Anda di halaman 1dari 6

Laporan Pengajaran Mikro

Guru yang dilengkapi dengan kebolehan mengajar serta kemahiran-kemahiran yang


pelbagai dalam diri mereka mampu mewujudkan satu suasana pembelajaran yang berkesan.
Menurut Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali dan Norhayati Binti Abdul Rahman (2009), para
pendidik beranggapan kebolehan mengajar perlu dilatih dan tidak boleh dianggap sebagai
satu proses yang berkembang secara semula jadi kerana ia bukannya satu proses yang
mudah. Pengajaran mikro adalah satu teknik pengajaran yang tidak melebihi 15 minit dan
hanya mengendalikan satu bahagian daripada keseluruhan pengajaran pada satu sesi dan
bertujuan untuk memberikan peluang kepada guru pelatih memperbaiki kelemahan dan
membantu meningkatkan keyakinan guru pelatih untuk menghadapi situasi sebenar semasa
berada di sekolah kelak.

Kumpulan kami telah memilih kemahiran penerangan/ilustrasi/contoh sebagai


kemahiran yang difokuskan untuk pengajaran mikro ini. Kami memilih langkah satu dalam
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kemahiran Hidup Asas untuk disimulasikan.
Kemahiran menerang digunakan pada peringkat perkembangan untuk menyampaikan
maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid. Untuk menguasai kemahiran
menerang, guru hendaklah berkemahiran untuk memberikan penerangan yang sesuai
menggunakan bahasa yang sesuai serta menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang
mampu meningkatkan kefahaman murid (Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh, 2009).

Antara prinsip kemahiran menerang ialah penerangan yang diberikan oleh guru
hendaklah jelas dan tidak mengelirukan murid-murid. Penerangan yang jelas merangkumi
penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi yang sesuai dengan tajuk. Murid
bekeperluan khas masalah pembelajaran mempunyai tahap kognitif yang agak rendah.
Mereka mengalami kesukaran untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, guru
hendaklah memberikan penerangan terhadap sesuatu perkara dengan menggunakan ayat-
ayat mudah serta mengaitkan pengetahuan sedia ada murid tersebut. Rakaman pengajaran
mikro menunjukkan bahawa semasa memberikan penerangan, Cikgu Sofia menjelaskan ciri-
ciri yang terdapat pada alatan berkebun dengan menggunakan bahasa yang mudah
berpandukan slaid gambar yang telah disediakan. Contohnya, Cikgu Sofia memberi
penerangan dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada murid seperti menerangkan bentuk
pencakar yang hampir sama seperti sikat. Cikgu Sofia juga menggunakan bahasa badan
untuk menunjukkan bagaimana pencakar digunakan dan hal ini memberikan gambaran
kepada murid-murid bagaimana menggunakan pencakar. Oleh itu, melalui penggunaan
bahasa yang mudah dan ilustrasi yang sesuai dapat merangsang pemikiran murid untuk
berfikir serta memperkukuhkan ingatan mereka mengenai isi pelajaran yang disampaikan.
Selain itu, unsur penegasan juga memainkan peranan yang penting dalam memberi
penerangan. Penggunaan variasi intonasi semasa di bilik darjah amat penting. Intonasi yang
pelbagai dapat menarik minat murid untuk sentiasa memberikan perhatian semasa guru
mengajar. Menurut Kamarul Azmi, Jasmi Noratikah Ibrahim dan Mohd Faeez Ilia (2012),
bercakap dengan lemah lembut, terlalu cepat atau bercakap dengan nada yang sama pasti
akan menghilangkan minat murid. Oleh itu, guru hendaklah bijak dalam mempelbagaikan
intonasi agar murid tidak berasa bosan di dalam kelas. Sebagai contoh, Cikgu Sofia
meninggikan nada suara apabila hendak memberikan penegasan terhadap sesuatu perkara.
Cikgu Sofia juga tidak bercakap terlalu laju agar murid-murid dapat memahami isi pelajaran
yang cuba disampaikan pada hari tersebut. Hal ini memainkan peranan yang penting kerana
murid bekeperluan khas mengambil masa yang agak perlahan berbanding murid biasa untuk
memahami isi pelajaran kerana tahap kognitif mereka yang rendah.

Seterusnya, aktiviti berkumpulan juga mampu untuk mengekalkan minat murid untuk
belajar serta menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih seronok. Pembelajaran
koperatif merupakan satu teknik pembelajaran di mana murid akan bekerjasama untuk
mencapai satu matlamat yang sama. Menurut Nor Hasliza binti Mohamed (2012), dalam
pembelajaran koperatif, pelajar bukan sahaja diterapkan menguasai amalan bekerjasama
tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif sosial. Contohnya, Cikgu Sofia
menjalankan aktiviti berkumpulan seperti menyelesaikan puzzle gambar mengenai alatan
berkebun. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan mereka bersama-sama menyelesaikan
puzzle gambar tersebut. Aktiviti ini membantu untuk meningkatkan kemahiran komunikasi
dalam kalangan murid di samping mengukuhkan lagi isi pelajaran yang telah dipelajari.

Antara perkara yang perlu ditambah baik ialah guru hendaklah mengaplikasikan
kemahiran variasi rangsangan apabila perlu membuat penerangan yang memerlukan masa
yang agak singkat. Kemahiran variasi rangsangan merupakan satu teknik mempelbagaikan
kaedah dalam penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat murid terhadap
aktiviti pengajarannya. Contohnya, guru hendaklah menyediakan aktiviti yang pelbagai agar
murid tidak berasa bosan apabila mendengar penerangan yang panjang daripada guru. Guru
boleh mengadakan sesi soal jawab, kuiz Kahoot mahupun membawa alatan berkebun yang
sebenar agar murid dapat pengalaman yang sebenar di dalam kelas.

Secara kesimpulannya, guru seharusnya menguasai kemahiran menerang dengan baik


agar murid dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi lebih
jelas. Penerangan yang menarik dapat memastikan murid untuk menumpukan perhatian
terhadap aktiviti pengajaran guru tersebut. Menurut Azizi Yahaya, Rosnani Mohd Nor,
Sharifuddin Ismail dan Amir Hamzah Abdul, kemahiran menyampaikan isi pelajaran yang
digunakan oleh guru berkait rapat dengan kefahaman pelajar untuk menerima pengajaran
guru dan ini merupakan landasan untuk menjamin keberkesanan guru dalam menjalankan
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dirancang dengan baik serta disampaikan dengan kemahiran yang sesuai dan menarik agar
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.
Rujukan

Azizi Yahaya, Rosnani Mohd Nor, Sharifuddin Ismail dan Amir Hamzah Abdul. (2010).
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru matapelajaran teknikal.
Dimuat turun daripada : http://eprints.utm.my/id/eprint/10557/1/3.pdf

Kamarul Azmi, Jasmi Noratikah Ibrahim dan Mohd Faeez Ilia (2012), Gaya pengajaran
guru dalam pengajaran danpembelajaran Pendidikan Islam, Seminar Antarabangsa
Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012), Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor
Bahru. Dimuat turun daripada :
https://www.researchgate.net/publication/293097722_Gaya_Pengajaran_Guru_dalam_Peng
ajaran_dan_Pembelajaran_Pendidikan_Islam

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: McGraw Hill

Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Norhayati Binti Abdul Rahman (2009). Keberkesanan
pengajaran mikro dalam latihan mengajar guru pelatih matematik fakulti pendidikan. UTM
Skudai, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun daripada :
http://eprints.utm.my/id/eprint/10460/1/KEBERKESANAN_PENGAJARAN_MIKRO_DALAM_
LATIHAN_MENGAJAR.pdf

Nor Hasliza binti Mohamed. (2012). Penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif di
sekolah menengah vokasional. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun
Hussein Onn, Malaysia.
PENILAIAN PENGAJARAN MIKRO

Teknik Memberi Contoh

Nama Guru :

Institusi :

Tarikh :

Masa :

Bilangan Murid :

Matapelajaran :

Tajuk :

Kemahiran Penilaian Cadangan


1 2 3 4 5 Penambahbaikan

Mudah difahami

Menarik perhatian

Berkaitan dengan Tajuk


Pengajaran
Penggunaan Media

Penyertaan Pelajar

Dapat Menjelaskan Konsep

Penggunaan Jawapan Pelajar

Mengekalkan Minat

Proses Pembelajaran Cepat

Kesimpulan Jelas

Jumlah

Anda mungkin juga menyukai