Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,

31150 HULU KINTA


PERAK DARUL RIDZUAN

PENANDA WACANA
MOHD FATHUL KHAIR BIN MOHD DAHLAN
MOHAMAD SAUFI BIN ARIS@MOHD ARIS
MOHD NAJIB BIN IBRAHIM
MUHAMMAD SYAMSURI BIN OMAR
ZULHILMI BIN NOH
MUHAMMAD NAJIB BIN HASSAN BASRI
MUHAMMAD NUR HASIF BIN MOHD PADZIL
MOHAMAD AZRUL EFFENDI BIN SAMSUDDIN
J3[BM-PJ/PSV]
DEFINISI
• Penanda wacana ialah perkataan
ataupun rangkaian perkataan yang
berfungsi mempertalikan sesuatu
idea, hujah, dan pandangan
seseorang semasa menulis ataupun
berucap.
(http://galusbm1.blogspot.com)
SAMBUNGAN
• Penanda wacana juga diertikan sebagai
mewujudkan kesinambungan antara ayat dan frasa.

Abdullah Hassan (2008)

• Penanda wacana dapat mewujudkan pertautan


atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan
yang lain sehingga membentuk kesatuan.

Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin (2008)


JENIS-JENIS PENANDA
WACANA
• Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin(2008),
Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Abdullah
Hassan (2008) menyatakan:

Penanda wacana mempunyai lima jenis:

I. Penanda leksikal
II. Penanda rujukan
III.Penanda penghubung
IV.Penanda penggantian
V. Penanda elipsis atau pengguguran
PENANDA LEKSIKAL
• Melibatkan pertautan antara perkataan atau
frasa secara semantik.
• Melibatkan unsur pengulangan kata.
• Pengulangan kata terlibat ialah pengulangan
sama, sinonim, hiponim dan kolokasi.
PENGULANGAN SAMA
• Setiap kata diulang secara penuh tanpa
melakukan sebarang perubahan.

contoh:

Ibu amat menyayangi Haziq.


Kami juga amat menyayanginya.
PENGULANGAN SINONIM
• Merujuk kepada pengulangan kata yang
mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

contoh:

Suatu ketika dahulu, wanita itu amat


dikaguminya.
Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagai
perempuan murahan.
PENGULANGAN HIPONIM
• Disebut sebagai pengulangan yang melibatkan
hubungan antara makna khusus dan makna yang
umum, iaitu makna yang merangkumi makna
yang khusus.

contoh:

Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta


dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan, BMW,
Toyota dan Volvo.
PENGULANGAN KOLOKASI
• Melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang
saling berkait dengan sesuatu topik, idea, situasi
dan konteks.
• Lazimnya melibatkan hubungan leksikal
selingkungan.

contoh:

Keluarga Encik Razif baru berpindah rumah.


Mereka membeli katil, meja dan kerusi baharu.
PENANDA RUJUKAN
• Melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri
dan ganti nama tunjuk.

contoh:

1. Ganti nama diri


Aku, Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur.
Kami bertolak pada pukul empat petang.
PENANDA RUJUKAN
2. Ganti nama tunjuk
Di manakah awak tinggal?
Saya tinggal di sana.
PENANDA PENGHUBUNG
• Berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur
linguistik yang terdapat dalam sesebuah
wacana.
• Terdiri daripada penghubung tambahan,
tentangan, musabab, dan tempoh.
PENGHUBUNG TAMBAHAN
• Penghubung yang memberikan maklumat
tambahan terhadap sesuatu perkara yang
diperkatakan sebelumnya.
• Antara contoh penghubung ini ialah dan,
malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di
samping itu dan selanjutnya.
• Contoh ayat:
Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah
syarikat penyiaran benar-benar memberi
pengalaman kepadanya kerana sering
diberikan tugasan di luar bandar malahan, dia
juga berpeluang melawat negara-negara luar
seperti England, Sepanyol dan India untuk
menjayakan rancangan dokumentari itu.
PENGHUBUNG TENTANGAN
• Penghubung yang menunjukkan pertentangan
maklumat antara suatu ayat yang baru
diperkatakan dengan ayat sebelumnya.
• Antara contoh penghubung ini ialah tetapi,
sebaliknya, namun dan walau
bagaimanapun.
• Contoh ayat:
Masalah gejala pembuangan bayi yang
berlaku dalam kalangan remaja kini bukanlah
kerana mereka terlanjur. Sebaliknya,
kebodohan yang menyelubungi diri
menyebabkan mereka bertindak sedemikian.
PENGHUBUNG MUSABAB
• Penanda yang merupakan sebab berlakunya
sesuatu.
• Antara contoh penghubung ini ialah kerana,
oleh sebab dan oleh itu.

• Contoh ayat:
Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia
perlu menyiapkan tugasannya secepat
mungkin.
PENGHUBUNG TEMPOH
• Penanda penghubung yang menunjukkan
urutan masa atau siri berlakunya sesuatu
perkara.
• Antara contoh penghubung ini ialah pertama,
kedua, ketiga, kemudian, selanjutnya dan
sebagainya.
• Contoh ayat:
Pada peringkat awal perjalanan, ramai dalam
kalangan ahli kami yang kepenatan.
Kemudian, kami berhenti rehat untuk jangka
waktu yang panjang dan selepas itu, kami
teruskan perjalanan. Akhirnya, berbekalkan
semangat juang yang tinggi, kami berjaya
sampai ke Kuala Kangsar tepat jam 1.30
petang.
PENANDA PENGGANTIAN
• Terdiri daripada penanda penggantian
nominal, verbal dan klausa.
• Penggantian Nominal – penggantian yang
dilakukan terhadap KN atau FN.
• Penggantian Verbal – melibatkan penggantian
terhadap KK atau FK.
• Penggantian Klausa – penggantian sebahagian
daripada ayat.
ELISIS
• Melibatkan pengguguran kata atau frasa yang
telah dinyatakandalam ayat sebelumnya.
• Pengguguran kata atau frasa melibatkan
maklumat yang telah diketahui oleh pembaca
atau pendengar berdasarkan konteksnya.

• Contoh ayat:
Lelaki itu kelihatan resah.
Tidak tahu arah mana yang harus ditujuinya.