Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS- HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKSL 2018

[siti ruhana]
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , En. Ab Halim bin Hj Hassan,
Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah ke dalam dewan

(1)
Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, En.


____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

___________________________________________________________

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, rakan-rakan guru, dan murid-murid


yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersongkok sampin segak bergaya


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua
maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal
setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-
sama dapat berkumpul di dewan ini bagi meraikan majlis Sambutan hari
raya Aidilfitri Prasekolah SK Sri Layang bagi tahun 2018.

[Eddy]
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Mohd
Hafiszan b MOhd Nor bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan al-fadzil
ustaz.

[Eddy]

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Allah S.W.T.
(5)UCAPAN
Hadirin hadirat , murid-murid yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya


mempersilakan yang berbahagia, En. Azhan bin ,Pengerusi Pewaris
Prasekolah SK Sri Layang untuk menyampaikan sepatah kata.
Dipersilakan.

………….
[Eddy]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


yang Berbahagia. Tuan

Seterusnya majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn. Naziah binti


Ahmad, Guru Besar SK Sri Layang untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

(6) JAMUAN

Nasi beriyani menu utama


Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Dipersilakan semua ibu bapa, guru dan murid-murid menjamu selera


dengan juadah yang telah disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan
gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Muird-murid bolehlah
beramah mesra sambil menjamu selera dengan para guru, ini ibarat rumah
terbuka warga SKSL untuk prasekolah, jadi jangan malu-malu, jangan
segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh guru-guru dan
ada juga yang disumbangkan oleh murid-murid sendiri.

[Eddy]
(7)
PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang


akan didendangkan oleh pelajar.

{1}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}

[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung


budi diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu
tadi.

Seterusnya adalah majlis penyampaian duit raya kepada muird-murid


prasekolah SK Sri Layang. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Yang Berusaha Pn. Naziah Binti Ahmad, Guru Besar SK
Sri Layang. Bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En. Azhan
bin ________________ untuk menyempurnakan acara ini. Dipersilakan….

Sidang Hadirin yang dimuliakan…..

Bagi menzahirkan ucapan terima kasih pihak majlis, dengan ini majlis
menjemput dan mempersilan Yang Berusaha Pn. Zaimah bt Anuar, Guru
Penolog Kanan Pentadbiran SK Sri Layang bagi menyempurnakan
penyampaian cenderahati kepada tetamu kita pada hari ini.
Dipersilakan….Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia En.
Azhan bin………… untuk tampil ke pentas bagi menerima cenderahati.
Dipersilakan…..

(8) PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil


kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan
majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung
dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar
atas kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir


Batin.

Anda mungkin juga menyukai