Anda di halaman 1dari 7

CUE TEKS MC

Nyanyian Lagu Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku


Negaraku, Sabah Hadirin mohon bersedia.
Tanah Airku dan (NYANYIAN LAGU)
Institut Hadirin dipersilakan duduk.
Pendidikan Guru.
Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Warga dewan yang dimuliakan,


Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita menadah tangan memohon doa yang akan
dizahirkan. Bagi tujuan itu, majlis menjemput Saudara Muhammad Amirul Syakir Bin Nor Mazlan bagi
memimpin bacaan doa.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.


(BACAAN DOA)
Amin amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad
Amirul Syakir Bin Nor Mazlan atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga dengan bacaan doa
itu tadi majlis akan lebih diberkati Ilahi.
SLOT 1 Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Majlis kita pada pagi ini akan dimulakan dengan Slot Motivasi sempena program “Ramadhan Yang
Dirindui”. Oleh itu, majlis dengan sukacitanya menjemput
…………………………………………………………………Encik John Paisal, Ketua Unit Sektor
PSIKOLOGI JPN SABAH………untuk menyampaikan slot motivasi beliau pada pagi ini. Baiklah hadirin
sekalian, terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai latar belakang penceramah
kita pada pagi ini.
(BIODATA PENCERAMAH)
Jadi tanpa melengahkan masa saya serahkan majlis ini kepada penceramah kita pada pagi ini.
(CERAMAH)
Majlis merakam ribuan terima kasih kepada Encik ………………………..atas segala ilmu yang
dikongsikan sebentar tadi.
SLOT 2 Warga dewan sekalian,
Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan slot ceramah yang kedua. Untuk itu majlis
menjemput Encik………………………Ustaz Pajudin Nordin, Penegerusi Biro Dakwah USIA
TuARAN…………………………..
Baiklah hadirin sekalian, terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai latar
belakang penceramah kita pada pagi ini.
(BIODATA PENCERAMAH)
Jadi, tanpa melengahkan masa saya serahkan majlis ini kepada penceramah kita pada pagi ini.
Terima kasih diucapkan kepada Encik………….. atas segala informasi yang disampaikan sebentar tadi.
Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima. Dr. Haji Hasbullah Bin Mohd Taha
Pengerusi Majlis Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah dan tetamu-tetamu jemputan masuk ke dalam dewan.
Ugama Islam
Sabah
Nyanyian Lagu Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.
Negaraku dan Hadirin mohon bersedia.
Sabah Tanah (Nyanyian Lagu)
Airku. Hadirin dipersilakan duduk.
Salutasi Assalammualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Baharu dan Salam Ukhuwah
 Yang Berbahagia
 Yang Berusaha

Tuan-tuan, Puan-puan, saudara dan saudari yang dihormati dan dikasihi sekalian.
Selamat datang ke :
“Program Ramadhan Yang Dirindui Anjuran Majlis Ugama Islam Sabah dengan kerjasama
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2019/2020 serta Squad Sahabat Surau Nurul Yaqin Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran”

Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadarat Ilahi kerana dengan limpah perkenan
dan kurniNya kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan
“Program Ramadhan Yang Dirindui tahun 2019”
Bacaan Doa Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri.

Yang Berbahagia Datuk,


Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, ayuh kita bersama-sama menadah tangan mengiringi doa yang akan dizahirkan. Bagi tujuan
itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan saudara Mohd Syafiq Bin Suardi bagi memimpin bacaan
doa.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.


(BACAAN DOA)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohd Syafiq Bin Suardi atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.
Ucapan Alu-aluan Yang Berbahagia Datuk,
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan. Haji Ibrahim Muyong, Ketua Bahagian USIA
Tuaran untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan.
penyampaian sijil jawatankuasa pelaksana
JPP
SURAU
USIA

Ucapan Perasmian Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, Datuk Seri
Panglima Dr. Haji Hasbullah Bin Mohd. Taha, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Program Ramadhan Yang Dirindui bagi tahun
2019.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan.


(UCAPAN)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Datuk Seri Panglima Dr.
Haji Hasbullah Bin Mohd. Taha atas ucapan beliau sebentar tadi.

Diminta untuk Yang Berbahagia Datuk untuk terus berada di atas pentas bagi menyempurnakan
upacara penyampaian sijil dan cenderahati.
Upacara Tuan Haji Ibrahim Muyong
Cenderahati

Penutup Sidang hadirin yang dimuliakan,

Dengan ini selesailah sudah Program Ramadhan Yang Dirindui bagi tahun 2019 . Pihak majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Dr.
Haji Hasbullah Bin Mohd. Taha, tetamu jemputan dan para hadirin sekalian yang telah
menyerikan dan menjayakan program pada pagi ini.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,


Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan

Akhir kata,
Terima kasih sekalung budi,
Daripada kami seikhlas hati.

Sebagai pengacara majlis pada hari ini, kami memohon kemaafan atas segala keterlanjuran,
kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian,wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum.

Majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk, tetamu jemputan, para penceramah, para pensyarah, tuan-
tuan, puan-puan, saudara dan saudari untuk bersama-sama menunaikan solat Dzuhur berjamaah.
Setelah itu, warga dewan yang dimuliakan untuk menikmati juadah yang telah disediakan.