Anda di halaman 1dari 25

Kepimpinan Islam Dan Barat: Pengaruh Dan cabaran

Cendekiawan Islam Mesir, Muhammad Abduh berkata bahawa ummah adalah sumber
bagi pemerintah. Pemerintah wujud untuk kebajikan ummah.

Kepimpinan pada hari ini, dalam masyarakat moden telah melalui pelbagai anjakan
paradigma yang mewajarkan beberapa perubahan besar. Abad ke-21 adalah abad yang
dinamik dan penuh cabaran, mahu ataupun tidak, sangat penting bagi mana-mana
masyarakat dan negara untuk mempunyai seorang pemimpin yang baik dan berwibawa.

Kepimpinan bermula dengan individu, diri sendiri. Mengawal diri dengan cara mengawal
pancaindera supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ada daya juang yang
tinggi. Individu yang mempunyai keupayaan menjadi pemimpin, dalam bidang apa sekali
pun, banyak ditentukan oleh proses pembentukan diri, pengkayaan pengalaman dan
tahap pendidikan berbanding hanya bakat.

Pemimpin yang telah lahir dalam sejarah tamadun dunia kebanyakannya terlibat dalam
bidang ketenteraan. Kewibawaan mereka bergantung sepenuhnya kepada keupayaan
memimpin pasukan perang. Antara pemimpin tersebut ialah Iskandar Zulkarnain,
Pericles dan Julius Caeser. Ukuran kehebatan seorang pemimpin ialah berapa banyak
wilayah yang dapat ditakluk biarpun rakyatnya hidup merana dan sengsara.

Nama-nama lain dalam kepimpinan berorientasi ketenteraan era moden ialah Adolf
Hitler, Mussolini, Stalin, Mao Zedang dan Pol Pot. Kebanyakan pemimpin dalam kategori
ini mengakhiri hidup mereka dengan kesengsaraan rakyat. Presiden Romania, Nicolae
Ceausescu mati kerana kebangkitan rakyat dalam Revolusi 1989 setelah dijatuhi
hukuman bunuh oleh tribunal tentera negara tersebut. Mynmar yang sedang bergolak di
antara masyarakat awam dan junta tentera, juga bakal menyaksikan berlakunya
pertumpahan darah yang lebih banyak.

Terdapat dua jenis takrifan yang membezakan corak kepimpinan Islam dan Barat. Oleh
kerana kepimpinan itu sendiri merupakan sesuatu yang "panas" dan penuh dengan liku-
liku, pemimpin sentiasa dicari bagi meleraikan kepanasan tersebut dan dapat
menyelesaikan situasi yang sukar.

Sarjana-sarjana Barat memberi pelbagai tafsiran tentang kepimpinan. Dua definisi umum
yang kerap dirujuk ialah kepimpinan sebagai proses mempengaruhi tindak-tanduk
individu atau kumpulan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat bagi situasi tertentu.
Definisi kedua ialah sebarang kegiatan yang melibatkan seseorang merujuk orang lain
supaya bekerja dengan rela untuk mencapai matlamat kumpulan.

Kedua-dua definisi di atas adalah tafsiran yang diberikan oleh sarjana Barat yang banyak
dilihat dalam konteks organisasi, pertubuhan politik atau badan korporat.

Daripada perspektif Islam, setiap individu yang mukallaf (orang yang


dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum
tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan Allah atas dasar orang tersebut sudah
mencapai usia dewasa dan mempunyai akal [akil baligh] serta telah sampai seruan
agama [syariat Islam] kepadanya) berperanan sebagai pemimpin. Keadaan ini sangat
jelas dalam maksud hadis Rasulullah saw:

"Ingatlah! Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu juga bertanggungjawab
terhadap yang dipimpinnya. Orang yang mengetuai orang ramai adalah pemimpin dan
bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya
dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Isteri adalah pemimpin kepada rumah
tangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadapnya. Hamba sahaya adalah
pemimpin kepada harta benda tuannya dan dia bertanggungjawab terhadapnya.
Ingatlah! Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua juga bertanggungjawab
terhadap yang dipimpinnya." (Hadis riwayat At-Tarmizi daripada Ibn Umar).

Berbagai-bagai istilah diberikan kepada maksud kepimpinan ini seperti:

Al-imamah
Ketua kaum yang mengetuai sesuatu kaum, memimpin dan mendahului mereka.

Al-imam
Orang yang diikuti kata-katanya dan perbuatannya, sama ada berada di atas jalan
kebenaran atau kesesatan.

Al-khilafah
Nama jawatan yang disandang oleh khalifah. Ia juga bermaksud pemimpin atau
pemerintah tertinggi sesebuah negara.

Al-qiyadah
Orang yang dilantik memegang teraju kepimpinan, urusan pentadbiran awam.

Al-ri'asah
Keketuaan.

Al-ri'ayah
Pemelihara dan penjaga.

Al-za'amah
Penjamin.

Walaupun banyak istilah yang digunakan bagi menggambarkan kepimpinan, di dalam


Islam, konsep kepimpinan yang wujud adalah bersifat bersepadu iaitu menekankan
keseimbangan antara kepentingan roh dan jasad, seimbang di antara perkembangan
spiritual dan pembangunan material bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan
akhirat.

Konsep kepimpinan yang dipraktikkan oleh Islam sangat kuat dengan pengaruh nilai dan
unsur ketuhanan. Ketika Saidina Abu Bakar r.a dipilih menjadi khalifah, beliau
mengingatkan umat Islam ketika itu dengan ucapan yang sangat jelas di antara dominasi
nilai dan agama iaitu: "Wahai saudaraku! Kamu telah memilih aku (sebagai pemimpin)
walaupun aku bukan yang terbaik di kalangan kamu. Turutlah kehendak aku selagi aku
taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Sekiranya aku ingkar akan peraturan Allah dan
RasulNya, maka tidaklah wajib ke atas kamu mentaati aku."

Justeru, kepimpinan dalam Islam ialah meningkatkan kualiti diri bagi melahirkan konsep
"kepimpinan melalui teladan (qudwah hassanah)" sebagai jurudamai umat dan sumber
ketenteraman sejagat. Rasulullah saw merupakan contoh kepada konsep ini dengan
memberi motivasi kepada manusia tentang kemudahan dalam melaksanakan hukum
agama dalam kehidupan. Ulama-ulama juga adalah pemimpin walaupun secara tidak
rasmi seperti mana imam-imam mazhab.

Sepanjang sejarah pemerintahan Islam, Philip K. Hitti di dalam buku The History of the
Arabs, beliau berhujah: "Daripada sebuah masyarakat Islam di Madinah, lahirlah sebuah
negara Islam kemudiannya. Golongan muhajirin dan ansar berjaya disatukan atas
landasan agama dan ketika itu mereka dikenali sebagai ummah. Dalam sejarah Arab,
inilah julung-julung kali berlakunya sebuah perpaduan yang diasaskan di atas nama
agama dan bukan atas dasar keturunan dan kabilah. Dari Madinah, Islam terus
berkembang dan dalam jangka masa yang singkat, Muhammad berjaya menegakkan
satu agama yang pada banyak sudut, mengatasi kehebatan agama Kristian dan
Judaisme."

Michael H. Hart, dalam buku The 100, A Ranking of the Most Influential Persons in History
memilih Nabi Muhammad saw sebagai manusia yang paling berpengaruh di dalam
sejarah manusia sehingga kini. Hart memilih baginda saw kerana keupayaannya yang
sangat cemerlang dalam kedua-dua bidang: agama dan sekular. Pemilihan ini tentunya
mengejutkan ramai pembaca. Kesan pengaruh ini iaitu Islam lebih besar jika
dibandingkan dengan kombinasi Nabi Isa a.s dan St. Paul dalam agama Kristian. Lebih
lanjut lagi Hart menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw (tidak seperti Nabi Isa a.s)
adalah seorang pemimpin tentera yang menjadi daya penggerak terbesar kepada
kekuatan bangsa Arab.

Jika diamati, kepimpinan dalam Islam adalah berdasarkan modal Tuhan yang menjadikan
umat Islam mudah berubah. Atas nama Allah swt, dengan usaha membaiki diri,
sembahyang malam, bertaubat, bersedekah, berkasih-sayang, wirid dan doa, kekuatan
pemimpin mengajak masyarakat kepada perubahan adalah lebih mudah.

Contohnya adalah jelas ketika permulaan arak diharamkan.

Ketika turunnya ayat 90 surah Al-Maidah, umat Islam mematuhinya tanpa sebarang
bantahan. Ada di antara mereka membawa tong-tong arak ke atas jalan utama,
menuangkannya tanpa ada rasa penyesalan. Sebahagian lagi memecahkan tong-tong
arak dengan rasa bangga dan yang lainnya mencuci tong-tong arak berkenaan dengan
tanah dan air.

“Wahai orang-orang yang berjudi, bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala
dan bertenung nasib dengan batang anak panah adalah kotor (keji) daripada perbuatan
syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya sekiranya kamu ingin berjaya."

Sesekali dalam merangka dan melaksana perubahan, terdapat individu atau segolongan
umat yang diberi keistimewaan untuk menjayakan tujuan hidup manusia sebagai
khalifah.

"Akan sentiasa ada satu segolongan (taifah) dari umatku yang berpegang teguh ajaran
agama dan mereka akan menentang dan menguasai musuh-musuh mereka. Tidak ada
apa yang dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang menimpa mereka dalam
bentuk ujian-ujian sehinggalah akhirnya datang urusan Allah." (Imam Ahmad)

Satu aspek yang menarik dalam kepimpinan Islam ialah ia bukannya satu warisan seperti
mana sistem feudal, tidak pula ada hak tetapi meletakkan amanah sebagai keutamaan
kerana nasib umat terletak di dalam tangan seorang pemimpin. Walaupun sehingga ke
hari ini kita perhatikan kecenderungan masyarakat untuk kembali menghayati
kepimpinan Islam, sesetengah amalan yang sangat kuat Islamnya kadangkala dilakukan
bukan kerana keyakinan sebaliknya amalan yang diterima turun-temurun.

Keadaan ini tidak boleh diketepikan sahaja kerana konsep kepimpinan Islam ini dibawa
sekali bersama dengan konsep Islam dalam bernegara.

Pandangan tiga tokoh kontemporari berkaitan hal ini sangat menarik untuk kita tinjau
bersama. Mereka berbeza pendapat mengenai "Negara Islam" iaitu pendapat pertama
meyakini negara Islam wujud dengan adanya Piagam Madinah manakala pendapat
kedua pula menidakkan pernah wujudnya negara Islam kerana tidak pernah disebut di
dalam al-quran. Di samping itu Nabi Muhammad saw tidak membentuk masyarakat
politik yang eksklusif bagi umat Islam sahaja sebaliknya baginda saw mengatur
kerjasama dalam konteks masyarakat majmuk. Legitimasi khalifah pula datangnya dari
ummah dan pentadbiran Islam adalah satu bentuk pemerintahan yang demokratik,
bebas dan berasaskan syura.

Muhammad Assad (Leopold Weis) berpendapat negara Islam ada tetapi bukannya satu
bentuk negara Islam yang khusus sebaliknya hukum adalah bersumberkan al-quran dan
sunnah yang hidup, menjiwai dan konkrit. Pemerintahan Islam bukan menjadi matlamat
tetapi sebagai alat untuk pertumbuhan umat manusia yang membela persamaan dan
keadilan, menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.

Al-Maududi dalam buku Islamic Law and Constitution berpendapat kedaulatan berada di
tangan Allah. Wajib bagi setiap peribadi, masyarakat dan bangsa mengikut pola yang
dibentuk oleh Rasulullah saw serta tunduk kepada keputusannya tanpa keberatan.

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;
dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai
Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang
memelihara mereka dari melakukan kesalahan). (Surah An-Nisa’, ayat 80)

H.A.R Gibb, seorang orientalis barat mengenengahkan idea yang sangat berbeza. Dalam
buku The Constitutional Organization, beliau menyatakan bahawa ketua negara bagi
umat Islam adalah Allah kerana Tuhan sebagai satu-satunya pembuat undang-undang,
tidak ada ruang dalam teori politik Islam bagi pembuatan undang-undang atau
kekuasaan membuat undang-undang.

Dua idea yang pertama adalah dari orang Islam manakala idea ketiga dari bukan Islam
yang didapati sangat sinonim dengan idea dalam Kristian. Jika kita melihat kepimpinan
dalam Kristian, buku Faith in Leadership: How Leaders Live Out their Faith in their Work-
and Why it Matters oleh Robert Baks dan Kimberly Powell, keimanan dan kepimpinan
adalah bersama; keimanan di sini ialah anugerah Tuhan kepada manusia. Tuhan adalah
segala-galanya.

Ibnu Taimiyah menggariskan dua rukun kepimpinan untuk memilih pemimpin iaitu al-
quwwah dan al-amanah. Al-quwwah ialah kewibawaan yang sesuai dengan keperluan
jawatan yang disandang seperti tentera, polis atau organisasi yang bercorak birokratik.
Manakala al-amanah ialah takutkan Allah swt kerana kepimpinan dalam Islam bukannya
menjadi alat untuk mendapatkan kekayaan, kedudukan atau kesenangan hidup di dunia,
sebaliknya merupakan amanah yang wajib ditunaikan.

"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia
menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang
yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.”(Surah Al-Qasas, ayat 26)

Ciri-ciri kepimpinan Islam

Seringkali berlaku pergeseran di antara ulama dan umara (pentadbir). Kedua-duanya


berselisih pendapat menyebabkan orang awam celaru dan bingung. Kesannya ialah
terbentuk dualisme dalam kepatuhan dan ketaatan iaitu patuh kepada ulama dan patuh
kepada umara.

Kepimpinan ulama berada pada tempatnya tersendiri. Ia adalah lambang kewibawaan


dan karisma, penguasaan ilmu, pelaksanaan amal, wara' dan taqwa yang tidak selalu
ditonjolkan.

Kepimpinan umara pula cenderung kepada fikiran, mengikut selera dan dilihat lebih
dinamik dan menonjol.

Dalam keadaan ulama dan umara berbeza pandangan, umat perlu patuh kepada
pemimpin selagi tidak berlaku maksiat dan zalim. Kesepaduan ulama dan umara akan
membentuk sinergi kepimpinan yang dapat memacu kemajuan masyarakat sekali gus
pembangunan negara. Sinergi yang dimaksudkan ialah dapat memberi aspirasi kepada
masyarakat dengan melihat cakerawala pandangan yang luas tetapi tetap berpijak pada
moral-moral Islam.

Kesepaduan kedua-duanya akan menzahirkan hadis Nabi saw:

"Ada dua golongan dari umatku, manakala keduanya berlaku baik, maka akan menjadi
baiklah umat, akan tetapi keduanya berlaku jahat, akan rosak binasalah umat iaitu
ulama dan umara."

Setiap keadaan, terdapat pemimpin yang lahir dan membesar bersama masyarakat.
Perkembangan persekitaran, perubahan taraf hidup dan pendedahan ke atas nilai-nilai
kerapkali mengubah perlakuan pemimpin. Perubahan yang ketara berlaku apabila
mereka mendapat kedudukan, bukannya amanah masyarakat yang difikirkan tetapi
kepentingan peribadi dan golongan sendiri yang diutamakan. Kelak muncullah sifat iri
hati, dengki dan balas dendam.

Prinsip utama kepimpinan Islam ialah syura iaitu sistem penglibatan secara kolektif
(jemaah) untuk mengeluarkan pendapat dan membuat keputusan serta kerangka bagi
membentuk hubungan sosial. Seiring dengan tujuan penciptaan manusia, kekuatan yang
mendorong ke arah tujuan ini ialah akidah yang benar dan syariat yang penuh toleransi.

Kepentingan syura sangat tinggi kerana ia menjadi urat nadi bagi pemikiran masyarakat.
Di sini, penglibatan masyarakat dikongsi sepenuhnya kerana pemimpin menjadi pelayan
bagi menunaikan hak dan keperluan mereka. Di sini juga, aspirasi dan inspirasi umat
disalurkan untuk membawa kemahuan dan cita mereka ke tahap yang lebih cemerlang.
Persoalan-persoalan besar yang menjadi "api dalam sekam" akan terlerai dan cair satu
per satu.

Kuasa tidak berpusat kepada seseorang sebaliknya diagihkan. Konsep pengagihan kuasa
ini selari dengan perkembangan agama Islam yang semakin membesar melangkaui
pelbagai daerah dan sempadan. Dalam keadaan semakin membesar ini pun, pentadbiran
Islam mampu menjadi satu warisan tamadun yang dijulang dalam sejarah.

Carleton S. (Carly) Fiorina, bekas CEO Hewlett-Packard Company meluahkan ketakjuban


beliau dalam satu persidangan di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat pada 26
September 2001. Ucapan yang bertajuk "Technology, Business and Our Way of Life:
What's Next?" menyelitkan ungkapan berikut:

"Pada suatu masa dahulu, wujud tamadun terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas,
bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan
padang pasir. Di bawah kuasanya terdapat ratusan juta manusia daripada pelbagai
agama, bangsa dan keturunan. Salah satu bahasanya menjadi bahasa universal yang
digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia hari ini.

Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan


penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok
bandingan.

Perniagaan yang melibatkan tamadun ini berkembang dari Amerika Latin ke negara
China dan antara kedua-duanya. Tamadun ini hidup subur digerakkan oleh ciptaan-
ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggi yang melawan
graviti. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algoritma. Konsep-
konsep ini membantu penciptaan komputer dan encryption pada hari ini. Tokoh-tokoh
perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan bagi merawat pelbagai
penyakit.

Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang-


bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas. Penulis-
penulisnya menulis ribuan cerita. Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya adalah
tamadun Islam, yang berkembang dari tahun 800-1600 masihi."

Pengesahan dari seorang tokoh usahawan terkenal itu membuktikan betapa sistem
pentadbiran dalam tamadun Islam berkesan bagi melahirkan ummah yang cerdas, rajin,
bersungguh-sungguh, meluaskan horizon ilmu pengetahuan untuk memanfaatkan
kelebihan ciptaan Tuhan, tahu sumber kekayaan bagi melaksanakan dakwah dan
menjadikan ulama sebagai rujukan.

Peluasan gerak kerja dakwah menjadi elemen penting bagi kepimpinan Islam. Empayar
Islam yang semakin membesar dan diterima di negara takluknya adalah lambang akhlak
yang dibentuk melalui proses tarbiyah pemimpin-pemimpinnya. Hubungan tentera-
tentera ini dengan masyarakat setempat memudahkan proses Islamisasi dilaksanakan
dengan lancar.

Bagaimanapun kini ramai pemimpin dan ahli masyarakat yang membantah Islamisasi
kerana percaya ia mengurangkan toleransi dan meningkatkan bilangan radikal Islam.

Sumber rujukan kepimpinan Islam

Selepas Rasulullah saw wafat, teraju kepimpinan umat diserahkan kepada khalifah.
Khalifah yang sering disebut orang Islam ini sinonim dengan kalimah al-imamah iaitu
kepimpinan umum dalam urusan-urusan agama dan dunia. Imam Al-Baidhawi berkata:
"Al-imamah adalah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan tentang seseorang
yang menggantikan Rasulullah saw dalam melaksanakan undang-undang syara' dan
menjaga batasan-batasan agama yang mana seluruh umat wajib mengikutinya."

Mereka yang dilantik menjadi khalifah bertanggungjawab menegakkan agama Allah dan
berkuasa pula ke atasnya. Oleh itu, al-quran dan sunnah menjadi rujukan paling utama
bagi kepimpinan Islam.

Mereka juga bertanggungjawab mengendalikan urusan orang-orang Islam dengan


pelbagai syarat dan peraturan, sama ada urusan agama atau akhirat. Bagi melicinkan
pentadbiran, dasar-dasar perundangan Islam lain juga mesti diambil: ijma', qiyas,
istihsan, masaleh mursalah, 'urf dan sadduz zara'i di samping sirah Rasulullah saw.

Perubahan di dalam masyarakat yang sentiasa dinamik menghasilkan para cendekiawan


yang pintar dan bijak. Mereka menghasilkan kitab, bahan rujukan yang sangat berguna
dalam pelbagai cabang ilmu. Tentu sahaja sumber rujukan seperti ini boleh diguna pakai
bagi meningkatkan kecekapan pemimpin Islam.

Kepesatan pembangunan telah menambah baik kualiti hidup masyarakat. Dalam UNDP
Human Development Report 1995 memaklumkan bahawa dunia telah mengalami proses
pembangunan dalam tempoh 30 tahun lalu. Tahun 2007 ini, pembangunannya tentulah
lebih pesat, khususnya perkembangan kesihatan.

Di sinilah kepimpinan Islam peka dengan ilmu-ilmu berkaitan usaha meningkatkan


kecekapan kepimpinan seperti psikologi, sumber manusia, komunikasi, teknologi
maklumat dan sebagainya.

Peluasan ilmu bagi menambah sumber rujukan diluaskan lagi kepada ilmu yang
berkaitan falsafah politik Islam, hidup Islam dan perubahan masyarakat. Ekonomi dan
perundangan Islam yang berkaitan perkembangan semasa sentiasa menjadi sumber
kepada kepimpinan Islam.

Kelemahan kepimpinan Islam

Selepas sistem khalifah, kepimpinan Islam bertukar kepada sistem feudal atau beraja.
Ketika ini, ciri-ciri keagamaan masih utuh dan manhaj yang benar masih kekal. Tidak ada
perubahan ketara kecuali kuatnya pengaruh kepuakan dan kuasa senjata menyebabkan
sedikit demi sedikit ciri-ciri khalifah lenyap. Yang kekal hanyalah nama. Sistem raja yang
bersifat mutlak mengambil tempat lalu menekan dan memaksa tanpa batasan.
Kedudukan digunakan untuk memenuhi kepentingan peribadi.

Hilangnya roh khalifah bererti hilangnya semangat kepuakan Arab seterusnya generasi
mereka yang tinggal adalah yang tidak berkualiti. Tinggallah raja yang berkuasa mutlak
dengan faham bahawa mentaati raja adalah untuk mendapat berkat.

Kejahilan umat yang berakar umbi kepada kelekaan dalam kemakmuran mengundang
sikap pesimis terhadap peranan kepimpinan. Pemisahan agama dan negara
mengasingkan peranan ulama dan pentadbir. Masyarakat bertambah jahil dengan
kemajuan negara dan konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hukum feqah menjadi
topik hangat yang diperdebatkan sehingga umat terus dihimpit kejahilan dan
kemiskinan. Dijajah adalah satu mala petaka dan merdeka adalah rahmat.

Hasjmy dalam buku Di Mana Letaknya Negara Islam? menyatakan punca kelemahan
umat Islam kepada kepimpinan. Bangsa yang dapat membebaskan diri daripada
penjajahan adalah bangsa yang mempunyai pemimpin yang berfungsi dengan
sempurna.

Analisis Muhammad Assad juga menyetujui bahawa kebebasan akan menentukan nasib
bangsa sendiri: "Dalam kehidupan setiap bangsa, cepat atau lambat, pasti akan datang
suatu masa di mana nanti kiranya bangsa itu akan mendapat kebebasan bagi
menentukan nasibnya sendiri, suatu masa di mana akan ada kepastian ke arah mana
akan dituju dan zaman depan yang bagaimana yang akan dicapai."

Cabaran kepimpinan Islam masa depan

Tahun-tahun 1950-an dan 60-an menyaksikan banyak negara sedang berjuang untuk
membebaskan diri atau baru mula merasai detik merdeka. Ketika ini pejuang-pejuang
kemerdekaan dihormati dan dijulang kerana semangat nasionalisme yang berkobar-
kobar. Yang ramai menjadi pemimpin ini ialah di negara-negara umat Islam. Mereka
gagal menjadi pemimpin yang cemerlang selepas mengetuai kemerdekaan negara
masing-masing kerana corak kepimpinan sebelum dan selepas merdeka sangat berbeza.

Fokus kepada pembangunan negara selepas merdeka ialah pembangunan ekonomi,


menyusun keadaan sosial masyarakat dan mempastikan politik yang stabil. Corak
kepimpinan yang diperlukan ialah mempastikan ciri-ciri sebuah negara dapat dipenuhi
iaitu: a) mempastikan sempadan yang tetap dan diiktiraf, b) mempunyai penduduk yang
tetap, c) kerajaan yang teratur, d) mempunyai kedaulatan iaitu berupaya untuk
mengawal hal ehwal dalam negara dan kebebasan, e) mengadakan hubungan dengan
negara-negara lain, dan f) mempunyai perlembagaan, agama rasmi, simbol negara dan
sebagainya.

Kepimpinan Islam abad baru ini berhadapan dengan cabaran globalisasi dan integrasi
ekonomi. Persaingan negara-negara Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan
Afrika untuk menguasai pasaran ekonomi dunia ditandai dengan kewujudan blok-blok
ekonomi seperti APEC, EU, NAFTA dan ASEAN+3.

Kekuatan yang diperlukan oleh pemimpin Islam kelak bukan lagi terletak pada kekuatan
peribadi semata-mata tetapi gabungan kekuatan peribadi, pemikiran dan pengaruh
dalam membuat keputusan. Kekuatan moral juga tidak boleh ditolak tepi.

Bagaimanapun, semua elemen kekuatan tersebut tidak akan memberi sebarang erti jika
pelaksanaan tanggungjawab didapati tidak berkesan. Justeru, pemimpin Islam harus
bersedia dengan kepimpinan berorientasikan tindakan. Ini kerana, retorik bahasa dan
kepetahan pidato tidak lagi mampu memberi nilaian yang baik kerana masyarakat
semakin berpendidikan dan mereka mampu menilai bagi membezakan yang mana satu
pemimpin berkesan dan yang mana satu tidak berkesan.

Hala tuju kepimpinan Barat

Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin hari ini jauh lebih kompleks daripada sebelumnya.
Ia berkait dengan membantu orang lain mencapai kejayaan. Kepimpinan tidak hanya
dikaitkan dengan diri pemimpin sebaliknya orang yang dipimpin. Apabila melibatkan
pengikut, pemimpin, sudah pasti berhadapan dengan tuntutan-tuntutan yang pelbagai,
keupayaan jangka hayat teknologi yang singkat, peningkatan pengetahuan dan
kemahiran yang sentiasa dikemas kini serta pelbagai perkara yang berlaku di luar
jangka.
Aspek yang berkait dengan kepimpinan juga bertambah. Dari keselamatan (yang
menjadi isu sejak 911), keadilan kehakiman, pendidikan, perlindungan daripada polis,
pengangkutan darat, laut dan udara, kebajikan, kesihatan dan perumahan serta pelbagai
lagi perkara yang perlu ditangani.

Seiring dengan keperluan dan kehendak negara, definisi kepimpinan di Barat, dalam
konteks yang lebih luas, berakar umbi daripada tiga perkataan: demokrasi, sekularisme
dan globalisasi.

Istilah politik di Barat sangat berbeza daripada konsep politik Islam. Persepsi Barat
melihat politik Islam sebagai "totalitarianisme" yang dikaitkan dengan pemerintahan
kuku besi. Barat juga bangga dengan sekularisme dan demokrasi yang muncul dengan
pengaruh yang lebih besar selepas Revolusi Perancis di mana ia menekankan
keseimbangan sosioekonomi kepada semua warganegara, pembentukan kerajaan secara
pemilihan perwakilan dan slogan "satu individu, satu undi." Dalam erti kata lain, undi
majoriti sangat penting dan individu mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan.

Peranan pemimpin dalam masyarakat demokrasi ialah sebagai enjin pembangunan


ekonomi yang sihat, menyediakan (sedaya upaya) pendapatan untuk kerajaan, asas
kepada kebebasan masyarakat demokratik. Bagi mengawal aturan hukum, pendokong
demokrasi ini membentuk perlembagaan supaya kerajaan dapat ditadbir dengan lancar.

Konsep Greek purba yang menggunakan istilah "liberty" agak jauh berbeza dengan
demokrasi Barat kerana demokrasi lebih menekankan kebebasan tetapi kepimpinan
Islam tetap mengekalkan keadilan dan kesaksamaan masyarakat yang menjadi
kewajipan bagi memberi ruang kepada pembangunan dan penyerlahan potensi diri.
Demokrasi tidak menjadikan kawalan peraturan Tuhan sebagai panduan dalam
mentadbir kerana keupayaan manusia dianggap lebih sesuai.

Sejarah kepimpinan Barat "menyerang" dunia Islam melalui misi ketamadunan.


Gelombang pertama mereka ialah ketika menemui jalan ke Timur sebagai pedagang dan
mubaligh seterusnya gelombang kedua, mereka membawa senjata dan merampas
tanah; lambang "duta dari tamadun kelas tinggi." Kepimpinan Barat memecahkan
dominasi sistem kepimpinan Islam dan Timur dengan meletakkan penjajahan sebagai
tema utama. Bermula dari saat itu, umat Islam sangat menderita akibat dasar politik
hegemoni Barat.

Peristiwa yang paling rapat dengan kita ialah kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada
1511. Misi kedatangan Portugis ini terletak dalam konsep 4G iaitu gospel (agama), glory
(kemenangan), geography (lokasi) dan gold (kekayaan). Ledakan ekonomi menjadi
penyebab kuat kenapa kepimpinan Barat sentiasa mengekang kemajuan umat Islam di
negara-negara yang dijajah.

Di India umpamanya, Sir W. W. Hunter menceritakan:

"Bukannya Muslim merasa rendah diri kepada Hindu. Ia adalah peranan British yang
menyebabkannya berlaku. Sekarang, pejabat kerajaan di Calcutta yang menjadi tempat
seseorang Muslim untuk mendapatkan kerja sebagai pengangkat barang, pelayan buka
pintu, pengutus surat dan tukang perbaiki pen. 170 tahun yang lalu, amat mustahil untuk
melihat Muslim di India menjadi miskin, tetapi sekarang amat mustahil baginya menjadi
kaya."
Dalam bidang pendidikan, dengki dan iri hati sangat menebal dalam jiwa pemimpin
Barat. Pengenalan sistem pendidikan di negara jajahan adalah untuk mematikan budaya
intelektual dan sosiobudaya masyarakat. Sekolah-sekolah rakyat diperkenalkan supaya
dapat menyanggahi tradisi, membenci agama dan memecahkan keharmonian.

Kesan ke atas masyarakat ialah melemahkan iman, agama dan budaya mereka.

Kamal Attaturk adalah contoh kepada dasar ini. Beliau bukan sahaja seorang yang
menyanjung tinggi Tuhan Baru (peradaban Barat) malah tidak menaruh kepercayaan
kepada agama. Peribadi Kamal Attaturk sangat ego, cepat marah dan memberontak,
suka kepada perempuan dan minuman keras kerana tidak ada yang dapat
mententeramkan roh dan jiwanya.

Kejayaan Kamal Attaturk dididik oleh sistem Barat boleh diamati dalam kata-katanya:
"Kita harus memakai pakaian bangsa-bangsa maju yang beradab." Beliau menggantikan
tarbus dengan topi dan mengharamkan pemakaian tudung kepala bagi wanita Turki. Dia
beranggapan dengan cara ini orang Turki dapat berubah dan hidup sama seperti orang
Barat.

Kejatuhan khalifah Othmaniyah pada 1924 mengulangi sejarah kejatuhan kerajaan Islam
Andalusia, Sepanyol. Kejayaan kerajaan Islam berkenaan merosot apabila perubahan
sikap pemimpin mereka ke atas pencarian ilmu pengetahuan dan kejahilan mengenai
pembangunan. Gerakan Al-Murabitun dan Al-Muhabidun dari Afrika Utara yang mengawal
Andalusia menghalang pengajian semua subjek kecuali yang berkaitan dengan agama
Islam. Pengajian falsafah Greek dan sains tidak digalakkan dan akhirnya diharamkan.

Pada masa yang sama, Andalusia semakin lemah dan berpecah. Satu demi satu wilayah
ini jatuh ke tangan Raja Sepanyol. Berakhirnya 800 tahun kepimpinan Islam di Sepanyol
tidak dapat disangkal lagi disebabkan oleh pengabaian kepada ajaran-ajaran Islam.

Bagi mengatasi rasa bersalah dan rendah diri, intelektual Islam mengisytiharkan bahawa
kehidupan di dunia ini adalah bukan untuk umat Islam kerana syurga disediakan untuk
mereka di akhirat kelak

Seperti kata Carly Fiorina, tamadun Islam dulu memberi sinar kepada Barat untuk maju
pada hari ini. Tetapi kepimpinan Islam tidak mampu mengulangi lagi kejayaan lalu
kerana kepimpinan Barat telah menjadikan umat Islam miskin dan mundur.

Corak berfikir pemimpin-pemimpin Barat sangat jauh kehadapan bagi mempastikan


Barat sentiasa mendominasi dunia. Istilah "Order Baru Dunia" dan globalisasi adalah
usaha berterusan kuasa Barat bagi menyerap cara hidup Barat ke seluruh dunia.
Internet, pasaran bebas, hak asasi manusia dan sokongan kuat kepada pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) atas nama demokrasi mencipta imaginasi serong istilah moden
dan dan progresif yang mengubah paradigma masyarakat dan dianggap menyerahkan
adat serta budaya mereka kepada pengaruh Barat.

Sekularisme sering dikatikan dengan era kebangkitan di Eropah. Ia memainkan peranan


utama dalam memberi hala tuju peradaban Barat. Ia mengambil pendirian menjauhkan
diri daripada pengaruh agama dan menjadikan kemodenan sebagai matlamat.

Kepimpinan Barat menjadikan sekularisme sebagai pendinding kepada peluasan


pengaruh agama. Setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan rasionalisasi yang
didokong oleh kekuatan imu pengetahuan, kesan daripada penyelidikan dan kebebasan
berfikir. Pemimpin-pemimpin sekular cepat melenting dan akan menghalang serta-merta
jika mana-mana masyarakat sesebuah negara cuba melawan atau mencabar amalan ini.

Perancis adalah contoh negara sekular yang kerap diasak dengan cabaran-cabaran ini.
Isu pemakaian tudung kepala di sekolah dan penggunaan simbol agama oleh pelajar
acapkali diiringi tindakan tegas. Dengan penduduk Islam seramai lima juta orang,
Perancis sangat tegas mempertahankan dasar sekularisme berkenaan dan tidak
membenarkan mana-mana pihak cuba menjejaskannya.

Selain Perancis, negara-negara scandinavia juga mengamalkan konsep ini. Pemimpin-


pemimpin mereka tidak kisah jika media negara menerbitkan sebarang bentuk cemuhan
kepada mana-mana pihak atas alasan kebebasan media. Aturan hidup masyarakat
mereka juga terlalu longgar kerana nilai yang diwarisi oleh generasi sekular tidak
mempedulikan hak orang lain. Pemimpin-pemimpin sekular Barat sendiri, dengan
kepercayaan penuh terhadap prinsip sekularisme, membimbing rakyat mereka ke arah
masyarakat yang memandang rendah terhadap agama. Negara-negara berkenaan juga
didapati mempunyai keinginan yang lemah untuk menjunjung kepercayaan beragama.

Proses sekularisasi di Barat menimbulkan krisis global kerana peningkatan terhadap


kepercayaan beragama bertentangan dengan prinsip sekularisme yang didokong oleh
kuasa-kuasa Barat yang berpengaruh. Prof. Syed Naquib Al-Attas juga mengungkapkan
"... secularization is becoming a global crisis" memang ternyata telah berlaku.

Masyarakat yang memperlekeh agama akan menunjukkan pelbagai bukti betapa


sekularisme adalah pilihan terbaik bagi membangunkan negara.

Dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2007 yang baru diumumkan, lima buah negara
scandinavia iaitu Dernmak, Finland, Sweden, Iceland dan Norway adalah antara sepuluh
buah negara yang paling kurang rasuah di dunia. Setelah diamati, semua negara ini
bukanlah mementingkan sangat anutan agama masyarakat sebaliknya mengguna pakai
apa saja cara untuk memajukan negara walaupun dengan menolak kepercayaan agama.

Menyelidiki dengan lebih mendalam ungkapan Prof. Syed Naquib, jika diperhatikan,
kesan sekularisme ke atas lima buah negara ini memang sangat relevan. Maklumat
terkini dan lengkap mengenai negara-negara di dunia terdapat di Central Intelligence
Agency (CIA), Amerika Syarikat dan lima buah negara berkenaan menunjukkan kadar
kesuburan yang rendah dengan Sweden mencatat 1.66 , Finland (1.73), Dernmak (1.74),
Norway (1.78) dan Iceland (1.91). Kadar kesuburan yang rendah tidak dapat
mengimbangi jangka hayat masyarakat mereka yang rata-ratanya mempunyai umur
yang panjang. Sweden menjadi negara utama dengan jangka hayat sehingga 80.63
tahun, diikuti Iceland (80.43), Norway (79.67), Finland (78.66) dan Dernmak (77.96).

Krisis ini bertambah besar apabila isu keselamatan, keselamatan sosial, kesihatan dan
penguncupan kadar kelahiran digabungkan sekali. Sukar bagi kerajaan mereka
menampung bayaran pencen warga tua. Jadi siapa yang harus mengisi tenaga kerja da
menampung keperluan keselamatan sosial ini?

Jawapannya ialah migrasi.

Pada 1999, sekitar 16 juta pekerja asing di Eropah Barat menjana pendapatan sebanyak
US$46 bilion. Kehadiran pekerja asing ini dapat mengekalkan daya saing dan memenuhi
keperluan domestik negara-negara Eropah. Pada masa yang sama, kehadiran begitu
ramai pekerja asing membawa pula masalah baru iaitu krisis identiti penduduk
tempatan. Isu ini menjadi perdebatan hangat di Barat dan telah dijadikan senjata utama
oleh parti politik sayap kanan untuk meraih undi dalam pilihan raya.

Krisis yang menjadi telahan Prof. Syed Naquib telah pun berlaku dan akan terus
bertambah parah kerana ramai yang menjadi pekerja dan pendatang asing ini beragama
Islam. Mereka membawa sekali agama, adat dan budaya ke dalam masyarakat
tempatan. Ianya mengancam kepercayaan agama masyarakat negara tersebut dan
menjadi bahan perbincangan di media massa yang dibuat secara terbuka.

Jim Moret, pengacara Inside Edition ketika melaporkan pengislaman Angela Collins
menyatakan terdapat kira-kira 20,000 penganut Islam setiap tahun di Amerika Syarikat
dan jumlah ini semakin bertambah.

Apa yang menakutkan Barat dan kepimpinan Barat sekarang ialah proses sekularisme
yang mereka pertahankan sedang diancam oleh proses Islamisasi yang bahangnya
dirasakan oleh umat Islam di Dernmak dan negara-negara lain.

Sekularisme bergandingan dengan atheisme untuk mencorakkan pembangunan negara-


negara Eropah dan Barat ketika mana agama diketepikan. Pendokong sekularisme
menjadi sombong disebabkan pengetahuan saintifik mereka yang menolak kehadiran
Tuhan untuk menentukan sesuatu. Mereka berbangga dapat mengklon semua jenis
kehidupan termasuk manusia, menjelajah angkasa raya dan planet, memanipulasi
ekonomi dunia dengan sifat tamak dan mengesampingkan nilai-nilai moral.

Institusi perkahwinan rosak kerana sekularisme. Berzina dan melahirkan anak luar nikah
tidak menjadi perhatian lagi dan perkahwinan sesama jenis diterima dan tidak lagi
disembunyikan. Dosa-dosa yang ditakrifkan oleh agama tidak lagi diterima.

Kepimpinan Barat juga berlumba-lumba mencipta senjata canggih bukan untuk


mempertahankan diri sebaliknya menjaja teknologi senjata tersebut kepada negara-
negara lain dan mencipta peperangan. Masyarakat pelbagai negara diadu domba supaya
mendapatkan senjata terkini dengan alasan pertahanan negara diperkuatkan.

Ancaman sekularisme sangat bahaya. Kepimpinan Barat akan sentiasa meningkatkan


pelbagai jenis serangan ke atas kehidupan beragama manusia melalui penyebaran
bahan yang tidak bermoral dan menyanggahi nilai tradisi masyarakat. Kelekaan dan
kebanggaan terhadap pengetahuan serta teknologi yang dimiliki Barat memusnahkan
sama sekali kepercayaan terhadap agama dan menjadikan mereka terus angkuh,
menolak peranan Tuhan kerana merasakan Tuhan tidak diperlukan lagi justeru sains
telah memberi jawapan kepada setiap persoalan yang berlegar dalam kehidupan
manusia hari ini.

Islam, Barat dan cabaran semasa

Hari ini umat Islam dan kepimpinan Islam berada pada kedudukan yang sangat lemah.
Bilangan 1.2 bilion umat Islam yang bernaung di bawah Pertubuhan Negara-negara Islam
(OIC) tidak mampu sama sekali memberi pengaruh ke atas kuasa hegemoni Barat yang
dikepalai oleh Amerika Syarikat. Keadaan ini menyebabkan sesetengah pemimpin Islam
menggesa diwujudkan kembali persekitaran politik dan sosial seperti mana zaman Nabi
Muhammad saw dengan anggapan itulah penyelesaian kepada masalah umat Islam
sekarang.

Pemikiran golongan ini sangat tidak berkembang kerana tidak mahu menerima hakikat
realiti semasa hari ini yang berubah dengan pantas. Mereka tidak mahu membuat
penyesuaian terhadap perubahan dunia. Bagi jangka masa panjang, mereka akan
ketinggalan dalam serba-serbi dan akhirnya tewas.

Kemunduran umat Islam dan pasifnya pemimpin-pemimpin Islam bukannya kerana Islam
gagal membawa kejayaan atau Islam sememangnya mendatangkan nasib buruk,
sebaliknya umat Islam telah melencongkan kefahaman Islam yang sebenar. Hal ini
berlaku kerana pelbagai sebab: politik, kedudukan dan kuasa.

Cabaran pemimpin-pemimpin Islam ialah mengembalikan kefahaman Islam supaya


pelencongan pentafsiran dapat dimurnikan semula. Mengawal penyebaran pengetahuan
yang menyanggahi amalan tradisi dan budaya yang melemahkan pemikiran umat.

Kebimbangan dan kerisuan pemimpin Islam di seluruh dunia ialah menjangkakan kesan
jangka masa panjang ke atas anak-anak muda Islam. Muhammad Assad dalam buku
"Islam at the Crossroads" berkata: "Kesan utama yang disebabkan oleh sejarah mereka
(Barat) ke atas pemikiran orang-orang muda bukan Eropah ialah perasaan rendah diri
terhadap budaya, sejarah silam dan masa depan mereka sendiri. Secara sistematik anak-
anak muda ini diajar untuk menghina masa depan mereka."

Globalisasi memberi ruang kepada manusia di seluruh dunia untuk bergerak dan
merentas sempadan dengan mudah. Sangat sukar bagi sesebuah negara mengekalkan
konsep negara bangsa yang tunggal. Migrasi menyebabkan wujudnya negara pelbagai
bangsa kerana manusia berlumba-lumba mencari kehidupan yang lebih baik.

Tetapi migrasi menyebabkan krisis besar dalam demokrasi. Walaupun demokrasi


dikatakan dapat memberi ruang yang lebih besar kepada masyarakat ketika memilih
pemimpin, desakan memberi ruang kepada pemilihan pemimpin minoriti mengundang
polemik. Adakah pemimpin yang dipilih itu benar-benar mewakili suara kumpulannya
atau sebagai boneka sahaja?

Dalam konteks negara pula, mana-mana negara yang gagal melaksanakan demokrasi,
rakyat, pemimpin dan negara akan dikenakan sekatan ekonomi, politik dan sosial.
Kanak-kanak, orang tua dan wanita turut sama merasai tekanan ini kerana masyarakat
memberi ruang kepada pemilihan pemimpin yang bukan demokratik. Keadaan di
Myanmar ketika ini adalah contoh bagaimana sebuah negara dikenakan sekatan, akibat
daripada kegagalan melaksanakan demokrasi. Perang Dunia Kedua dahulu juga boleh
dijadikan iktibar. Dengan dua biji bom atom, negara Jepun yang angkuh dengan slogan
"Asia untuk Asia" bertukar menjadi negara demokrasi.

Barat, dengan kuasa kepimpinan dunia berada di tangan mereka boleh melakukan apa
sahaja bagi memaksa sesebuah negara untuk menerima demokrasi.

Ekonomi menjadi tonggak kepada pembangunan sesebuah negara. Bagi mengukuhkan


dominasi ekonomi dunia, kepimpinan Barat mencipta agensi-agensi yang dapat
mempertahankan status quo mereka dalam penguasaan ekonomi dunia. Bank Dunia,
Tabung Kewangan Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan blok-blok
ekonomi diperkasa dengan mengikut telunjuk Barat.
Kepimpinan Islam berhadapan dengan penguasaan ekonomi Barat yang entah bila akan
tamat. Yang boleh dibuat oleh pemimpin-pemimpin Islam ialah berfikir bagi mempastikan
perbelanjaan negara berada dalam kedudukan yang kukuh dan meningkatkan simpanan.
Juga mereka harus berfikir tentang keupayaan tamadun-tamadun besar dunia
memajukan masyarakat mereka seperti di Saba, Yaman, Babylon di Iraq, empayar
Roman dan kerajaan Islam Andalusia.

Isu pengganas dan keselamatan menjadi acahan Barat untuk memaksa masyarakat
dunia menerima dan mengikut kehendak mereka. “Anda bersama kami, atau menjadi
musuh,” adalah ucapan Presiden George W. Bush ketika mencanangkan perang terhadap
keganasan. Ucapan tersebut sangat jelas sebagai pewujudan strategi global Amerika
Syarikat untuk menguasai dunia.

Dengan kecenderungan Islamofobia menjadi semakin genting, peranan pemimpin-


pemimpin Islam semakin besar dan usaha memberi kefahaman serta gambaran yang
jelas mengenai Islam tidak lagi dapat dilengahkan. Nabi Muhammad saw, walaupun tidak
dapat menguasai satu per tiga dunia semasa di Mekah dan Madinah, terpaksa juga
melalui pelbagai cabaran besar untuk beberapa tahun berdakwah. Tidak sempat melihat
Islam berkembang, baginda saw sebenarnya telah membina model dunia Islam yang
menjadi pemangkin kepada kegemilangan tamadun Islam.

Kesimpulan daripada artikel ini, mengulangi sejarah tamadun Islam sangat sukar ketika
umat sedang lemah. Tetapi semangat kejayaan tentera-tentera Islam menakluki wilayah
asing harus disemat dan dijadikan teladan kerana negara yang ditakluki bukannya
berasa takut dengan kehadiran tentera Islam yang pelbagai latar belakang, sebaliknya
kehadiran mereka sangat dinantikan. Tentera-tentera ini tidak menimbulkan huru-hara
sebaliknya membawa keamanan dan kesejahteraan. Diulangi kembali petikan ucapan
Carleton Fiorina, bekas CEO Hewlett-Packard Company iaitu: "Tentera-tenteranya
dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan penaklukannya
mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingan."

Rujukan

A. Hasjmy.1970. Di Mana Letaknya Negara Islam? Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Ab. Aziz Yusof.2004. Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Petaling Jaya, Selangor:
Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Abul Hasan Ali Al Husmi An Nadwi.1983. Pertarungan antara alam fikiran Islam dengan
alam fikiran Barat. Bandung, Indonesia: P.T. Al Ma'arif. Edisi terjemahan.
Ali Abdul Raziq.2004. Islam dan Dasar Pemerintahan. Kuala Lumpur: Institut Kajian
Dasar. Edisi terjemahan.
Aminudin Mohd Yusof.1994. Kepimpinan, motivasi dan prestasi: Model guru dan tentera.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Andek Masnah Andek Kelawa.1999. Kepimpinan Wanita dalam Islam: Kedudukannya
dalam Syariah. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Corrado G.M. Letta.2007. Can Asians Think? Can Europeans Listen? Kuala Lumpur: Asia-
Europe Institute, University of Malaya.
Danial Zainal Abidin.2006. 7 Formula Individu Cemerlang. Kuala Lumpur: PTS Millennia
Sdn Bhd.
Imam Munawwir.1985. Mengapa Umat Islam Dilanda Perpecahan? Singapura: Pustaka
Nasional Pte Ltd.
John Adair.1988. Developing Leaders. Surrey, UK:The Talbot Adair Press.
Khadijah Aam.2006. Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya.
Rawang, Selangor: Penerbitan Minda Ikhwan.
Kurshid Ahmad.1979. Islam and the West. Lahore, Pakistan: Islamic Publications Ltd.
Mahathir Mohamad.2006. Islam, knowledge and other affairs. Kuala Lumpur: MPH Group
Publishing (M) Sdn Bhd.
Mohd Najib Tun Razak.1996. Leadership Models of Asia in the 21st Century. Kuala
Lumpur: Malaysian Strategic Research Centre.
Muhammad Assad.1999. The Principles of State and Goverment in Islam. Kuala Lumpur:
Islamic Book Trust. The paperback edition
_________.1969. Islam at the Crossroads. Lahore, Pakistan: Arafat Publications. Ninth
edition.
Roberts Banks dan Kimberly Powell. 2000. Faith in Leadership: How Leaders Live Out
their Faith in their Work- and Why it Matters. San Francisco, USA: Jossey-Bass Publishers.
Roziah Sidik.2004. Genius Muhammad bin Abdullah. Bentong, Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Murakfuri.2005. Sirah Rasulullah (SAW). Kuala Lumpur:
Penerbitan Seribu Dinar.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas.1993. Islam and Secularism. Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and Civilazation.
Yusuf Qardhawi.2004. Sanggahan Salah Tafsiran Islam. Semenyih, Selangor:
Synergymate Sdn Bhd. Edisi terjemahan.
Taufik As-Syawi.1997. Syura Bukan Demokrasi. Jakarta: Gema Insani Press. Edisi
terjemahan.
Tariq Ramadhan.2001. Islam, the West and the Challenges ini Modernity. Leicester, UK:
The Islamic Foundation.
Former HP CEO Talks about Islamic Civilization dilayari di http://youtube.com/watch?
v=ejG7xI2wSyc
Angela Collins - Muslim Convert weeks after 9/11 Incident dilayari di
http://www.youtube.com/watch?v=j6PJgJdEzNM
DEFINISI KONSEP KEPIMPINAN
Secara umumnya, pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi
tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat
kumpulan itu. Ini bermaknakepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan
ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Sesetengah orang menganggap
‘pemimpin’ itu seseorang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja
kuat,menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang
yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya
pemimpin adalah gabungan semua sifat iaitu pengarah, pendorong dan pembantu.

Mengikut Katz dan Khan (1978) terdapat tiga perkara yang ditekankan dalam konteks
kepimpinan, iaitu kedudukan atau jawatan, Sebagai peribadi seorang individu dan
sebagai satu rangkaian tingkah laku tertentu. Robert Dubin (1958) menjelaskan iaitu;
Leadership in organizations involves the exercise of autority and the making od
decisions.
Berdasarkan definisi tersebut, kepimpinan merujuk kepada keupayaan serta
kebijaksanaan seseorang ketua dalam menguruskan kakitangan bawahannya dan
sumber yang ada. Ia juga bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seseorang pemimpin
untuk menggerakkan anggota kumpulannya untuk mencapai matlamat tertentu.Untuk
mempengaruhi kakitangan, biasanya seseorang
pemimpin menggunakan pelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan,
ganjaran, menunjukkan model yang baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan
sebagainya.

Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting. Sekolah


yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada
tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua. Sekolah yang mempunyai
pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap dalam menjalankan
tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadi cemerlang. Jadi,
kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan penting dalam
kepimpinan pendidikan.
Untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah dan juga seorang pemimpin di peringkat
Jabatan Pendidikan Daerah, Negeri dan juga Persekutuan memerlukan ketokohan
kepimpinan. Ia memerlukan pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid
dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan, kurikulum sekolah,
pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi, masalahpolitik semasa
dan sebagainya. Tanpa pengetahuan yang lengkap dalam bidang-bidang tersebut,
seseorang pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakin ke atas keupayaan
kepimpinannya.

TEORI-TEORI KEPIMPINAN
Banyak teori mengenai kepimpinan dikemukakan. Dari dahulu hingga sekarang
berbagai-bagai sudut dikaji. Namun pendapat-pendapat mengenainya tidak sekata.
Hasilnya muncul pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan. Seorang pemimpin
yang baik perlu mengetahui tentang teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud.
Dalam mengkaji kepimpinan, berbagai teori dikemukakan seperti teori sifat,
teori perlakuan, teori kotegensi, teori karismatik, teori X, Y dan Z, dan
sebagainya.
Teori X dan Y
Teori ini telah diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set andaian
terhadap manusia iaitu ‘Teori X’ dan ‘Teori Y’. Teori X ialah pendekatan ‘carrot and stick
(Razali Mat Zin, 1966). Teori X mengandaikan bahawa pekerja semulajadinya malas dan
akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa, pekerja tidak mempunyai cita-cita dan
tidak mahu memikul tanggungjawab, pekerja tidak mempunyai motivasi untuk
menjayakan matlamat organisasi dan pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang
oleh keperluanpsi kol ogi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.

Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan bahawa
kerja sebagai satu perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti bermain,
bersukaria dan lain-lain jika keadaan kerja itu baik, tetapi mereka akan menganggap
kerja sebagai beban jika pengalaman bekerjanya pada masa lepas tidak menyenangkan.
Selain itu, pekerja sememangnya mencari dan mahukan tanggungjawab kerana ia
membawa kepada kepuasan jiwa.

Teori Perhubungan Manusia


Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi kelakuan dan
perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi
kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian-kajian telah
dibuat oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan
didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai orang-orang bawahan
iaitu :

Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-
orientation).
2. Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan
orang-orang bawahan (human relations orientation).
Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin
yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh
membawa kejayaan kepada organisasinya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya
ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga

perhubungan baik dengan pengikutnya.

Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional Leadership Theories )


Bermula dari tahun 1940-an lagi penyelidik-penyelidik telah mencari faktor-faktor situasi
yang boleh mempengaruhi peranan, kemahiran, dan tingkah laku pemimpin ke atas
prestasi dan kepuasan bekerja.Fred Fiedlier telah mencadangkan satu model Kotegensi
Kepimpinan yang efektif. Model ini mengandungi hubungan antara stail kepimpinan
dengan suasana situasi yang menyenangkan. Kesesuaian situasi ini bergantung kepada
3 dimensi berikut:

Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormat
menghormati.
2. Darjah struktur tugas, iaitu sejauhmana tugas itu didefinisikan dengan jelas atau
kabur.
3. Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada
pemimpin/ individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan,
menilai atau menaikkan pangkat kakitangan.
Situasi yang menyenangkan akan diperolehi sekiranya ketiga-tiga dimensi tersebut
positif. Dengan kata lain, sekiranya ketua itu secara amnya diterima kakitangan, struktur
tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal. Situasi ini menyenangkan
dan digabungkan dengan gaya kepimpinan dapat menghasilkan keberkesanan.

Dalam Teori Kepimpinan Mengikut Situasi, teori ini bermula dengan anggapan bahawa
keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan
ingin diwujudkan. Rasionalnya ialah kepimpinan yang berkesan akan bukan sesuatu yang
nyata yang boleh wujud tersendiri dengan bentuk yang sama, tetapi ianya bergantung
kepada beberapa faktor lain berupa manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi
dan saling mempengaruhi. Intipati kepada teori-teori ini ialah :

Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang-
orang bawahan ; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan, manakala
mereka yang kurang matang memerlukan arahan dari ketua
2. Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza ; cara paling baik
hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat
3. Tidak ada hanya satu saja cara memimpin yang paling baik; keberkesanan seseorang
pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan
4. Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan
kepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.
Teori Perlakuan
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan kemanusiaan boleh mempengaruhi kelakuan
dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi
kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanankan tugas. Kajian- kajian oleh
pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada
dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-orang bawahan iaitu
perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat

organisasi (task-orientation) dan perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik


antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).
Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin
yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh
membawa kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang
mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan
pengikutnya.

Fungsi dan peranan pemimpin dilihat melalui dua kategori iaitu untuk menyelesaikan
masalah dan pengendalian kumpulan pengikut. Pemimpin yang berkesan lazimnya
bijaksana dalam mengendalikan kedua-dua perkara tersebut dalam memenuhi tuntutan
individu, kumpulan dan organisasi. Pemimpin juga dinilai dari segi keupayaannya dalam
melaksanakan tangungjawab berorientasikan pekerja atau tugas.

Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan standard


pencapaian dan daya pengeluaran tetapi hubungan kemanusiaan dan kebajikan pekerja
kurang dititik beratikan. Pemimpin yang berorientasikan pekerja mendapat pujian dan
popular tetapi mungkin menurun dari segi produktiviti dan kualiti. Kesan perlakuan
pemimpin berdasarkan tangungjawab berorientasikan tugas dan orentasi pekerja telah
memberi impak terhadap keberkesanan peranan kepimpinan mereka.
Keseluruhannya, walaupun teori-teori yang dikemukakan ini berbeza dari segi
pendekatan, isi dan kesimpulan, kesemuanya mirip menyatakan ada satu saja cara yang
terbaik untuk memimpin orang bawahan. Masing-masing mengutarakan cara mereka.
Ada yang mengatakan kejayaan bergantung kepada karisma seseorang, ada yang
mengatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan perlakuan
tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung kepada anggapan
pemimpin terhadap orang-orang bawahannya ( Ibrahim Mamat, 2001).
Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Tidak
ada satupun yang sempurna. Namun teori-teori ini sangat berguna untuk diteliti oleh
orang-orang yang ingin menjadi pemimpin kerana mereka dapat mengetahui hal- hal
yang boleh memberi kesan ke atas kepimpinan.

JENIS-JENIS KEPIMPINAN
Penyelidikan mengenai jenis kepimpinan ini masih berjalan dengan lancar dan selain dari
jenis yang disebutkan di atas, ada berbagai-bagai lagi gaya kepimpinan. Reddin , 1970
(dalam Robiah Sidin, 1989) telah membahagikan gaya kepimpinan mengikut model
dimensi yang mengandungi tiga gaya asas, empat gaya pengurusan yang berkesan dan
empat lagi gaya pengurusan yang agak kurang berkesan. Manakala Boles dan
Davenport, 1975, telah menyarankan beberapa gaya untuk kepimpinan dan cara dia
menggunakan kuasa itu.
Gaya kepimpinan yang pelbagai menunjukkan bahawa konsep kepimpinan itu adalah
amat rumit. Seseorang pentadbir yang memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya
terus dianggap menjadi seorang pemimpin. Pentadbir harus pertama sekali berupaya
menggerakkan anggota-anggota lain di dalam sesuatu kumpulan itu, membimbing dan

mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat tertentu.


Dalam pada itu, pentadbir harus memastikan bahawa dia mematuhi norma-norma yang
telah ada mengenai seseorang pemimpin. Segala langkah tindakannya juga harus
memberi kepuasan kepada anggota-anggota secara individu. Untuk membolehkan
pentadbir membuat penyesuaian terhadap keperluan-keperluan yang bermacam-
macam lagi kompleks, seseorang pemimpin harus berupaya mengubahsuai gaya
kepimpinannya mengikut keadaan yang timbul.

Kepimpinan Demokratik(Democratic Leadership


)
Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat
sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering
menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada
mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan
masing-masing.
Pemimpin demokratik berperanan menjadi pembimbing yang baik kepada kumpulannya.
Dia menginsafi peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan
mengutamakan rasa tanggungjawab dan kerjasama baik kepada setiap individu yang
dipimpinnya. Dia juga tahu urusan kumpulan bukan masalah peribadinya. Kekuatan
kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak. Sebagai pemimpin, ia
menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri. Dia memerlukan sokongan orang-
orang bawahannya. Kuasa diagih-agihkan menyebabkan semua orang merasa yakin dan
senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan demikian kumpulan akan terus
berjalan lancar dan bergerak maju.

Menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin


yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling
sesuai. Disebabkan kepimpinannya bersifat membantu, dia dihormati dan dihargai serta
dilihat sebagai lambang ‘kebaikan’. Orang bawahan tidak melihatnya sebagai majikan
kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari komitmen
bersama, buka hasil dari usahanya bersendirian kerana dia sedar bahawa dia buka
‘superman’.
Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada
sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan
yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian
tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa. Jenks (1990) mengaitkan gaya
kepimpinan ini juga dengan tingkah laku dan mengatakan bahawa kepimpinan turut
serta mementingkan kedua-dua pengeluaran dan manusia atau struktur tugas dan
timbangrasa. Di antara matlamat stail kepimpinan ini adalah semangat kerja
berpasukan.

Kepimpinan Autokratik(Autocratic Leadership)


Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia
memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak
soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi

dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka
hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah
dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif.
Para pemimpin autokrat lazimnya berfungsi secara autonomi memberi tunjuk ajar
tentang apa dan bagaimana tugas-tugas harus dilakukan, membuat keputusan sendiri
dan suka memberi arahan (Keith & Girling, 1991). Kepimpinan mereka dicirikan oleh
penekanan yang kuat terhadap pengeluaran dan kurang terhad elemen manusia (Jenk,
1990). Orang-orang bawahan diharapkan mengikut dan membuat apa yang mereka
diarahkan. Konflik atau masalah diselesaikan dengan pantas dan komunikasi lebih
bersifat dari atas ke bawah.
Mereka menggunakan ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi penghargaan dan
selalunya menggunakan kritikan tidak membina (Keith & Girling, 1991). Power & Power
(1983) berpendapat, sekiranya pemimpin ini berketrampilan, tingkahlakunya yang
autokratik itu akan dianggap sebagai beban yang terpaksa diterima. Jika tidak
berketrampilan perasaan marah, kebencian dan kerisauan akan timbul dan ini akan
melumpuhkan seluruh operasi organisasi. Stail kepimpinan autokratik diangggap
berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses membuat
keputusan yang tepat.

Kepimpinan Lepas-Bebas(Laizssez-Faire Leadership


)
Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk
bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat
mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan
antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan
yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa yang
diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujuai tercapai.
Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini terkadang memperlihatkan sesebuah
kumpulan itu seolah-olah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja
mengikut cara tersendiri. Seandainya orang-orang bawahan betul-betul matang, maka
penghasilannya memang baik, tetapi jika ramai antara mereka yang kurang matang,
maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka seperti kehilangan pedoman
sebab tiada pemandu/pembimbing yang menunjuk arah.

Menurut Keith & Girling (1991), stail kepimpinan laissez-faire bersandar kepada falsafah
membiarkan setiap individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri. Para pemimpin
jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga tidak
mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-
pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik
antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan
sukar untuk dikawal.

Pemimpin & Kepimpinan: Teras Kepada Kesinambungan Organisasi


June 24, 2008 — universiti

Oleh: M. Fauzi

Kehidupan manusia sejak zaman berzaman tidak dapat dipisahkan dengan salah satu
elemen terpenting iaitu kehidupan berkomuniti. Melalui kehidupan berkomuniti ini
lahirnya bentuk penyatuan komuniti seperti adanya keluarga, kabilah, puak,
perkampungan, daerah, wilayah, negara dan empayar. Dari sekecil komuniti seperti
keluarga hinggalah kepada pembentukan empayar, ia harus mempunyai ketua – yakni
seorang pemimpin yang akan membentuk budaya, aspek pemikiran, penyatu kepada
pelbagai bangsa dan ideologi, menegak dan melaksana undang-undang, ketua tentera
dan pelbagai peranan lagi.

Dalam dunia moden hari ini, terdapat pelbagai organisasi samada ia berbentuk formal
atau bukan formal atau yang berbentuk perniagaan, kumpulan seminat (NGO), badan
kerajaan yang diketuai oleh pemimpin yang diberi pelbagai jenis gelaran seperti
Presiden, Perdana Menteri, CEO, Naib Canselor, Menteri, Pengarah dan lain-lain.

Kepelbagaian organisasi dan pemimpin ini telah mendorong banyak para pengkaji sains
sosial dan ahli akademik untuk membuat kajian bagi melihat dinamika sesebuah
organisasi dan gaya pemimpin atau adakalanya ditakrifkan sebagai kepimpinan dan
bagaimana kedua aspek ini mempunyai saling kaitan antara satu sama lain.
Pemimpin

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah orang
yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia (Ensiklopedia
Bebas) Edisi Bahasa Melayu mentakrifkan pemimpin merupakan individu yang boleh
memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan.

Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara
formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha
menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini diberikan
mandat untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya bagi
mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut.

Kepimpinan

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah
keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai
satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau
organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi
mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah


sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang
berkaitan dengan tugas.

Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh
seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela
hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini
dipersetujui bersama oleh Cyril O’Donnel.

Manakala Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan
sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi
menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas.

Organisasi
Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 mendefinisikan organisasi sebagai satu kesatuan
yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan,
perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya).
Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial
yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan
bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

Chester I.Barnard telah memberi definisi yang mudah tentang maksud organisasi –
‘organisasi adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih.’ James D.
Mooney mentakrifkan organisasi sebagai sebarang bentuk permuafakatan atau
kerjasama untuk mencapai tujuan bersama.

Manakala Max Weber pula mendefinisikan organisasi sebagai satu pendekatan bagi
perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada
semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah
digariskan terlebih dahulu.

Wan Azmi Ramli mentakrifkan organisasi atau pertubuhan ditubuhkan untuk kepentingan
masyarakat dan ia dikelolakan dengan rapi, tersusun dengan baik, teratur agar
perhubungan dan tindakan mudah dilaksanakan.

Konsep Pemimpin dan Kepimpinan

Apabila kita memperkatakan tentang pemimpin dan kepimpinan secara umumnya kita
memahami bahawa pemimpin ini haruslah memimpin suatu kelompok manusia dan ia
melibatkan paling kecil pihak kedua sehinggalah kepada kumpulan atau kelompok yang
lebih besar.

Apabila pemimpin dilantik oleh kelompok atau kumpulan, ia akan diberikan kuasa
ataupun mandat bagi memudahkannya memimpin dan mandat ini biasanya diberikan
dalam bentuk kuasa menggubal dan menguatkuasakan perintah, peraturan dan undang-
undang.

Dengan adanya kuasa ini, pemimpin akan dapat mengawal dan mempengaruhi
subordinatnya secara rela-paksa dan subordinat haruslah menuruti arahan dan kehendak
pemimpin selagi ia tidak melanggar peraturan teras atau kadangkala ia disebut
perlembagaan yang dipersetujui bersama sebelum itu.
Kepimpinan ataupun disebut ‘the way to lead’ secara asasnya mempunyai tiga (3)
komponen utama iaitu sifat, perilaku dan kebolehan menghadapi perkara-perkara luar
jangka. Memandangkan kebiasaannya di dalam organisasi , para pemimpin diletakkan di
puncak hierarki sesebuah organisasi, maka pemimpin haruslah mempunyai perawakan
yang ‘extra-ordinary’ berbanding individu lain di dalam sesebuah organisasi.

Antara perawakan yang bersifat asas tetapi wajib dihayati dan diamalkan oleh pemimpin
adalah seperti butiran berikut:-

1. Kemampuan untuk menggunakan kuasa dengan berkesan dan dengan cara


bertanggungjawab.

2. Berkemampuan untuk memahami bahawa manusia mempunyai kuasa dorongan yang


berlainan pada masa-masa yang berlainan dan dalam situasi yang berlainan –
pemahaman tentang perawakan manusia.

3. Kemampuan untuk memberikan inspirasi dan mampu diteladani – keupayaan


memotivasi.

4. Kemampuan untuk bertindak dengan berdasarkan pengetahuan, bakat, keterbukaan


dan kemahuan pemimpin itu sendiri untuk mewujudkan suasana yang memberi ruang
kepada sebarang maklum-balas dan ruang runding-cara dengan para pengikut –
komunikasi dalam konotasi positif.