Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Integrasi dan perpaduan merupakan dua elemen yang penting bagi negara
Malaysia yang merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai
kaum yang mengamalkan cara hidup tersendiri. Masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada kaum melayu, cina, india, bidayuh, iban, kadazan dan lain-lain. Integrasi dan
perpaduan sering dikaitkan antara satu sama lain namun, integrasi dan perpaduan
merujuk kepada dua proses yang berlainan. Integrasi berasal dari bahasa Inggeris
"integration" yang bererti kesempurnaan atau keseluruhan. Menurut kamus dewan
edisi keempat, integrasi didefinisikan sebagai gabungan dua atau beberapa kaum
menjadi satu kesatuan.Integrasi juga merupakan suatu keadaan di mana
kelompok-kelompok etnik menerima dan bersikap kompromi terhadap kebudayaan
majoriti masyarakat, namun masih tetap mempertahankan kebudayaan mereka
masing-masing. Disamping itu, integrasi juga dirujuk kepada proses penyatuan
masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam,
cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk
menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi
mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. Manakala
perpaduan bermaksud penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.

Integrasi dan perpaduan amat penting dan mendatangkan kebaikan khususnya


dalam mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara dapat
berjalan lancar tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum
yang akhirnya merugikan semua pihak seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 dimana
berlakunya peristiwa berdarah akibat masalah perkauman. Bagi mencapai kestabilan
politik negara, Integrasi nasional merupakan agenda yang sangat penting. Integrasi
nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat antara negeri
dan wilayah berteraskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Integrasi
nasional ini perlu difahami kerana integrasi nasional ini mampu memupuk dan
menggalakkan interaksi sosial yang memfokus kepada saling menerima dan
menghargai sosio-budaya antara kaum. Integrasi dan perpaduan boleh dicapai dengan
adanya aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang membolehkan semua kaum berkumpul
dibawah satu bumbung tanpa mengira kaum, agama dan budaya bagi menjayakan
sesuatu perkara, Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong yang diadakan
dikawasan kediaman mampu mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat
kekitaan dalam kalangan penduduk. Hal ini boleh dilihat apabila semua lapisan umur,
kaum dan pangkat meluangkan masa bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan tersebut. Aktiviti kemasyarakatan juga mendatangkan banyak
kebaikan kepada semua pihak.

Disebabkan itu, pengkaji memilih tajuk aktiviti kemasyarakatan sebagai medium


perpaduan dalam kalangan penduduk di jalan Imam, kampung Melayu Pandan, Johor
Bahru, Johor. Hal ini bertepatan dengan tema integrasi dan perpaduan kerana pengkaji
tertarik untuk mengkaji bagaimana aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan
mampu menyatupadukan masyarakat di kawasan tersebut. Tambahan itu, pengkaji
tertarik dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan seperti gotong -royong,
kelas-kelas ilmu seperti ilmu agama yang sering diadakan setiap hari tanpa dikenakan
bayaran. Lokasi kajian tersebut dipilih kerana kawasan tersebut merupakan kawasan
kediaman pengkaji. Pengkaji berminat untuk mengkaji kawasan kediamannya kerana
berpendapat aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan mampu menyatupadukan
penduduk setempat buktinya, aktiviti kemasyarakatan yang diadakan mendapat
sambutan yang hangat. Di samping itu, pengkaji mudah mendapatkan maklumat dan
kerjasama dari penduduk setempat. Hal ini secara tidak langsung memudahkan proses
mengkaji yang akan dilakukan.

Kesimpulannya, integrasi dan perpaduan amat penting bagi Malaysia kerana


dengan adanya dua elemen tersebut rakyat Malaysia mampu hidup harmoni dan
sejahtera. Hal ini amat jauh berbeza dengan negara yang mengalami pergolakan kaum
yang saban hari hidup dalam ketakutan. Keadaan ini tidak lain dan tidak bukan
dengan adanya nilai-nilai murni yang ada dalam diri rakyat Malaysia seperti nilai
murni toleransi, hal ini boleh dilihat apabila setiap kaum saling bertoleransi antara
satu sama lain terutamanya kaum terbesar di negara kita iaitu kaum Cina ,kaum India
dan kaum Melayu. Justeru itu, kita seharusnya mensyukuri dengan nikmat keamanan
dan kesejahteraan hidup antara kaum yang kita perolehi di mana kita boleh duduk
bersama serta berbincang tanpa rasa ada rasa perbezaan. Misalnya, apabila ada rumah
terbuka perayaan tidak kira perayaan apa sekalipun, setiap kaum turut hadir
memeriahkan majlis tersebut serta menikmati juadah yang disediakan sekali gus dapat
mengenali budaya kaum tersebut. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah
mengekalkan persefahaman yang telah berjaya dicapai supaya tidak menjejaskan
hubungan yang erat antara kaum yang terjalin selama ini.

Anda mungkin juga menyukai