Anda di halaman 1dari 11

Soalan 1 – 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pada papan iklan itu tertulis “Belilah Sijil Simpanan Premium untuk Menjamin Masa Depan
____________.”
A kamu
B kami
C anda
D awak

2 Faiz bercakap ______________ lantang dan penuh bersemangat _______________ mesyuarat


agung semalam.
A hingga … dalam
B dengan … dalam
C hingga … di
D dengan … di

Soalan 3 dan 4 berdasarkan gambar di bawah.

3 Mira _________________ adunan yang telah siap dibancuh dengan senduk.


A menuang
B mencurah
C meletak
D menyenduk
4 Mira menggunakan ________________ yang diperbuat daripada tembaga.
A acuan
B talam
C periuk
D bekas

5 Danial terpesona melihat sepasang burung merak yang _____________ di Zoo Negara.
A lawa
B cantik
C anggun
D jelita

6 Pilih mana-mana yang awak suka ____________ awak ingin yang mahal ______________ yang
murah.
A waima … ataupun
B biarpun … mahupun
C sungguhpun … namun
D bukan sahaja … malahan juga

7 Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _________________ sauh yang berat itu di muara
sungai.
A menghulurkan
B melontarkan
C meletakkan
D melabuhkan

8 Anjing liar itu ______________________ seketul tulang yang dijumpai di belakang sebuah gerai.
A memakan
B mencengkam
C menggonggong
D menyepit

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.


9 Pak Abu berdiri ______________ gerai duriannya sambil menunggu pelanggan tiba.
A di belakang
B di penjuru
` C di depan
D di tepi

10 Husna merupakan murid yang ____________________ dipanggil oleh guru untuk diuji.
A lima
B kelima
C berlima
D kelima-lima

11 “Bawalah bertenang dan _____________ menangis lagi,” kata ibu kepada Ani.
A usah
B sila
C harap
D tolong

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Pak Jamal memikul _______________ pisang yang baru ditebang di kebunnya.


A sebiji
B sesisir
C sesikat
D setandan
13 Haziqah membeli se______________ jagung bakar di pasar malam.
A tongkol
B batang
C ketul
D kaki

14 Kerja-kerja _____________ sungai itu sedang giat dijalankan oleh kontraktor itu.
A memperdalam
B mendalam
C mendalami
D memperdalamkan

15 Para pelajar Kolej MARA Seremban berasa sungguh megah apabila berjaya menawan
__________________ Gunung Kinabalu.
A penjuru
B puncak
C bawah
D sisi

16 Dahi Fikri kelihatan _____________ memikirkan masalah yang menimpa dirinya.


A bergaris-garis
B bergerak-gerak
C berkerut-kerut
D berdenyut-denyut

17 Novel “Seindah Sakura” yang saya baca _____________________ tebal tetapi _________________
menarik jalan ceritanya.
A sekali … nian
B terlalu … amat
C paling … benar
D terlalu … betul

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.


18 Bahagian hadapan kereta itu __________________ kerana terlanggar sebatang pokok kelapa.
A remuk
B kemik
C hancur
D lekuk

19 Cikgu Yanti menegur murid-murid yang berjalan __________________ menyebabkan mereka


lewat masuk ke kelas.
A bagai keli kena ketuk
B bagai itik pulang petang
C bagai disalak anjing bertuah
D bagai sibuta mendapat tongkat

20 Setelah masa semakin suntuk, barulah Izzati hendak mengulang kaji pelajaran.
Pilih perkataan seerti bagi suntuk.
A cepat
B pendek
C singkat
D perlahan

21 Jentera itu sedang menggali lubang untuk membuat longkang.


Pilih perkataan berlawan bagi menggali.
A mengaut
B mengorek
C menampal
D menimbus

Soalan 22 – 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22 I Kereta Proton Preve itu adalah kereta abang.


II Pemuda kerdil itu ialah bapa saudara saya.
III Surat itu adalah untuk kakaknya di luar Negara.
IV Fakta yang dikemukakan Hafizi ialah tidak benar.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan IV

23 I Air bah itu paras pinggang saya.


II Ibu meletakkan periuk itu di atas paras kayu.
III Peragawati itu mempunyai paras rupa yang menawan.
IV Penghulu mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.

A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Mengapakah Nizam tidak datang untuk aktiviti kokurikulum semalam?


A Ya, Nizam tidak datang kerana demam.
B Nizam tidak datang kerana demam.
C Nizam kerap tidak datang ke sekolah.
D Sudah tiga hari Nizam tidak datang ke sekolah.

Soalan 25 berdasarkan gambar di bawah.


25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

A Bilakan awak akan dibenarkan menyertai lawatan itu?


B Siapakah yang tidak membenarkan awak menyertai lawatan itu?
C Siapakan yang tidak membenarkan saya menyertai lawatan itu?
D Mengapakah ibu tidak membenarkan awak menyertai lawatan itu?

Soalan 26 – 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 Kakak melarang Siti bermain di tepi kolam itu.


A “Siti, larang adik itu bermain di tepi kolam,” kata kakak.
B “Siti, bahaya bermain di tepi kolam,” jerit kakaknya.
C “Jangan bermain di tepi kolam,” jerit Siti kepada kakak.
D “Usah bermain di tepi kolam,” kata kakak kepada Siti.
27 Pasukan Harimau Muda memukau penonton dengan permainan yang menarik.
A Para penonton tertarik oleh permainan pasukan Harimau Muda.
B Permainan yang menarik oleh pasukan Harimau Muda memukau penonton.
C Pasukan Harimau Muda menarik penonton dengan permainan memukau.
D Permainan memukau pasukan Harimau Muda menarik penonton.

Soalan 28 – 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

28 A Ah, kamu rupa-rupanya!


B Aduhai, sakitnya kakiku ini!
C Eh, bagaimana keadaannya!
D Wah, cantiknya burung merak itu!

29 I Kek coklat itu suka saya makan.


II Baju kurung itu dijahit kakaknya.
III Buku itu ibu susun di atas meja.
IV Tikar itu Mak Kiah anyam semalam.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

30 I Penghawa dingin di makmal komputer itu rosak.


II Dia lupa akan janji temunya dengan doktor pakar semalam.
III Pekerja pasar raya menyimpan daging itu di bilik dingin beku.
IV Afiqah mendapat hadiah sehelai mini telekung berwarna biru.
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

9.00 pagi
Ayah dan Pak Ngah masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa orang jiran dan
penduduk kampung turut berada di situ untuk sama-sama membantu. Ibu dan kakak sibuk
menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Aku dan Farid sedang mencuba-cuba mikrofon yang
disewa daripada Persatuan Belia Taman Setia.

9.45 pagi
Nasi minyak dan nasi putih serta lauk-pauk sudah siap dimasak. Lagu “Selamat Pengantin Baru”
mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin pakaiannya. Pak Ngah
mengarahkan aku dan anaknya, Farid mengemaskan, menyusun dan mengelap kerusi meja di
khemah tetamu.

10.15 pagi
Sanak saudara terdekat mula tiba. Ada antara mereka yang membawa hadiah untuk Abang
Long. Pada masa yang sama, dua puluh orang anggota kumpulan kompang Sri Cahaya tiba.
Ketibaan mereka memang kami nanti-nantikan. Mereka bersedia untuk menyambut
rombongan pengantin.

11.30 pagi
Para tetamu sudah memenuhi keempat-empat buah khemah yang telah disediakan. Ayah ke
hulu dan ke hilir melayan saudara mara, sahabat handai dan para jemputan. Ayah kelihatan
agak kekok dan gementar. Aku, Farid dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk
menghidangkan makanan.

12.00 tengah hari


Rombongan pengantin perempuan tiba. Pasangan pengantin disambut dengan paluan
kompang dan aksi pencak silat turut mengalu-alukan ketibaan “Raja Sehari” itu. Pasangan ini
kemudiannya diiringi ke khemah untuk menikmati hidangan yang disediakan.
31 Apakah yang mungkin dilakukan oleh ayah dan Pak Ngah pada pukul 9.00 pagi?
A Melayan tetamu
B Mendirikan khemah
C Memasak lauk pauk
D Mencuci pinggan mangkuk

32 Berpandukan petikan di atas, siapakah Farid?


A Adik penulis
B Abang penulis
C Kawan penulis
D Sepupu penulis

33 Di manakah majlis kenduri kahwin tersebut diadakan?


A Di rumah Pak Ngah
B Di rumah keluarga pengantin lelaki
C Di Taman Setia
D Di rumah keluarga pengantin perempuan

34 Perkataan kekok dalam petikan di atas bermaksud


A janggal
B malu
C segan
D risau

35 Yang berikut benar tentang petikan di atas, kecuali


A rombongan pengantin tiba pada pukul 12.00 tengah hari.
B hidangan lauk-pauk dimasak oleh ibu dan kakak penulis.
C para jemputan terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.
D majlis tersebut turut diserikan oleh pasukan kompang Sri Cahaya.

Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Cikgu Amir ketawa melihat hadiah yang diterima oleh Cikgu Izyan. Cikgu Izyan tidak
menghiraukan lalu mengambil sepucuk surat yang terjatuh di atas bingkai gambar.

“Eh, tadi Cikgu Amir ketawa! Kenapa Cikgu Izyan menangis pula?” Cikgu Arifin
kehairanan lalu mencapai surat yang dibaca Cikgu Izyan. Cikgu Arifin yang selesai membaca
surat itu merenungi hadiah yang terletak bersebelahan dengan sehelai tudung sutera. “Oh,
inilah hadiah yang paling murni! Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik daripada hadiah yang
mahal-mahal tu jika untuk bermuka-muka.”

Cikgu Halimah juga turut terharu apabila membaca surat itu. “Cikgu Izyan…,” kata Guru
Besar. “Terimalah hadiah yang ikhlas dan jujur daripada murid cikgu tu. Saya rasa kita patut
membantunya.”

“Khairul murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya. Dia memang miskin,
tetapi ibunya sangat bertanggungjawab. Pakaian sekolahnya sentiasa bersih. Ayahnya pula
kurang sihat. Khairul tu, faham pula dengan keadaan hidupnya. Sepulang dari sekolah, dia ke
kebun yang sekangkang kera di belakang rumah”.

“Oh, kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita!” kata Cikgu Halimah.
“Saya ingin jadikan dia anak angkat saya, cikgu.” Cikgu Halimah merenung Cikgu Izyan sambil
tersenyum. “Hm, memang baik begitu! Sempena Hari Guru pada tahun ini sepatutnya ada
sesuatu kebaikan yang kita lakukan,” syor Cikgu Halimah.

“Insya-Allah, cikgu. Kami juga akan menuruti jejak Cikgu Izyan,” ujar Cikgu Arifin. “Cikgu
Izyan, maafkan saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi,” kata Cikgu Amir. Cikgu Izyan
tersenyum sambil memandang terung dan kacang panjang yang diterimanya.
Hari itu, Cikgu Izyan pulang dengan suatu tekad. Beliau akan membantu persekolahan
Khairul.
36 Apakah hadiah yang diberikan oleh Khairul kepada Cikgu Izyan?
A Bingkai gambar
B Tudung sutera
C Kad ucapan
D Terung dan kacang panjang

37 Mengapakah Cikgu Izyan menangis?


A Khairul menjadi anak angkat Cikgu Halimah
B Terharu menerima hadiah daripada Khairul
C Tersinggung dengan sikap Cikgu Arifin
D Gembira akan keprihatinan Guru Besar terhadap muridnya

38 Khairul dan keluarganya menampung hidup dengan


A bantuan daripada Guru Besar dan pihak sekolah
B bantuan daripada keluarga angkatnya
C pendapatan ibunya sebagai pencuci pakaian
D hasil bercucuk tanam

39 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan di atas


A Ayah Khairul sedang sakit
B Cikgu Izyan pernah melawat rumah Khairul
C Guru Besar mengambil Khairul sebagai anak angkatnya
D Cikgu Amir memohon maaf daripada Cikgu Izyan

40 Maksud frasa suatu tekad dalam petikan ialah


A bercita-cita
B hanya satu keazaman
C berhasrat tinggi
D senang hati

Anda mungkin juga menyukai