Anda di halaman 1dari 1

Muhammad Aniq Najmuddin Bin Sahmuni

Ketua Panitia Pendidikan Islam


Sekolah Kebangsaan Ubong Imang,
Jalan Merpati,
Kampung Kayan Long Lama,
98300 Baram,
Sarawak

En. Supian bin Hisyamuddin


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Ubong Imang,
Jalan Merpati,
Kampung Kayan Long Lama,
98300 Baram,
Sarawak. Tarikh : 2 April 2019

Tuan,

Memohon Sumbangan Pengangkutan Murid

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas :

2. Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 2 orang peserta Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-
Sekolah (MTQSS) dari Sekolah Kebangsaan Ubong Imang beserta 2 orang guru pengiring akan ke
Marudi pada 5 hingga 6 April 2019.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan agar dapat menghulurkan sedikit
sumbangan untuk menampung kos pengangkutan peserta MTQSS dan guru pengiring daripada SK
Ubong Imang pada tarikh tersebut.

4. Kerjasama dan keprihatinan pihak Tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(Muhammad Aniq Najmuddin Bin Sahmuni)


Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Ubong Imang
Baram

Anda mungkin juga menyukai