Anda di halaman 1dari 28

___________________________________________________________________________

XBOS3203
OCCUPATIONAL SAFETY 2 (CATEGORY B)
MAY 2018
___________________________________________________________________________

Soalan :

Arahan:
1. Pelajar dikehendaki menjalankan penilaian HIRARC (Pengenalpastian Hazad, Penilaian Risiko
dan Kawalan Risiko) di mana-mana premis tempat kerja (dipilih oleh pelajar).

2. Lawati→http://www.dosh.gov.my/index.php/en/list-of-documents/guidelines/hirarc-2 untuk
muat turun garis panduan bagi Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko
(JKKP, 2008).

3. Pelajar perlu mengguna dan mengisi borang HIRARC sewaktu menjalankan penaksiran
HIRARC ini.

4. Laporan lengkap berkaitan keseluruhan penaksiran HIRARC yang dijalankan perlu di hantar
pada penghujung semester (sila rujuk kepada rubrik yang dilampirkan sebagai panduan
kandungan laporan anda).

5. Setiap pelajar juga perlu menyediakan dan menghantar video berdurasi 10 minit (mengandungi
rakaman di mana pelajar sedang menjalankan penaksiran HIRARC pada salah satu aktiviti
kerja yang terdapat di tempat kerja) sebagai bukti wajib penaksiran HIRARC ini.

NAMA ARIF BIN SOEBAH

NO MATRIKS 830811125679001

EMAIL kartikarif@oum.edu.my

PROGRAM BACHELOR OF OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY


MANAGEMENT WITH HONOURS

NAMA TUTOR PN AZNIYANTE MOHD DAHALAN

NAMA PENSYARAH PN AZNIYANTE MOHD DAHALAN

SEMESTER MEI 2018

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KLASIFIKASI AKTIVITI KERJA 7

3.0 HASIL PENAKSIRAN HIRARC 10

4.0 CADANGAN LANGKAH PENGAWALAN 23

5.0 KESIMPULAN 27

RUJUKAN 28

2
1. PENGENALAN (PENERANGAN LATAR BELAKANG TEMPAT KERJA)

Pada masa kini, Malaysia dapat dilihat semakin berkembang maju dan pesat seiring
dengan perkembangan teknologi yang juga semakin canggih serta banyak cabaran yang perlu
dihadapi dalam persaingan dengan negara-negara luar. Dalam memantapkan ekonomi dan
sosial negara, pelbagai industri diwujudkan seperti industri pembuatan mahupun pembinaan.
Industri pembinaan merupakan industri yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan
ekonomi negara. Hal ini demikian kerana, industri ini menjadi nadi penyumbang tertinggi ke
atas perolehan pendapatan negara yang diklasifikasikan sebagai sektor kelas kedua dalam
perhitungan Nilai Keluaran Negara Benar. Merujuk pernyataan tersebut, apabila ekonomi
meningkat maka industri binaan juga akan ikut sama meningkat dan dalam masa yang sama
permintaan terhadap ekonomi binaan akan turut sama meningkat. Oleh itu, industri binaan
dianggap sebagai penggalak terhadap perkembangan industri lain. Sebagai contoh, banyak
ekonomi lain yang berkaitan dengannya turut berkembang seperti komponen, peralatan dan loji
binaan. Tambahan pula, industri ini memberikan kemudahan bagi penggunanya iaitu penduduk
Malaysia untuk menikmati kemudahan seperti jalan raya dan juga jambatan yang mana ianya
berfungsi sebagai sesebuah perhubungan. Dalam industri pembinaan, ianya bukan mengenai
membuat bangunan semaa-mata, tetapi juga tergolong dalam membaiki pulih, memecah dan
menjaga bangunan. Industri binaan juga merangkumi kerja-kerja besi dan elektrik dalam projek
kejuruteraan yang lain. Industri pembinaan ini amat penting dalam negara ini kerana saban
tahun terdapat banyak kemalangan jalan raya yang dicatatkan samaada melibatkan mangsa
tercedera mahupun kematian. Justeru, industri pembinaan yang baik dan berstruktur amat
penting bagi memastikan risiko kematian ataupun kecederaan semakin menurun dicatatkan.

Menurut Ahmad (2003), bangunan adalah sebuah aset fizikal yang bernilai dan
memerlukan penyenggaraan yang sempurna. Tanpa kerja-kerja penyenggaraan yang
sempurna, lama-kelamaan keseluruhan struktur dan bahan-bahan bangunan akan menjadi
pudar, lusuh, rosak dan usang. Keadaan tersebut bukan sahaja akan menyusutkan nilai
bangunan, malah akhirnya menjadikan bangunan itu tidak bernilai langsung. Malangnya,
penyenggaraan sering kali diberikan pertimbangan terakhir apabila pemilik bangunan
bercadang memberikan suatu peruntukan atau menyediakan belanjawan untuk organisasinya.
Seterusnya, penyelian yang baik adalah satu keperluan asas untuk kejayaan sesebuah organisasi
dan hendaklah ditumpukan kapada pembinaan dan pembangunan sumber manusia. Setiap
penyelia dan pengurus mempunyai tanggungjawab dalam pembinaan itu. Jika diabaikan maka

3
penyelian yang berkesan tidak akan wujud. Di dalam usaha membina dan membangunkan
sumber manusia, penilaian prestasi di sesebuah organisasi adalah menjadi sesuatu alat
keperluan yang asasi. Melalui sistem penilaian prestasi, sesebuah organisasi itu akan
memperolehi maklumat mengenai prestasi seseorang individu dalam pekerjaanya di samping
potensinya untuk menjawat jawatan yang mempunyai tanggungjawab yang lebih tinggi di masa
hadapan. Pertumbuhan dan perkembangan sesebuah organisasi bergantung kapada pasukan
pekerja yang terlatih dan bermotivasi. Kalau dahulunya penilaian prestasi dianggap begitu
mustahak, namun ianya semakin dianggap terpenting kerana kepentingan tugas penilaian
prestasi adalah satu tangungjawab dan amanah seseorang penyelia dan usaha-usaha yang tinggi
hendaklah dicurahkan kapadanya. Ia tidak melibatkan satu proses yang perlu dilakukan
sekaligus, tetapi adalah satu proses dan tanggungjawab berterusan. Ia juga memerlukan
kerjasama dari semua peringkat dalam sesebuah organisasi yang mana perlu diterima, difahami
dan dikendalikan. OSH Management System (OSH-MS) turut dikenali sebagai Sistem
Pengurusan OSH yang berfungsi dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerja-pekerja, serta pematuhan perundangan dan peraturan yang menjadi satu titik petunjuk
dalam pemantauan prestasi sesebuah organisasi pembinaan. Dalam organisasi pembinaan,
amat penting melakukan pendekatan asas dalam mengukur prestasi bagi mengurangkan risiko
kecederaan dan kematian yang berlaku akibat pembinaan.

Pendekatan asas yang digunakan dalam mengukur prestasi bagi sesebuah organisasi
pembinaan semestinya melalui kadar kematian dan kadar insiden yang dicatatkan. Hal ini
demikian, kedua-dua aspek ini menjadi petunjuk utama sesebuah prestasi dalam organisasi
sama ada pembinaan yang dilakukan adalah baik mahupun sebaliknya. Di samping itu, melalui
kadar kematian dan insiden ini dapat dilihat sekiranya tahap sesebuah pembinaan yang
dilakukan dan melalui kedua-dua kadar ini ianya menjadi penentuan bagi mengukur prestasi
kerana saban tahun banyak kes-kes yang dicatitkan berkaitan kes-kes melibatkan masalah-
masalah yang terdapat dalam pembangunan. Justeru itu, dalam melihat perkembangan hazard
bagi syarikat perindustrian, syarikat MONMIN Alukaca Sdn Bhd adalah merupakan syarikat
pilihan untuk melihat perkembangan hazard. Syarikat ini bertanggungjawab menyediakan
kejuruteraan, merangka, menganggarkan dan merekabentuk produk aluminium dan kaca serta
mereka dilatih untuk memastikan bahawa semua aspek projek diberikan perhatian dan rawatan
yang diperlukan. Setiap aspek objektif dan kriteria yang ditetapkan oleh perunding dan pemaju
akan dipertimbangkan secara menyeluruh dan efisien untuk dimasukkan ke dalam reka bentuk.

4
Selain itu, MONMIN dikendalikan oleh individu-individu yang berkelayakan dan
berpengalaman yang dapat mengikuti dari peringkat reka bentuk melalui fabrikasi dan
peringkat pemasangan untuk memastikan penyelarasan projek yang cekap dan berkualiti.
Gabungan pengalaman dalam reka bentuk, pengurusan projek dan pengetahuan tentang sistem
aluminium dan kejuruteraan menjadikan MONMIN sumber kaca dan aluminium yang boleh
dipercayai untuk kerja seni. MONMIN mengeluarkan kedua-dua aluminium seni bina standard
dan produk "direka untuk projek", yang terdiri daripada kedai, pintu dan tingkap untuk dinding
tirai dan sistem pelapis yang tinggi. Syarikat ini menjalankan perniagaan di Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia yang bertempat di Lot 80, Sedco Industrial Park, Lorong Mega 1, Mile 5½
Tuaran Road, Kolombong. Secara umumnya, syarikat ini sememangnya berfokus kepada
pembuatan kaca yang menawarkan servis jualan kaca jenis “Green Facade Curtain Wall,
architectural art glass, cladding System dan car glass seperti yang ditunjukkan pada jadual 1
di bawah.

Bil Contoh Kaca (Architectural Art Glass) Contoh cladding system


1. Insulating Glass Decorative panel

2. Fusible Glass Solid Cladding Sysytem

3. Body Tinted Glass Composite Aluminum Cladding

5
4. One Way mirror Porcelain Enamel Cladding

5. Curved Glass

6. Patterned Glass

7. Bullet Resistant Glass

8. Solar Reflective Glass

Jadual 1 : Contoh kaca yang dibekalkan oleh MONMIN Alukaca Sdn Bhd

6
2. KLASIFIKASI AKTIVITI KERJA

Bersesuaian dengan nama syarikatnya iaitu MONMIN Alukaca Sdn Bhd, syarikat ini
berfokus kepada membekalkan kaca dalam pelbagai bentuk. Syarikat yang bertapak di Kota
Kinabalu, Sabah ini, sememangnya telah dikenali dan diketahui serta mempunyai banyak
projek yang dilaksanakan khusus di bahagan bandaraya tersebut dan juga beberapa tempat lain.
Hal ini demikian, MONMIN Alukaca Sdn Bhd telah dipercayai dan melakukan pelbagai
projek-projek besar yang mana ianya menjalankan aktiviti kerja membekalkan alumnium kaca
pelbagai bentuk. Lebih menarik lagi, syarikat ini bukan sahaja membekalkan kaca untuk
kegunaan pejabat sahaja bahkan ia juga mampu untuk membekalakan kaca bagi perhiasan
rumah seperti cermin, ruang mandi, ruang makan mahupun kaca untuk bahagian tangga
mengikut kehendak pengguna. Oleh itu, aktiviti kerja tidak hanya berfokus dalam
menghasilkan kaca untuk binaan bangunan sahaja, tetapi juga ia dapat menghasilkan kaca
untuk ruang rumah iaitu persendirian. Justeru, aktiviti kerja melibatkan pelbagai pelbagai
bentuk kaca sama ada untuk projek besar (binaan bangunan pejabat) mahupun projek
persendirian (ruang rumah). Pelbagai projek besar yang telah dilaksanakan dapat dilihat pada
rajah 1 di bawah.

7
8
Rajah 1 : Antara projek-projek MONMIN Alukaca Sdn Bhd

9
3. HASIL PENAKSIRAN HIRARC

Dalam memastikan sesebuah industri pembinaan khususnya Syarikat Pembinaan &


Pembuatan Cermin iaitu MONMIN Alukaca Sdn Bhd dilakukan bagi mengelakkan dan
mengatasi masalah yang dihadapi, beberapa langkah perlu dilaksanakan yang menjadi petunjuk
mengukur prestasi berdasarkan kepada Model Sistem Pengurusan OSH. Antara langkah yang
perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah mengenalpasti sifat bahaya terlebih
dahulu sebelum merancang (planning). Seterusnya, pelaksanaan (implementation) dilakukan
kemudian langkah pengukuran dan penilaian. Akhir sekali, pengurusan dan kajian semula
dilakukan sebagai langkah terakhir dalam mengukur prestasi MONMIN Alukaca Sdn Bhd
supaya ianya dapat mengurangkan risiko bahaya yang dihadapi.

Merujuk pernyataan tersebut, semestinya kadar kematian menjadi petunjuk utama


dalam mengukur prestasi OSH. Hal ini demikian, bahaya disifatkan sebagai intrinsik atau
potensi sesuatu produk, proses atau keadaan untuk menyebabkan kemudaratan atau lebih buruk
lagi menyebabkan kesan kesihatan pada seseorang atau kerosakan pada sesuatu. Ianya boleh
datang dari bahan kimia (intrinsik) bekerja pada tangga (keadaan), elektrik, silinder gas
termampat (berpotensi tenaga), sumber kebakaran atau lebih hanya lantai yang licin. Risiko
adalah kemungkinan atau kebarangkalian bahawa seseorang akan dicederakan atau mengalami
kesan kesihatan yang tidak baik jika terdedah kepada bahaya atau harta itu akan rosak atau
hilang. Hubungan antara bahaya dan risiko adalah pendedahan sama ada secara langsung atau
jangka panjang, dan digambarkan oleh persamaan yang mudah: (bahaya × pendedahan =
risiko). Berdasarkan penyataan tersebut, dapat dikaitkan dengan industri pembinaan sekiranya
pembinaan tersebut menghadapi bahaya maka pendedahan terhadap kecederaan semakin tinggi
ataupun risiko yang dihadapi meninggi. Semestinya, setelah bahaya dikenalpasti dalam
sesebuah pembinaan, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh MONMIN Alukaca Sdn Bhd
adalah mengenalpasti syarat sifat bahaya di tempat kerja supaya dapat mengurangkan
pendedahan risiko yang bakal dihadapi.

Aspek mengenalpasti syarat sifat bahaya dilakukan sebagai langkah-langkah mengukur


prestasi organisasi berdasarkan OSH yang telah ditetapkan. Bersesuaian dengan definisi
bahaya tersebut, secara tidak langsung dalam sektor pekerjaan pembinaan ini, syarat sifat
bahaya perlu diketahui supaya aspek keselamatan dapat ditangani. Semestinya syarat sifat
bahaya di tempat kerja merangkumi bahaya fizikal, kimia, biologi ergonomik dan psiko-sosial.
Bahaya fizikal adalah pada aspek mekanikal iaitu bahagian mesin yang berputar, elektrikal bagi

10
pendawaian elektrik yang tidak sempurna, over load, alatan elektrik yang terdedah pada
permukaan yang basah dan sebagainya. Selain itu, bunyi bising secara spesifiknya terdedah
kepada bunyi melebihi 85 dBA juga menyebabkan bahaya fizikal, haba pula seperti proses
kerja, keadaan persekitaran mengakibatkan badan menjadi lemah serta getaran iaitu terdedah
pada jentera yang bergetar contohnya pemandu yang memandu lori / bas untuk tempoh yang
lama membolehkan kecederaan pada anggota fizikal, kejutan elektrik, pekak dan sebagainya
memberi kesan kepada tubuh badan. Bagi bahaya kimia seperti gas kimia dan yang beracun
mahupun berasid boleh mengakibatkan kanser, lelah, asma, dermatitis, kecederaan fizikal
seperti buta dan melecur. Manakala, bahaya biologi seperti bakteria berbahaya contohnya virus
tikus. nyamuk, lipas, ular dan haiwan berbisa yang lain memberi kesan maut, penyakit
berbahaya yang juga boleh mengakibatkan kematian. Seterusnya bahaya ergonomik pula,
seperti mengangkat barang berat dengan cara yang tidak betul mengakibatkan kesan terhadap
sakit belakang, musculoskeletal-disorders (MSDs), bengkak buku lali dan juga kebas. Akhir
sekali, bahaya psiko-sosial ini seperti gangguan seksual, tekanan perasaan dan jugs masalah
dengan keluarga, jiran dan rakan-rakan turut memberi kesan hilang tumpuan semasa kerja,
sakit kepala dan hilang selera makan. Apabila telah mengenalpasti syarat-syarat bahaya seperti
di atas, sesebuah organisasi perlu mengambil inisiatif seterusnya supaya dapat mengelakkan
kecederaan sebaliknya mengekalkan keselamatan pekerja di sektor pembinaan ini. Tambahan
pula, melalui panduan Model Sistem Pengurusan OSH, berkaitan Health & Safety Policy
MONMIN Alukaca Sdn Bhd akan dapat mencari petunjuk untuk menyelesaikan masalah
sekiranya bahaya berlaku dalam organisasi mereka.

Seterusnya, langkah ataupun petunjuk yang dilakukan dalam mengukur prestasi OSH
untuk organisasi dapat dilihat melalui langkah merancang (planning) berdasarkan kepada
Model Sistem Pengurusan OSH. Melalui aspek merancang, apabila berlakunya sesebuah
bahaya pada sistem pembinaan organisasi, perancangan amat penting dilakukan. Sebagai
contoh, sekiranya perancangan dilakukan oleh organisasi, segala masalah dapat dihadapi
semasa berlakunya masalah yang merangkumi aspek keselamatan pekerja dalam sektor
pembinaan iaitu dengan cara mengikut segala petunjuk/langkah yang telah dirancang
MONMIN Alukaca Sdn Bhd seperti laluan kecemasan untuk menyelamatkan diri. Sebaliknya,
sekiranya MONMIN Alukaca Sdn Bhd tidak menyediakan perancangan yang dilakukan
semasa berlakunya kes kecemasan, pekerja tidak dapat menyelamatkan diri kerana tidak ada
petunjuk ataupun langkah keselamatan yang perlu diikuti bagi mengelakkan kecederaan atau
kemalangan. Kesannya, pekerja terpaksa menghadapi masalah yang mana ianya boleh

11
menyebabkan kemalangan maut kerana mereka bekerja menghadapi risiko dalam kehidupa
seharian. Tambahan pula, sikap tidak ambil peduli organisasi hanya memikirkan keuntungan
juga perlu diubah kerana pekerja merupakan golongan yang amat penting dalam
membangunkan sektor pembinaan dan mereka bukanlah mesin semata-mata. Seterusnya,
melalui petunjuk perancangan yang disediakan organisasi, ianya bukan sahaja dapat membantu
pekerja semasa menghadapi masalah di tempat kerja, bahkan juga sesebuah organisasi dapat
menyediakan sebuah perancangan mengikut standard Model Sistem Pengurusan OSH. Hal ini
demikian, MONMIN Alukaca Sdn Bhd bukan sahaja mementingkan keuntungan semata-mata,
tetapi juga memikirkan masalah yang akan dihadapi dan cara mengatasi masalah tersebut bagi
mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku lagi. Umumnya, dengan adanya
perancangan tersebut, organisasi membantu memastikan pekerja bekerja dalam keadaan
selamat.

Pelaksanaan ataupun implementation merupakan langkah yang perlu ada dalam


mengukur prestasi organisasi. Terdapat empat cara implementasi dilakukan iaitu membentuk
dan menulis dasar, melaksanakan polisi dengan susunan, komunikasi OSH polisi, memantau
dan menyemak kepentingan. Merujuk kepada cara pertama, kenyataan yang dilakukan
termasuklah wawasan dan matlamat serta objektif dan sasaran berkaitan dengan aktiviti yang
membahayakan merupakan dasar yang perlu dibentuk oleh organisasi sebagai langkah bagi
mengelakkan kecederaan dan kemalangan berlaku. Selain itu, dasar kenyataan OSH perlu
diambil kira iaitu visi dan misi matlamat merangkumi (kemalangan Sifar), perundangan
(pematuhan peraturan dan arahan syarikat) dan pelanggan (pematuhan prosedur keselamatan).
Hal ini demikian, organisasi dapat membantu pekerja melalui pelaksanaan ini apabila
dijalankan. Sebagai contoh, industri pembinaan bangunan perlulah mempunyai sistem
pergerakan kecemasan bagi memudahkan pekerja menyelamatkan diri sekiranya menghadapi
masalah dan demonstrasi perlu dilakukan oleh organisasi untuk melihat penggunaan masa yang
digunakan serta ilmu ini dapat dipraktikkan oleh pekerja sekiranya menghadapi masalah
tersebut. Amnya, melalui langkah pelaksanaan ini, MONMIN Alukaca Sdn Bhd bukan sahaja
dapat melakukan petunjuk prestasi berdasarkan kepada OSH tetapi juga ianya mengurangkan
risiko kepada bahaya dan kecederaan mahupun kematian dalam industri pembinaan.

Pengukuran dan penilaian merupakan langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh
organisasi untuk mengukur prestasi bagi mengurangkan risiko pendedahan bahaya terhadap
pekerja dalam sektor pembinaan. Merujuk perkara tersebut, pengukuran adalah organisasi yang

12
perlu mengukur sejauhmana risiko yang akan dihadapi yang mana ianya mendatangkan
bahaya, manakala penilaian merujuk dalam mengkaji semula untuk memastikan aktiviti bahaya
di tempat kerja dinilai, dicegah dan dikawal. Hal ini demikian, siasatan kemalangan berkaitan
pekerjaan, kejadian, penyakit kesihatan, penyakit pekerjaan dan kejadian akan memberikan
kesan terhadap prestasi OSH dan juga organisasi tersebut. Oleh itu, sememangnya pengukuran
dan penilaian amat penting dilakukan supaya memudahkan organisasi menyemak keperluan
mereka dan juga mengetahui mana-mana masalah yang dihadapi oleh sesebuah organisasi
supaya risiko bahaya dapat dielakkan. Seterusnya, organisasi juga dapat bertindak dengan cepat
sekiranya masalah yang dihadapi oleh industri pembinaan ini disamping masalah dapat
dikenalpasti dan juga diketahui apabila proses pengukuran dan penilaian dilakukan secara
berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, apabila diukur dan dinilai secara berperingkat-
peringkat, maka masalah yang dihadapi oleh organisasi A dapat dikenalpasti dan diselesaikan
pada masa tersebut juga.

Langkah seterusnya melibatkan pengurusan dan kajian semula (Management Review)


perlu dilakukan organisasi pembinaan A. Sebagai contoh, MONMIN Alukaca Sdn Bhd perlu
melakukan pengurusan yang betul berdasarkan kepada OSH dan kajian semula merupakan
kajian yang dilakukan organisasi untuk mengetahui masalah risiko yang dihadapi. Hal ini
demikian, MONMIN Alukaca Sdn Bhd dapat membantu mengurangkan risiko bahaya yang
bakal dihadapi dan mengakibatkan kecederaan, kematian dan insiden. Melalui aspek kaji
semula, ianya perlu membandingkan apa yang sedia ada merangkumi perundangan berkaitan
dengan syarat pengurusan, amalan terbaik dan prestasi dalam sektor industri serta kesesuaian
bahagian yang lain, keupayaan dan keberkesanan sumber-sumber yang ada dalam pengurusan.
Kajian semula pengurusan adalah suatu proses untuk mengkaji semula sistem pengurusan,
program-program dan prestasi organisasi oleh pihak pengurusan atasan. Proses kajian semula
pengurusan ini melibatkan menyemak, menilai atau menetapkan sesebuah perancangan yang
telah ditetapkan. Rancangan ini untuk tindakan pembetulan atau implementasi berterusan.
Merujuk perkara tersebut, sememangnya MONMIN Alukaca Sdn Bhd penting dalam
memastikan keselamatan pembinaan bangunan dan juga menjaga kebajikan pekerjanya.
Sebagai contoh, statistik dan trend kemalangan, nyaris, kejadian berbahaya, keracunan atau
penyakit perlu diteliti oleh MONMIN Alukaca Sdn Bhd sebagai salah satu proses kajian
semula. Umumnya, langkah-langkah mengukur prestasi ini dilakukan MONMIN Alukaca Sdn
Bhd berpandukan kepada OSH supaya bahaya risiko dapat dikurangkan.

13
Semestinya, dalam melihat MONMIN Alukaca Sdn Bhd ini dapat mencapai prestasi
petunjuk yang dirancang, perlulah hasil yang ditunjukkan bersesuaian dengan apa yang ingin
dicapai dan bukannya hanya perancangan semata-mata. Nilai ini berdasarkan kemungkinan
berlakunya kejadian. Kemungkinan ditaksir berdasarkan pengalaman bekerja, analisis atau
pengukuran. Tahap kemungkinan berjulat daripada paling mungkin hingga tidak dapat
dijangka. Sebagai contoh, dalam industri syarikat MONMIN AG Glass & Aluminium Sdn.
Bhd. kejadian kesilapan teknik pemotongan kaca sehinggakan skala ukuran panjang dan
tingginya tidak seragam paling mungkin kerap berlaku dalam setiap syif kerja. Keterukan boleh
dibahagikan kepada lima kategori. Keterukan berdasarkan tahap keterukan yang meningkat ke
atas kesihatan individu, alam sekitar atau harta benda. Nilai yang ditunjukkan pada rajah 2.

Kemungkinan (L) Contoh Kadar

Paling mungkin Hazard/kejadian yang paling mungkin berlaku 5

Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar biasa 4

Dapat dijangka Mungkin berlaku pada masa akan dating 3

Jarang sekali Belum diketahui berlaku selepas beberapa tahun 2

Tidak dapat dijangka Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah berlaku 1

Keterukan Contoh Kadar

Malapetaka Banyak kematian, kerosakan harta benda dan pengeluaran tidak 5


dapat dipulihkan

Fatal Kira-kira satu kematian, kerosakan besar harta benda jika hazard 4
berlaku

Serius Kecederaan yang tidak fatal, hilang upaya kekal 3

Ringan Menyebabkan hilang upaya teteapi bukan kecederaan kekal 2

Sedikit sehaja Sedikit lelesan, lebam, luka, kecederaan jenis rawatan cemas 1

Rajah 2 : Nilai Keterukan dan Kemungkinan


14
KETERUKAN (S)
KEMUNGKINAN (L) 1 2 3 4 5
5 5 10 15 20 25
4 4 8 12 16 20
3 3 6 9 12 15
2 2 4 6 8 10
1 1 2 3 4 5

Rendah (Low)
Sederhana (Medium)
Tinggi (High)
Jadual matriks risiko

Untuk menggunakan matriks ini, mula-mula cari lajur keterukan (S) yang paling sesuai
memerihalkan hasil risiko. Kemudian ikut baris kemungkinan (L) untuk mendapatkan
pemerihalan yang paling sesuai dengan kemungkinan bagi keterukan kejadian yang berlaku.
Tahap risiko diberikan di dalam petak di mana baris dan lajur bertemu.

Risk Description Action

Risiko tinggi memerlukan tindakan segera untuk mengawal hazard


seperti yang diperincikan dalam hierarki kawalan. Tindakan yang
15 - 25 Tinggi
diambil mestilah didokumentasikan dalam borang penaksiran risiko
termasuk tarikh siap.

Risiko sederhana memerlukan pendekatan terancang bagi mengawal


hazard dan mengguna pakai langkah sementara jika perlu. Tindakan
5 - 12 Sederhana
yang diambil mestilah didokumentasikan dalam borang penaksiran
risiko termasuk tarikh siap.

Risiko yang dikenalpasti sebagai rendah boleh dianggap sebagai boleh


diterima dan pengurangan selanjutnya tidak diperlukan.
1-4 Rendah Walaubagaimanapun, jika risiko tersebut boleh diselesaikan segera
secara berkesan, langkah kawalan hendaklah dilaksanakan dan
direkodkan.

15
Berdasarkan kepada proses pengenalpastian risiko masalah dalam organisasi berkerja,
terdapat beberapa bentuk keputusan yang telah dianalisa oleh pihak pengurusan untuk
membantu menangani masalah risiko di tempat kerja khususnya di syarikat MONMIN AG
Glass & Aluminium Sdn. Bhd. Risiko ini telah dipecahkan kepada 4 aspek utama untuk
menentukan tahap bahaya kumpulan pekerja iaitu dari sudut bahaya secara fizikal, kimia,
biologi dan cara kerja.

FIZIKAL KIMIA BIOLOGI CARA KERJA

 Bahan kimia  Serangan  Ergonomik


 Objek Terjatuh
 Kebocoran, serangga  Pergerakan
 Bahagian mesin
pertumpaha perosak berulang
yang bergerak
n bahan  Penyakit
 Objek tembus
kimia bawaan
 Elektrik
 Pembebasan air
 Haba
gas  Habuk
 Kenderaan
berbahaya
(forklift)
 Pengendalian
manual
 Peralatan
bertekanan tinggi
 Pencahayaan
 Getaran
 Bekerja ditempat
tinggi
 Gelincir, jatuh
 Api dan letupan
 Bunyi bising
 Objek tajam

Jadual 2 : Pengenalpastian Bahaya

16
Analisis bahaya keselamatan bagi objek jatuh, objek terkena badan, objek tajam,
bahagian mesin yang bergerak. Antara proses kerja yang terlibat dengan bahaya ini
termasuklah pengendalian manual, pemindahan gelas menggunakan forklift, cutting, printing,
tempering, washing dan pembaikan dan penyelengaraan. Bahaya yang selalu terjadi adalah
cermin terjatuh dan mengenai tubuh badan pekerja. Selain itu, cemin yang pecah juga adalah
tajam dan berbahaya kepada pekerja. Bahagian mesin yang bergerak juga boleh menyebabkan
objek tersangkut dan lain-lain lagi. Kemalangan ini boleh menyebabkan kecederaan samada
kecederaan minor atau serius seperti luka, terpotong, pendarahan, anggota patah dan
sebagainya. Selain itu, kemalangan yang berlaku juga menyebabkan kerosakan harta benda.
Bahaya risiko ini termasuk dalam risiko tinggi dan memerlukan kawalan yang segera.
Seterusnya, dari aspek Ergonomik, pergerakan berulang di mana antara bahaya lain adalah
pergerakan berulang. Aktiviti yang melibatkan pergerakan berulang adalah pengendalian
manual yang mengangkat serta mengalihkan cermin dan juga aktiviti penyelenggaraan dan
pembaikan. Pergerakan berulang mungkin menyebabkan stress pada otot dan sendi yang
terlibat. Risiko bahaya ini adalah pada tahap sederhana. Seterusnya, aspek bahaya Haba bagi
risiko bahaya haba panas ini biasanya datang dari mesin yang beroperasi seperti mesin
tempering, mesin CNC dan mesin printing. Proses tempering melibatkan relau yang
menghasilkan suhu dari 680 oC to700 oC. Bahaya ini menyebabkan tekanan haba kepada para
pekerja. Selain itu, pekerja juga mungkin terkena terbakar pada anggota badan jika terkena
pada mesin yang panas. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang berisiko tinggi dan kawalan perlu
dilakukan dalam kadar yang segera. Selain itu, Getaran merangkumi beberapa proses yang
terdedah kepada bahaya getaran termasuklah memandu forklift. Pemandu forklift akan
mengalami getaran semasa memandu forklift. Oleh itu, getaran itu akan menyebabkan tekanan
stress kepada otot-otot yeng terlibat. Walaubagaimana pun, bahaya ini diklasifikasikan sebagai
bahaya rendah.

Seterusnya, aspek Gelincir, jatuh seperti tersadung, gelincir dan jatuh biasanya
disebabkan oleh ruang jalan yang terhad, kadaan tidak teratur terutamanya cermin, pallet dan
lain-lain lagi. Tersadung, gelincir dan jatuh boleh menyebabkan kecederaan samada kecil atau
serius. Bahaya ini dikategorikan dalam bahaya sederhana. Aspek Hazard elektrik pula
melibatkan kebanyakkan proses memerlukan penggunaan kuasa elektrik untuk membolehkan
mesin beroperasi. Oleh itu, para pekerja terdedah berdepan dengan bahaya elektrik semasa
mengendalikan mesin. Proses yang terlibat adalah cutting, printing, tempering, soldering,
pembaikan dan penyelenggaraan. Bahaya ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik, litar pintas

17
dan kebakaran. Hal ini adalah sangat bahaya kepada pekerja dan juga kilang pemprosesan
syarikat MONMIN AG Glass & Aluminium Sdn. Bhd. Ia merupakan bahaya yang serius dan
memerlukan langkah kawalan yang segera. Habuk juga memberi kesan habuk akan terhasil
daripada prosescutting, drilling, grinding dan juga daripada aktiviti membuang cermin rosak
ke dalam tong. Cermin yang pecah terdiri daripada habuk halus dan kepingan kaca yang kecil
dan boleh disedut oleh pekerja. Oleh itu, ia akan menyebabakan kesihatan terganggu seperti
masalah pernafasan dan juga masalah penglihatan. Manakala, Tumpahan dan kebocoran air
daripada proses washing melibatkan penggunaan air untuk membasuh cermin selepas proses
cutting. Walaubagaimanapun, proses ini boleh menyebabkan air itu tumpah atau terdapat
kebocoran dan menyebabkan air itu mengalir keluar daripada kawasan yang sepatutnya. Oleh
itu ini akan menyebabkan pekerja terjatuh dan tergelincir dan juga menyebabkan kerosakan
harta benda. Industri ini juga terdedah kepada Bekerja ditempat tinggi dan sesetengah
kawasan dan proses memerlukan pekerja untuk bekerja di tempat tinggi. Selain itu, terdapat
juga mesin yang lebih tinggi dan menyebabkan pekerja bekerja ditempat lebih tinggi. Sewaktu
bekerja ditempat tinggi, pekerja terdedah kepada bahaya jatuh dan ia sangat berbahaya. Apabila
jatuh ia akan mengakibatkan pekerja itu cedera samada cedera ringan, serius mahupun
kematian. Bagi Peralatan bertekanan tinggi, di holder assembly, terdapat alat yang
bertekanan tinggi yang digunakan iaitu pressure gun. Alat ini menggunakan jumlah tekanan
yang tertentu untuk membolehkan Hamatite Sealant keluar daripada tiubnya. Oleh itu, semasa
mengendalikan alat tersebut, pekerja berdepan dengan bahaya tekanan. Jika berlaku sebarang
kemalangan, ia boleh menyebabkan kecederaan dan juga kerosakan harta benda.

Seterusnya, Pencahayaan, silau semasa quality inspection, cermin akan diperiksa


untuk sebarang kekurangan dan kecacatan menerusi cahaya lampu untuk menggantikan sinar
matahari. Keadaan ini akan memberi kesan silau kepada pekerja dan selepas jangka masa
tertentu, ia akan menyebabkan keletihan mata dan tekanan fikiran. Akhir sekali, Serangan
makhluk perosak boleh berlaku di mana-mana kawasan yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai
untuk makhluk perosak hidup. Oleh itu, terdapat sesetengah kawasan yang berpotensi untuk
serangan makhluk perosak seperti tikus dan jentik-jentik di kawasan stor penyimpanan.
Keadaan yang bersepah dan tidak teratur meningkatkan lagi kemungkinan untuk serangan
makhluk perosak. Serangan makhluk perosak ini boleh memberi masalah kepada manusia
terutamanya ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan dengan menyebarkan virus tertentu
dan menyebabkan penyakit seperti taun dan malaria. Selain itu, serangan makhluk perosak juga
menyebabkan kerosakan harta benda.

18
Analisis Bahaya Kesihatan seperti Bunyi Bising dapat dilihat apabila banyak proses
di dalam kilang ini yang menghasilkan bunyi bising termasuklah aktiviti forklift, cutting,
washing, printing, tempering, pembaikan dan penyelengaraan. Selain itu, terdapat sesetengah
tempat yang pekerjanya terdedah kepada bunyi bising yang tinggi iaitu melebihi 110 dBa
selama 8 jam. Bunyi bising akan menyebabkan masalah pendengaran kepada pekerja-pekerja
yang terlibat dan juga boleh menyebabkan tekanan perasaan akibat pendedahan yang lama.
Risiko bahaya ini tinggi dan memerlukan kawalan yang segera. selain itu, Bahan Kimia
Berbahaya, asap gas berbahaya terdapat beberapa bahan kimia yang digunakan untuk proses
tertentu seperti proses printing, bahan kimia yang digunakan adalah silver paste, ceramic paste,
sicasol dan spirits. Di proses holder assesmbly, bahan yang digunakan adalah Hamatite dan
untuk soldering melibatkan solder flux. Kesemua bahan kimia ini boleh menyebabkan
kerengasaan pada kulit, membebaskan wap gas berbahaya dan setelah pendedahan yang lama
ia akan menyebabkan masalah kesihatan seperti masalah pernafasan. Ianya dapat dilihat
melalui jadual 3 di bawah,

Bil Bahaya Aktivit terlibat Kesan Kemungkinan Keterukan Risiko

1. - Cermin/objek - Pengalihan secara - Kecederaan 5 3 15


jatuh manual minor dan
major (Tinggi)
- Objek - Forklift
menghempap memindahkan
badan barang

- Objek tajam - Cutting

- Moving part of - Printing


machineries
- Tempering

- Washing

- Pembaikan dan
penyelenggaraan

2. Bahan/asap - Printing - Kerengsaan 5 3 15


kimia berbahaya kulit
- Soldering (Tinggi)

19
- Holder assembly - Membebas
asap gas
berbahya

-Masalah
kesihatan
seperti
pernafasan.

3. Bunyi - Aktiviti forklift -Hilang 5 3 15


pendengaran
- Cutting (Tinggi)
-Tekanan
- Washing mental
- Printing

- Tempering

-Pembaikan dan
penyelenggaraan

4. Haba panas - Tempering - Tekanan 5 3 15


haba
- CNC cutting (Tinggi)
- Terbakar
- Printing
-Tekanan
mental

5. Bekerja - Tempering - Jatuh 5 3 15


ditempat tinggi
- Repair and - Kecederaan (Tinggi)
maintenance

6. Elektrik - Cutting - Kejutan 4 3 12


elektrik
- Printing (Sederhana)
- Litar pintas
- Tempering
- Api

20
- Soldering &
holder

Assembly

-Pembaikan dan
penyelengaraan

7. Tergelincir, - Semua kawasan - Kecederaan 4 3 12


jatuh minor atau
major injury (Sederhana)

8. Getaran - Memandu forklift - Otot koyak 4 3 12


atau cedera
(Sederhana)

9. Ergonomik, - Pengendalian - Tekanan 5 2 10


pergerakan manual pada otot dan (Sederhana)
berulang sendi
-Pembaikan dan
penyelengaraan

10. Pencahayaan, - Pemeriksaan -Tekanan 5 2 10


silau kualiti mata/letih
(Sederhana)
-Tekanan
mental

11. Bahaya tekanan - Holder assembly - Kecederaan 3 3 9

- Kerosakan (Sederhana)
harta benda

12. Tumpahan, - Washing - Tergelincir 3 3 9


kebocoran air dan jatuh

21
(Sederhana)

13. Serangan - Semua kawasan -Masalah 3 2 6


makhluk kesihatan
perosak (Sederhana)
- Kerosakan
harta benda

14. Habuk - Cutting -Masalah 4 1 4


kesihatan
- Drilling (Rendah)
-Masalah
- Grinding penglihatan
- Tempering

Jadual 3: Bahaya yang dikenalpasti

22
4. CADANGAN LANGKAH PENGAWALAN

Rajah 2 : Hierarki Kawalan Risiko

Rajah 3 : Pengelasan bagi peringkat Hierarki

23
Secara umumnya, segala yang ditunjukkan sememangnya mendatangkan bahaya yang
tinggi dan boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian kepada pekerja dalam syarikat
MONMIN Alukaca Sdn Bhd. Terdapat beberapa cadangan yang boleh diambil oleh MONMIN
Alukaca Sdn Bhd ini bagi mengurangkan risiko bahaya iaitu kawalan adalah penghapusan atau
penyingkiran hazard yang mana ianya tidak mendatangkan risiko kepada pekerja yang
memasuki kawasan atau bekerja menggunakan kelengkapan dalam tempoh kerja yang
dijadualkan. Hazard hendaklah dikawal di puncanya. Sebaik-baiknya kawalan disediakan
hampir dengan punca hazard. Kawalan mestilah mengikut hierarki kawalan yang bermula dari
penghapusan, penggantian, kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran dan penggunaan PPE.
Terdapat beberapa cadangan yang boleh diambil oleh MONMIN Alukaca Sdn Bhd ini bagi
mengurangkan risiko bahaya iaitu kawalan adalah penghapusan atau penyingkiran hazard yang
mana ianya tidak mendatangkan risiko kepada pekerja yang memasuki kawasan atau bekerja
menggunakan kelengkapan dalam tempoh kerja yang dijadualkan. Pada rajah 2 di atas
ditunjukkan secara langkah-demi langkah proses kawalan risiko dilaksanakan. Semestinya,
pada jadual telah dinyatakan beberapa tindakan dan cadangan untuk mengatasi atau mengawal
risiko daripada berlaku dengan lebih besar mengikut situasi atau masalah yang dihadapi.
Berdasarkan jadual pada setiap borang telah dinyatakan tindakan yang perlu dilakukan
mengikut langkah pertama sehingga langkah terakhir seperti yang ditunjukkan pada rajah 3.
Merujuk perkara tersebut, diketahui bahawa apabila langkah pertama tidak dapat dilaksanakan,
syarikat tersebut boleh merujuk pada langkah kedua dan seterusnya suapaya kawalan risiko
dapat dilakukan. Jelaslah, bahawa dengan adanya cadangan tersebut, pihak bertanggungjawab
dapat melakukan perkara sepatutnya supaya risiko tersebut dapat dielakkan.

Apabila mengawal risiko, pastinya borang HIRARC menjadi panduan khusus untuk
MONMIN Alukaca Sdn Bhd ini. Hal ini demikian, melalui hierarki, pihak bertanggungjawab
akan dapat mengenalpasti langkah pertama mengikut urutan kerana dalam mengawal risiko,
syarikat tersebut perlu mengikut hierarki seperti yang ditunjukkan pada rajah 2 di atas. Merujuk
pada jadual 3 di atas, setelah bahaya dikenalpasti dalam risiko bagi MONMIN Alukaca Sdn
Bhd, beberapa cadangan dapat dikenalpasti dan boleh dirujuk oleh MONMIN Alukaca Sdn
Bhd untuk mengurangkan risiko yang teruk daripada berlaku. Melalui hierarki tersebut,
memudahkan bagi syarikat tersebut untuk mengawal risiko seperti yang ditunjukkan pada
jadual di bawah berserta pelbagai cadangan diberikan.

24
No Bahaya Penghapusan Penggantian Kawalan Kawalan PPE
kejuruteraan pentadbiran

6.1 Objek Tukar kepada Guna mesin/ Sediakan -Amalkan cara - Guna PPE
terjatuh, full automatic pembawa peralatan kerja yang dengan betul
objek machine untuk menggantikan untuk aktiviti selamat seperti
menghempap mengurangka pengendalian mengangkat. glove, arm
n penggunaan secara manual Contoh : -Pertukaran guard,
badan, objek
tenaga Mechanical kerja/ aturan safety boot
tajam, bahan
pekerja lifter kerja
mesin yang
begerak -Tingkatkan
penyeliaan dan
latihan

-Hanya pekerja
mahir sahaja
dibenarkan
melakukan tugas
tertentu

6.2 Ergonomik, Sediakan - Amalkan cara


pergerakan peralatan kerja yang
berulang untuk proses selamat
mengangkat
-Pertukaran
Contoh: kerja/ aturan
Mechanical kerja
Lifter
-Tingkatkan
penyeliaan dan
latihan

-Pemantauan
kesihatan.

6.3 Heat -Asingkan - Amalkan cara - Guna PPE


kawasan kerja yang dengan betul
yang terlibat selamat seperti

- Pasangkan -Pertukaran glove, safety


nstall kerja/ aturan boot,
penebat kerja goggles dan
sebagainya

25
haba pada -Tingkatkan
mesin penyeliaan dan
latihan
-Pasangkan
pengalihuda -
raan/exhaust Penyelenggaraa
untuk n mesin
membuang
udara panas
keluar

-Pasangkan
penghadang
daripada
terkena
mesin panas

Jadual 4 : Hierarki Kawalan mengikut bahaya yang dikenalpasti

26
5. KESIMPULAN

Kesimpulannya, langkah-langkah semakan semula perlu diambil untuk mengurangkan


dan mengawal bahaya supaya langkah-langkah kawalan yang diambil berkesan dan memberi
manfaat kepada pihak pengurusan dan pekerja. adalah sangat penting untuk sesebuah
organisasi. Tujuan utama mengenalpasti hazard adalah untuk mengutamakan operasi kerja
yang kritikal yang mana proses tersebut mempunyai risiko kepada keselamatan dan kesihatan
para pekerja serta menekankan hazard yang mungkin hadir daripada mesin dan peralatan,
sumber kuasa, keadaan tempat kerja atau pun aktiviti yang dilaksanakan. Oleh yang demikian,
mana-mana hazard yang dikenalpasti boleh memberi kesan sampingan kepada para pekerja
seharusnya dihapuskan dan langkah kawalan hendaklah diambil untuk memastikan tahap
keselamatan para pekerja berada pada tahap yang baik. Hazard ini merupakan hazard yang
berisiko tinggi dan memerlukan langkah kawalan yang segera. Oleh itu, cadangan langkah
kawalan seperti yang dinyatakan di dalam laporan haruslah dilaksanakan bagi mengurangkan
dan mengawal risiko bahaya daripada terdedah kepada para pekerja.

(3050 patah perkataan)

27
RUJUKAN

(DOSH) Department of Occupational Safety and Health (2008). Hazard Identification, Risk
Assessment and Risk (HIRARC). Guideline Hazard Identification, Risk Assessment and
Risk (HIRARC) JKKP DP 127/789/4-47 ISBN 978-983-2014-62-1.

(DOSH) Department of Occupational Safety and Health (2009). Occupational Safety and
Health Act 1994 (Act 514), Regulations and Order. International Law Book Services

(DOE) Department of Environment (2009). Environmental Quality Act 1974 (Act 127),
Regulations, Rules and Orders. International Law Book Services

(DOE) Department of Environment (2009). Environmental Quality (Industrial Effluents)


Regulation 2009.

(DOE) Department of Environment (2009). Environmental Quality (Prescribed Premises)


(Scheduled Wastes Treatment and Disposal Facilities) Regulations 2005

Department of Chemistry and Biochemistry. Research Laboratory Hazard Assessment and


Personal Protective Equipment Use [Online]. Available at:
http://www.chemistry.ucla.edu/file-
storage/publicview/pdfs/HazardAssessmentPPE.pdf. Assessed on: 22nd April 2012

Eatough, (2012). Understanding the Link Between Psychosocial Work Stressors and Work
Related Musculoskeletal Complaints. United States : Spiro Business Guides,

Mohamad Khan Jamal Khan, Nor Azimah Chew Abdullah dan Ab. Aziz Yusof, (2005).
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam organisasi. Selangor : Prentice Hall.

http://www.monmin.com.my/alukaca/projects/

28