Anda di halaman 1dari 12

Fenomena perkahwinan awal atau perkahwinan di negara ini dalam usia muda bukanlah isu yang

baru dalam kalangan masyarakat Melayu sama ada di bandar atau luar bandar. Pelbagai reaksi
positif dan negatif daripada orang ramai apabila perkahwinan awal atau perkahwinan di usia
muda ini semakin menjadi permintaan individu atau waris pasangan yang hendak berkahwin.
Perkahwinan awal dapat difahami sebagai ikatan pasangan sebagai suami isteri sekitar usia
seawal 20-an tahun ke di bawah. Jika merujuk Pelaksanaan Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam Selangor (Seksyen 8) 2003, umur minimum perkahwinan bagi lelaki genap 18 tahun dan
perempuan 16 tahun. Manakala di bawah umur 16 tahun kebenaran berkahwin hendaklah
didapati secara bertulis daripada Mahkamah. Walaupun Islam tidak menetapkan had umur
perkahwinan tetapi peraturan penetapan had umur perkahwinan pada hari ini perlu dan wajar
bagi maslahah dan kepentingan yang tertentu seperti masa depan mereka contohnya pendidikan,
kemampuan ekonomi, kematangan dalam membuat keputusan, kesihatan serta psikologi juga
perlu diambilkira untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal dan bahagia selamanya

Bedasarkan soalan yag diberikan , kajian dan analisis menunjukkan terdapat beberapa faktor
yang menyokong kelemahan dan kebaikan dalam mendirikan rumah tangga di usia muda sama
ada baik dan buruk iaitu :

KELEMAHAN KAHWIN USIA MUDA :

1 - Bosan dengan Pasangan / Kehidupan Rumah Tangga

Awal perkahwinan memang semuanya nampak indah, semuanya terasa manis. Tapi,
perkahwinan ada beberapa fasa yang semua pasangan perlu tempuh. Cuma perlu cekalkan hati,
tingkatkan iman dan bersedia dengan segala ilmu perkahwinan. Andainya tiada ilmu di dada,
takut-takut perkahwinan yang dibina tidak akan sampai ke akhir hayat.

2 - Tanpa Restu Ibu Bapa

Perkahwinan tanpa restu ibu bapa ibarat menyorong diri ke kancah neraka kehidupan. Mengapa?
Percayalah... perkahwinan takkan bahagia tanpa restu orang tua. Jadi, dapatkan persetujuan
mereka terlebih dahulu. Andainya ditolak, cubalah berlembut dan yakinkan mereka serta
tunjukkan usaha yang sepatutnya.
3 - Teringat Kehidupan Waktu ‘Single’

Apabila lihat kehidupan kawan-kawan sekuliah yang bergembira menikmati kehidupan mereka
tanpa batasan, mulalah tak tentu arah. Kawan-kawan seronok outing dengan member, seronok
bercuti selfie sana-sini, keluar makan sedap-sedap dengan member, mulalah hati membara sebab
tak dapat nak buat semua tu. Nak keluar tak boleh, teringat sekejap lagi suami pulang, anak pula
menangis tiada siapa nak jaga. Waktu tu, mulalah memberontak.

Lepas tu, hati dan mata pun kena jaga juga. Ingatlah... awak dah kahwin. Jangan ingat seperti
zaman bujang dulu, boleh berkawan dengan sesiapa pun atau yang berlawanan jantina sesuka
hati. Jaga batasan pergaulan dan jaga hati pasangan. Bahaya juga kalau hati terpaut pada

yang lain!

4 - Sukar Kawal Emosi


Perkahwinan ertinya perkongsian. Apa saja yang berlaku dalam kehidupan berpasangan, perlulah
bersabar. Kalau sebelum kahwin, bau kentut pun rasa wangi. Tapi selepas kahwin, takkan
tersenggol sikit pun dah naik angin. Janganlah begitu. Kawal amarahmu, pertahankan
kesabaranmu.

KEBAIKAN KAHWIN USIA MUDA, MASIH DALAM PENGAJIAN:

1- Elak Pergaulan Bebas

Seperti yang kita lihat hari ini, rata-rata penuntut berpasang-pasangan, keluar bersama, jalan
beriringan, menonton wayang, berbalas WhatsApp dan bervideo call sehingga larut malam yang
boleh menjuruskan ke arah maksiat.

Jadi, jika hati sudah seia sekata untuk hidup bersama, adalah lebih baik nikahkan saja. Ini lebih
baik daripada terjadinya perkara maksiat yang tidak diingini sehingga lahirkan anak luar nikah
dan berlakunya pembuangan bayi.
2 - Mudah Belajar Bersama

Jika berkahwin awal, mudah untuk belajar bersama-sama, apatah lagi jika ambil kursus atau
jurusan yang sama. Tiada siapa yang melarang jika hendak ulangkaji bersama hatta sampai larut
malam pun.

3 - Persaingan Sihat

Jika waktu kuiz atau peperiksaan, best juga bila bersaing sesama pasangan. Akan mewujudkan
lagi persaingan sihat sesama pasangan. Tidak hairanlah jika kita lihat pasangan penuntut yang
berkahwin awal dilihat mempunyai CGPA yang kekal baik dan berterusan sehingga tamat
pengajian.

4 - Lebih Bertanggungjawab

Ye, pasangan kahwin ketika masih belajar akan lebih bertanggung jawab. Manakan tidaknya,
tugas sebagai pelajar, ditambah lagi peranan sebagai suami (atau isteri) dan juga bergelar bapa
(atau ibu) akan lebih membuatkan mereka lebih bertanggung jawab. Pakai ‘3 topi’ sekaligus! Oh,
ya! Sebagai pekerja sambilan juga sebab seorang suami wajib mencari nafkah untuk isteri dan
keluarganya tak kira apa jua keadaan. Macam mana? Adakah anda bersedia untuk itu?

5 - Rasa Selamat

Yelah, bila dah bersuami, tentunya si isteri rasa lebih selamat. Umpama ada seorang adiwira
yang bakal jadi penyelamat sekiranya berlaku apa-apa. Nak ke mana-mana pun rasa selamat
sebab ada bersama suami. Takde lah kena kacau lagi. Lagipun rimas juga bila fikir nak kawan
dengan lelaki lama-lama. Takut penat bercinta lama-lama tapi tiada pengakhiran.

6 - Rezeki Melimpah Ruah

Haaa... yang ini memang tidak dapat dinafikan. Rezeki memamg melimpah ruah. Rezeki hadir
dalam pelbagai bentuk dan cara. Kalau bukan dalam bentuk kewangan, mungkin dikurniakan
cahaya mata yang tak banyak ragam, mungkin dapat pensyarah yang baik dan ALLAH
mudahkan pembelajaran anda. Macam-macam bentuk rezeki.
Berbeza dengan hari ini seperti di Malaysia, akibat perkembangan, cabaran semasa, perubahan
minda, persekitaran yang dianggap selari dengan kemajuan pada hari ini, pasangan yang hendak
berkahwin awal adalah ramai. Ini dapat dilihat menerusi statistik oleh Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia (JKSM) pada tahun 2010, sejumlah 1,065 remaja bawah umur 18 tahun
memohon kebenaran Mahkamah Syariah di seluruh negara untuk berkahwin melalui ibu bapa
masing-masing. Antara kalangan yang berkahwin awal khususnya di Malaysia terdiri daripada
mereka yang masih belajar atau tamat belajar di peringkat pendidikan menengah atau pendidikan
tinggi di Institusi Pengajian Tinggi.

Banyak faktor berlaku perkahwinan awal seperti faktor desakan keluarga, mengawal pergaulan
bebas yang boleh mengakibatkan berlaku gejala maksiat zina, kebimbangan anak lambat jodoh,
kesesakan kewangan disebabkan tangungan yang ramai, menyelamatkan maruah jika terlanjur
dan kebimbangan pasangan yang dicintai diambil orang lain kerana kurang yakin dengan jodoh.
Terpulanglah apa faktor berlakunya perkahwinan awal, paling penting dan utama adalah
pasangan mendapat keizinan dan keredaan kedua ibu bapa, bersedia menghadapi alam berumah
tangga dengan kematangan dan kebijaksanaan, mengendalikan urusan dengan ilmu pengurusan
rumah tangga menurut Islam dan bukan emosi semata serta mencipta kebahagiaan dan
mengekalkan kebahagiaan dari awal hingga ke akhir perkahwinan.

PERMASALAHAN BERDASARKAN KES YANG DIBERIKAN .

Didalam kes Helen, ini menunjukkan harapan yang besar bagi keluarganya dimasa akan datang
dengan pelajaran yang berikan ibu dan bapanya mengharapkan sesuatu bagi menampung dan
membantu keluarga dan adik beradiknya setelah mula bekerja nanti.

PERKAHWINAN bukanlah seindah dongeng Cinderella seperti yang diimpikan oleh setiap
insan. Dan ia juga bukanlah dongeng duyung yang berakhir dengan kesepian. Perkahwinan ialah
penyatuan jiwa dan telolet kebahagian untuk insan yang berjiwa ikhlas dalam menerima.
Apabila berbicara tentang perkahwinan semua menganggapnya indah, namun sedarkah mereka
dalam sesebuah perkahwinan ada turun naiknya. Perkahwinan pada usia muda sudah menjadi
kebiasaan di negara kita. Perkahwinan pada usia muda banyak berlaku di kalangan orang Melayu
sendiri berbanding dua etnik utama yang lain di negara ini. Agak menyedihkan apabila kajian
yang sama mendapati keadaan itu wujud kerana pasangan dibelenggu nafsu semata mata.
Persoalannya, adakah berkahwin dalam peringkat usia yang masih muda atau dalam umur
belasan tahun masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga? Adakah mereka sudah bersedia
untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga, suami dan isteri serta sebagai ibu
bapa setelah dikurniakan cahaya mata?

Kurangnya ilmu pengurusan rumah tangga juga menjadikan perceraian di kalangan kaum
Melayu lebih tinggi berbanding kaum lain di negara ini. Perkahwinan adalah sesuatu yang indah.
Ibarat syurga di dunia jika bijak melayarinya. Tetapi ada yang kekal dalam perkahwinan dan ada
yang bercerai. Malah yang paling mengejutkan ada yang baru berkahwin juga sudah bercerai.
Apabila berlaku perkahwinan singkat atau berkahwin untuk beberapa hari, maka ramai yang
menuding jari ke arah mereka yang berkahwin di usia muda. Ini kerana pada mereka golongan
yang berkahwin pada usia muda tiada ilmu rumah tangga, tidak mempunyai kewangan yang
kukuh, tidak sabar dan seumpanya. Bila bertengkar pasti bercerai.

DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

Islam memandang serius hal-hal yang berhubung kait dengan perkahwinan dan pembentukan
institusi rumahtangga agar tercapai hasrat untuk mewujudkan sebuah keluarga aman dan
harmoni. Menurut Qadi Muhd Ahmad (2003: 7) bahawa ikatan perkahwinan (akad nikah) adalah
satu-tunya tali ikatan yang sah dan benar, kerana ia sesuai dengan fitrah manusia dan boleh
mempertautkan dua jiwa dengan ikatan kasih sayang (mawaddah wa rahmah). 2 Bimbingan dan
panduan yang mantap ke arah itu telah digariskan oleh Islam. Bahkan Islam memandang bahawa
permasalahan dalam pembentukan keluarga islam perlu diberi perhatian sebelum sesebuah ikatan
perkahwinan itu terjalin. Ini kerana dalam perkahwinan terkandung pelbagai aspek yang harus
diketahui termasuklah perkara yang berhubung tanggungjawab suami isteri, nafkah, hak-hak
suami isteri, anak-anak, perkongsian biologis dan seksual, kepimpinan dan lain-lain (Fauziah
Thani, 1995: 1). Oleh itu ia merupakan salah satu faktor penting dalam usaha mencorakkan
sebuah institusi masyarakat dan seterusnya sebuah negara. Islam menyarankan umatnya untuk
mendirikan perkahwinan dan membentuk sebuah keluarga bahagia
Menurut Muhammad Ali Qutb (2005: 77), perkahwinan adalah satu-satunya cara yang berguna
untuk menjaga kebahagiaan umat dari kerosakan dan dari kemerosotan akhlak. Selain itu
perkahwinan juga berguna untuk menjaga individu dari pengaruh kerosakan masyarakat kerana
kecenderungan nafsu kepada jenis kelamin lain dapat dipenuhi melalui perkahwinan yang sah
dan hubungan yang halal. Kerana itu Islam memberi perhatian khusus kepada kaum pemuda
mengenai soal perkahwinan, untuk menyelamatkan mereka dari perbuatan liar dan kemerosotan
akhlak, dari kerosakan, dari penzinaan dan dari keburukan tingkahlaku.

MENGAPA KAWIN MUDA PERLU DI ELAK

Ini antara beberapa kesan buruk yang boleh terjadi jika seseorang perempuan berkahwin pada
usia bawah 20 tahun.Menurut girlsnotbrides.org, setiap tahun, seramai 12 juta gadis berusia
bawah 18 tahun berkahwin. Ini bermakna, 23 budak perempuan dikahwinkan setiap minit di
seluruh dunia.

Kesan Negatif Yang Menyokong Istilah Kawin Muda Kebanyakkannya Membawa Kepada
Permasalahan, lima (5) daripadanya ialah :

1) Budak perempuan kahwin awal akan hadapi cabaran yang besar kerana mereka masih
terlalu muda

Kanak-kanak yang berkahwin awal akan berasa terasing kerana mereka tidak lagi dapat
bermain atau bersosial dengan rakan sebaya. Kahwin awal juga menyekat hak mereka
dari segi keselamatan, kesihatan dan pendidikan.
Akses yang kurang pada peluang pendidikan dan ekonomi juga menyebabkan mereka
dan ahli keluarga hidup dalam kemiskinan.

2) Menggalakkan aktiviti seksual pada terlalu awal

Tubuh badan mereka masih berkembang dan mereka melakukan aktiviti seksual terlalu
awal dengan pendidikan seks yang kurang dan tidak mengetahui hak mereka sebagai
seorang wanita dan tentang kesihatan reproduktif mereka.
Apabila berkahwin, mereka menghadapi tekanan untuk membuktikan kesuburan mereka.
Apabila mereka berkahwin dengan lelaki berusia, mereka sukar untuk menunaikan
keinginan seks suami dan bercakap tentang seks selamat dan perancang keluarga.

3) Perempuan berusia 20 tahun ke bawah menghadapi risiko tinggi semasa mengandung


atau beranak

Biasanya mereka tidak bersedia dari segi fizikal mahupun mental untuk menjadi seorang
isteri dan ibu, oleh itu mereka terdedah pada risiko kematian semasa beranak, dan
kecederaan semasa hamil.
Kajian juga menunjukkan ibu berusia 20 tahun ke bawah mempunyai 50% risiko yang
tinggi untuk melahirkan anak pramatang, anak lahir mati dan bayi baru lahir mati
berbanding wanita yang lebih berusia.

4) Perkahwinan bawah umur meningkatkan risiko untuk dapat HIV/AIDS

Perempuan yang berkahwin sebelum umur 18 tahun berisiko untuk mendapat HIV.
Kajian mendapati, 5,000 gadis dan wanita muda dijangkiti HIV setiap minggu, dan satu
dari tujuh jangkitan HIV yang terbaru di seluruh dunia adalah dari golongan remaja.
AIDS juga merupakan sebab kedua kematian remaja di seluruh dunia.
Kanak-kanak kahwin awal boleh mendapat HIV dari:

 Fizikal yang tidak matang dan usia muda.


 Kuasa mereka yang terhad untuk mengamalkan seks selamat
 Tekanan untuk membuktikan kesuburan mereka

Kanak-kanak kahwin awal biasanya berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia dan
pernah mengadakan hubungan seks sebelum ini. Jadi, ia meningkatkan risiko jangkitan
HIV pada mereka.
5) Keganasan rumah tangga

Perkahwinan bawah umur lebih berisiko untuk menghadapi keganasan dari pasangan
sepanjang hidup mereka. Semakin tinggi perbezaan umur dengan suami, mereka semakin
terdedah untuk menghadapi keganasan rumah tangga.
Di seluruh dunia, perempuan yang berkahwin sebelum usia 15 tahun mempunyai 50%
pengalaman didera secara fizikal atau seksual oleh pasangan berbanding yang berkahwin
selepas umur 18 tahun.
Mereka mempercayai yang lelaki boleh memukul isteri. 44% peremuan berusia 15-19
tahun merasakan yang suami mereka mempunyai hak untuk memukul isteri mereka.

Pendidikan lebih penting berbanding perkahwinan bawah umur

Banyak bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk membantu
kanak-kanak yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan untuk terus belajar.
Pendidikan dapat mengelakkan perkahwinan bawah umur. Mereka yang mempunyai pendidikan
akan mendapat kemahiran untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan termasuk
bila dan dengan siapa mereka berkahwin.
Perkahwinan bukan jalan keluar untuk mengakhiri kemiskinan. Pendidikan adalah jalan keluar
sebenar untuk mencapai kejayaan dalam hidup dan kemiskinan.
KESIMPULAN

Berdasarkan kajian dan analisis yang diberikan , ini menunjukkan perancangan bagi
perkahwinan awal HELEN bersama JOHNY adalah tidak perlu di teruskan , ia memerlukan
masa yang sesuai bagi kedua-dua merancang serta mengambil kira tanggungjawab bagi pihak
perempuan untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarganya dan adik beradiknya.

Selain itu juga dengan ekonomi yang kurang memberansangkan bagi keduanya membina hidup
kekeluargaan perlu menitik beratkan factor keburukan serta kemampuan untuk hidup
berumahtangga.

Dengan perancangan yang disusun serta mengambil contoh kesan negative serta perancangan
pendidikan ini akanmembantu serba sedikit dalam pengalaman mereka akan datang dalam
hendak mendirikan rumahtangga.

Dengan tiada perancangan bagi kedua- dua belah pihak boleh mengundang kepada perkara buruk
setelh mereka berumahtangga contohnya penceraian, terdapat beberapa factor yang melibatkan
penceraiaan, berikut adalah salah satu contoh factor yang akan menyebabkan penceraiaan:

1) Faktor ekonomi

Pasangan yang baru menempuh ke alam perkahwinan kebiasaannya berhadapan


dengan masalah kewangan. Ini disebabkan, sumber ekonomi yang belum stabil
kerana suami isteri baharu sahaja memasuki alam pekerjaan yang gaji atau
pendapatan mereka belum tinggi dan stabil. Tetapi tuntutan dan gaya hidup kini
yang serba serbi memerlukan wang memberi tekanan kepada pasangan yang
baharu berkahwin. Sekiranya, pasangan suami isteri tidak bijak mengurus dan
mengendalikan masalah ekonomi rumahtangga, ia menajdi punca kepada
perselisihan dalam rumah tangga.

2) Kurang mahir dalam melaksanakan tanggungjawab rumahtangga

Pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga masih kurang mempunyai


kemahiran mengurus rumahtangga dan melaksanakan tanggungjawab suami
isteri. Gaya hidup orang bujang masih terbawa-bawa dan sikap individualistik
masih menebal dalam diri mereka. Mereka masih kurang mahir untuk
berkongsi, bertolak ansur dan melaksanakan tanggungjawab secara bersama.

3) Tidak mampu berdikari

Memasuki alam rumahtangga bermakna pasangan perlu hidup berdikari dan


tidak lagi bergantung kepada ibu bapa. Sesetengah pasangan yang kurang
matang, masih tidak mampu berdikari atau hidup sendirian jauh dari keluarga
atau ibu bapa. Permasalahan dalam rumahtangga tidak dapat dikendalikan
secara matang. Sikap kebergantungan kepada ibu bapa dalam hal kewangan,
tempat tinggal dan membuat keputusan boleh menimbulkan masalah kepada
pasangan kerana ada campur tangan pihak ketiga dalam urusan rumatangga
mereka.

4) Gopoh dan terburu-buru

Pasangan muda kebiasaannya mempunyai sikap tergesa-gesa dan gopoh serta


terburu-buru dalam membuat sesuatu atau keputusan. Ini disebabkan mereka
masih muda dan belum mencapai tahap kematangan dalam membuat keputusan.
Oleh itu, apabila berlaku perselisihan dan permasalahan dalam rumahtangga
mereka cepat membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan akibat dari
keputusan tersebut. Contohnya, keputusan untuk berpisah atau bercerai tanpa
memikirkan kesan kepada anak-anak dan kehidupan selepas itu. Hanya mereka
fi kirkan tentang perasaan ketidakpuasan hati dan marah kepada pasangan
ketika itu.

Oleh yang demikian dengan faktor serta kajian dan analisis yang diberikan dapat menghuraikan
segala permasalahan serta dapat membimbing para mahasiswa atau remaja sekarang dalam
membentuk perancangan dan ilmu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan ingin
melangsungkan perkahwinn lebih awal.

Ini kerana dalam hidup berumahtangga tidak semestinya hanya dengan ekonomi yang kukuh
malah espek kepandaian kite dalam menangani segala dugaan an permasalahan dalam
berumahtangga.
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, perceraian dalam usia perkahwinan yang
masih muda atau kurang 10 tahun adalah disebabkan beberapa faktor seperti yang dibincangkan
di atas. Kehidupan berumahtangga adalah seperti sebuah kapal dalam pelayaran. Sekiranya
nakhoda yang mengendalikan kapal tersebut mempunyai ilmu, kemahiran, kesabaran, kecekalan,
sifat kerjasama, kepimpinan dan kematangan, InsyaAllah pelayaran tersebut akan sampai ke
pelabuhan. Tetapi jika sebaliknya, akan karam di tengah lautan yang bergelora.

2,556 patah perkataan


RUJUKAN :

WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 18 April 2018

HARAKAHDAILY 19/4/2017
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Islam Sains Malaysia

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

ASIAN PARENT IN MALAYSIA

BULETIN PERSATUAN WANITA UKM


Bil. 71 ISSN 1985-7713 2016

Anda mungkin juga menyukai