Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
pembelajaran bagi kursus MPU 3052 – Tamadun Islam & Tamadun Asia yang diajar oleh En.
Mahazad Bin Ahmad adalah “BAB SATU: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM
PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA”.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilalui bersama adalah sangat sistematik.
Pengunaan multimedia sebagai alat pengajaran adalah sangat bersesuai dengan keperluan
Pendidikan abad-21. Wadah tersebut sangat memudahkan saya dan rakan-rakan untuk
mempelajari kursus ini dengan lebih lancar.
Pada minggu pertama, pensyarah menerangkan tentang Konsep Tamadun. Secara umumnya,
Tamadun merupakan masyarakat yang tersusun dengan baik serta dikenali dengan
pengetahuan yang lebih dalam perdagangan, kerajaan, seni, sains dan bahasa persuratan.
Sifat-sifat ini membentuk peribadi dan masyarakat yang memiliki jati diri, tatasusila dan budi
pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuha masyarakat atau negara bangsa.
Selain itu, En Mahazad juga menerangkan definisi Tamadun menurut pandangan para
sarjana Islam/ Barat/ Kamus Dewan. Misalnya, menurut salah satu pandangan sarjana Islam
iaitu Said Hawa membahagikan tamadun itu kepada 2 iaitu tamadun Islam dan tamadun
jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak diatas
kebudayaan,manakala tamadun Jahiliyah ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam
bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. Disamping itu,
salah seorang sarjana Barat iaitu R.A. Buchanan, jelaskan bahawa masyarakat bertamadun
perlu memiliki institusi yang kompleks, tahap pengkhususan, stratifikasi sosial, tahap
penguasaan matematik dan teknologi yang tinggi.
Ciri-ciri Tamadun