Anda di halaman 1dari 26

NASI MINYAK SIMPLE

Bahan2:
3 cawan beras Basmathi(rendam 1/2 jam kemudian turas air)
4 biji bwg merah (hiris halus)
2 biji bwg putih (hiris halus)
1/4 cawan minyak masak
2 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
2-3 biji cengkih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 biji tomato (buang biji, hiris kecik2)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara2;
Aku citer camner aku wat yer. Masak nasik ni pakai periuk nasik elektrik biasa tu. Tapi masa nak
tumis bahan2 tu...keluarkan periuk dan tenggek periuk tu atas api (jgn ko hangkat dgn tempat
masak tu sekali pulak!).Panaskan minyak tu dlm periuk, kemudian tumisla bwg merah,
putih,bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga,cengkih & jintan tu semua.Bila bwg dah agak
garing, masukkan la beras yg dah rendam dan tapis tuh. Kacau2 pelan sampai rata minyak
kesegenap beras. Jangan kacau ganas2 nanti beras patah, nasik tak cun kang.Kemudian buh la air
dlm 1/2 tinggi dari tinggi beras. Sukat pakai tgn jer ok.Masukkan garam dan tomato yg dah
dihiris tu. Matikan api. Kemudian angkat periuk tu masukkan dlm periuk nasik utk msak secara
elektrik pulak. Bila dah masak tu..biarkan dulu nasik tu.Jangan bila lampu periuk tu mati terus
kacau. Lepas 10 minit baru buleh kacau. Gembur2kan mcm biaca ok!
Posted by NITA at 05:19
Labels: Nasi

Nasi Beriani Pakistan


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka

Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk
ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar
sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan
ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga
naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam
dan gula. Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit
minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan
pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili
hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna
kuning.
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun
ketumbar.
Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium
foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata
dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.


Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam

Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.


Selamat menjamu selera. Telur yang dikelar bagi menyerap perasa kuah telah menjadi rebutan.
Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap

Saya rasa nasi ayam di Gulam Mee sangat sedap tetapi hari demi hari sangat mahal. Bukan sahaja
harga dinaikkan tetapi juga portion lagi mengecil. Kita tak banyak pilihan melainkan memasak nya sendiri
bila berkesempatan. Anak bongsu saya, Aween pulak sangat menggemari nasi ayam. Dia boleh
menghabiskan 2 bungkus sekali makan. Bila mendengar ura ura saya ingin memasak nasi ayam, dia siap
berpesan supaya saya memasak awal pagi, jadi pukul 10 pagi dia dah boleh bersarapan dengan nasi
ayam. hmmm gitu lah betapa dia menggemari nasi ayam.
Resepi ini menghasilkan nasi ayam yang sangat sedap, sangat istimewa. Keenakannya sehinggakan
saya dan anak anak makan nasi ayam sebanyak 2 kali, sebagai brunch pukul 11.30 pagi dan pukul 2
petang makan lagi sekali. Alahaaai, nasinya yang wangi dan lembut, ayamnya yang lembut. Lebih lebih
lagi, saya menggunakan ayam segar yang diproses sewaktu kita membelinya. Jadi dagingnya masih
juicy.

UPDATE: lihat juga resepi nasi ayam lain yang telah saya cuba dan menghasilkan nasi ayam yang juga
sedap dengan klik di SINI. Jom lah kita layan resepi yang saya ubahsuai sedikit...

Nasi Ayam Istimewa


Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )


Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan
2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam
peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan
diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.
Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang
putih hingga garing.
Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan
garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.
Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak
sebentar (jika suka)
Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar , rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur
bawang goreng sebelum dihidangkan.

Untuk kicap
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.

Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran. Selamat Menjamu Selera.


Hello! Dah lama sangat kan kata nak share resepi Sexy Cikin? Marilah mengotakan janji.

Sexy Cikin adalah nama samaran ayam panggang yang biasa Mama masak untuk her famous
Nasi Ayam. We love it so much, and siapa makan pun mesti suka sangat-sangat, so then I
realised, it is one ayam panggang yang I really gotta learn macam mana nak buat. Bukan supaya
bakal suami dan mertua sayang sahaja, malah diri sendiri pun akan sayang diri sendiri kalau tahu
resepi ini *usap perut*.

Pastu pergi beli ayam, beli whole chicken, confident betul boleh masak sedap. Kehkehkeh.

Untuk bahagian dalam ayam masak dengan lembut dan isinya tidak keras serta bertali-tali (I suka
cakap isi ayam bertali-tali, paham tak, kalau makan KFC, bahagian yang kering-kering selalu
isinya bertali-tali what the hell how do I describe it without sounding like a bimbo), kita kena
rebus dulu. Air rebusan harus dibuat sedap supaya meresap dalam daging ayam maka bahan-
bahan untuk air rebusan adalah hirisan:

1. Halia
2. Bawang putih
3. Bawang merah
Rebus selama setengah jam. Kuantiti bahan please agak-agak. Again, I tak suka sukatkan
bahan. Sebab ayam anda dan ayam saya tidak sama, tiada ayam di dalam dunia ini yang betul-
betul serupa, setiap ayam adalah unik dengan caranya tersendiri.

Langkah kedua adalah untuk perap ayam dan gantung selama sejam (namun, wah ada namun,
terdapat konflik plot di sini, nantikannya...). Bahan-bahan untuk memerap ayam ialah:

1. Sos tiram
2. Kicap cair
3.Kicap manis
4. Kicap soya
5. Minyak bijan
6. Madu
7. Kisaran halia, bawang putih, bawang merah.

Lumurkan bahan-bahan tadi terhadap ayam anda. Anggaplah ayam itu bayi dan bahan tadi
adalah Johnson Baby Wash maka sila handle bayi anda dengan penuh kasih sayang dan jangan
sampai terhantuk besen. Pastikan setiap inci dilumur rapi.
Selesai itu, sepatutnya gantung ayam selama sejam kan? This is where the 'namun' comes in.
Namun, I got a call and terpaksa pergi meeting, so I terpaksa tinggalkan my bayi eh ayam sampai
ke malam. Jadi ayam itu diperap semalaman, dalam mangkuk dan di tutup dengan plastik, tidak
digantung. Terpaksa tunda ke esok cerita dia.

Keesokkan harinya, barulah dapat panggang! Happy sangat sebab ingredients meresap baik,
ayam pun dapat cukup rehat (tiba-tiba), pastu kita masukkan dalam oven dengan suhu 200 (make
sure oven dah dipanaskan dulu beforehand) dan tunggu dia bertukar warna cokelat cokelat. Masa
adalah berbeza antara ayam awak dan ayam saya ya (mine was about 1hour gak), memang kena
mengadap ayam itu supaya tidak hangus. Yang penting, dalamnya telah masak jadi tak perlu
risau.

Option lain adalah, anda boleh menggorengnya dalam kuali minyak panas. Buat deep fry instead
of panggang. Mama biasa deep fry, I malas nak attend, I panggang saja. Up to you, dua-dua cara
pun seriously sedap!

Anda mungkin juga menyukai