Anda di halaman 1dari 3

Assalaamualaikum pembuka bicara,

Salam dihulur penuh makna,


Selamat datang kepada semua,
Sudilah dengarkan cerita saya.
Terima kasih pengacara majlis. Yang dihormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga
masa, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang saya akan sampaikan pada pagi
ini ialah ‘Raja Namrud yang sombong’.
Raja Namrud merupakan seorang raja yang amat zalim dan sombong. Pada zaman
pemerintahan baginda, Allah telah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk menyampaikan wahyu
dan ajaran Islam kepada umatnya yang merupakan rakyat Raja Namrud.

‫صد ِٗيقا نَّ ِبيًّا‬ ِ َ ‫َو ۡٱذ ُك ۡر فِي ۡٱل ِك َٰت‬


َ َۚ ‫ب إِ ۡب َٰ َر ِه‬
ِ َ‫يم إِنَّ ۥهُ َكان‬
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam kitab (al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim,
sesungguhnya Dia adalah seorang yang amat benar dan seorang Nabi.
Surah Ibrahim, ayat 41.

Pastinya Raja Namrud berasa amat marah kerana selama ini baginda menganggap dirinya
sebagai Tuhan dan mewajibkan rakyatnya untuk menyembah baginda.
Sangatlah angkuh si Raja Namrud
Menganggap dirinya sebagai Tuhan
Nabi Ibrahim dihina dicaci
Diburu ke sana jua ke mari
Nyawanya tergadai dakwahnya tergugat
Demi Islam dikuatkan hatinya
Begitulah rintangan yang perlu dihadapi oleh pejuang Islam pada masa kini. Lihat saja di
kaca televisen. Saban hari kita disajikan dengan penderitaan rakyat Palestin dan Syria yang
sentiasa dihujani bedilan pelru. Maka kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan kemanan
yang dikecapi di negara kita dan berusaha untuk menambahkan amal ibadah kita.
Hadirin sekalian,
Pada suatu hari, berlakulah perdebatan yang hebat di mana Nabi Ibrahim telah mencabar
Raja Namrud untuk membuktikan kekuasaannya. Namun Raja Namrud telah gagal.

‫ٱَّللُ ۡٱل ُم ۡل َك‬


َّ ُ‫أَلَ ۡم ت َ َر ِإلَى ٱلَّذِي َحا ٓ َّج ِإ ۡب َٰ َر ِهۧ َم فِي َربِ ِ ٓۦه أ َ ۡن َءات َ َٰىه‬
Maksudnya: tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang
berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya.
Surah al-Baqarah ayat 258.
Gejala facebook jadi kewajipan
Segala hak dan batil jadi paparan
Usah biar diri dilalaikan
Sampaikan dakwah saham kebaikan

Hadirin sekalian,
Usaha dakwah Nabi Ibrahim diteruskan. Semasa Raja Namrud dan pengikutnya sedang
berpesta, baginda Nabi Ibrahim secara senyap-senyap telah memusnahkan semua berhala
sembahan kaumnya kecuali sebuah berhala yang besar dan menggantungkan kapak yang
digunakannya di berhala tersebut.

َ‫فَ َج َعلَ ُه ۡم ُج َٰذَذًا ِإ ََّّل َك ِب ٗيرا لَّ ُه ۡم لَ َعلَّ ُه ۡم ِإلَ ۡي ِه َي ۡر ِجعُون‬


Lalu ia memecahkannya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar, supaya
mereka kembali kepadanya.
Baginda raja amatlah murka
Melihat berhala tiada lagi
Pada Nabi Ibrahim tuduhan nyata
Makin membara dendam di hati
Syaitan mula menghantui raja
diperintahkan Nabi dibakar api
Kuasa Allah atasi segalanya
Api menjadi dingin selamatlah Nabi

Dunia tanpa sempadan, era tanpa batasan. Begitulah mudahnya ajaran sesat dan dakyah
palsu menular dan mempengaruhi ummah pada masa kini. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
berhati-hati dalam memilih dan menapis setiap maklumat yang diterima.

Kejamnya Namrud pada Ibrahim


Nabi ditangkap hendak dibunuh
Kuasa Allah lebihlah besar
Nabi dibantu tentera nyamuk

Ya kawan-kawan, dengan izin Allah tentera nyamuk telah menghalang tentera Namrud
daripada membunuh Nabi Ibrahim.

‫ع ِلي ًما َح ِك ٗيما‬ َۚ ِ ‫ت َو ۡٱۡل َ ۡر‬


َّ َ‫ض َو َكان‬
َ ُ‫ٱَّلل‬ ِ ‫س َٰ َم َٰ َو‬
َّ ‫َو ِ ََّّللِ ُجنُودُ ٱل‬
Padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Surah al-fath, ayat 4
Wahai rakan dan juga taulan,
Sikap Namrud bukan ikutan,
Zalim dan kejam bukan ikutan,
Dijauhi orang tiada kawan.

Allah swt telah menurunkan pelbagai azab sebagai ingatan kepada manusia yang semakin
leka kepada PenciptaNya. Lihat saja tsunami yang berlaku di Palu baru-baru ini. Masya Allah,
sangat hebat kuasa Allah mengaturkan segalanya.

Demikianlah kisah penentangan Raja Namrud terhadap dakwah Nabi Ibrahim. Dapat kita
lihat betapa besarnya semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan tingginya pergantungan
baginda kepada Allah swt. Semoga kita juga tidak mudah putus asa dalam meneruskan
perjuangan dakwah untuk agama Allah. Bak kata pepatah kalau hendak seribu daya, tak nak
seribu dalih.
Ma’as salamah wa ilal liqa’.

Anda mungkin juga menyukai