Anda di halaman 1dari 9

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PPG

TAJUK 4 MENTAKSIR BAHASA LISAN 6 JAM

4.0 SINOPSIS

Tajuk ini menghuraikan tentang kemahiran lisan, bahasa reseptif dan bahasa ekspresif, cara
pentaksiran bahasa lisan, dan intervensi. (Unit ini merupakan Tajuk 6 dalam proforma PKU
3106 Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas)

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan komponen-komponen dalam bahasa lisan


2. Menjelaskan jenis bahasa reseptif dan bahasa ekspresif
3. Mengenal pasti masalah dalam kemahiran lisan
4. Membanding beza kaedah pentaksiran bahasa iaitu penilaian orang lain,
pemerhatian, sampel bahasa, dan pengujian tidak formal.

4.2 KERANGKA KANDUNGAN

Cara Komponen
Cara Komponen
pentaksiran bahasa
pentaksiran bahasa
lisan
lisan

PENTAKSIRAN
PENTAKSIRAN
KEMAHIRAN
KEMAHIRAN
MENULIS Bahasa
Masalah MENULIS Bahasa
Masalah reseptif dan
bahasa reseptif dan
bahasa bahasa
reseptif bahasa
reseptif ekspresif
dan ekspresif
dan
bahasa
bahasa
ekspresif
ekspresif

Rajah 1 : Ringkasan Rangka kursus

16
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PPG

4.4 KANDUNGAN

4.4.1 PENDAHULUAN

Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya
melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini
bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan
bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai
kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah
pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau
dikatakan sebagai bisu.

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan
pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu
proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan
(artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia.
Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk
pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya
akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat
menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai,
kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang
dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi
membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah
menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir
dalam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan
lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi.

4.4.2 KOMPONEN-KOMPONEN BAHASA LISAN

Bahasa terdiri daripada beberapa komponen. Terdapat tiga komponen asas bahasa iaitu
bentuk (fonologi, morfologi, sintaksis), Kandungan (semantik) , dan penggunaan
(pragmatik). Setiap komponen ini mempunyai sistem dan peraturan tersendiri.

i. Bentuk

Fonologi

17
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PPG

Fonologi merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan peraturan-peraturan


bagi menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan. Apabila kita menyebut perkataan-
perkataan, kita dapat membezakan bunyi di antara perkataan tersebut dan seterusnya pula
membezakan maknanya. Misalnya perkataan ”pin” dan ”tin”, perbezaan bunyi utama
adalah pada awal perkataan-perkataan tersebut. Walaupun perkataan-perkaaan ini
berbeza hanya pada satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini menghasilkan dua
perkataan dan masing-masing mempunyai makna yang berbeza.

Morfologi

Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata atau bidang yang mengkaji proses
pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas (morfem). Morfem adalah
adalah kesatuan (unit) tatabahasa yang terkecil yang mempunyai erti dalam struktur
sesuatu bahasa. Morfem terdiri darpada morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem bebas (kata akar) adalah morfem yang tanpa bantuan dari morfem lain sudah dapat
berdiri sebagai perkataan. Manakala morfem terikat (imbuhan) pula adalah morfem yang
hanya memberi erti setelah diimbuhkan dengan morfem lain. Morfem terikat tidak dapat
berdiri sebagai perkataan. Misalnya perkataan berlari, ber- adalah morfem terikat dan ia
memerlukan lari untuk membentuk perkataan berlari. Di sini lari adalah morfem bebas dan
ia boleh berdiri dengan sendiri sebagai perkataan tanpa bantuan morfem lain.

Sintaksis atau ayat

Sintaksis adalah unsur terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sintaksis boleh terbina
daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa, perkataan, dan morfem.
Sintaksis juga merupakan satu bentuk pengucapan yang didahului dan diakhiri dengan
kesenyapan serta mengandungi fikiran yang sempurna.

ii. Kandungan

Komponen kandungan terdiri daripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara
perkataan-perkataan digunakan secara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya
semantik melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem
yang bergabung akan membentuk perkataan, dan perkataan digunakan untuk mewakili
benda, konsep, pengalaman dan sebagainya.

iii. Pragmatik (Penggunaan)

18
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PPG

Bahasa digunakan atas sebab-sebab yang tertentu yang khusus dan tanpa sebab-sebab
ini tidak ada makna kita berbahasa. Jadi kita berbahasa adalah untuk mencapai matlamat
komunikasi dan juga fungsi sosial. Aspek bahasa inilah yang dikatakan sebagai pragmatik,
dan Bates (1976) mengatakan bahawa pragmatik adalah sebagai peraturan menggunakan
bahasa dalam konteks. Manakala Prutting (1982) pula menganggap pragmatik sebagai
kecekapan sosial.

Wood (1982) menyatakan bahawa aspek pragmatik bahasa termasuklah:

i. menyampaikan mesej yang dikehendaki secara lisan dan bukan lisan dalam
interaksi komunikasi secara memilih kandungan, bentuk, dan gerak badan yang
bersesuaian dengan konteks dan situasi,
ii. mengembangkan kemahiran berbahasa untuk perkembangan kemahiran
interpersonal, kreativiti, dan pembentukan tingkah laku.

4.4.3 BAHASA RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF

Bahasa terdiri daripada bahasa penerimaan (receptive) dan bahasa pelahiran (expressive)
yang terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan. Bahasa penerimaan merupakan keupayaan
memahami input komunikasi bahasa sama ada dalam bentuk percakapan ataupun
penulisan. Penguasaan bahasa yang tinggi, misalnya mempunyai perbendaharaan kata
yang banyak akan memudahkan pemahaman seseorang tentang perkara yang didengar
ataupun dibacanya. Sebaliknya, bahasa pelahiran merupakan bentuk bahasa yang
dipertuturkan atau ditulis. Bagi kedua-dua jenis bahasa ini, selain perlu mempunyai
perbendaharaan kata yang banyak, seseorang itu perlu juga menguasai aspek bahasa yang
lain seperti tatabahasa, bentuk bahasa, semantik, dan juga pragmatik.

Bahasa penerimaan dan bahasa pelahiran merupakan aspek penting dalam komunikasi
lisan sebagai mana yang digambarkan dalam model komunikasi di bawah.

19
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PPG

Model Proses Komunikasi

Idea A B Idea

(pengirim) (penerima)
(penutur) (pendengar)

BERTUTUR gelombang MENDENGAR


bunyi

Kem. menyampaikan Kem. mentafsir


mesej (ekspresif) mesej (reseptif)

MENULIS gelombang MEMBACA


cahaya

4.4.4 MASALAH BAHASA RESPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF

Masalah bahasa lisan juga ditunjukkan melalui bahasa penerimaan dan bahasa pelahiran.
Seorang guru yang peka akan dapat mengesan masalah bahasa penerimaan dan bahasa
pelahiran pelajarnya melalui pemerhatian sewaktu aktiviti pembelajaran dalam kelas, aktiviti
luar kelas, ketika bermain, dan sebagainya. Kedua-dua kemahiran ini perlu dikuasai secara
seiring supaya seseorang kanak-kanak itu berupaya berinteraksi secara lisan dengan baik.
Berikut adalah beberapa tingkah laku yang menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah
bahasa penerimaan dan pelahiran.

Individu yang menghadapi masalah bahasa penerimaan menghadapi masalah memahami


percakapan atau bacaan. Mereka akan menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti berikut;

i. bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan


ii. mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati
iii. kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi (blank) ketika orang lain
bercakap dengannya
iv. sukar memahami konsep yang abstrak

20
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PPG

v. mudah tertarik dengan bunyi-bunyi luaran ketika bercakap dengannya


vi. ada masalah dengan perkataan banyak makna
vii. bermasalah mengenal hubungan perkataan dengan idea
viii. kerap memberi jawapan yang tidak sesuai
ix. sukar mempelajari makna perkataan baru
x. bermasalah dalam urutan peristiwa (cth: hari dalam seminggu)
xi. Kerap mengulangi soalan daripada memberi jawapan kepada soalan
itu

Begitu juga dengan masalah bahasa pelahiran. Individu yang menghadapi masalah bahasa
pelahiran juga akan menunjukkan ciri-ciri tingkah laku berikut;

i. seorang pendiam
ii. tidak mengambil bahagian dalam perbincangan kelas
iii. kerap salah menggunakan perkataan
iv. menggunakan perkataan dengan susunan yang salah dalam ayat
v. lesu dan tidak bersemangat ketika bercakap
vi. banyak menggunakan gerakan fizikal daripada ekspresi verbal
vii. tidak dapat mencari perkataan-perkataan untuk penerangan dalam perbualan
atau menulis
viii. sentiasa menggunakan ayat-ayat pendek
ix. berjalan-jalan bila diajukan soalan atau mendengar cerita
x. menggunakan perkataan secara berlebihan untuk menjelaskan idea yang konkrit
xi. gagal memahami petunjuk (kiu) yang menandakan dia perlu berhenti bercakap
xii. sangat sukar mengingat

Pendekatan interaktif atau komunikatif sangat berkesan untuk membantu kanak-kanak yang
menghadapi masalah bahasa pelahiran atau bahasa penerimaan. Kanak-kanak ini perlu
digalakkan berinteraksi sesama rakan sebaya mereka, dengan guru, dan ibu bapa dalam
pelbagai situasi seperti ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, ketika
melakukan aktiviti luar kelas seperti lawatan, permainan, dan sebagainya.,

4.4.5 CARA MENTAKSIR BAHASA LISAN

Apabila kita hendak mentaksir kemahiran lisan seseorang murid pada peringkat sekolah
rendah, terlebih dahulu perlu diuji tahap kemahiran kemahiran mendengar dan bertutur
mereka kerana kedua-dua kemahiran ini adalah tunjang kepada kemahiran lisan. Ujian ini
boleh dilaksanakan secara tidak formal atau secara formal. Manakala pada peringkat yang
lebih tinggi kedua-dua kemahiran ini boleh dijalankan serentak dan dalam bentuk formal.

1. Menilai kemahiran mendengar

Penilaian kemahiran mendengar bukan hanya untuk menilai kemahiran mendengar sahaja
tetapi juga adalah untuk menguji kefahaman mereka. Ujian kemahiran mendengar dapat
dijalankan dalam berbagai-bagai cara. Bagi peringkat rendah, ujian mendengar hanya
tertumpu kepada kemahiran mendengar dan melaksanakan arahan. Manakala bagi
peringkat menengah pula lebih tertumpu kepada aspek pemahaman.

21
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PPG

Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilasanakan di peringkat rfendah adalah seperti;

i. mendengar dan mengenal objek dengan perkataan

ii. memaham maksud ayat

iii. melaksanakan arahan

iv. mengengar dan mengecam bunyi

v. mendengar untuk mendiskriminasi butiran

vi. mendengar dan memadan, dan sebagainya.

Contoh ujian mendengar;

Kemahiran: Mendengar dan membezakan bunyi

Isi: Mengenal pasti jenis kenderaan berdasarkan bunyi

Bahan: Rakaman bunyi beberapa kenderaan, beberapa kenderaan mainan

Prosedur: 1. Murid mendengar bunyi kenderaan tertentu ( siren kereta poli, siren bomba
dll)
2. Murid memilih kenderaan yang difikirkan bersesuaian dengan bunyinya

3. Guru merekodkan jawapan murid

2. Menlai kemahiran bertutur

Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kemahiran bertutur muridnya
adalah seperti berikut;

i. bertutur berdasarkan gambar

ii. bercerita berdasarkan gambar bersiri

iii. mendengar dan bercakap

iv. bercerita peristiwa yang dialami

v. menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.

Guru akan mencatatkan masalah murid semasa mereka bercakap atau bercerita. Guru
boleh merakamkan pertuturan murid dan membuat penilaian kemudiannya dengan lebih
teliti.

22
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PPG

3. Menilai kemahiran lisan sekolah menengah

Bagi pelajar sekolah menengah, ujian lisan bukan hanya melibatkan sebutan, intonasi,
kelancaran, dan sebagainya, namun kemahiran-kemahiran mendengar dan bertutur dibuat
serentak dan melibatkan pemahaman. Ujian dibuat secara formal, misalnya Ujian Lisan
Bahasa Melayu peringkat PMR dan SPM. Ujian lisan peringkat tinggi boleh juga dibuat
secara tidak formal.

Antara aspek yang dinilai dalam ujian lisan peringkat tinggi ini adalah;

i. bacaan nyaring/mekanis yang dinilai dari segi sebutan, kelancaran, keteloran, intonasi,
dan kefasihan.

ii. menjawab soalan kefahaman secara lisan (berdasarkan artikel yang dibaca secara
nyaring sebelumnya)

iii. Perbualan mengikut tajuk yang dijalankan secara perbualan, bersoal jawab atau
berbincang.

Menjalankan uijian lisan kepada murid berkeperluan khas adalah sukar kerana susah untuk
menarik perhatian mereka dan juga mengekalkan tumpuan mereka terhadap ujian tersebut.
Oleh itu ujian perlu diubah suai supaya lebih menarik dan tidak begitu menekankan sangat
soal masa. Maknanya ujian boleh dibuat secara tidak formal mengikut kesediaan murid.

Kesemua jenis ujian di atas boleh dibuat dalam berbagai-bagai cara. Antaranya adalah

i. Penilaian orang lain

Melalui kaedah ini, guru boleh mengumpul maklumat tentang tahap kemahiran lisan
muridnya berdasarkan maklumat yang diberi oleh orang lain seperti rakan sekelas, guru
mata pelajaran, ibu bapa dan sebagainya. Maklumat yang dikumpul akan dapat memberi
gambaran awal kemahiran lisan murid kepada guru.

ii. Pemerhatian

Tahap kemahiran lisan murid boleh juga didapati melalui pemerhatian. Pemerhatian boleh
dilakukan secara tidak formal seperti di kantin, semasa melakukan aktiviti di dalam kelas,
aktiviti luar kelas seperti lawatan, dan sebagainya. Pemerhatian yang dibuat secara formal
memerlukan borang senarai semak atau catatan anekdot. Pemerhatian boleh dibuat
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, di kantin dan sebagainya
mengikut objektif penilaian yang hendak dilaksanakan itu.

iii. Sampel bahasa

Apakah yang dimaksudkan dengan sampel bahasa? Sampel bahasa bermaksud guru
mengambil satu contoh (sampel) pertuturan murid untuk dinilai. Misalnya guru merakamkan
perbualan muridnya untuk dibuat penelitian selepas itu. Bagi seseorang yang hendak
mengkaji dialek kelantan misalnya, dia boleh merakamkan percakapan responden dalam

23
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PPG

dialek kelantan. Selepas itu dia akan membuat transkripsi fonetik bagi setiap patah
perkataan yang dituturkan dan kemudiannya membuat analisis mengikut objektif kajiannya.

4.5 KESIPMPULAN

Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses


mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang
didengar dan seterusnya bercakap. Kemahiran lisan yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
terdiri daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Keupayaan bahasa lisan kanak-kanak dapat dilihat berdasarkan kebolehannya menguasai
kemahiran bahasa ekpresif/pelahiran dan bahasa reseptif/penerimaan. Kemahiran lisan
kanak-kanak boleh diukur melalui berbagai cara dan teknik pengujian sama ada secara
formal atau tidak formal. Namun begitu ujian lisan bagi kanak-kanak berkeperluan khas
perlu diubah suai supaya lebih menarik dan tidak terikat kepada faktor masa.

LATIHAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan keteloran? Bagai manakah


anda melaksanakan ujian untuk mengetahui dengan lebih mendalam
masalah keteloran yang dihadapi oleh murid anda.

2. Huraikan jenis-jenis ujian lisan lain yang boleh dilaksanakan oleh


guru ke atas murid-muridnya.

SELAMAT BELAJAR DAN SEMOGA BERJAYA

24