Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Abstrak
Kehidupan di abad ke-21 memerlukan pelbagai kemahiran yang mesti dikuasai oleh seseorang,
sehingga pendidikan dapat diharapkan untuk mempersiapkan pelajar untuk menguasai berbagai
kemahiran agar menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan. Kemahiran penting pada abad ke-
21 masih relevan dengan empat faktor kehidupan yang termasuk pembelajaran untuk mengetahui,
belajar untuk melakukan, belajar menjadi dan belajar untuk hidup bersama. Empat prinsip ini
masing-masing mengandungi kemahiran khusus yang perlu diberi kuasa dalam aktiviti
pembelajaran, seperti kemahiran berfikir kritis, penyelesaian masalah, metacognition, kemahiran
komunikasi, kerjasama, inovasi dan penciptaan, literasi maklumat, dan pelbagai kemahiran lain.
Mencapai kemahiran abad ke 21 dilakukan dengan mengemaskinikan kualiti pembelajaran,
membantu pelajar mengembangkan penyertaan, menyesuaikan keperibadian pembelajaran,
menekankan pembelajaran / masalah berasaskan projek, menggalakkan kerjasama dan
komunikasi, meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar, memupuk kreativiti dan inovasi
dalam pembelajaran, menggunakan cara pembelajaran yang betul, mereka bentuk aktiviti
pembelajaran yang relevan dengan dunia nyata, memperkuat metakognisi, dan membangunkan
pembelajaran berpusatkan pelajar. Pelbagai kemahiran abad ke-21 mesti diajar dengan jelas.
Secara ringkas, pembelajaran abad ke-21 mempunyai prinsip asas bahawa pembelajaran
mestilah berpusatkan pelajar, kolaboratif, kontekstual, dan bersepadu dengan masyarakat.
Peranan guru dalam menjalankan pembelajaran abad ke-21 sangat penting dalam merealisasikan
masa depan yang lebih baik untuk anak-anak bangsa.

1
2.0 PENGENALAN
Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Kalendar Gregory,
Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga
3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1. Biasanya, penggunaan
umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga
dari 2000 sehingga 2999. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan
kalendar yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun
diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad
ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun sifar dan diberikan nama yang
sewajar, umpamanya "2010-an" dan sebagainya. Serupa dengan tempatnya abad ke-20 dalam
penamaan "20th century Fox", abad ke-21 telah dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat dan
organisasi. (Sumber: Wikipedia bebas dalam Versi Bahasa Melayu; Tarikh akses: 15 APRIL 2019)
Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma
kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat
berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan
kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan
kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka
panjang (Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).
Razali Ismail (2000:2), mengatakan abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi
Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa.
Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa implikasi kepada kehidupan
manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan
dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Perkembangan yang pesat dalam teknologi
komunikasi dan arus globalisasi ini telah mempengaruhi sistem komunikasi global. Melalui Direct
Broadcasting Services, aliran berita antara negara yang tidak seimbang dan order baru maklumat
dunia menjadi isu hangat dibincangkan dalam arena komunikasi, isu-isu ini kini tidak lagi begitu
diperdebatkan. Sebaliknya isu-isu komunikasi tanpa sempadan, masyarakat bermaklumat dan
masyarakat berpengetahuan menjadi isu-isu baru yang memenuhi ruang perbincangan di peringkat
antarabangsa. Dunia abad ke 21 adalah satu dunia baru. Dunia sekarang ini bukan lagi
terkenalkerana ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya. Kuasa besar ekonomi dunia
dengan sistem kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global.
Kemajuan dalam bidang komunikasi ini juga telah memberikan pengaruh yang besar
kepada keadaan sosial, pentadbiran, perubatan, hubungan antarabangsa, pengangkutan dan
sebagainya tidak terkecuali bidang pendidikan yang menjadi teras kepada perubahan dunia abad
ke 21 ini. Kesan globalisasi terhadap sektor pendidikan sangat ketara di negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia, New Zealand, Jerman dan Russia. Ini dapat
dilihat dengan pertambahan pelajar luar negara yang belajar di institut pengajian tinggi negara-
negara tersebut. Demikian juga di Malaysia, Pendidikan Tertiari menunjukkan fenomena yang
sama di mana pada setiap tahun universiti-universiti tempatan di negara kita menerima pelajar-
pelajar luar dari seberang laut semakin meningkat.

2
Dalam keghairahan dunia abad ke-21 menikmati kemajuan Sektor Teknologi Maklumat
dan Komunikasi, bidang pendidikan khususnya di negara kita terus berhadapan dengan pelbagai
isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Sekiranya isu-
isu dan cabaran ini tidak ditangani dengan baik dan betul, kemajuan yang dicapai bukan saja tidak
akan mendatangkan sebarang faedah, bahkan akan menimbulkan berbagai-bagai isu kemanusiaan
sejagat. Terdapat berbagai-bagai isu dan cabaran pendidikan di Malaysia yang timbul akibat kesan
globalisasi dan transformasi sama ada isu dan cabaran ini wujud disebabkan oleh hasrat kerajaan
itu sendiri ataupun kesan daripada kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi dunia.

Anda mungkin juga menyukai