Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan kepentingan mempelajari ilmu leksikografi dalam kajian makna.

Leksikografi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji cara pembuatan kamus. Definisi kamus yang
diberikan oleh Ibrahim (2002) dalam laman wikipedia bahasa Melayu ialah sejenis buku rujukan yang
menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan
baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, asal
(etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Bagi menguatkan lagi
pemahaman pelajar, penyusun kamus juga memasukan elemen-elemen ilustrasi di dalam kamus.

Menurut Zgusta , kamus merupakan buku yang mengandungi senarai item leksikal seperti kata, frasa atau
istilah tertentu yang lazimnya disusun mengikut abjad , memberi keterangan sebutan, ejaan, etimologi ,
makna, bentuk penggunaan kata, bahagian-bahagian pertuturan atau data-data tatabahasa.

Kamus merupakan saranan penting sebagai sumber rujukan dapat meningkatkan konsentrasi pada data
leksikal secara tepat ; Pemakaian kamus dan kamus istilah sebagai sumber rujukan akan membangkitkan
percaya diri. Penggunaan kamus juga dapat membantu para siswa dalam menghadapi kata-kata yang sulit
dimengerti serta membantu menyingkapi makna kata.

SUMBER :

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari. 2009. Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.