Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN HARI ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2018

Bismillahirrahmanirrahim . Kata aluan

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

1. Yang Berusaha Encik Mohd Saniy Tai bin Abdullah, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan (Felda) Jenderak Utara.
2. Yang Dihormati Puan Hjh. Aduwiyah binti Yaakob, Guru Penolong Kanan
Tadbir dan Kurikulum,
3. Encik Zulkefli bin Salim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
4. Encik Mohd Nasir bin Ismail,Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
5. barisan para guru, seterusnya ibu bapa dan penjaga yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi
menjayakan Minggu Orientasi Tahun 1, Sekolah Kebangsaan (Felda) Jenderak
Utara.

Hadirin yang dihormati,

Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru Tahun 1 seramai 31 orang
yang telah diterima masuk ke SK (Felda) Jenderak Utara. Selamat datang ke SK
(Felda) Jenderak Utara dan sekali gus menjadi warga sekolah ini. Diharapkan anak-
anak murid yang diterima dapat belajar membina kecemerlangan mereka di
peringkat rendah.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada
hari orientasi anak tuan/puan pada hari ini. Untuk makluman hadirin, objektif hari
orientasi ini untuk mendedahkan murid-murid kepada suasana persekolahan
sebenar serta memberikan penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal
sekolah yang perlu mereka ketahui.

Orang Jawa berdagang ke kota, Bacaan doa


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadil Ustaz Mohd Najib bin
Nawawi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Mohd Najib diatas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati, Ucapan Penyelaras


Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Penyelaras Tahun 1. Tahun 1
Terima kasih diucapkan kepada para tetamu, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-
pelajar yang telah hadir untuk meraikan Minggu Orientasi Tahun 1 2018.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan ke hadrat Illahi kerana hari ini
kita masih diberi kesihatan yang baik. Maka dengan itu, kita dapat hadir ke majlis
pada hari ini untuk berkenalan dan bermesra dengan pihak pentadbiran sekolah
serta budaya di sekolah ini.

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu, nama saya
ialah Cik Aimi Syafiqah binti Serba Jalil. Bagi sesi persekolahan 2018 ini saya telah
dilantik sebagai penyelaras merangkap guru kelas bagi Tahun 1 Arif. Jadi sekiranya
ibu bapa dan penjaga ada sebarang masalah atau ingin bertanya mengenai perkara
yang kurang jelas bolehlah hubungi saya.

Untuk makluman ibu bapa, semua murid yang berada di kelas sekarang sedang
menduduki ujian Diagnostik. Ujian yang diadakan ada dua iaitu Ujian BM dan Ujian
Matematik. Setiap ujian masa diperuntukkan ialah selama 1 jam. Jadi besarlah
harapan kita semoga anak-anak dapat menjawab ujian tersebut dengan baik.

********** (Ucapan Penyelaras Tahun 1)

Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan itu tadi.

Tirai ucapan pada pagi ini, diteruskan dengan ucapan Guru Besar Sekolah Ucapan Guru Besar
Kebangsaan (Felda) Jenderak Utara. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Encik Mohd Saniy Tai bin Abdullah untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

************(Ucapan GB)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Mohd Saniy
Tai bin Abdullah atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, Taklimat Kesihatan


Sebelum meneruskan majlis saya ingin mengucapkan selamat datang kepada wakil
daripada Klinik Kesihatan Temerloh yang sudi hadir bersama-sama dengan kita
pada hari ini untuk memberi sedikit sebanyak penerangan. Tanpa melengahkan
masa, saya ingin menjemput wakil daripada Klinik Kesihatan Temerloh
Encik______________________________ untuk memberi penerangan. Majlis
mempersilakan.

************(Taklimat)

Terima kasih diucapkan kepada Encik__________________________________


diatas penerangan beliau sebentar tadi. Diharap kita semua dapat memanfaatkan
maklumat dan panduan yang diberikan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Puan Syahidatul Syazana binti Shahalizan selaku Taklimat Penyelaras
Penyelaras LINUS bagi sesi taklimat Program Saringan Literasi dan Numerasi LINUS
(LINUS). Dengan ini, majlis mempersilakan.

**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada Puan Syahidatul Syazana binti Shahalizan,
Penyelaras LINUS di atas penerangan sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan taklimat PBS oleh Penyelaras PBS, Encik Mohd Ekhwan Taklimat Penyelaras
bin Mohd Shukor. Majlis dengan ini mempersilakan. PBS

**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Ekhwan bin Mohd Shukor selaku
Penyelaras PBS SKJU di atas penerangan dan perkongsian sebentar tadi.
PENGUMUMAN

Sedikit pengumuman sebentar lagi akan diadakan pembayaran yuran di bilik


gerakan ini juga dan selepas pembayaran yuran boleh ambil buku teks di bilik SPBT.

Dengan berakhirnya sesi taklimat itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku Penutup
pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh
jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Bagi pihak jawatankuasa mengucapkan
jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga kerana sudi hadir memeriahkan
majlis kita pada pagi ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian,wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum wbt.....

Anda mungkin juga menyukai