Anda di halaman 1dari 2

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KELAS : MASA (60minit)


TAJUK 1.0 ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL
STANDARD KANDUNGAN 1.1 Mengenal pasti struktur organisasi bengkel
1.2 Mengenal pasti peraturan dan keselamatan bengkel
STANDARD
PEMBELAJARAN 1.1.1-1.2.1
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
PEMBELAJARAN 1. Menyediakan struktur organisasi bengkel.
2. Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat.
3. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti.
RINGKASAN Murid dapat mengenal pasti dan menyediakan struktur
organisasi bengkel serta dapat mengamalkan peraturan dan
keselamatan bengkel.
KEMAHIRAN 1. Boleh berperanan dalam organisasi.
2. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti.
ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan(EK5) – Prinsip tanggungjawab sosial
KURIKULUM 2. Nilai murni – berdisiplin dan mematuhi peraturan
BBM Carta Keselamatan, Kotak Pertolongan Cemas, Apron
AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN Guru menceritakan kepentingan untuk melantik seorang
PEMBELAJARAN pemimpin dalam sesebuah organisasi.
- Pemimpin sebagai contoh teladan kepada organisasi.
Langkah 1
1. Guru menunjukkan satu contoh carta organisasi bengkel dan
menerangkan tugas-tugas bagi setiap jawatan seperti
fomen, penolong fomen dan ketua kumpulan. (Rujuk 2.1)
Langkah 2
1. Guru mengagihkan tugasan di bengkel seperti menyapu sampah,
menyusun kerusi dan meja, memadam papan hitam dan menyusun
alatan tangan berpandukan kumpulan yang telah ditetapkan. (Rujuk 2.1)
2. Guru mengedarkan lembaran peraturan dan keselamatan.
(Rujuk 2.2 dan 2.3)
3. Guru menerangkan peraturan dan keselamatan am, diri, alat dan
bahan serta meminta murid untuk menampalkan ke dalam buku latihan.
4. Guru menerangkan kepentingan peti pertolongan cemas dan alat
pemadam api. (Rujuk 2.6)
Penutup
Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini dan memberi
penghargaan kepada murid yang dapat melengkapkan tugasan yang
diberi.
PENIILAIAN
Guru bertanya secara lisan/ mengedarkan lembaran kerja/ teori dan
PENGAJARAN DAN
amali
PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN SEDIA Murid telah didedahkan dengan peraturan-peraturan yang
ADA MURID perlu dipatuhi di sekolah.

REFLEKSI Objektif tercapai


_____ Orang murid dapat menyelesaikan masalah.
_____ Orang murid memerlukan bimbingan
_________________________________________________