Kisah Luqman
Kisah Luqman
Kisah Luqman
Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang
arif lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Mari mari marilah
Dengarkan kisah ini oh kawan
Kisah Luqman al-Hakim
Semoga mendapat pedoman
Rakan-rakan sekalian,
Luqman al-Hakim merupakan seorang lelaki biasa yang tinggal di sebuah perkampungan
terpencil pada zaman Nabi Daud. Luqman al-Hakim bermaksud Luqman yang bijaksana.
Kepintaran beliau disebut di dalam al-Quran, surah Luqman ayat ke-12
Kawan-kawan tahu tak, Luqman al-Hakim juga merupakan seorang yang pakar dalam
mendidik anak-anaknya. Sebagai ayah, pastinya pendidikan wajib yang perlu diterapkan
dalam jiwa anak-anak ialah mengenai keesaan Allah. Sebagaimana nasihat Luqman al-Hakim
pada anaknya
َ ظ ۡل ٌم
يمٞ ع ِظ ُ َٱّللِ إِ َّن ٱلش ِۡر َك ل
ِۖ َّ ي ََل ت ُ ۡش ِر ۡك ِب
َّ ََٰيَبُن
Maksudnya :
Wahai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu
kezaliman yang zalim.
Surah Luqman, ayat 13.
Benar kawan-kawan. Perbuatan syirik merupakan ancaman terbesar buat ummat pada masa
kini. Lihat saja di laman sosial seperti facebook dan whatsapp. Begitu ramai yang
mempercayai ramalan-ramalan karut dan dengan bangganya berkongsi dengan umum. Tak
kurang juga yang mempercayai nasib baik atau malang dengan hanya menyebarkan mesej-
mesej berantai kepada orang ramai. Janganlah kita turut melakukannya ya kawan-kawan.
Pesanan Luqman penuh bijaksana
wasiat ditinggalkan bukannya harta
Hormat dan taat kedua ibu bapa
Tanpa mereka siapalah kita
َّ ي أَقِ ِم ٱل
َ صلَ َٰوة َّ ََٰيَبُن
Wahai anakku, dirikanlah solat
Demikian pesanan Luqman yang terkandung pada ayat 17 surah Luqman.
Solat
Tunaikanlah walau kau penat
Tekunlah dalam tiap rakaat
Kesempurnaannya mampu mencegah maksiat
Moga sentiasa dilimpahi berkat
Moga hidup dipenuhi rahmat
Lihat dunia sekarang kawan. Lihat di sekeliling kita. Maksiat berleluasa, murka Allah dimana-
mana. Manusia tanpa segan dan malu malah penuh bangga menukar jantina. fahaman
liberal makin menular dan berleluasa. Bersama-sama kita menjaga iman agar tidak mudah
terpesong.
Kawan-kawan,
Hebatkan insan bernama Luqman ini? Marilah kita sama-sama berusaha mendekatkan diri
dengan Allah supaya kita juga mampu menurut jejak langkah Luqman al-Hakim.
Setakat ini dahulu cerita saya pada pagi ini. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan
sempadan. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Ma’as salaamah wa ilal liqa’.
Assalaamualaikum.