Anda di halaman 1dari 2

KODALY

Kodaly telah menyarankan kepada guru muzik untuk menggunakan lagu - lagu yang berasaskan
Bahasa ibunda kanak - kanak dalam sesuatu nyanyian. Bagi beliau, kemahiran ini diperoleh melalui
pengalaman aural dan ingatan visual. Para guru boleh memberikan beberapa latihan literasi muzik
melalui latihan membaca, mendengar dan menulis. Enam tahap nyanian solfa disarankan untuk
digunakna dalam mencipta lagu menggunakan Bahasa yang sesuai. Enam tahap nyanyian berikut
adalah:

• So mi
• So mi la
• So mi la do
• So mi la do re
• So mi la do re fa
• So mi la do re fa ti

Tahap perkembangan kanak - kanak perlu diambil kira semasa guru merancang aktiviti agar
penyampaian pengajaran dapat disampaikan dan kanak - kanak dapat mengikut aktiviti - aktiviti
dilaksanakan. Antara aktiviti - aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah:

1. Nyanyian solfa
2. Isyarat tangan
3. Gerakan tangan
4. Bermain gelas muzikal yang berisi air bewarna

Nyanyian Solfa
Kaedah Kodaly menekankan bahawa nyanyian adalah penting dalam pembelajaran muzik.
Berdasarkan kaedah ini, nyanyian solfa sesuai diperkenalkan kepada kanak - kanak untuk dipelajari
kerana hal ini membantu kanak - kanak untuk mempelajari nama notasi, sebutan, ketepatan pic dan
ritma dalam lagu yang akan diperkenalkan. (Choksy dan Kodaly, 1981; Coksy 1990): Campbell &
Scott-Kassner, 2014)

Isyarat Tangan
Curwen (1816-1880) telah memperkenalkan isyarat tangan solfa yang digunakan untuk
melambangkan tinggi atau rendah sesuatu pic dalam sesebuah lagu. Hal ini dapat meningkatkan
keberkesanan pembelajaran nyanyian solfa yang diperkenalkan oleh Kodaly (Simon, 1973; Rainbow,
1990; McGuire. 2009).
Gambar menunjukkan kaedah isyarat tangan yang digunakan bagi kaedah Kodaly.

Gerakan Badan
Gerakn Badan merupakan salah satu inovasi di dalam aktiviti pembelajaran muzik yang
menggunakan kaedah Kodaly. Kaedah ini mempunyai beberapa aras yang mempunyai maksud yang
tersendiri. Aras yang dimaksudkan adalah menunjukkan tinggi atau rendah sesuatu pic.

Bermain Gelas Muzikal Yang Berisi Air Bewarna


Tinggi atau rendah sesuatu pic ditunjukkan melalui gelas yang diisi dengan kuantiti yang berbeza.
Setiap gelas turut mempunyai warna yang berbeza. Kuantiti dan warna boleh dibezakan mengikuti
solfa. Setiap gelas diisi dengan enam warna yang berbeza mengikut warna pelangi. Ini dapat
digunakan bagi melatih sebutan, ketepatan pic dan ritma kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai