaksud Amin membaca buku untuk adiknya bukan untuk
dirinya, manakala buku iaitu objek sipi merupakan alat yang dibaca dan adiknya sebagai
objek tepat merupakan penerima perbuatan Amin.
Jika buku cerita mahu dijadikan objek tepat, maka akhiran ‘kan’ mesti digugurkan seperti
dalam ayat berikut:
Contoh:
Amin membaca buku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi)
Untuk lebih jelas, teliti ayat-ayat berikut:
Ayat contoh;
1. Ibu menjahitkan kakak sehelai baju kurung sutera.
(maksud menjahit untuk kakak)
2. Rahim mencarikan isterinya buah mempelam muda
(maksud mencari buah mempelam muda untuk isterinya)
3. Dia melukiskan adiknya sekeping gambar helang.
(maksud melukis gambar helang untuk adik)
Ringkasnya imbuhan MeN...kan menunjukkan maksud objek tepat sebagai alat atau bahan
untuk melakukan perbuatan ke atas sesuatu. Selain itu, juga membawa maksud sesuatu
perbuatan itu dilakukan untuk benda lain iaitu ‘untuk objek tepat’, manakala perbuatannya
dilakukan ke atas ‘objek sipi.
Pembentukan Imbuhan MeN...i.
Imbuhan MeN...i juga terbentuk daripada beberapa kelas kata dasar dan membawa makna
yang tertentu. Teliti pembentukannya secara ringkas dan cuba buat perbandingan dengan
pembentukan imbuhan MeN...kan.
Kata Dasar Imbuhan MeN...i Maksud
Pagar Memagari Meletakkan sesuatu
(kata Nama) sebagai pagar
Pukul Memukuli Melakukan perbuatan
(kata kerja) berkali-kali pada objek
Duduk Menduduki Melakukan perbuatan
(kata kerja) pada objek
Kirim Mengirimi Menyebabkan objek
(kata kerja) menerima sesuatu
Untuk memahami lebih jelas lagi maksud yang terbentuk daripada kelas kata tersebut lihat
beberapa contoh ayat berikut:
Ayat contoh;
1. Dia akan mengirimi bapanya sepucuk surat pada setiap bulan.
2. Jepun telah menduduki Tanah Melayu selama lebih kurang empat tahun.
3. Dia memukuli lembu yang memasuki kebunnya dengan sebatang kayu.
Analisis
Dalam ketiga-tiga ayat di atas, semua objek kena secara tidak langsung. Objek-objek tersebut
menerima sesuatu daripada perbuatan yang dilakukan oleh pelaku. Contohnya dalam ayat (1)
‘bapa’ sebagai objek tepat menerima surat bukannya benda yang dikirimkan kepada
seseorang.
Maksud Imbuhan MeN...i
Secara umum, imbuhan apitan MeN...i, menunjukkan maksud objek tepat menerima sesuatu
daripada pelaku perbuatan, manakala benda yang diterima daripada perbuatan itu dinyatakan
sebagai objek sipi.
Maksud ayat juga menunjukkan bahawa objek tepat tidak bergerak tetapi objek sipi yang
bergerak menuju ke arah objek tepat. Lihat dan teliti contoh ayat-ayat di bawah;
Ayat contoh;
1. Petani itu memagari ladangnya dengan kawat berduri.
2. Orang tua itu memukuli anaknya dengan sebatang tongkat.
3. Dia menghadiahi isterinya seutas rantai mutiara.
4. Kanak-kanak membalingi rakannya dengan sebiji bola.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniai ahli sukan itu bintang kebesaran sempena Hari
Keputeraan baginda.
Bandingkan ketiga-tiga ayat yang menerima apitan MeN...i dengan ayat-ayat yang menerima
apitan MeN...kan seperti yang dibincangkan terdahulu.
Adakalanya apitan MeN...i menunjukkan maksud perbuatan yang berulang-ulang dilakukan
ke atas objek tepat. Teliti ayat (2) yang menunjukkan maksud anaknya menerima pukulan
berulang kali.Dalam konteks ayat (1), (3), (4) dan (5) ladangnya menerima kawat berduri,
isterinya menerima rantai mutiara, rakannya menerima balingan dan ahli sukan menerima
kurniaan.
Perbezaan Makna Dalam Imbuhan MeN...kan dan
Imbuhan MeN...i
Sekiranya pelajar meneliti pembentukan kedua-dua imbuhan tersebut, pelajar akan mendapati
terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua imbuhan itu.
Perbezaan yang paling ketara ialah apabila kedua-dua imbuhan apitan ini menggunakan kata
dasar yang sama dan menerima dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi. Lihat contoh ayat
berikut untuk pemahaman yang lebih jelas.
Ayat contoh;
1. Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi)
2. Amin melontari lembu itu dengan sepotong kayu.
(objek tepat) (objek sipi)
3. Amin membacakan adiknya buku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
4. Amin membaca buku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi)
Ulasan ringkas:
Ayat (1) dan (2) menggunakan kata dasar yang sama iaitu lontar (kata kerja) tetapi
menggunakan apitan yang berbeza. Oleh itu pembentukan objek dan maknanya juga berbeza.
Perkataan ‘melontarkan’ menunjukkan maksud ‘sepotong kayu’ sebagai objek tepat menjadi
alat atau bahan yang digunakan untuk melakukan perbuatan. Manakala perkataan ‘melontari’
menunjukkan maksud ‘lembu itu’ sebagai objek, menjadi penerima perbuatan ‘melontari’.
Oleh itu jika ayat (1) menerima apitan MeN...kan, maksudnya menunjukkan lembu itu
menjadi alat atau bahan untuk perbuatan melontar, ini pasti mustahil kerana tidak mungkin
Amin mampu mengangkat lembu itu dan melontarkannya.
Rumusan
Kekeliruan yang kerap berlaku di kalangan pelajar dari segi pembentukan kedua-dua apitan
tersebut disebabkan para pelajar kurang memahami maksud perkataan yang digunakan dan
kekeliruan membezakan objek tepat dan objek sipi. Oleh itu, para pelajar perlu meneliti
imbuhan apitan MeN...kan dan MeN...i dengan meneliti kesesuaian maksud ayat dengan
penggunaan objek tepat dan objek sipi yang dinyatakan dalam ayat.
Para pelajar juga perlu meneliti logik ayat dari segi maksud sama ada sesuai atau tidak.

1. pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah

1. dua setengah kilogram ( X )


2. dua kilogram setengah (√ )
3. tiga setengah minit ( X )
4. lima liter suku (√ )
5. tiga suku jam ( X )
6. tiga jam suku (√)
2. ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada
di……………………………oleh……………

1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X )


2. Roti itu saya makan. (√ )
3. Roti itu kamu makan. (√ )
4. Roti itu dimakan oleh mereka.( √ )
5. Roti itu mereka makan. (X )
3. membuat / berbuat = abstrak/bukan benda
1. Jangan membuat bising. ( X )
2. Jangan berbuat bising. ( √)
3. berbuat begitu ( √ )
4. membuat begitu ( X )
5. berbuat demikian (√ )
4. antara (bukan tempat) / di antara(tempat)

1. Antara hobi saya ialah membaca buku. (√ )


2. Di antara hobi saya ialah membaca buku. (X )
3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. (√ )
4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam. (√ )
5. Antara alat-alat tulis yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan
pemadam. ( X )
5. di dalam (lubang/ruang) / dalam (abstrak/tidak nampak)

1. di dalam ingatannya ( X )

2. dalam ingatannya (√ )

3. di dalam bilik ( √)

4. dalam mesyuarat ( √ )
5. di dalam hatinya ( X )

6. ialah (kata nama ,kata kerja) / adalah (kata sendi,kata adjektif)

1. Ramli ialah abang saya. ( √ )

2. Ramli adalah abang saya. ( X )

3. Mesyuarat itu adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. ( √ )

4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak kilang. (√ )

5. Hobi saya adalah bermain badminton. ( X )

1. _____ jangan = Harap sahaja


1. Harap jangan merokok. ( √ )

2. Sila jangan merokok. ( X )

3. Tolong jangan merokok. ( X )

4. Usah jangan merokok. ( X )

5. Jangan merokok. ( √ )

8. meN-…-i (orang) / meN-…-kan (benda) kecuali meN-..-ki (benda)

1. menasihati Ali (√ )

2. menasihatkan Ali (X )

3. menghidangkan tetamu ( X )

4. menghidangkan nasi lemak untuk tetamu ( √ )

5. menaikkan bendera (X )

6. menganugerahi Encik Azim ( √)

7. menganugerahkan pingat kebesaran (√)

8. menaiki taktha (√)

9. menaiki kereta api (√)


10. menaikkan lori sawit (X)

9. (orang)di-…-i(benda) / (benda) di-…-kan (orang)

1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah. (√ )

2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan. ( X )

3. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan. (√ )

4. Menteri itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X )

5. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√ )

10. memper (kata adjektif) / memper-…-kan (kata kerja)

1. memperdalamkan lubang itu ( x )

2. memperdalam lubang itu (√ )

3. mendalamkan lubang itu ( √ )

4. memperkatakan hal itu ( √ )

5. memperkata hal itu ( x )

11. memperisterikan (mengahwinkan orang lain) memperisteri(berkahwin dengannya)

1. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X )

2. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√ )

3. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (√ )

4. Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X )

5. Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan seorang pemuda kampung. (√ )

12. meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain

1. Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (√ )

2. Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X )


3. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. ( √ )

4. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( X )

5. Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (√ )

1. kata bilangan ‘ber’ = 2X


1. berpuluh tahun ( X )

2. berpuluh-puluh tahun ( √ )

3. beribu-ribu penonton ( √ )

4. beribu penonton ( X )

5. ribuan penonton ( √ )

1. kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan


1. kedua-dua anaknya (√ )

2. kedua anaknya ( X )

3. anaknya yang kedua (√ )

4. ketiga-tiga ekor kucing itu ( X )

5. ketiga-tiga kucing itu (√ )

1. kata bilangan = B 1
1. semua murid-murid ( X )

2. semua murid (√ )

3. para pelajar (√ )

4. semua kanak-kanak (√ )

5. ramai budak ( √ )

16. ramai (meriah/seronok) / banyak (bilangan/bukan suasana)

1. Ramai pelanggan di pasar raya itu. ( √ )

2. Banyak pelanggan di pasar raya itu. ( X )


3. Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √ )

4. Orang ramai menonton konsert nasyid itu. ( √ )

5. Ustaz Aqil Hayy banyak peminat ( √ )

17. MeN-…-kan(TIDAK PERLU TENTANG) / ber (ADA TENTANG)

1. Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( X)

2. Cikgu Norida menceritakan pengalamannya. ( √ )

3. Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √ )

4. Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. ( √ )

5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X )

18. kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG

1. Wau itu akan saya buat. ( √ )

2. Wau itu saya akan buat. ( X )

3. Surat itu telah saya tulis. ( √ )

4. Surat itu saya telah tulis. ( X )

5. Orang gila itu pernah kamu lihat? ( √ )

19. sebab (KATA SENDI NAMA ABSTRAK)

Kerana (KATA HUBUNG) / oleh sebab(KATA HUBUNG) / oleh kerana(SALAH)

1. Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( X )

2. Jalil tidak datang ke sekolah kerana demam. ( √ )

3. Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( √ )

4. Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( X )

5. 0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah. ( √ )


20. ia SINKOPE bagi dia (Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua) hanya untuk MANUSIA

1. Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel. ( X )

2. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( √ )

3. Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00. ( X )

4. Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. ( X )

5. Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.( X )

21. ayat pasif = 7 jenis; 1.di..oleh, 2. di, 3. kena..oleh, 4. kena.., 5. ter…oleh, 6. ke….an, 7.
tiada di oleh(KGN 1,2)

1. Kuih itu dimakan oleh bapa. ( √ )

2. Kuih itu dimakan bapa. ( √ )

3. Kuih itu dimakan oleh bapa. ( √ )

4. Kuih itu termakan oleh bapa. ( √)

5. Kuih itu termakan bapa. ( x )

6. Kuih itu kena makan oleh bapa. ( √ )

7. Kuih itu kena makan bapa. ( √ )

8. Pencuri itu tertangkap polis. ( x )

9. Pencuri itu kena tangkap polis. ( √ )

10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( √ )

11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( x )

12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( √ )

22. angka-huruf = ada –(dalam penulisan angka 1 hingga 10 elok ditulis dengan perkataan.
Angka 11 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor)

1. 1950an ( X )
2. 1950-an ( √ )

3. 1950 – an ( X )

4. lima puluhan ( √ )

5. lima puluh an ( X )

23. lain = di akhir ayat,1x

1. masalah-masalah lain ( √ )

2. lain-lain masalah ( x )

3. perkara-perkara lain ( √ )

4. lain-lain perkara ( x )

5. hal-hal lain ( x )

24. akan = tiada imbuhan

1. menyayangi akan anaknya ( x )

2. sayang akan anaknya ( √ )

3. sayang anaknya ( x )

4. merindui ibunya ( √ )

5. rindu akan anaknya ( √ )

25. saling = 1x,tidak perlu ganda

1. Daud dan Arif saling kejar-mengejar ( x )

2. Daud dan Arif saling mengejar ( √ )

3. Daud dan Arif kejar-mengejar ( √ )

4. Perompak dan anggota polis itu saling menembak. ( √ )

5. Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. ( √ )


26. kata ganda bagi imbuhan pinjaman=2x

1. juru-juruterbang ( x )

2. juruterbang-juruterbang ( √ )

3. olahragawan-olahragawan ( √ )

4. olah-olahragawan ( x )

5. seniman-seniman ( √ )

27. kata ganda bagi kata nama = 2x kata pertama

1. guru-guru besar ( √ )=banyak guru besar

2. guru besar-guru besar ( x )

3. guru besar-besar ( √ )=banyak guru yang besar

4. alat-alat tulis ( x )

5. alat tulis-alat tulis ( √ )

28. kata penguat bebas=sas

1. sangat cantik ( √ )

2. cantik sangat ( √ )

3. amat kejam ( √ )

4. kejam amat ( √ )

5. bijak sungguh ( √ )

29. sekali = tidak perlu ter dan paling

1. KLCC tertinggi sekali. ( √ )

2. KLCC tertinggi. ( √ )

3. KLCC tinggi sekali. ( √ )


4. KLCC paling tinggi sekali . ( x )

5. KLCC tinggi sekali. ( √ )

30. ku/ kau = 1 perkataan ,kau tidak boleh di akhir, tidak boleh ada kah,tiada imbuhan

1. Buku itu telah kuambil. ( √ )

2. Buku itu telah kumengambil. ( x )

3. Ke mana kaupergi tadi? (√ )

4. Itu adikkau? ( X )

5. Kausakitkah?(X)

31. kah = kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu, di tengah boleh

1. Siapakah nama saudari? (√ )

2. Siapa nama saudari? ( x )

3. Nama saudari siapa? (√ )

4. Nama saudari siapakah? ( x )

5. Yang manakah basikal kamu ? ( √ )

6. Cikgu Ali sudah datangkah? ( x )

7. Cikgu Ali sudah datang ? ( √ )

8. Sudah datangkah Cikgu Ali? ( √ )

32. baharu =benda / baru=masa=PMR/SPM sama

1. Abu Bakar memakai baju baharu. ( √ )

2. Abu Bakar memakai baju baru. ( x )

3. Dia baru sampai pagi tadi. ( √ )

4. Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( x )


5. Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya. ( √ )

33. apa? / apa-apa / mana? / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa

1. Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( x )

2. Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. ( √ )

3. Kami tidak ke mana-mana semalam. ( √ )

4. Kami tidak ke mana semalam. ( x )

5. Datanglah ke rumah saya bila ada masa. ( x )

34. ber-…-kan=kata sendi tidak perlu / ber

1. Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. ( √ )

2. Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( x )

3. Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( x )

4. Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. ( √ )

5. Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( x )

35. belaka = B 1

1. Baju itu murah-murah belaka.

2. Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( x )

3. Mereka bijak-bijak belaka. ( x )

4. Mereka bijak belaka. ( √ )

5. Mereka-mereka bijak-bijak belaka. ( x )

36. daripada….kepada=perbezaan / dari…..ke=masa,jarak,tempat

1. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (x)

2. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%.


3. Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( √)

4. Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( x )

5. Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. ( √ )

37. boleh=keizinan / dapat=memperoleh,guna tenaga

1. Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (√ )

2. Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang basikal. ( x )

3. Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( x )

4. Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. ( √ )

5. Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkini. ( x )

38. kata bantu= boleh bersama

1. Saya belum pernah makan durian. ( √ )

2. Adik Lilyana masih belum bersekolah. ( √ )

3. Karim Pin masih sedang menulis surat.( √ )

4. Yatimah sudah pernah melawat Jepun. ( √ )

5. Puan Wong sedang hendak ke pasar. ( √ )

39. sekalian = B 1

1. Para hadirin sekalian, ( x )

2. Hadirin sekalian, ( √ )

3. Hadirin yang dihormati, ( √ )

4. Hadirin yang dihormati sekalian, ( √ )

5. Tuan-tuan dan puan-puan, ( √ )

40. hanya / sahaja= tidak boleh bersama


1. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( x )

2. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. ( √ )

3. Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. ( √ )

4. Hanya Shi Mei Ling yang lulus ujian itu. ( √ )

5. Shi Mei Ling sahaja yang lulus ujian itu. ( √ )

41. Hukum D-M (Diterangkan – Menerangkan)

1. alat penghawa dingin ( x )

2. alat hawa dingin ( x )

3. pendingin hawa ( √ ) = hawa yang panas perlu didinginkan

4. penghawa dingin ( x )

5. penyaman udara ( √ )

42. isme bukan isma

1. nasionalisma ( x )

2. nasionalisme ( √ )

3. plasma ( √ )

4. plasme ( x )

5. patriotisme ( √ )

6. vandalisma ( x )

43. kami sekeluarga / kami semua / kita semua= tidak perlu ulang B

1. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (√ )

Kami sekeluarga akan pergi esok. ( x )

2. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. ( √ )


Kami akan pergi esok. ( √ )

3. Kami semua akan berkelah di Teluk Batik. ( x )

4. Kami akan berkelah di Teluk Batik. ( √ )

5. Kita semua haruslah bekerjasama. ( x )

44. di = sudah tiba,sedia ada / ke belum tiba

1. Mereka sudah sampai di Tapah. ( √ )

2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( x )

3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( √ )

4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( x )

5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. ( √ )

45. 1. menengok televisyen ( √ )

2. menonton televisyen ( √ )

3. memotong getah ( x ) = lisan boleh

4. menoreh getah (√ )

5. menggantung baju di ampaian ( x )= menyidai

46. manakala = 2,3.. orang / sementara=1 orang

1. Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.(x)

2. Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.

3. Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. ( √ )

4. Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku.( √ )

5. Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. ( √ )

47. atas=bukan tempat / di atas= tempat


1. Terima kasih atas pertolongan saudara. ( )

2. Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( x )

3. Tahniah di atas kejayaan kamu. ( x )

4. Buku kamu ada di atas meja itu. ( )

5. Burung berterbangan di atas awan. ( x )

48. kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh

1. Saya tidak tahu siapa namanya. ( x )

2. Saya tidak tahu namanya. ( √ )

3. Polis akan menangkap siapa yang mencuri. ( x )

4. Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.( x )

5. Saya tidak tahu tempat tinggal Cikgu Shaari. ( √ )

49. tidak=kata kerja,kata adjektif / bukan=kata nama,

1. Dia bukan abang saya. ( √ )

2. Komputer ini bukan berat.( x )

3. Soalan ini bukan susah. ( x )

4. Soalan ini tidak susah. ( √ )

5. Gillian tidak suka bermain bola sepak. ( √ )

50. mempunyai= untuk orang, haiwan / terdapat / ada

1. Sekolah saya mempunyai sebuah padang. ( x )

2. Sekolah saya terdapat sebuah padang. ( √ )

3. Sekolah saya ada sebuah padang. ( √ )

4. Semua serangga mempunyai enam kaki. ( √ )


5. Saya mempunyai empat orang anak. ( √ )

51. untuk = diperuntukkan sesuatu bagi = mendapat sesuatu,pendapat,boleh tukar ganti


dengan ‘untuk’ (kaji ayatnya)

1. Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. ( x )

2. Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. ( √ )

3. Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. ( √ )

4. Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. ( x )

5. Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.( √ )

52. kata-kata singkat (untuk dialog dalam karangan cerita dan karangan lain
seumpamanya)

1. tak mau =_____tidak mahu_______

2. tak tau =_____tidak tahu___

4. mak saya =____emak saya____

5. tuk saya =____datuk saya________

6. dah tau =____sudah tahu________

7. kak saya =____kakak saya________

8. tak nak =____tidak hendak______

53. adakah= ya,tidak / apakah=benda, perkara, haiwan

1. Adakah kamu sakit? ( √ )

2. Apakah kamu sakit? ( X )

3. Apakah nama haiwan itu? ( √ )

4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? ( X )

5. Apakah yang terjadi? ( √ )


54. dan sebagainya =sama jenis / dan lain-lain lagi= berlainan jenis

1. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan sebagainya.
( √ )

2. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan lain-lain lagi.
( x )

3. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi da di dalam perpustakaan itu.
(x )

4. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya ada di dalam perpustakaan itu.
( √ )

5. Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku, pisang dan lain-lain


lagi.( x )

55. raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas

1. pasar raya (√ )

2. pasaraya (x )

3. bandar raya ( √ )

4. Bandaraya Kuala Lumpur ( √ )

5. Bandar Raya Kuala Lumpur ( x )

6. Bandaraya Ipoh ( √ )

7. pilihan raya ( √ )

8. jalan raya ( √ )

9. hari raya ( √ )

10. lebuhraya ( x )

1. goreng = nak makan/goreng apa?


1. Saya suka goreng pisang. ( x )

2. Saya suka pisang goreng. ( √ )


3. Tolong goreng pisang itu. ( √ )

4. Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( x )

5. Saya suka menggoreng pisang. ( √ )

1. kepada / ke = tidak perlu selepas kata kerja kecuali melaporkan, melancong,


melawat (tempat)
1. memberitahu kepada Cikgu Siti ( x )

2. memberitahu Cikgu Siti ( √ )

3. melawat ke Kuala Lumpur ( x )

4. melawat ke datuknya ( x )

5. melaporkan kepada pihak polis ( √ )

6. kami melawat nenek di kampung ( √ )

7. ke hospital untuk melawat kawan ( √ )

1. ter = ada sangat atau Kata Penguat, salah diletakkan pada Kata Adjektif.
1. Dia tersangat nakal. ( √ )

2. Dia sangat ternakal. ( x )

3. Baju itu amat termahal. ( x )

4. Baju itu amat mahal. ( √ )

5. Baju itu termahal. ( √ )

59. ke……ke / untuk…..untuk….. / di……di = Mesti dua kali

1. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. ( √ )

2. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau Johor. ( x )

3. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. ( x )

4. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. ( √ )

5. Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin atau perpustakaan. ( x )
60. se…… / se…..se = Mesti se… dua kali , 0…0

1. dari masa ke semasa ( x )

2. dari semasa ke semasa ( √ )

3. dari masa ke masa ( √ )

4. dari hari ke hari ( √ )

5. dari hari ke sehari ( x )

61. setengah = ½ / sesetengah = jumlah, sebilangan

1. Setengah orang tidak suka akan durian. ( x )

2. Sesetengah orang tidak suka akan durian. ( √ )

3. Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. ( √ )

4. Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. ( x )

5. Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. ( √ )

62. beberapa = jumlah / berapa = soalan

1. Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( √ )

2. Beberapa pelajar telah menyertai kursus itu. ( x )

3. Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( x )

4. Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? ( √ )

5. eberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. ( √ )

63. = hendak makan apa? naik apa? ke mana?

1. bas mini ( √ )

2. mini bas ( x )

3. sos cili ( √ )
4. cili sos ( x )

5. Aminah Kedai Jahit ( x )

64. telur apa ? ayam apa ? daging apa?

1. ayam telur ( √ )

2. telur ayam ( √ )

3. ayam daging ( √ )

4. daging ayam ( √ )

5. kuning telur (√ )

65. 1. Bahasa Melayu ( √ ) = nama khas bagi mata pelajaran

2. bahasa Melayu ( √ ) = nama am bagi bahasa

3. berbahasa Melayu ( √ )

4. berBahasa Melayu ( x )

5 fasih Bahasa Inggeris ( x )

66. benda + orang

1. bapa kereta ( x )

2. kereta bapa ( √ )

3. saya punya wang ( x )

4. wang saya ( √ )

67. kata ganda separa + ber…an = B 1, 1 B

1. dedaun berguguran ( x )

2. daun berguguran ( √ )

3. lelayang bergantungan ( √ )
4. layang-layang bergantungan ( √ )

5. kekacang bertaburan ( x )

68. selain = tidak perlu daripada,dari

1. Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( x )

2. Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( x )

3. Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( √ )

4. Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani. ( √ )

5. Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani ( x )

69. (0rang) menghiaskan /(Benda) menghiasi /(benda) mengotori (orang)mengotorkan

1. Mereka sedang menghiaskan pentas itu. ( √ )

2. Mereka sedang menghiasi pentas itu. ( x )

3. Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. ( x )

4. Pelbagai bunga menghiasi pentas itu. ( √ )

5. Adik mengotori lantai itu. ( x )

70. penjodoh bilangan

1. seketul pemadam ( √ )

2. seutas tali leher( x )

3. sebuah jam dinding ( √ )

4. sepuluh butir telur ayam ( √ )

5. lima buah rumah-rumah ( x )

71. saja (sahaja), juga , lagi = di akhir

1. Rumah saya rumah batu juga.( √ )


2. Rumah saya juga rumah batu.( x )

3. Gadis itu tersenyum saja. ( √ )

4. Gadis itu saja tersenyum. ( x )

5. Haji Ali ke Makkah lagi.( √ )

72. kata penguat(tidak perlu) + kata ganda berirama

1. Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( x )

2. Rambut Afiqah kusut-masai. ( √ )

3. Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. ( x )

4. Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. ( √ )

5. Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( √ )

73. berkali-kali / berulang kali = B 1 , 1 B

1. Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.( x )

2. Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju ( √ )

3. Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju ( √ )

4. Ramli mengangguk-angguk berulang kali. ( x )

5. Ramli mengangguk berulang kali. ( √ )

74. dia (betul) / dai (salah)

1. diari (√ )

2. dairi ( x )

3. dailek ( x )

4. dialek( √ )

5. dialog( √ )
75. di = tempat / pada = benda

1. Ada setompok darah di bajunya. ( x )

2. Ada setompok darah pada bajunya. ( √ )

3. Doktor membalut luka pada kakinya. ( √ )

4. Doktor membalut luka di kakinya. ( x )

5. Jangan bersandar di dinding itu. ( x )

75. ayat songsang

1. pendepanan frasa kerja transitif,

2. pendepanan frasa kerja tak transitif

3. pendepanan frasa adjektif

4. pendepanan frasa sendi/kata hubung

1. Sedang membaca buku murid itu. ( √ )

2. Tertidur Mawi di situ. ( √ )

3. Sungguh besar sekolah itu.( √ )

4. Ke Makkah lagi Haji Ali. ( √ )

5. Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. ( √ )

76. (pesakit)menjalani / (doktor)menjalankan

1. Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.( √ )

2. Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( x )

77. dia = rakan; walaupun sebagai ketua kelas / beliau = ada pangkat,jawatan

(tidak semestinya terkenal sahaja)

1. Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. ( √ )


2. Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati. ( x )

3. Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. ( x )

4. Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. ( √ )

5. Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. ( √ )

78. Guru Besar = nama khas jawatan

guru besar = kata majmuk/umum/am

1. Bapa saya guru besar.( √ )

2. Bapa saya Guru Besar di SK. Gunung Rapat. ( √ )

3. Semua guru besar sedang bermesyuarat. ( √ )

4. Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. ( √ )

5. Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. ( √ )

79. kata bilangan + penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)

1. sebahagian orang murid( x )

2. sebahagian murid ( √ )

3. segala ekor binatang ( x )

4. segala binatang ( √ )

5. setiap orang rakyat ( x )

80. agar / supaya / jika / sekiranya = 1x

1. Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.( x )

2. Saya berdoa supaya Fatin berjaya. ( √ )

3. Saya berdoa agar Fatin berjaya. ( √ )

4. Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.( x )


5. Jika saya terlupa, tolong hubungi saya ( √ )

ANALISIS KESALAHAN BAHASA

ANALISIS KESALAHAN BAHASA BAGI ARTIKEL.


Artikel yang dikaji dan dianalisis bertajuk “Pertukaran Agama: Hak Penjagaan
Anak- Isu Dan Masalah”. Artikel ini ditulis oleh Noor Aziah Haji Mohd Awal.
Artikel ini dipetik dari “The Malayan Law Journal Articles”, tahun 2004,
volume 3.

1.0 PENGENALAN
Artikel yang dikaji dan dianalisis bertajuk “Pertukaran Agama: Hak Penjagaan
Anak- Isu Dan Masalah”. Artikel ini ditulis oleh Noor Aziah Haji Mohd Awal.
Artikel ini dipetik dari “The Malayan Law Journal Articles”, tahun 2004,
volume 3.
Pertamanya, tugasan ini dilakukan bagi menganalisis unsur-unsur perkataan
seperti aspek-aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata majmuk, kata hubung, kata
sendi dan lain-lain lagi. Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan penggunaan imbuhan
kata kerja men-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering
berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat
dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama.
Keduanya, kita akan menganalisis kesalahan dari aspek struktur ayat. Ia bukan sahaja
mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana
perkataan disusun dalam ayat

2.0 ANALISIS TEKS

2.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, analisis kesalahan bahasa bermaksud penghuraian
atau pengupasan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya, buruk dan baiknya atau
mengkaji suatu perbuatan yg salah atau apa-apa yg salah dalam suatu kata-kata yg
disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dlm percakapan atau
tulisan. Corder (1990:62) menguatkan pernyataan tersebut dengan mengatakan bahawa
semua orang yang belajar bahasa pasti tidak luput daripada berbuat kesalahan.

Bab ini menganalisis kesalahan bahasa berdasarkan satu teks artikel undang-undang dari
aspek unsur perkatan dan struktur ayat. Bagi aspek unsur perkatan atau juga dikenali
sebagai aspek morfologi, terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dikesan
antaranya kesalahan dari segi ejaan, kesalahan penggunaan kata sendi nama, kesalahan
penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata hubung, kesalahan penggunaan kata
pemeri “ialah” dan “adalah” dan kesalahan penggunaan kata yang tidak tepat. Manakala
bagi aspek kesalahan sintaksis pula lebih tertumpu kepada kesalahan struktur ayat.

2.2 Aspek Kesalahan Unsur Perkataan


Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Kesalahan aspek unsur perkatan
atau juga dikenali sebagai aspek morfologi, merupakan aspek kesalahan yang paling
banyak dilakukan. Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan penggunaan imbuhan kata
kerja meN-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering
berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat
dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama.

2.2.1 Kesalahan dari segi ejaan

2.2.1.1 Kesalahan ejaan “berbila”: (Perenggan 1, Baris 1)

Salah: berbila
Contoh yang betul: berbilang
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada unsur perkataan
“berbila”. Perkataan yang lebih tepat adalah “berbilang”. Ia bagi
menunjukkan kepelbagaian kaum di Malaysia seperti “berbilang
kaum”.
2.2.1.2 Kesalahan ejaan “di ma-mana”: (Perenggan 2, Baris 4)

Salah: “di ma-mana”


Contoh yang betul: “di mana-mana”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada unsur perkataan “di
ma-mana”. Perkataan yang lebih tepat adalah “dimana-mana” bagi
menunjukkan tempat seperti “agama boleh diamalkan dimana-mana
bahagian Persekutuan”.
2.2.1.3 Kesalahan ejaan “unda-undang”: (Perenggan 3, Baris 5)

Salah: “unda-undang”
Contoh yang betul: “undang-undang”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata nama
“unda-undang. Perkataan ini tidak membawa sebarang maksud.
Perkataan yang betul adalah “undang-undang” misalnya
“undang-undang keluarga”.
2.2.1.4 Kesalahan ejaan “berkaiatan” (Perenggan 5, Baris 2)
Salah: “berkaiatan”
Contoh yang betul: “berkaitan”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan
“berkaiatan” yang tidak membawa sebarang maksud. Perkataan yang
tepat adalah “berkaitan seperti “hal-hal yang berkaitan dengannya”.
2.2.1.5 Kesalahan ejaan “ya” (Perenggan 5, Baris 7)
Salah: “ya”
Contoh yang betul: “yang”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “ya”.
Perkataan yang lebih tepat adalah “yang” sebagai kata hubung tidak
setara yang perlu digunakan bagi ayat
“perkara-perkara yang melibatkan orang Islam” seperti yang ditulis
oleh penulis.
2.2.1.6 Kesalahan ejaan “ha” (Perenggan 8, Baris 8)
Salah: “ha”
Contoh yang betul: “hanya”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “ha”.
Perkataan yang lebih tepat adalah “hanya” yang perlu digunakan
sebagai perkataan bagi ayat “Per 121(1A) hanya mula berkuatkuasa…”
2.2.1.7 Kesalahan ejaan “sesaorang” (Perenggan 9, Baris 8)
Salah: “sesaorang”
Contoh yang betul: “seseorang”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan
“sesaorang”. Perkataan yang lebih tepat adalah “seseorang” yang perlu
digunakan sebagai perkataan bagi ayat “seseorang itu masih Islam…”
2.2.1.8 Kesalahan ejaan bagi penggunaan kata tanya
“Bagaimanakan”(Perenggan 12, Baris 15)
Salah: “Bagaimanakan”
Contoh yang betul: “Bagaimanakah”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan ejaan bagi penggunaan
kata Tanya “Bagaimanakan”. Perkataan yang lebih tepat adalah
“Bagaimanakah” yang perlu digunakan sebagai perkataan bagi
melengkapkan ayat yang berbentuk pertanyaan seperti “Bagaimanakah
isu pemeliharaan anak, nafkah dan harta boleh diselesaikan?”
2.2.1.9 Kesalahan ejaan “seterus” (Perenggan 16, Baris 9)
Salah: “seterus”
Contoh yang betul: “seterusnya”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan
“seterus” dan perlu digantikan dengan perkataan “seterusnya” demi
memelihara maksud ayat yang lebih mantap.
2.2.1.10 Kesalahan ejaan “a” (Perenggan 18, Baris 1)
Salah: “a”
Contoh yang betul: “anak”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “a”
dan perlu digantikan dengan perkataan “anak” demi memelihara
maksud ayat yang lebih mantap seperti “isu hak penjagaan anak…..”
2.2.1.11 Kesalahan ejaan kata nama khas “Shamala” (Perenggan
26, Baris 2)
Salah: “Shamala”
Contoh yang betul: “Sharmala”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan kata
nama khas bagi manusia iaitu “Shamala” dan perlu digantikan dengan
perkataan “Sharmala” demi merujuk kepada pihak plaintiff yang
sepatutnya iaitu Sharmala a/p Sathiyaseelan.
2.2.1.12Kesalahan ejaan kata nama khas “Rasulllah” (Perenggan
32, Baris 3)
Salah: “Rasulllah”
Contoh yang betul: “Rasulullah”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan kata
nama khas iaitu “Rasulllah” dan perlu digantikan dengan perkataan
“Rasulullah”.

2.2.2 Kesalahan penggunaan kata hubung

2.2.2.1 Kesalahan penggunaan kata “yang mana” (Perenggan 1, Baris 2)

Salah: “yang mana”


Contoh yang betul: digantikaan dengan perkataan “iaitu”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan dua kata
hubung iaitu “yang mana”. Kedua-dua kata hubung tidak boleh
digabungkan dalam satu ayat. Ia perlu digantikan dengan perkataan
“iaitu”. Kesilapan ini sering terjadi apabila penulis menulis artikel
dengan menggantikan perkataan bahasa Inggeris seperti “which”
kepada bahasa Melayu secara langsung atau lebih dikenali sebagai
“direct translation”.
2.2.3 Kesalahan penggunaan kata majmuk

2.2.3.1 Kesalahan penggunaan kata majmuk “campurtangan”

(Perenggan 5, Baris 5)

Salah: “campurtangan”
Contoh yang betul:”campur tangan”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata
majmuk yang tidak dijarakkan antara dua perkataan.
2.2.3.2 Kesalahan penggunaan kata majmuk “bidangkuasa” (Perenggan 5,
Baris 6)

Salah: “bidangkuasa”
Contoh yang betul: “bidang kuasa”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata
majmuk yang tidak dijarakkan antara dua perkataan.

2.2.3.3 Kesalahan penggunaan kata majmuk “puashati”: (Perenggan 17,


Baris 3)

Salah: “puashati”
Contoh yang betul: “puas hati”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata
majmuk yang tidak dijarakkan antara dua perkataan.

2.2.4 Kesalahan penggunaan tanda baca

2.2.4.1 Kesalahan penggunaan tanda baca bagi kata nama khas “makamah
syariah”(Perenggan5, Baris7)

Salah: “mahkamah syariah”


Contoh yang betul: “Mahkamah Syariah”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan tanda baca iaitu setiap
kata nama khas, mestilah ditulis dalam huruf besar padan pangkal
perkataannya.
2.2.5 Kesalahan penggunaan kata jamak

2.2.5.1 Kesalahan penggunaan kata jamak “semua kes-kes”:

(Perenggan6, Baris7)

Salah: “semua kes-kes”


Contoh yang betul: “semua kes” atau “kes-kes”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata jamak
“semua kes-kes”. Perkataan jamak hanya boleh diguna sekali sahaja
dan tidak boleh berulang-ulang. Penulis hanya boleh menggunakan
perkataan “semua kes” atau “kes-kes” dalam satu masa.
2.3 Aspek Kesalahan Struktur Ayat

Kesalahan struktur ayat atau juga dikenali sebagai sintaksis pula ialah cabang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan
sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan
bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Kesalahan sintaksis merupakan kesalahan
binaan bahasa yang menyimpang daripada struktur ayat yang betul dalam sesuatu bahasa.
Kesalahan ini termasuklah kesalahan klausa dan ayat yang disebabkan oleh kejanggalan
dan ketidakgramatisan.

2.3.1 Kesalahan struktur ayat

2.3.1.1 Ayat pertama: (Perenggan 3, Baris 2)

Salah: “Kertas ini akan cuba melihat kepada masalah pertukaran


agama dan isu-isu yang berkaitan dengannya”.
Contoh yang betul: “Penulis akan cuba melihat kepada masalah
pertukaran agama dan isu-isu yang berkaitan dengannya”.
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan
menyatakan “kertas” di hubungkan dengan penggunaan kata kerja
“melihat”. Ini adalah disebabkan kertas (benda) tidak boleh melihat
melainkan manusia.
2.3.1.2 Ayat kedua (Perenggan 8, Baris 5)

Salah: In the event of any inconsistency or conflict between this Act and any other
written law other than the Constitution in force at the commencement of this Act,
the provisions of this Act shall prevail.

Contoh yang betul: In the event of any inconsistency or conflict between this Act
and any other written law other than the Constitution in force at the
commencement of this Act, the provisions of this Act shall prevail.-“Italic”

Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menggunakan


ayat bahasa inggeris tanpa membuat tanda pembuka dan penutup kata “……”
atau ‘italic’ ayat tersebut.

2.3.1.3 Ayat ketiga (Perenggan 10, Baris1)

Salah: “Dari di atas” suatu perkahwinan orang bukan Islam hanya


boleh dibubarkan melalui kematian
Contoh yang betul: “bagi”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata sendi
nama (dari) dan digabungkan dengan perkataan ke atas. Perkataan
yang lebih sesuai untuk diganti ialah “bagi” seperti “bagi” suatu
perkahwinan orang bukan Islam hanya boleh dibubarkan melalui
kematian….”

2.3.1.4 Ayat keempat: (Perenggan 14, Baris 1)

Salah: “Pertukaran Agama dan Hak Penjagaan Anak (Hadanah)Isu ini sangat penting
kerana ia melibatkan satu pihak yang tidak berdosa….”

Contoh yang betul: “Pertukaran Agama dan Hak Penjagaan Anak


(Hadanah)menunjukkan isu ini sangat penting kerana ia melibatkan satu pihak yang tidak
berdosa……”

Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan


menyambungkan perkataan hadanah dan isu tanpa struktur yang betul.
Ayat ini boleh diperbetulkan dengan meletakkan perkataan
“menunjukkan” di antara perkataan “Hadanah” dan “Isu”. Apabila ayat
ini disambung, maka tanda baca perkataan “Isu” perlu ditulis dalam
huruf kecil seperti “isu”.

2.3.1.5 Ayat kelima: (Perenggan 14, Baris 3)

Salah: “Mahkamah Syariah sering juga memasuk campur


dalammemutuskan kes hadanah anak-anak…’
Contoh yang betul: “Mahkamah Syariah sering juga masuk campur
bagimemutuskan kes hadanah anak-anak…’
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan
menambah imbuhan “me-” dalam perkataan “memasuk” dan
menggunakan perkataan “dalam” bagi ayat yang tidak menunjukkan
tempat.

2.3.1.6 Ayat keenam: (Perenggan 18, Baris 2)

Salah: “Yang menjadi masalah ialah apabila salah satu pihak dari
perkahwinan bukan Islam menganut Islam….”
Contoh yang betul: “Masalahnya ialah apabila salah satu pihak dari
perkahwinan bukan Islam menganut Islam….”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan
menggunakan kata hubung tidak setara, “yang” di awal ayat. Kata
hubung tidak setara ini perlu digunakan ketika penulis ingin
menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain dan
sewaktu menggunakan klausa yang tidak sama. Kemudian perkataan
“yang” perlu ditulis dalam huruf kecil dan tidak sepatutnya diletakkan
pada awal-awal ayat.
3.0 KESIMPULAN
Pada pandangan saya, berdasarkan kepada analisis teks daripada artikel
undang-undang diatas, maka dapat disimpulkan disini bahawa penulis sering
melakukan kesalahan bahasa yang sama dalam penulisan beliau. Antara
kesalahan bahasa yang sering dilakukan adalah kesalahan dari aspek
morfologi iaitu kesalahan dari segi ejaan, kesalahan penggunaan imbuhan dan
kesalahan penggunaan kata yang tidak tepat.
Kesalahan dari aspek sintaksis juga banyak dilihat dalam artikel
undang-undang ini iaitu kesalahan dari segi struktur ayat. Ayat-ayat dalam
artikel ini kebanyakkannya diambil daripada bahasa Inggeris dan
kemudiannya di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Kesimpulannya, kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh penulis
bukanlah suatu perkara yang baru kerana kesalahan ini juga turut dilakukan
oleh pentadbir dan pengamal undang-undang yang lain. Pengaruh bahasa
Inggeris yang digunakan dalam pendekatan undang-undang telah
menyebabkan bahasa Melayu itu sendiri di ketepikan secara sedikit demi
sedikit.