Anda di halaman 1dari 28

PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824 DAN PERJANJIAN PANGKOR 1874

Oleh:

SITI SYAHIRA BINTI MUSTAPA


NURFIZZILA BINTI MOHAMED KASSIM
Program Sejarah
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mencungkil dan mengenalpasti kepentingan
Perjanjian Britain-Belanda 1824 dan Perjanjian Pangkor 1874. Makalah ini bertujuan
menganalisis sejarah dalam mendedahkan mengapa perjanjian ini ditandatangani dan apa
kepentingannya kepada British, Belanda, Tanah Melayu serta kesan perjanjian ini ke atas
negara Asia Tenggara. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan menggunakan pendekatan
kualitatif iaitu merujuk kepada sumber-sumber sekunder seperti buku, artikal dalam Jurnal,
serta sumber laman sesawang. Sumber-sumber tersebut telah dianalisis secara kualitatif.
Berdasarkan analisis yang digunakan melalui sumber-sumber yang telah diperolehi, dapatan
awal kajian ini ialah, tujuan utama Perjanjian-Perjanjian tersebut adalah untuk meluaskan
empayar penjajah melalui dasar ideologi dan konsep perdagangan yang Perjanjian ini
ditandatangani bukan disebabkan kemahuan dan kerelaan kedua-dua pihak tetapi bagi
menjaga dan menjamin kepentingan ekonomi mereka selaku imperialis.

Kata Kunci: Perjanjian, Faktor, Kesan


1.0 PENDAHULUAN

Perjanjian-Perjanjian awal di Tanah Melayu telah dimeterai sejak zaman penjajahan lagi.
Namun kebanyakan Perjanjian tersebut telah termeterai antara Penjajah Eropah itu sendiri.

Perjanjian Inggeris Belanda merupakan rundingan antara British dan Belanda dalam
membahagikan wilayah kekuasaan masing-masing di Kepulauan Melayu telah berlaku sekitar
tahun 1819 di Eropah. Pada 17 Mac 1824, satu perjanjian telah ditandatangani antara United
Kingdom dengan Kemaharajaan Bersatu Belanda di London yang dikenali sebagai Persetiaan
London atau Perjanjian Inggeris Belanda. Pihak British telah menghantar wakil mereka iaitu
George Canning dan Charles Watkin Wiiams Wynn manakala Belanda yang diwakili oleh
Hendrik Fagel dan Reinhard Falck.

Manakala Perjanjian Pangkor pula telah dimeterai pada 20 Januari 1874 bertempat di
atas kapal HMS Pluto, Raja Muda Abdullah bersama-sama dengan para pembesar yang
menyokong baginda menandatangani Perjanjian Pangkor di hadapan Gabenor Negeri-Negeri
Selat, Sir Andrew Clarke. Satu kesilapan yang dilakukan oleh Raja Abdullah Ibni Sultan Jaafar,
tetapi hanya disedari setelah semuanya ditandatangani. Menerusi Perjanjian Pangkor ini,
British mula memasuki bidang pentadbiran negeri Perak, dan seterusnya negeri-negeri Melayu
yang lain seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Simboliknya, Perjanjian Pangkor ini
sebenarnya tidak lebih merupakan satu alat kuasa yang digunakan oleh pihak British untuk
menguasai negeri Perak demi kepentingan ekonomi, politik dan sosialnya.

2.0 SOROTAN LITERATUR

Pelbagai kajian lepas yang pernah dilakukan berkenaan dengan sejarah Perjanjian
British dan Belanda tersebut. Kajian oleh Alfred P. Rubin (1974) mengatakan bahawa Satu
rundingan telah dibuat bagi menyelesaikan masalah persaingan antara mereka di Singapura.
Walau bagaimanapun, perjanjian ini dilakukan tanpa merujuk atau meminta kebenaran
daripada raja-raja Melayu. Situasi ini menunjukkan bahawa Raja-raja Melayu tidak mempunyai
hak ke atas wilayah mereka di Kepulauan Melayu malah hanya dianggap sebagai boneka yang
tidak mempunyai sebarang kepentingan. 1

1
Alfred P. Rubin. 1974. The International Personality of The Malay Peninsular. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hlm. 181.
Anthony Ried (1963) pula menyatakan bahawa antara faktor utama yang mendorong
termeterainya Perjanjian London 1824 adalah disebabkan oleh British mengamalkan sistem
perdagangan bebas (laissez faire) manakala Belanda mengamalkan perdagangan monopoli.
Perbezaan sistem yang diamalkan menyebabkan timbulnya persaingan yang sengit sehingga
tercetusnya permusuhan yang berterusan. Perjanjian London 1824 menggariskan tiga aspek
terpenting iaitu pembahagian wilayah, perdagangan dan kewangan. Perjanjian ini dimeterai
berdasarkan kepentingan ekonomi British dan Belanda di rantau Asia Tenggara.2

Menurut Joginder Singh Jessy (1978), selain perjanjian Inggeris Belanda, perjanjian
ini juga dikenali sebagai Perjanjian London yang telah termeterai pada 17 Mac 1824 di London.
Perjanjian ini telah melibatkan dua buah negara iaitu Belanda dan British. George Canning
mewakili negara Britsih manakala Charles W. Wymn wakil negara Belanda yang mana mereka
telah melakukan beberapa rundingan bagi menyelesaikan masalah persaingan kuasa antara
mereka berkenaan isu negara Singapura. Hasil daripada rundingan kedua-dua buah negara
ini maka mereka bersetuju untuk menandatangani perjanjian tersebut demi kepentingan
politik dan ekonomi negara masing-masing di Kepulauan Melayu. Tambahan pula, pihak British
dan Belanda mengakui bahawa ketegangan yang berlaku di antara negara mereka tidak
memberikan sebarang keuntungan terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi malah
ketegangan ini merugikan negara. Ketika perjanjian ini dibuat, pihak British dan Belanda tidak
melibatkan raja-raja Melayu dan perkembangan politik dan ekonomi di Tanah Melayu dapat
dilihat setelah termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini. Oleh itu, melalui perjanjian
ini terdapat beberapa faktor yang menyebabkan termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda
1824 dan membawa beberapa perubahan di Tanah Melayu terutamanya dari sudut politik dan
ekonomi.3

Pelbagai kajian lepas yang turut dilakukan berkenaan dengan sejarah didalam
pengubalan Perjanjian Pangkor. Menurut Frank Swettenham (1913), terdapat beberapa faktor
yang mendorong termeterainya Perjanjian Pangkor ini. Pada awal tahun 1870-an, negeri-
negeri Melayu Barat berada dalam keadaan huru-hara. Perang Larut dan Perang Klang, di
samping konflik di antara Raja Abdullah dengan Ngah Ibrahim di Perak, Tengku Kudin dengan
Raja Mahdi di Selangor serta Dato’ Bandar dengan Dato’ Kelana di Sungai Ujong,
menyebabkan kegiatan ekonomi tergendala. Semua kejadian yang berlaku ini memberi kesan

2
Anthony Ried .1963. The Contest of Nort Sumatra Acheh: The Natherland and Britain 1858-1898.
Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Hlm. 12.

3
Joginder Singh Jessy .1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm 101.
yang buruk kepada Negeri-negeri Selat kerana ramai saudagarnya mempunyai kepentingan
di Negeri-negeri Melayu. Saudagar-saudagar ini mula mendesak kerajaan British mengambil
langkah bukan hanya melindungi pelaburan British tetapi juga untuk membuka peluang
pelaburan yang lebih besar di negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873, Setiausaha Tanah
Jajahan, Lord Kimberley telah mengarahkan gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke
menyiasat dan membuat laporan tentang kemungkinan penglibatan British dalam hal-ehwal
4
negeri Melayu demi menjaga kepentingan mereka ini.

Menurut Mokhtar Hj Shamsuddin (1980), British kemudian memperoleh peluangnya


di negeri Perak berikutan tindakan Raja Muda Abdullah yang mengirim surat ke Singapura
pada hujung tahun 1873, meminta bantuan British menyelesaikan masalah-masalah yang
berlaku di Perak ketika itu. Seperti yang dilorongkan oleh Raja Muda Abdullah, akhirnya
Perjanjian Pangkor yang mengandungi 14 Fasal serta menyentuh tentang pelbagai aspek
seperti pemerintahan dan kuasa sultan, pentadbiran, aspek ekonomi, dan juga sosial telah
ditandatangani dengan tujuan untuk memerangkap dan seterusnya menguasai negeri Perak.
5

W. G Maxwell juga ada menyatakan bahawa Perjanjian Pangkor 1874 merupakan


rundingan dan persidangan yang telah diadakan oleh Andrew Clarke untuk menjemput semua
pemimpin-pemimpin Cina, pembesar-pembesar dan Raja Perak hadir ke suatu persidangan di
Pulau Pangkor. Tiga hari kemudian iaitu pada 20 Januari 1874, Kapal HMS Pluto yang berlabuh
di Selat Dinding menjadi bukti kepada Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di antara
Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah
yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar yang menyokong baginda iaitu
Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan
Dato’ Sagor. Perjanjian ini mengandungi dua perjanjian iaitu Persetiaan China menyelesaikan
peperangan Larut dan Persetiaan Pangkor menyelesaikan pergelutan mengenai penggantian.
Campur tangan British di Tanah Melayu secara rasminya bermula di Perak apabila
termeterainya Perjanjian Pangkor. Sir Andrew Clarke selaku Gabenor baru telah bertindak
melampaui tugas yang diarahkan dengan melaksanakan dasar campur tangan British di Perak.
Perjanjian ini telah memberi kebenaran kepada Inggeris untuk mencampuri hal ehwal negeri

4
Frank Swettenham. 1913. The Real Malay. London & New York: John Lane. Hlm 61.

5
Mokhtar Hj Shamsuddin. 1980. Hari ini dalam Sejarah Jilid 1. Perjanjian Pangkor Di tandatangani.
Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara. Hlm 12.
Perak terutamanya dari segi ekonomi. Pentadbiran British selepas perjanjian pangkor
dimeterai memberi perubahan dan kesan terhadap ekonomi Tanah Melayu.6

3.0 PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824

3.0.1 ISI KANDUNGAN PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824


1. Belanda mengiktiraf kedudukan Inggeris di Singapura.
2. Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British dan sebagai balasannya pihak
British pula akan memberikan Bangkahulu kepada pihak Belanda.
3. Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab kedua-dua
belah pihak (British & Belanda).
4. Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal
negeri-negeri Melayu.
5. pihak British pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal
ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh
pihak Belanda dan juga di Sumatera.

4.0 FAKTOR TERMETERAINYA PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824

4.0.1 PERSAINGAN PERDAGANGAN DI TIMUR


Sejak kedatangan Belanda dan British di Asia Tenggara pada awal abad ke 17 kedua-
dua kuasa besar ini sudah tidak mempunyai hubungan yang baik. Manakala Verenigde
Oostindische Compagnie (VOC) yang bertapak di Betawi pada tahun 1619 telah menjalinkan
hubungan yang baik dengan raja-raja di negeri tersebut dengan itu Belanda mengambil
kesempatan dengan meluaskan empayarnya di Melaka pada tahun 1641 dan pada ketika itu
SHTI sedang mencari kawasan yang strategik untuk dijadikan pangkalan tentera di Asia
Tenggara. Walau bagaimanapun, setiap aktiviti perdagangan yang dijalankan bagi kedua-dua
negara ini sentiasa berlaku perselisihan faham hal ini kerana Belanda menjalankan aktiviti
perdagangan dengan memonopoli semua perdagangan di Asia Tenggara berbeza dengan
British yang berpendapat bawaha semua orang mempunyai hak dan kebebasan untuk
berdagang di rantau ini. Hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin buruk kerana terdapat

6
W. G Maxwell. 1988. Treaties and Engagement affecting the Malay States and Borneo, London: JAS
Truscott & Son Ltd. Hlm. 28-30.
orang-orang Belanda yang anti-Inggeris contohnya Jan Peterzoon Coen dan Van Der Capellan
yang mana kedua-duanya adalah Gabenor Jeneral di Betawi. Disebabkan perasaan anti-
Inggeris Jan Peterzoon Coen telah menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan ingin
menghalau mereka keluar daripada Pulau Jawa pada tahun 1619 bukan itu sahaja malah
beliau turut membakar Kota Jakarta dan mendirikan sebuah kota yang baru yang diberi nama
Betawi.

4.0.2 DASAR PERSAHABATAN INGGERIS BELANDA DI EROPAH


British mengakui bahawa Belanda amat penting terutamanya dari segi keselamatan.
Hal ini kerana jarak British yang begitu dekat dengan Belanda yang mana negara Belanda
merupakan negara yang sesuai digunakan oleh pihak musuh untuk menyerang British. Ini
jelas terbukti pada tahun 1795 apabila Napoleon Bonaparte menggunakan Belanda sebagai
gerakan tenteranya untuk menyerang British. Oleh itu, British sedar bahawa Belanda dapat
menentukan masa depan negaranya terutamanya dari segi keselamatan dan pertahanan
bukan itu sahaja British juga terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan tenteranya
supaya Belanda dapat mempertahankan negeranya daripada serangan musuh. Disebabkan
Belanda merupakan negara yang dapat membantu British dari segi pertahanan maka British
berharap agar Belanda dapat berdiri di barisan hadapan ketika berhadapan dengan musuh.
Oleh itu, British amat berharap Belanda akan menjadi penyokongnya di Eropah. Jelas
kelihatan British mula berbaik-baik dengan Belanda dalam Konvensyen tahun 1815 iaitu
selepas tamanya Perang Napoleon. Sehubungan dengan itu, British telah bersetuju untuk
menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan menyerahkan Melaka pada tahun 1818 kepada pihak
Belanda melalui Surat-Surat Kew 1795. Kerajaan British terpaksa berbuat demikian walaupun
mendapat tentangan keras daripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan pusat
pelabuhan perdagangan yang berpotensi tinggi.

4.0.3 DASAR RAFFLES DI SINGAPURA DAN PERTELINGKAHAN MENGENAI


SINGAPURA
Keputusan British menyerahkan kembali Pulau Jawa kepada Belanda ditentang keras
oleh Stamford Raffles. Hal ini kerana, Raffles berpendapat menyerahkan kembali Pulau Jawa
adalah langkah yang kurang bijak yang dilakukan oleh pihak British kerana Pulau Jawa amat
penting dan begitu strategik terutamanya dari segi perdagangan dan ketenteraan. Tambahan
pula, Pulau Pinang sudah tidak dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI kerana
kedudukannya yang jauh di sebelah Utara dan di luar laluan perdagangan manakala
Bengkahulu pula tidak strategik kerana kedudukannya di Pantai Barat Sumatera terpisah
daripada laluan perdagangan di Selat Melaka.
Oleh itu, Raffles berhasrat untuk membuka pelabuhan yang begitu strategik untuk
bersaing dengan pelabuhan di Betawi seterusnya menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur
dan akhirnya Raffles berjaya membuka Singapura pada tahun 1819. Tindakan Raffles
membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura mendapat tentangan daripada Belanda
kerana Belanda mendakwa Singapura merupakan

5.0 KESAN PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824 TERHADAP POLITIK

5.0.1 PEMBAHAGIAN KEPULAUAN MELAYU KEPADA DUA NEGARA


Perjanjian Inggeris Belanda 1824 telah menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi
kepada dua bahagian bagi kedua-dua negara ini. Tujuan pembahagian kawasan ini dibuat
adalah untuk menyelesaikan masalah perebutan kuasa yang berlaku di antara British dan
Belanda. Apabila selesainya masalah perebutan kuasa ini secara tidak langsung keadaan
politik di Tanah Melayu juga semakin stabil dan ini dapat meyakinkan para pelabur asing dan
pemodal untuk melabur di Tanah Melayu. Pada amnya, Perang Napoleon merupakan
pendorong utama tercetusnya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini dan apabila tamatnya
perang maka Belanda kembali ke Asia Tenggara dan pihak Belanda mendapati bahawa British
telah menjalankan aktiviti perdagangan dengan Betawi di Indonesia tanpa persetujuan dan
pengetahuan pihak Belanda. Betawi merupakan tanah jajahan Belanda dan keadaan ini telah
menimbulkan rasa ketidakpuasan hati pihak Belanda dengan kehadiran pihak British di Betawi
kerana Belanda berasa tergugat akan kehadiran British. Tambahan pula, pihak Syarikat Hindia
Timur Inggeris (SHTI) di London juga tidak berpuas hati dengan tindakan Stamford Raffles
yang telah menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara Singapura tanpa mendapat apa-
apa persetujuan daripada kerajaan London.7 Oleh itu, bagi menjaga hubungan diplomatik
kedua-dua negara di Eropah dan menjaga kepentingan masing-masing di Asia Tenggara maka
British dan Belanda bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda 1824. 8
Impak daripada perjanjian ini lebih ketara apabila Belanda menyerahkan Melaka dan kawasan-
kawasan taklukkanya yang lain serta logi di India kepada British manakala British pula
mengundurkan diri dari Hindia Timur lalu menyerahkan Sumatera dan Bengkahulu kepada
Belanda. Jelasnya disini, perjanjian ini merupakan titik permulaan dalam pembentukan

7
Tan Ding Eing, 1975, Oxford Progressive History: A Portrait of Malaysia and Singapura. Kuala
Lumpur: Oxford University Press. Hlm 47.

8
D.G.Hall. 1981. A History of South-East Asia (Fourth Edition). London: the Macmillan Press Ltd. hlm
550.
geopolitik yang baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu.9 Oleh itu, secara tidak langsung
Tanah Melayu telah menjadi hak milik British dan dengan begitu mudah untuk pihak British
menyebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu sama ada dalam aspek politik mahupun ekonomi
tanpa mendapat tentangan daripada mana-mana kuasa besar yang lain.

5.0.2 PERPECAHAN EMPAYAR JOHOR-RIAU


Rentetan daripada perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini empayar Johor Riau turut
mendapat kesan. Hal ini kerana, sebahagian daripada wilayah di Tanah Melayu adalah dibawa
jajahan Belanda dan sebahagiannya lagi dibawa jajahan British. Pembahagian kawasan adalah
asas kepada kejatuhan empayar Johor kerana Singapura, Tanah Besar Johor dan negeri
Pahang adalah di bawah pengaruh British manakala Riau-Lingga pula jatuh ke tangan
Belanda. Dengan adanya perjanjian ini maka perebutan takhta Johor antara Sultan Hussain
dan Sultan Abdul Rahman berjaya diselesaikan, hal ini terbukti apabila Sultan Hussain diiktiraf
menjadi Sultan yang sah di Tanah Besar Johor manakala Sultan Abdul Rahman menjadi Sultan
di Kepulauan Riau-Lingga.10 Berikutan daripada hal ini ia memberi kesempatan kepada
Bendahara Ali di Pahang untuk membebaskan diri dari kekuasaan Johor dan setelah berjaya
membebaskan diri Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan kepada negeri Pahang
pada tahun 1853 sekaligus runtuhnya empayar Johor pada ketika itu yang dipimpin oleh
Sultan Hussain kerana baginda tidak mempunyai kuasa yang kuat untuk negeri dibawah
pemerintahannya. Namun, setelah kemangkatan Bendahara Ali pada tahun 1877 maka tidak
ada yang meneruskan legasi pemerintahannya sebagai pemerintah negeri Johor.11

5.0.3 PERKEMBANGAN POLITIK DI SARAWAK


Sehubungan dengan perjanjian Inggeris Belanda 1824 maka belaku perkembangan
politik di Sarawak walaupun kerajaan Sarawak masih kurang jelas tentang syarat-syarat
Perjanjian yang dibuat di antara Belanda dan Inggeris. Hal ini bermakna, perjanjian ini tidak
dinyatakan dengan jelas sama ada kawasan pengaruh Eropah ini adalah dibawah jajahan
British ataupun Belanda. Pada hakikatnya, tahun 1841 Eropah tidak menunjukkan sebarang
minat terhadap Borneo Utara atas sebab negara ini tidak mendatangkan sebarang keuntungan
terutamanya dari segi ekonomi perdagangan. Oleh itu, pada tahun 1839 dengan kehadiran

9
Abdul Rahman Hj. Ismail. 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraandan Politik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 234.

10
Abdullah Zakaria. (1984-1985). Kemunculan Keluarga Pemerintah Baru Dalam KerajaanTanah
Melayu 1600-1900-Satu Kajian Awal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 52.
11
Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1863). Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd. Hlm 6.
James Brooke ke Sarawak yang ingin berjumpa dengan Pangeran Muda Hashim bagi
menghantar hadiah yang diarahkan oleh Gabenor Singapura namun selepas setahun James
Brooke kembali semula ke Sarawak kerana Pangeran Muda Hashim menjemputnya dengan
niat ingin memohon bantuan.12 Kehadiran James Brooke ke Sarawak mendapati keadaan di
negeri itu sangat kucar kacir dan banyak pemberontakan penduduk tempatan terutamanya
orang-orang Dayak yang berlaku disebabkan pemerintahan Pangeran Muda Hashim yang
begitu kejam terhadap penduduk tempatan. Oleh itu, Pangeran Muda Hashim mengambil
keputusan dengan meminta bantuan James Brooke bagi menstabilkan keadaan yang berlaku
di negeri itu dengan balasan sekiranya James Brooke berjaya menamatkan pemberontakan
tersebut Pangeran Muda Hashim akan melantik Brooke sebagai raja di Sarawak dan ternyata
Brooke berjaya menamatkan pemberontakan yang berlaku maka seperti yang telah dijanjikan,
Brooke telah menjadi Raja Sarawak pada 24 September 1841 dan perlantikan ini telah diiktiraf
oleh Sultan Brunei. Setelah menjadi Raja Sarawak Brooke telah meluaskan pengaruhnya dari
pelbagai sudut terutamanya dalam pentadbiran di negeri Sarawak itu sendiri.13

5.0.4 PENUBUHAN NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)


Apabila termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 maka wujudnya Negeri Negeri
Selat (NNS) yang terdiri daripada Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang. Ketiga-tiga negeri ini
telah disatukan di bawah satu pentadbiran oleh kerajaan British.14 Tujuan utama British
menubuhkan NNS ini untuk menyeragamkan sistem pentadbiran yang sedia ada agar lebih
sistematik dan teratur. Secara tidak langsung, pentadbiran ini diketuai oleh seorang Gabenor
dan setiap negeri telah dilantik seorang Residen bagi membantu Gabenor dalam setiap urusan
pentadbiran negeri.15 NNS ini ditadbir dibawah satu pentadbiran politik yang seragam kerana
ianya dikawal oleh seorang Gabenor dan melalui penubuhan ini juga bidang politik, undang-
undang dan dasar-dasar yang ditubuhkan dapat diselaraskan semula.Berbeza dengan Melaka
yang kurang strategik berbanding dengan Singapura. Hal ini kerana, Melaka dikatakan pada
ketika itu tidak penting dan mempunyai pelabuhan yang cetek serta tidak sesuai untuk para
pelabur dan pedagang untuk berlabuh di Melaka. Manakala Pulau Pinang pula dikatakan tidak
strategik kerana pusat pentadbiran negeri itu telah berpusat di Singapura dan disebabkan
pusat pentadbiran telah berpindah maka Singapura menjadi sebuah negara yang penting dan
aktiviti pelabuhan di negara itu juga semakin pesat sehingga 1867. Oleh itu, dengan

12
Graham Irwin.1986. Borneo Abad Kesembilan Belas. Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd. Hlm 80-81.
13
Ibid, hlm 98.
14
Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur, Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd, hlm 143.
15
Ibid, hlm 144.
tertubuhnya NNS ini sistem politik di Tanah Melayu semakin pesat berkembang sehinggalah
kehari ini.

6.0 KESAN PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824 TERHADAP EKONOMI

6.0.1 PERKEMBANGAN EKONOMI NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)


Singapura telah menjadi sebuah negara yang sibuk terutamanya aktiviti perdagangan
dan pelabuhan hal ini kerana negara Singapura bersempadan dengan negeri Johor. Selepas
mendapat kebenaran melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824 maka Singapura ditadbir
sepenuhnya oleh British.16 Sehubungan dengan itu, pusat pelabuhan Singapura dikenali
sebagai pelabuhan interpot berikutan ia dikenali pelabuhan yang sibuk dan maju terutama
dari segi ekonomi dan sistem pengangkutan yang terdapat di Singapura dan dengan kemajuan
yang diperoleh Singapura secara tidak langsung ia menguntungkan kerajaan British dan
orang-orang tempatan. Buktinya, bijih timah dianggap penting pada ketika itu yang mana bijih
timah ini akan dieksport dari Melaka ke negara luar melalui Selat Melaka.17 Manakala negara
luar seperti China dan Great Britain merupakan negara pengimport bagi bijih timah dari
Singapura. Bijih timah ini dieksport dalam jumlah yang banyak seperti negara China berjumlah
$117,386 manakala Great Britain pula $ 101,204.18

6.0.2 KEPESATAN AKTIVITI PERDAGANGAN

Kepesatan aktiviti perdagangan yang berlaku di Singapura hasil daripada


termeterainya perjanjian Inggeris Belanda 1824. Hal ini terbukti apabila Singapura pada ketika
itu terkenal sebagai satu pelabuhan enterpot yang berkembang pesat dan syarat-syarat
perdagangan yang terkandung dalam perjanjian tersebut maka British dapat meluaskan
pengaruhnya ke kawasan jajahan tanpa mendapat gangguan daripada kuasa luar yang lain.
Sehubungan dengan itu juga, pihak Belanda turut menghapuskan dasar monopoli dalam
aktiviti perdagangan di Kepulauan Melayu dengan itu pelabuhan di Singapura semakin
berkembang pesat menjelang tahun 1830. Hal ini terbukti apabila barangan import daripada
Pantai Timur Semenanjung seperti negeri Pahang adalah sangat besar dengan nilai emas yang
dibawa oleh kapal pada tahun 1835 berjumlah $143,840 dolar Sepanyol manakala di Pantai
Barat pula adalah berjumlah $12,000. Bahkan negeri Pahang sendiri mengeluarkan serbuk

16
Ibid
17
Khoo Kay Kim. 1984. Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Hlm 62.
18
Ibid, hlm 62.
yang mempunyai nilai harga pasaran yang tinggi iaitu sebanyak $28 dolar Sepanyol. 19 Nilai
import secara keseluruhan di Semenajung melebihi $300,000 dolar Sepanyol setiap tahun dan
begitu juga dengan nilai eksport yang mendapat banyak keuntungan.20 Jumlah ini terus
meningkat menjelang tahun 1821 dengan jumlah $5 juta manakala pada tahun 1824 nilai
dagangan terus meningkat sebanyak $11 juta dan $18 juta pada tahun 1833.

6.0.3 TERBENTUKNYA DWIEKONOMI

Selepas Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ditandatangani banyak perubahan besar


yang dilakukan atas dasar campur tangan British terhadap ekonomi, sosial dan demografi di
Tanah Melayu. dalam aspek ekonomi, masyarakat umum mengetahui ekonomi yang
dijalankan oleh masyarakat Melayu pada ketika dahulu hanya bersifat sara diri dan bukannya
untuk dikomersialkan. Namun keadaan berubah apabila kemasukan British dan Belanda.

Pada tahun 1840 perusahaan bijih timah semakin berkembang pesat hal ini kerana
kemasukan pedagang daripada China dengan memperkenalkan cara-cara perlombongan oleh
orang Cina contohnya dalam aktiviti perlombongan bijih timah sehingga aktiviti ini muncul
sebagai sebuah aktiviti terpenting dan pengeluarannya secara besar-besaran kerana
mendapat permintaan yang banyak dari negara luar.21 Hal ini terbukti pada tahun berikutnya,
pengeluaran bijih timah sebanyak 7000 tan di Sungai Ujong dan mengikut rekod Belanda
pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu hampir dua ribu tan setiap tahun. 22 Apabila tiba
zaman penjajahan British maka pengeluaran bijih timah semakin berkembang pesat ekoran
penggunaan kapal korek yang dibawa oleh Eropah.23 Manakala untuk pengkomersialan bijih
timah ini pula British telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan serta
dasar-dasar seperti kenakan cukai yang rendah menyebabkan aktiviti perlombongan ini
semakin berkembang pesat dan ekonomi negara juga meningkat dengan mendadak.24

Selain bijih timah, para pemodal daripada Eropah dan China juga turut menanam
modal dalam tanaman seperti gambir dan lada hitam Contohnya pada tahun 1830 penanaman
gambir dan lada hitam ini telah menjadi tanaman yang penting di Singapura kerana
pengeluaran gambir adalah sebanyak 1000 pikul manakala lada hitam pula adalah sebanyak

19
Ibid, hlm 61.
20
Ibid, hlm 62
21
Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd. Hlm 190.
22
Y.B Hassan Bin Ibrahim. 1980. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan.
Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. Hlm 14.
23
Rupert Emerson. 1987. Malaysia: Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak
Langsung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 42.
24
Hj. Abdul Halim bin Ab. Rahman, Ali bin Hamsa dan Halim bin Man. 1991. Malaysia Kita. Kuala
Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia. Hlm 380.
15,000 pikul yang dikeluarkan oleh Singapura. Selain gambir dan lada hitam muncul
penanaman tebu apabila sebanyak 11 buah ladang tebu dibuka dan majoriti ladang tebu ini
dimiliki oleh orang Cina sementara kilang gula dibuka dan diusahakan oleh pedagang dari
Eropah, kemasukan imigran Cina hal ini mendorong pertambahan hasil pegeluaran tanaman.
Oleh hal yang demikian, dengan kemasukan imigran Cina yang ramai maka kerajaan telah
mewujudkan satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Kangcu pada tahun 1844 dengan
tujuan supaya tidak berlaku huru hara dalam kalangan masyarakat seperti yang berlaku di
Perak sebelum ini dan aktiviti ekonomi dapat dijalankan dengan keadaan yang dirancang
tanpa mendapat gangguan daripada mana-mana pihak.

Bukan itu sahaja, getah juga turut dikomersialkan pada ketika itu bagi meningkatkan
lagi ekonomi di Tanah Melayu. Selain dasar tanah yang diperkenalkan oleh British faktor yang
mendorong peningkatan penanaman getah ini juga adalah disebabkan kemasukan buruh
daripada India secara besar-besaran. Hal ini terbukti pada tahun 1908 buruh
India yang berada di ladang-ladang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah seramai 43.515
orang dan jumlah buruh ini meningkat sebanyak 139,480 pada 1918. 25 Oleh itu, dengan
kemasukan buruh daripada luar membawa kepada perkembangan pengeluaran tanaman
getah kerana mempunyai tenaga kerja yang ramai.

6.0.4 PERUBAHAN PERUNDANGAN MILIKAN TANAH

Sebelum ini, milikan tanah terhadap penduduk tempatan adalah berkonsepkan


sesuatu kawasan itu pemilikan tanah adalah berdasarkan pendudukan seseorang ke atas
sesuatu kawasan dan tidak wujud undang-undang yang rumit untuk menduduki sesuatu
kawasan namun setelah kedatangan British ke Tanah Melayu telah merubah struktur milikan
tanah yang mana British telah mengubah undang-undang dengan memperkenalkan Sistem
Pendaftaran Tanah Torrens disemua negeri kecuali di Negeri Negeri Selat. Sistem ini bercirikan
hak milik kekal terhadap tanah yang dimiliki, diwarisi dan dipindah milik tanpa menyekat
penjualan tanah. Jelasnya disini sistem yang diperkenalkan ini telah menggantikan peraturan
penggunaan tanah mengikut undang-undang dan adat Melayu pada ketika itu dengan tujuan
pihak bagi memastikan kepentingan pihak British itu sendiri danperkembangan aktiviti
perladangan dan perlombongan di Tanah Melayu.26

25
Ibid, hlm.385
26
Hamidah Abd Rahman. 2009. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik
Pembangunan Ekonomi dalam Hubungan Etnik. , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm 191.
Bukan itu sahaja, malah kedatangan British turut memperkenalkan pindaan pajakan
pertanian. Contohnya pada tahun 1899, setiap pajakan yang dilakukan akan disemak semula
selepas tiga puluh tahun. Selepas memperkenalkan pajakan pertanian kerajaan British turut
memperuntukan Enakmen Tanah Simpanan untuk orang Melayu khususnya dalam aktiviti
penanaman padi dengan tujuan bagi mengelakkan berlakunya penjualan tanah-tanah
tersebut untuk dijadikan ladang-ladang getah. Berdasarkan dasar-dasar yang dilakukan oleh
British terhadap Tanah Melayu jelaslah bahawa kerajaan British hanya datang ke Tanah
Melayu untuk kepentingan sendiri.

7.0 KESAN PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824 TERHADAP SOSIAL

7.0.1 PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN


Setelah Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ditandatangani berlaku perubahan yang
ketara dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Sebelum campur tangan British corak
pendidikan di Tanah Melayu berkonsepkan keagamaan.27 Namun setelah kedatangan British
ke Tanah Melayu mereka telah mengubah dasar pendidikan baru dengan tujuan untuk
mengawal bumiputera Melayu agar tidak menentang pemerintahan mereka. Contohnya,
British telah menubuhkan beberapa sekolah untuk masyarakat Melayu tetapi mereka hanya
diajar untuk menulis, membaca dan mengira ataupun dikenali sebagai 3M.
Sehubungan dengan itu, British juga menubuhkan sekolah-sekolah Cina dan Tamil.
Sekolah ini ditubuhkan bagi mengekalkan identiti negara bagi sesuatu kaum itu sendiri.
Sebagai bukti, terdapat rekod data yang diperoleh pada tahun 1924 dengan jumlah pelajar
Melayu di sekolah Inggeris iaitu seramai 3,850 ribu orang, bagi pelajar Cina pula adalah
seramai 20,166 ribu orang manakala bagi pelajar India pula seramai 4,613 ribu orang.

7.0.2 PERUBAHAN INFRASTRUKTUR


Sebelum kedatangan British di Tanah Melayu aktiviti pengangkutan hanyalah
menggunakan jalan sungai namun apabila aktiviti perlombongan bijih timah dan aktiviti
perladangan getah semakin berkembang pesat dan mendapat permintaan yang tinggi di
Tanah Melayu maka berlaku penambahbaikan dalam infrastruktur bagi memudahkan proses
penghantaran. Pada tahun 1900 British telah mewujudkan rangkaian kereta api yang
menghubungkan kawasan lombong bijih timah di negeri Perak dan Selangor.

27
Haris Md.Hadi. 1990. Etnik Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm
10.
8.0 PERJANJIAN PANGKOR 1874

8.0.1 ISI KANDUNGAN PERJANJIAN PANGKOR 1874


1. Raja Muda Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
2. Raja Bendahara Ismail Pemangku Sultan dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda
dan menerima pencen serta sebuah daerah kecil diserahkan kepadanya.
3. Semua pembesar yang dilantik semasa pemerintahan Raja Ismail dahulu diiktiraf.
4. Kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri di Larut oleh al-marhum sultan
disahkan.
5. Semua pendapatan yang dikutip dan semua perlantikan adalah dibuat atas nama
Sultan.
6. Sultan menerima dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk Pegawai British yang
bergelar Residen yang diiktiraf di istana dan nasihatnya hendaklah diminta dan diikuti
dalam semua perkara keculai perkara yang menyentuh agama dan adat istiadat
Melayu.
7. Gabenor Larut (Speedy) hendaklah didampingkan sebagai penolong Residen, seorang
pegawai British yang bertindak di bawah Residen Perak dengan kuasa yang sama dan
tertakhluk kepada Residen itu.
8. Kos bagi Residen-residen ini serta kakitangan lain adalah ditentukan oleh Kerajaan
Negeri Selat dan ditanggung dari pendapatan kerajaan Perak.
9. Pendapatan bagi Sultan, Bendahara, Menteri dan pegawai-pegawai lain adalah dibayar
melalui pendapatan negeri Perak.
10. Pungutan dan kawalan semua pendapatan dan pentadbiran am negeri ini ditadbir di
bawah nasihat residen-residen ini.
11. Sempadan Pulau Dinding dan Pangkor yang diserah kepada Inggeris dipindah semula
iaitu dari Bukit Sigari menyusur pantai ke Pulau Katta (Katak) di bahagian Barat, dan
dari Pulau Katak menuju timur laut sejauh lima batu, kemudian ke Utara ke Bukit
Sigari.
12. Sempadan di Sungai Krian juga ditetapkan.
13. Bagi memulihkan keadaan kacau–bilau di Perak dan menegakkan keamanan dan
penyelesaian puak-puak yang berpecah dalam negeri Perak, maka Residen British
bertanggungjawab melakukannya termasuk menguasai lombong-lombong dan
mengambil alih jentera-jentera dan sebagainya.
14. Menteri Larut mengakui berhutang kepada Kerajaan Negeri Selat terhadap
pembayaran ’charge’ dan perbelanjaan menjalankan penyiasatan dan usaha
menyelamatkan negeri Perak dan keselamatan perdagangan.

9.0 FAKTOR TERMETERAINYA PERJANJIAN PANGKOR 1874

9.0.1 PERTELINGKAHAN ANTARA KAUM


Dalam mukaddimah perjanjian ini, ternyata penglibatan British agak munasabah
dengan alasan menjadi kewajipannya kerana sudah terikat dengan persetiaan bagi melindungi
Perak dan membantu raja-rajanya dalam pentadbiran. Alasan kewajipan inilah yang
menjadikan British seolah-olah “berkuasa” dalam sebarang tindakannya di negeri Perak.
Dalam Fasal I, dipersetujui tentang perlantikan Raja Muda Abdullah sebagai Sultan Perak.
Setelah British melantik Raja Muda Abdullah menjadi Sultan Perak dengan berkuatkuasanya
Perjanjian Pangkor yang direncanakan oleh Sir Andrew Clarke itu, dengan kebenaran Sultan
Abdullah sendiri, Andrew Clarke bertindak memecat Raja Ismail yang menjadi sultan ketika
itu.
Di samping itu, perjanjian ini turut memberi hak kepada Residen British untuk
menguasai lombong-lombong dan mengambil alih jentera bagi memulihkan kacau bilau di
Perak. British kononnya menjadi orang tengah di antara 20 pemimpin Cina yang
berkepentingan di Larut dengan menguasai ‘lombong yang diduduki’ dan cara-cara urusniaga.
Pemimpin-pemimpin Cina ini turut menyetujui aturan mengenai bekalan air ke lombong
tertakhluk kepada perintah yang dikeluarkan oleh Residen yang berpejabat di Perak dan Larut.
Dengan persetujuan ini, bermakna orang Cina ini tidak mahu Menteri Larut memerintah
mereka lagi. Penguasaan ke atas lombong-lombong dan jentera ini pula pastinya memberikan
faedah ekonomi yang besar kepada British. Pada bulan April 1874, Frank Swettenham dan
Residen Birch telah menemui Kapten Speedy di Larut untuk meninjau sendiri keadaan
perlombongan bijih timah dan kemudian menukar nama Kelian Pauh kepada Taiping dan
Kelian Baru kepada Kemunting.28

Walaupun pandangan umum sehingga kini menjelaskan kemerosotan dan perpecahan


yang berlaku adalah berpunca daripada sistem politik yang lemah dan kejahatan pemerintah
Melayu, namun pandangan kolonial tersebut telah menimbulkan perdebatan dan dikritik oleh
sesetengah pengkaji. Terdapat beberapa pengkaji sejarah yang berpendapat ketidakstabilan

28
J. F McNair. 1878. Perak and the Malays: Sarong and Kris. Kuala Lumpur: Oxford University
Press. Hlm 362
dan perpecahan yang berlaku di Perak pada kurun ke-19, khususnya yang berkisar kepada
persengketaan politik yang berlaku pada tahun 1870-an, adalah lebih berpunca bukannya
daripada konflik yang melibatkan pemerintah tempatan tetapi lebih disebabkan oleh
manipulasi politik yang dimainkan oleh pihak-pihak luar seperti British dan golongan kapitalis
Eropah-Cina di Negeri-negeri Selat.29

9.0.2 PIHAK BRITISH INGIN MENGUASAI PEMERINTAHAN PERAK


Tindakan ini membuktikan betapa pengaruh British itu mula meresap dalam politik
negeri Perak, walhal telah ada adat istiadat yang menentukan kedudukan sultan dan orang-
orang besar di negeri itu. Pengiktirafan sultan yang baru ini membolahkan British meneruskan
rancangannya untuk “menasihati” sultan dalam hal ehwal negerinya, dengan memerangkap
sultan Abdullah bagi menerima sistem Residen British serta peraturan-peraturan baru yang
kebanyakkannya bercanggah dengan nilai-nilai tradisi atau adat istiadat Melayu ketika itu.
Sementara itu, aspek kuasa sultan pula disentuh dalam Fasal V yang mengkehendaki
pendapatan yang dikutip dan semua perlantikan adalah dibuat atas nama sultan. Sebaliknya,
kandungan fasal ini sebenarnya telah memberikan kuasa kepada pihak British untuk
melibatkan diri dalam ekonomi dan politik negeri Perak. Misalnya tindakan Birch yang
meletakkan keturunan British yang dilantik kononnya sebagai wakil sultan untuk memungut
cukai. Malah tindakan Birch ini turut diluluskan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andew
Clarke. Ini bermakna, sesiapa yang memungut cukai yang bukan keturunan British akan
dikenakan denda. Ternyata sekali tindakan British ini bertujuan untuk mengambil alih hak
memungut cukai daripada tangan sultan dan para pembesar Melayu melalui pegawai-pegawai
British yang dilantik di atas nama sultan.30

9.0.3 MENGAUT KEUNTUNGAN DI PERAK


Sebab utama Perjanjian Pangkor ditandangani tentunya berkaitan dengan kepentingan
ekonomi British. Bahkan British pastinya tidak akan berminat menguasai Perak jika negeri
Perak tidak mempunyai sumber alam yang amat diperlukan dalam sektor ekonomi British
khasnya bijih timah. Melalui fasal ke-X perjanjian ini, pungutan dan kawalan semua
pendapatan dan pentadbiran am negeri akan ditadbir di bawah nasihat Residen British.
Sebelum ini, para pembesar negeri yang menguasai sistem ekonomi termasuk pungutan cukai

29
Azmi Arifin. 2012. Perak Disturbances 1871-1875: British Colonialism, The Chinese Secret Societies
and the Malay Rulers. Kuala Lumpur: Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic
Studies, Vol. 39. Hlm. 6.

30
Frank Swettenham. 1907. British Malaya: An Account of the Origin and Progress of British
Influence in Malaya, London: J Lane, The Bodley Head. Hlm 23-25.
bijih timah dan hasil mahsul. J.W.W Birch yang dilantik sebagai Residen pertama di Perak iaitu
pada bulan November 1874, mengkehendaki semua cukai dikutip oleh pegawai kerajaan
negeri atau pegawai Eropah. Beliau tidak membenarkan cukai dalam negeri dipungut oleh
sultan dan orang-orang besar di Perak seperti yang dijalankan sebelumnya, dan akan
menghukum sesiapa sahaja yang melanggar peraturan ini. Tujuannya ialah untuk
memperbaiki keadaan kewangan, menjelaskan hutang-piutang negeri dan membayar gaji
pegawai-pegawai termasuklah gaji residen walaupun pada hakikatnya Birch sebenarnya cuba
untuk mengambil alih hak atau kuasa memungut cukai daripada tangan Sultan dan para
pembesar Melayu. Buktinya, pada pertengahan bulan Disember, Birch telah membakar rumah
Raja Ngah, Tengku Panglima Besar yang juga sepupu bekas Sultan Ismail di Bidor, disebabkan
Raja Ngah mengutip cukai pelombong di situ. Birch turut membatalkan pajak hasil Kuala
Sungai Perak yang telah dibuat oleh Sultan Abdullah dengan seorang saudagar Cina. Malah
Birch kemudiannya bertindak menghapuskan cukai bijih timah Batang Padang yang sebelum
itu dinikmati oleh Sultan, Laksamana dan pembesar lain, sebaliknya Birch gantikan pula
dengan royalti $9/- bagi setiap bahara yang bijih yang dipungut di Kuala Perak. 31

Pada 3 Febuari pula, Birch meminta Sultan Abdullah menandatangani pengistiharan


masa residen memungut semua cukai di suatu tempat manakala pada 24 Julai 1875,
pengistiharan penyerahan kuasa berkaitan pungutan cukai akhirnya ditandatangani oleh
Sultan Abdullah. Dengan itu, kuasa memungut cukai di Perak telah diambil alih oleh Residen
British.

10.0 KESAN TERMETRAINYA PERJANJIAN PANGKOR 1874 TERHADAP POLITIK

10.0.1 CAMPURTANGAN PEMERINTAHAN KEPADA SISTEM RESIDEN


Perkembangan politik di Perak kurun ke-19 bolehlah dianggap sebagai satu isu yang
menarik kerana Perak merupakan negeri Melayu pertama yang menerima campurtangan
British secara langsung apabila sistem Residen British mula diperkenalkan selepas
termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Keadaan ini secara tidak langsung
telah menyebabkan sejarah dan perkembangan politik di Perak kurun ke-19 menjadi antara
salah satu topik sejarah yang mendapat perhatian meluas dan kerap dibincangkan oleh
sarjana Barat mahupun tempatan. Tumpuan kajian atau penulisan penulis-penulis sebelum ini

31
W. G Maxwell. 1988. Treaties and Engagement affecting the Malay States and Borneo, London: JAS
Truscott & Son Ltd. Hlm 44-19.
adalah lebih berkisar mengenai keadaan di Perak antara tahun 1871-76 iaitu ketika berlakunya
suatu peristiwa yang diperlihatkan sebagai konflik ‘perebutan takhta’ antara raja-raja Melayu
Perak sehingga mendorong kepada ketidakstabilan politik dan campurtangan asing dalam
negeri tersebut.

Peruntukan terpenting dalam Perjanjian Pangkor ini tentunya berkenaan dengan


perlantikan Residen, yang termaktub dalam Fasal ke-VI. Peruntukan ini memerlukan Sultan
Perak menerima perlantikan seorang Residen British yang akan menasihati sultan dalam
semua aspek pentadbiran kecuali dalam hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam dan
adat istiadat Melayu. Ini bermakna, pemerintahan negeri yang disusun oleh British ini
dilaksanakan oleh raja yang bertindak mengikut nasihat Residen yang bukan
bertanggungjawab kepada baginda tetapi kepada gabenor. Residen serta kakitangannya akan
mentadbir segala pendapatan, merangka serta menyusun polisi dan undang-undang negeri
Perak yang akan dijalankan dalam pelbagai aspek. Semua pentadbiran negeri termasuk
pungutan dan kawalan cukai pula akan dijalankan di atas nama sultan, tetapi disusun dan
diatur menurut nasihat residen.

Sementara itu, gaji dan elaun sara hidup Residen akan dibayar oleh sultan dan
bukannya oleh kerajaan British. Melalui sistem ini, pihak British boleh berkuasa ke atas negeri-
negeri Melayu tanpa menanggung bebanan belanja tambahan dan tanggungjawab
sepenuhnya seperti yang dilakukan di Negeri-Negeri Selat. Justeru, kos pentadbiran British
boleh dijimatkan di samping dapat mengaut segala kekayaan hasil bumi Perak ketika itu untuk
membangunkan negara mereka sendiri. Perubahan Politik tersebut melalui pentadbiran British
bertujuan mewujudkan keamanan dan ketenteraman demi menjamin keutuhan dan
kelancaran pentadbirannya. Perlantikan Residen menyebabkan berlakunya perubahan penting
dalam pentadbiran di negari-negeri Melayu. Residen bertanggungjawab memulih, menjaga
dan mengekalkan keamanan dalam negeri melalui pengenalan perlembagaan undang-undang
dan peraturan yang baik dan berkesan. Perebutan takhta dalam kalangan kerabat,
persengketaan kongsi gelap dan lanun dapat dihentikan. Residen juga bertanggungjawab
merintis peraturan, merangka dasar dan mengamalkan pentadbiran negeri dan daerah. Sultan
dinasihati oleh Residen di peringkat negeri dan di peringkat daerah, perlantikan Pemungut
Cukai atau Majiistret (Pegawai Daerah) telah dilaksanakan bagi menggantikan pembesar
dalam pentadbiran peringkat daerah.
10.0.2 WUJUD KEPELBAGAIAN DALAM SETIAP PENTADBIRAN
Bagi mengemaskini pentadbiran yang sedia ada dan menambahkan kecekapan dalam
pentadbiran, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri telah dibentuk di bawah Perlembagaan Sistem
Residen. Contohnya 1887 Sir Hugh Low membentuk Majlis Mesyuarat Negeri di Perak dan di
Selangor pada tahun 1878. Majlis Mesyuarat Negeri menggantikan Majlis Sultan. Anggota
Ahli Mesyuarat Negeri terdiri daripada Sultan sebagai Presiden Majlis, Residen sebagai
Penasihat Sultan, Penolong Residen, pembesar sebagai ahli tidak rasmi, dua atau tiga orang
wakil orang-orang Cina dan Inggeris sebagai ahli tidak rasmi. Majlis ini berperanan
membincangkan semua perkara berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial sesebuah
negeri. Fungsi majlis ini ialah sebagai badan penasihat sultan, merangka perlembagaan
negeri, menggubal dan meluluskan undang-undang, menyusun pungutan cukai, mengurus
dan menetapkan gaji pegawai-pegawai Melayu dan Mahkamah Rayuan Tertinggi serta
meluluskan hukuman bunuh. 32

Kestabilan politik membolehkan British membawa masuk buruh asing demi


kepentingan ekonomi penjajah. Setiap negeri dibahagikan kepada daerah-daerah tertentu
yang diketuai oleh seorang pemungut cukai atau majistret. Kemudian ditukar nama kepada
Pegawai Daerah. Pembahagian daerah ini menyebabkan wujudnya sempadan geografi yang
jelas antara negeri-negeri Melayu. Bagi melicinkan pentadbiran peringkat daerah , beberapa
Jabatan Kerajaan British diwujudkan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan
Kesihatan Perubatan di bawah pengelolaan pegawai Eropah. Mahkamah Majistrret juga
diwujudkan dan diketuai oleh Pegawai Daerah bagi mengadili semua masalah berdasarkan
undang-undang Barat.

Di bawah Sistem Residen, pentadbiran negeri yang baru, setiap daerah dibahagikan
kepada beberapa unit pentadbiran yang lebih kecil dikenali sebagai mukim yang diketuai oleh
seorang penghulu dan peringkat yang paling bawah ialah kampung yang dikenali sebagai
ketua kampung. Kapitan Cina dilantik bagi menjaga kepentingan orang Cina dan Penghulu
Dagang dilantik bagi memelihara kepentingan masyarakat di Kepulauan Melayu. Sultan dan
pembesar kehilangan kuasa dalam pemerintahan, sebaliknya Residen yang berkuasa
menjalankan pentadbiran di negeri dan Pegawai Daerah di daerah. Contohnya pentadbiran
British mempengaruhi perlantikan Sultan Yusoff di Perak. Dengan itu, Sistem pentadbiran di

32 Andaya Barbara Watson dan Andaya Leonard Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan
Publisher (M) Sdn. Bhd. Hlm. 41-43.
Negeri-negeri Melayu yang bercorak tradisional telah digantikan dengan sistem birokrasi
Barat.

11.0 KESAN TERMETRAINYA PERJANJIAN PANGKOR 1874 TERHADAP EKONOMI

11.0.1 KUTIPAN CUKAI


Dapat dilihat dalam fasa 8 dan 10 dalam surat perjanjian. Sebab utama Perjanjian
Pangkor ditandangani tentunya berkaitan dengan kepentingan ekonomi British. British
pastinya tidak akan berminat menguasai Perak jika negeri Perak tidak mempunyai sumber
alam yang amat diperlukan dalam sektor ekonomi British khasnya bijih timah. Melalui fasal
ke-10 perjanjian ini, pungutan dan kawalan semua pendapatan dan pentadbiran am negeri
akan ditadbir di bawah nasihat Residen British. Isi perjanjian versi melayu:

“Kutipan Cukai tidak lagi boleh pembesar-pembesar Melayu tempatan. Residen


British akan bertanggungjawab untuk mengutip dan mengawal semua kutipan cukai dan
perbelanjaan wang cukai”

Fasa ini adalah berkaitan dengan pengaruh British melalui Residen sebagai badan
pemerintah di atas kuasa Sultan. Misalnya J.W.W Birch dilantik sbg residen pertama di Perak.
Birch mengkehendaki semua cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri atau pegawai Eropah.
Beliau tidak membenarkan cukai dalam negeri dipungut oleh sultan dan orang-orang besar di
Perak seperti yang dijalankan sebelumnya, dan akan menghukum sesiapa sahaja yang
melanggar peraturan ini. Buktinya, pada pertengahan bulan Disember, Birch telah membakar
rumah Raja Ngah, Tengku Panglima Besar yang juga sepupu bekas Sultan Ismail di Bidor,
disebabkan Raja Ngah mengutip cukai pelombong di situ.

Birch turut membatalkan pajak hasil Kuala Sungai Perak yang telah dibuat oleh Sultan
Abdullah dengan seorang saudagar Cina. Ternyata sekali tindakan British ini bertujuan untuk
mengambil alih hak memungut cukai daripada tangan sultan dan para pembesar Melayu
melalui pegawai-pegawai British yang dilantik di atas nama sultan. Kesannya pembesar tidak
lagi mempunyai kuasa untuk memungut cukai di kawasan mereka. Pengenalan itu telah
mengetepikan tradisi para pembesar dalam urusan kutipan cukai dan menguasai hasil-hasil
bumi di kawasan mereka. Pembesar hanya diberikan pencen bulanan oleh kerajaan negeri.
Hal ini telah bertentangan degan amalan orang Melayu.33

11.0.2 PENGENALAN CUKAI BAHARU


Selain itu, Birch juga bertindak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani
perisytiharan Residen memungut cukai di suatu tempat. Birch mula memperkenalkan cukai
tambahan kepada orang Melayu iaitu cukai kelamin tetapi diberi pengecualian kepada Sultan
Abdullah, Sultan Ismail, kerabat diraja, pesuruhjaya dan penolong pesuruh jaya bagi Ratu
Inggeris, pengawal pesuruhjaya, ahli pasukan polis, Orang Besar Empat, Lapan, Enam belas
dan juga pelombong cina. Hal ini jelas memperlihatkan penindasan British terhadap orang
Melayu, malah setiap tongkang akan dikenakan cukai tahunan. Barang yang dibawa masuk
dan di bawa keluar juga dikenakan cukai sebanyak 10% daripada barangan yang dimiliki.
Pendaftaran dan pernomboran perahu serta pendaftaran dan pengecapan sagor dikenakan
bayaran sebanyak 10 sen. Segala pembayaran akan dilakukan kepada penghulu dan penghulu
akan dibayar 1/10 daripada jumlah yang dikenakan ke atas pengingkar yang dilaporkan
kepada mereka.

Pengenalan pelbagai cukai-cukai baru menyebabkan rakyat tidak puas hati dan
menjadi satu bebanan kepada rakyat. Dibebani dengan pelbagai cukai cth Birch telah
memperkenalkan cukai pajak, candu, arak, judi, permit balak, perahu, senjata, padi, dan
memotong atap malah telah ditambah lagi dengan cukai pertanian dan penternakan. Sebelum
perjanjian Pangkor dan pengenalan sistem residen, rakyat hanya perlu membayar 1/10
daripada hasil pendapatan yang diperolehi kepada pembesar, keadaan ini telah menjejaskan
pendapatan rakyat. Perlu mendapatkan kebenaran British apabila mahu membuka tanah
melalui pengenalan cukai pertanian, hal ini menambahkan kesulitan dan kemarahan rakyat.34

11.0.3 PERLOMBONGAN
Seterusnya selepas British memonopoli dan menguasai perusahaan bijih timah dan
menguasai pasaran timah telah mengakibatkan buruh asing dari kaum India di bawa masuk
bagi mengerjakan lombong bijih timah. Pada abad ke-19, berlaku kejatuhan harga timah yang
akhirnya menyebabkan masalah kekurangan imigran Cina dan menyebabkan buruh semakin

33
M.A Fawzi Basri. 1986. Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Perak: Yayasan Perak. Hlm. 2-6.

34
Haji Buyong Adil. 1975. Penentangan terhadap Penjajah British Abad ke 15-19. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 17.
kurang dari kalangan buruh Cina. Penganiayaan yang berlaku ke atas imigran Cina oleh pihak
British ini juga menyebabkan imigran Cina semakin hari semakin berkurangan.

Perjanjian ini turut memberi hak kepada Residen British untuk menguasai lombong-
lombong dan mengambil alih jentera bagi memulihkan kacau bilau di Perak. British kononnya
menjadi orang tengah di antara 20 pemimpin Cina yang berkepentingan di Larut dengan
menguasai ‘lombong yang diduduki’ dan cara-cara urusniaga. Pemimpin-pemimpin Cina ini
turut menyetujui aturan mengenai bekalan air ke lombong tertakhluk kepada perintah yang
dikeluarkan oleh Residen yang berpejabat di Perak dan Larut. Dengan persetujuan ini,
bermakna orang Cina ini tidak mahu Menteri Larut memerintah mereka lagi.Penguasaan ke
atas lombong-lombong dan jentera ini pula pastinya memberikan faedah ekonomi yang besar
kepada British.

11.0.4 TANAMAN GETAH


Pada tahun 1900 hingga tahun 1941 telah muncul tanaman baru yang diperkenalkan
oleh British seperti tanaman getah dan kelapa sawit. Permintaan yang tinggi terhadap getah
bermula selepas berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah. Bagi memenuhi permintaan ini,
tanaman getah diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu. Pada awalnya, getah
ditanam di halaman rumah Residen British Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai
tanaman hiasan. Usaha ke arah perkembangan perusahaan getah telah dijalankan oleh Henry
N. Ridley apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun
1888. Antara usaha penting yang telah dibuat oleh Ridley termasuklah meyakinkan para
peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran serta mengagihkan benih
getah secara percuma. Henry Ridley seterusnya berjaya menemui cara penorehan getah yang
sesuai iaitu sistem menoreh secara ibidem atau seperti bentuk tulang ikan hering, yang tidak
merosakkan pokok. Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,
tayar basikal, dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah dan menyebabkan
harga getah melambung tinggi. Akhirnya perusahaan getah menjadi perusahaan yang penting
di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1909, getah telah ditanam hampir keseluruhan Tanah
Melayu berjumlah kira-kira 190 000 hektar.35

35
Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm
33-37.
11.0.5 PERUBAHAN EKONOMI
Selain perubahan politik, pelaksanaan Sistem Residen juga membawa perubahan dan
kemajuan dalam aspek ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Pembangunan ekonomi
berkembang pesat kerana Residen bertanggungjawab memajukan sumber ekonomi seperti
perusahaan bijih timah dan pertanian. Antara pertanian dagangan yang diperkenalkan ialah
getah oleh Sir Hugh Low 1877. Pada tahun 1888 H.N.Ridley, memperkenalkan kaedah torehan
getah iaitu sistem Tulang Ikan Hering. Penanaman kopi juga diperkenalkan di Perak dan
Selangor. Residen mewujudkan satu sistem pungutan cukai dan hasil dalam negeri. Pembesar
daerah tidak boleh mengutip cukai. Cukai diurus oleh pemungut cukai atau majistret. Ini turut
memperkenalkan dasar tanah yang lebih liberal membolehkan pembukaan lombong bijih dan
kawasan pertanian. Kerajaan mendapat sumber hasil daripada cukai. Contohnya, pada tahun
1890 W.E. Maxwell, Residen British di Selangor telah memperkenalkan peraturan tanah.

Memperkenalkan dasar ekonomi kapitalis dan sistem kewangan moden seperti


penubuhan Chartered Bank 1875 di Taiping dan Kuala Lumpur. Pinjaman wang menggalakkan
pelaburan di sektor ekonomi komersil. Contohnya, pemodal British semakin banyak membuka
lombong di Lembah Kinta. Perkembangan pesat sektor perlombongan bijih timah berkait rapat
dengan kemajuan dalam sistem pengangkutan. Ini menyebabkan Undang-undang buruh yang
longgar telah menggalakkan kemasukan buruh asing bekerja di sektor perlombongan dan
pertanian dagangan. 36

12.0 KESAN TERMETRAINYA PERJANJIAN PANGKOR 1874 TERHADAP SOSIAL

12.0.1 PERUBAHAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR


Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini biasanya dibangunkan di kawasan-kawasan
perlombongan dan persekitarannya. Antara infrastruktur yang disediakan oleh pihak British
untuk kesenangan bersama ialah pembinaan jalan raya, landasan kereta api, hospital dan
juga kemudahan asas yang lain seperti lampu dan bekalan air paip. Jalan raya merupakan
sistem perhubungan terawal yang dibina oleh pihak British. Jalan raya yang dibina ini
sebenarnya menghubungkan kawasan-kawasan yang menuju ke kawasan-kawasan
perlombongan dan juga perladangan. Selain itu, pada tahun 1885, landasan kereta api yang
pertama telah dibuka di Larut antara Port Weld (Kuala Sepetang) dan juga Taiping. Manakala

36
R. J Wilkinson. 1923. A History of the Peninsular Malays with the Chapters on Perak and
Selangor. Singapore: Kelly & Walsh. Hlm 77.
Ipoh dan Teluk Anson (Teluk Intan) pula dihubungkan dengan kereta api pada tahun 1910.
Ini jelas menunjukkan pembangunan yang dibuat oleh pemerintah British sebenarnya adalah
untuk memudahkan eksport bijih timah ke Britain, untuk menguatkan kedudukan Britain di
mata dunia.37

12.0.2 KEMASUKAN IMIGRAN DAN PELABUR LUAR


Perak kaya dengan hasil bumi bijih timah, menyebabkan kekayaannya itu kuasa British
tertarik. Setelah menguasai Perak, British ingin menggunakan sepenuhnya bahan-bahan
mentah itu bagi mencari keuntungan bagi British. Kemajuan dalam perusahaan bijih timah di
Perak setelah British bertapak amat mengagumkan dan perak muncul sebagai negeri
pengeksport bijih timah. British telah menggalakkan pelabur-pelabur melabur di
Perak.Wujudnya berbagai institusi utk memenuhi keperluan di atas.Contohnya pembangunan
sistem Ekonomi kolonial seperti Sime Darby. Pada tahun 1882 sebuah syarikat Perancis telah
membuka lombong bijih timah di jajahan kinta, Perak. Hal ini juga telah menggalakkan
kemasukan ramai buruh asing terutamanya Cina dan India. Oleh itu, Sistem Residen yang
diperkenalkan telah membawa kepada pertambahan penduduk yang pesat di negeri-negeri
Melayu. Pelaksanaan dasar buruh yang longgar dan galakan British menyebabkan imigran
Cina dan India secara beramai-ramai datang ke Tanah Melayu. Kedatangan imigran ini
menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Sistem perhambaan dan
buruh paksa juga turut dihapuskan oleh Sir Hugh Low di Perak pada tahun 1884.38

37
Frank Swettenham. 1983. About Perak. Singapore: National University of Singapore Library.
Hlm 16-17.
38
Tregonning K.G. 1962. Malayan History. Singapore: Malaya Publishing House Ltd. Hlm. 56.
13.0 KESIMPULAN

Perjanjian Inggeris Belanda ini membawa keuntungan bagi kedua-dua pihak kerana
pembahagian kawasan, wilayah dan perdagangan yang lebih jelas. Perdagangan kedua-dua
pihak semakin maju dan dapat mengelakkan perebutan kawasan yang berlaku sebelumnya.
Perkembangan kuasa politik dan ekonomi dikaitkan dengan usaha penjajah untuk menguasai
kepentingan ekonomi dan politik di Tanah Melayu. Hal ini jelas menunjukkan pengaruh
kolonialisme kerana perjanjian ini termeterai tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu Melayu
dan tiada lagi unsur persahabatan. Setiap perkara yang berlaku selepas perjanjian ini menjadi
titik tolak kepada pembentukan negara moden Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia dan
Indonesia. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 ini tidak dinafikan
sebagai satu usaha yang dapat mengamankan negeri Perak, memulihkan kekacauan di Larut
dan menyelesaikan sengketa politik di negeri Perak. Namun begitu, pada hakikatnya
perjanjian ini hanyalah sebuah alat yang memberikan kuasa dan hak kepada British untuk
melibatkan diri dalam politik, sosial dan ekonomi negeri Perak dan seterusnya Negeri-negeri
Melayu yang lain demi kepentingan British itu sendiri. Melalui perjanjian-perjanjian ini
menyebabkan bermulanya campur tangan secara menyeluruh pihak Inggeris di Tanah Melayu
dan telah mengubah, terutamanya ekonomi di Tanah Melayu sehingga ke hari ini.
RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Hj. Ismail. 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraandan Politik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Zakaria. (1984-1985). Kemunculan Keluarga Pemerintah Baru Dalam


KerajaanTanah Melayu 1600-1900-Satu Kajian Awal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Alfred P. Rubin. 1974. The International Personality of The Malay Peninsular. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Andaya Barbara Watson dan Andaya Leonard Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:
Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd.

Anthony Ried .1963. The Contest of Nort Sumatra Acheh: The Natherland and Britain 1858-
1898. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Azmi Arifin. 2012. Perak Disturbances 1871-1875: British Colonialism, The Chinese Secret
Societies and the Malay Rulers. Kuala Lumpur: Jebat: Malaysian Journal of History,
Politics and Strategic Studies, Vol. 39.

D.G.Hall. 1981. A History of South-East Asia (Fourth Edition). London: the Macmillan Press
Ltd.

Frank Swettenham. 1907. British Malaya: An Account of the Origin and Progress of British
Influence in Malaya, London: J Lane, The Bodley Head.

Frank Swettenham. 1983. About Perak. Singapore: National University of Singapore Library.

Graham Irwin. 1986. Borneo Abad Kesembilan Belas. Selangor: Malindoi Printer Sdn. Bhd.

Haji Buyong Adil. 1975. Penentangan terhadap Penjajah British Abad ke 15-19. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hj. Abdul Halim bin Ab. Rahman, Ali bin Hamsa dan Halim bin Man. 1991. Malaysia Kita.
Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia.

Hamidah Abd Rahman. 2009. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik
Pembangunan Ekonomi dalam Hubungan Etnik. , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Haris Md.Hadi. 1990. Etnik Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

J. F McNair. 1878. Perak and the Malays: Sarong and Kris. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.

Joginder Singh Jessy .1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Khoo Kay Kim. 1984. Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875. Selangor: Fajar Bakti
Sdn Bhd.

M.A Fawzi Basri. 1986. Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Perak: Yayasan Perak.

Mokhtar Hj Shamsuddin. 1980. Hari ini dalam Sejarah Jilid 1. Perjanjian Pangkor
Ditandatangani. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1863). Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd.

Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

R. J Wilkinson. 1923. A History of the Peninsular Malays with the Chapters on Perak and
Selangor. Singapore: Kelly & Walsh.

Rupert Emerson. 1987. Malaysia: Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak
Langsung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tan Ding Eing, 1975, Oxford Progressive History: A Portrait of Malaysia and Singapura.
Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Tregonning K.G. 1962. Malayan History. Singapore: Malaya Publishing House Ltd.

W. G Maxwell. 1988. Treaties and Engagement affecting the Malay States and Borneo,
London: JAS Truscott & Son Ltd.

Y.B Hassan Bin Ibrahim. 1980. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar
Pembangunan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Anda mungkin juga menyukai