Anda di halaman 1dari 10

APLIKASI KIT PEMBELAJARAN “WIRELESS SERIAL MODULE WITH

ANTTENA” BAGI KURSUS DEP3273 ASAS SISTEM PERHUBUNGAN

Akma Binti Che Ishak


Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.
Email: akma@ptsb.edu.my

Noor Indon Binti Abdul Samad


Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.

Norsyira Zuraiza Omar


Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.

Abstrak

Kajian ini membicarakan mengenai pembinaan aplikasi bagi pendekatan pengajaran dan
pembelajaran baharu di dalam kelas dengan menggunakan teknologi tanpa wayar sebagai
alat pembelajaran bagi kursus DEP3273 Asas Sistem Komunikasi. Pembangunan aplikasi kit
pembelajaran “Wireless Serial Module with Anttena” ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar
semester tiga Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) di Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah. Relevan kit pembelajaran ini djalankan adalah untuk mencapai hasil pembelajaran
yang digariskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Bagi mencapai hasrat tersebut,
penggunaan teknologi tanpa wayar dengan kelengkapan antena dibina bagi membantu
pendekatan pembelajaran di dalam kelas lebih efektif. Satu projek berkaitan dengan Media
Penghantaran diberikan, ia merangkumi Unguided Transmission Medium dan Antenna.
Projek ini juga perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan iaitu mempunyai penghantaran
dan penerimaan. Secara keseluruhan projek ini telah dapat dibangunkan dan boleh dilakukan
penambahbaikan terutamanya dalam susunatur reka letak dan cara pengunaan kit
pembelajaran. Kepentingan aplikasi kit pembelajaran ini dapat memberi pendedahan yang
lebih mendalam dan meningkatkan minat pelajar dalam memahami konsep media
penghantaran.
Kata kunci: Tanpa wayar , Antena dan Media Penghantaran.

1.0 PENGENALAN

Penggunaan kit pembelajaran juga merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk
membantu pelajar semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Kit pembelajaran dapat
menanamkan dan memantapkan pemahaman konsep-konsep pembelajaran serta aplikasi
konsep dalam kehidupan nyata. Penyataan ini sesuai dengan pendapat (Prihatiningtyas,2013)
menyatakan kit pembelajaran adalah kotak yang berisi peralatan yang digunakan dalam
latihan praktikal atau kegiatan lain sepanjang proses pembelajaran. Wahyudi (2009) juga
menyatakan kit bukan sahaja boleh digunakan untuk kegiatan eksperimen atau latihan
praktikal di dalam makmal, ia juga boleh digunakan untuk kegiatan demonstrasi dan kegiatan
luar dari kelas. Penggunaan kit pembelajaran dapat membantu proses pembelajaran, namun

1
penggunaan kit pembelajaran kurang efektif jika tidak mempunyai panduan. Dengan yang
demikian, kit pembelajaran perlu dilengkapi dengan lembaran kerja bagi membantu pelajar
menggunakan kit pembelajaran tersebut. (Fabrizio , Elena & Luca ,2016),

Wireless Serial Module with Antenna merupakan satu kit pembelajaran yang akan digunakan
dalam kursus DEP3273 Asas Sistem Komunikasi. Di politeknik, Asas Sistem komunikasi
adalah satu kursus wajib bagi pelajar semester tiga yang mengambil Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komunikasi).Kepentingan penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)
adalah seperti dapat membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam dan
realistik, di samping fungsinya sebagai alat yang boleh meningkatkan minat pelajar untuk
mempelajarinya (Jianhui Guo, Xianzhong Liu & Zhongzhu Wang, 2015), Kit ini berfungsi
untuk menghantar data melalui kaedah wireless tanpa wayar dan juga berserta antenna bagi
memudahkan pelajar memahami konsep sistem penghantaran dan data asas komunikasi
dalam komunikasi elektronik.

Penggunaan alat dan sumber pelajaran secara terancang dan teratur akan menjadikan
pendidikan lebih bermakna dan mendatangkan kesan yang positif di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, dalam pembelajaran penggunaan alat bantuan mengajar yang
sesuai adalah sangat penting terutamanya bagi mata pelajaran teknikal seperti pelajar
kejuruteraan yang memerlukan pembelajaran secara praktikal, kaedah penyelesaian masalah,
penggunaan simulasi, latihan kerja (Hands-on) projek adalah penting untuk meningkatkan
pemahaman dan pengalaman pelajar. Komunikasi tanpa wayar dilihat semakin pesat
penggunaannya dalam bidang industri dan penyelidikan sejak kebelakangan ini. Selaras
dengan perkembangan ini, kebanyak syarikat serta industri operator rangkaian memerlukan
graduan Kejuruteraan Elektronik yang mampu dan mahir dalam merancang, menggunakan
dan mengurus kornunikasi tanpa wayar (Ning, Xuemin, Gangbing, Qianlong & Hamid,
2017).

Tambahan lagi, terdapat banyak syarikat dan institusi penyelidikan yang menggunakan
teknologi komunikasi tanpa wayar yang juga memerlukan graduan Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komunikasi) yang memiliki kelayakan dan kebolehan untuk merancang dan
membangunkan rangkaian komunikasi tanpa wayar (Nocente & Kanuka, 2002; Hanson &
Clem, 2006). Sehubungan itu, bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran, adalah
sewajarnya alat sokongan pembelajaran yang berkesan digunakan untuk memastikan hasil
pembelajaran yang optimum (Mohamed Watfa, Nikiforos Rota, Henna Wadhwani & Nsimba
Kupessa, 2016). Dalam pembelajaran komunikasi tanpa wayar, masih amat kekurangan kit
yang digunakan untuk membantu proses pernbelajaran. Kit visualisasi komunikasi tanpa
wayar dilihat mampu menjadi alat sokongan pembelajaran yang boleh membantu
meningkatkan pemahaman pelajar, (Yang, Andre, Greenbowe & Tibell, 2003) menyatakan
bahawa, manusia mempunyai keupayaan untuk memahami dengan lebih baik dalam kaedah
pembelajaran secara visualisasi.

Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu kit pembelajaran yang
menyokong aktiviti makmal untuk memudahkan pelajar dalam mempelajari subjek
komunikasi tanpa wayar. Tenaga Pengajar juga boleh menggunakan kit ini untuk membantu
pelajar menguji dan menggunakan rangkaian tanpa wayar.

2
1.1 Objektif Kajian.

Kajian ini bertujuan melihat gambaran status penggunaan kit pembelajaran terhadap subjek
komunikasi tanpa wayar di politeknik. Bagi tujuan tersebut, satu kit pembelajaran
dibangunkan dengan objektif khusus:

i. Membangunkan kit pembelajaran yang mengaplikasikan komunikasi tanpa wayar.


ii. Mengenal pasti kebolehgunaan pembangunan kit pembelajaran.

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)
yang mengambil subjek Asas Sistem komunikasi di politeknik, Kajian ini hanya memberi
tumpuan kepada konsep asas dalam komunikasi tanpa wayar. Maka pembangunan kit
pembelajaran diperlukan dalam pembelajaran ini.

2.0 KAJIAN LITERATUR

DEP3273 Asas Sistem Komunikasi merupakan satu mata pelajaran yang terdapat dalam
program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) di politeknik. Para pengajar
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran termasuklah pengajaran seperti teori, buku dan
bacaan teknikal. Selain itu juga para pengajar menggunakan pelbagai media pengajaran
seperti video, gambar rajah, audio visual dan juga komputer. Kesemua media yang digunakan
oleh pensyarah adalah bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
bagi subjek ini.

Pada masa kini, perkembangan pemikiran pelajar adalah terhad di mana mereka perlu melihat
perkara yang mereka pelajari di hadapan mereka semasa proses pembelajaran berlaku. Bagi
mempelajari kursus Asas Sistem Komunikasi memerlukan ABBM seperti kit pembelajaran
sebagai alat sokongan bagi pelajar mernpelajari sesuatu subjek. Kit pembelajaran
memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara pengalaman sendiri untuk
memberikan pemahaman yang lebih mendalam terhadap subjek yang dipelajari. Dengan
adanya ABBM seperti ini pelajar lebih mudah memahami konsep-konsep asas yang terlibat
dalam aplikasi sistem penghantaran tanpa wayar.

Selain daripada itu, para pensyarah juga mengalami kesukaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini dapat dilihat melalui penyediaan bahan pengajaran seperti bahan grafik,
gambar rajah, video serta nota-nota tambahan, Mereka sedar bahawa pengetahuan pelajar
hanya tertumpu pada elemen yang diajar semasa kuliah tanpa melihat perkara sebenar. Oleh
yang demikian, kursus Asas Sistem Komunikasi ini harus disusuli dengan amali yang
berkesan seperti menggunakan kit pembelajaran yang sesuai sebagai alat sokongan
pembelajaran dan menarik minat individu pelajar dalam mempelajari topik sistem
perhubungan tanpa wayar.

Adalah merupakan kesukaran bagi pelajar baru dalam memahami sistem komunikasi tanpa
wayar dengan tiadanya pengetahuan asas tentang teknologi tersebut. Di samping itu juga,
untuk mengajar kursus yang berkaitan dengan sistem perhubungan komunikasi tanpa wayar
dan rangkaian memerlukan kaedah yang berkesan kerana pelajar mendapati kursus ini susah
dan agak membosankan (Craig & Sarkar, 2006).

Pembelajaran dan pengajaran sistem perhubungan komunikasi tanpa wayar yang berkesan
sebenarnya memerlukan pelajar menerokainya melalui pengalaman melakukan sendiri

3
(hands-on experiences, seperti membangunkan projek ataupun tugasan bagi membentuk
pemahaman yang lebih sempurna berkaitan kekuatan dan batasan teknologi tersebut
(Steinberger, 2002). Cabaran utama apabila mengajar teknologi komunikasi tanpa wayar
adalah kerumitan teknikal pada subjek tersebut (James, 2011). Aspek teori semata-mata
adalah tidak memadai untuk memahami kekuatan dan faktor batasan dalam sistem
perhubungan komunikasi tanpa wayar (Steinberger, 2002).

Oleh yang demikian cadangan pembangunan kit pembelajaran ini adalah suatu kit
pembelajaran yang dapat memaparkan maklumat bagi membantu pelajar baru dalam
mempelajari sistem perhubungan komunikasi tanpa wayar adalah merupakan objektif utama
kajian ini. Walaupun terdapat sejumlah kit pembelajaran dengan pendekatan visualisasi
seperti yang digariskan (Riley & Gallo, 2000), namun kesernua kit ini tidak memfokuskan
kepada pelajar baru. Sehubungan itu, kit pembelajaran yang dibangunkan sebagai alat yang
menyokong aktiviti pembelajaran bagi pelajar baru.

Pendekatan kit pembelajaran ini adalah menggunakan teknik visualisasi yang menunjukkan
proses pergerakan paket data serta konsep asas pembelajaran bagi topik sistem perhubungan
komunikasi tanpa wayar, Terdapat banyak alat visualisasi yang memberi tumpuan kepada
perisian (software) akan tetapi kajian kami memberi tumpuan kepada pembangunan
perkakasan (hardware) dan penglibatan pelajar. Menurut (Yang, et al. , 2003). manusia
mempunyai keupayaan yang lebih baik dalam memahami sesuatu topik melalui kaedah
visualisasi. Oleh yang demikian, pembangunan kit pernbelajaran ini diilihat mempunyai
potensi dalam membantu terutamanya dalam kalangan pelajar baru memahami antara prinsip-
prinsip asas yang berkaitan dengan sistem perhubungan komunikasi tanpa wayar. Tambahan
lagi, kaedah visualisasi adalah strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan ia
penting dalam menggambarkan sesuatu operasi dalam struktur kognitif (Lee, Ming Fong &
Wildad Othman, 2004).

Proses ini adalah usaha yang produktif yang dikemukakan kepada pelajar dalam membantu
rnereka membina mental model sempurna. Apabila pelajar terlibat dalam pembelajaran yang
melibatkan tugasan, seperti belajar reka bentuk, ianya juga berpotensi menyumbangkan
kepada pembentukan mental model sempurna, melalui pembentukan bebanan kognitif positif
(Parkinson & Redmond, 2002). Mental model yang sempurna terbentuk apabila pelajar dapat
mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada yang mernbolehkan
maklumat disimpan secara kekal untuk tempoh masa yang lebih lama (Mayer, 2005). Namun
persoalan berbangkit, untuk pelajar baru yang tidak mempunyai pengetahuan sedia ada yang
tinggi berkaitan dengan topik yang dipelajari, Tanpa pengetahuan sedia ada yang tinggi,
penglibatan aktif mungkin terhad.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Pembangunan kit pembelajaran ini dibangunkan dengan menggunakan sistem perhubungan


komunikasi rangkaian tanpa wayar. Sistem perhubungan komunikasi tanpa wayar adalah
teknologi yang menghubungkan dua peranti untuk bertukar data tanpa media kabel. Data
ditukar melalui media gelombang radio (seperti bluetooth pada komputer dan telefon bimbit)
dengan frekuensi tertentu.

Keperluan projek secara keseluruhannya adalah merujuk kepada perisian (software) dan
perkakasan (hardware) projek. Kedua-dua keperluan ini merupakan perkara yang paling

4
penting dalam proses pembangunan kit pembelajaran “Wireless Serial Module with Anttena”
ini.

Rekabentuk kit pembelajaran ini adalah bahagian yang terpenting dalam membangunkan
projek. Bahagian-bahagian penting yang terdapat pada kit ini adalah seperti gambarajah di
bawah:

MASUKAN
ALAT KAWALAN WIRELESS SERIAL KELUARAN
TELEFON PINTAR
(ARDUINO) MODULE (LCD)
(BLUETOOTH)

Rajah 3.1
Gambarajah blok kit pembelajaran

3.1 Arduino Uno

Keperluan perisian projek ini adalah terdiri daripada Arduino Uno merupakan papan
pengawal mikro berdasarkan ATmega328P. Ia mempunyai 14 pin digital input / output yang
mana enam boleh digunakan sebagai output PWM, enam input analog, kuarza kristal 16MHz,
sambungan USB, pin kuasa, pin ICSP dan butang reset. Ia mengandungi semua yang
diperlukan untuk menyokong pengawal mikro yang hanya menyambung ke komputer dengan
kabel USB atau kuasa dengan penyesuaian AC ke DC atau bateri untuk memulakan. Antara
kelebihan Arduino adalah tidak perlu perantara chip programmer kerana di dalamnya sudah
ada bootloader yang akan membantu memuat naik program dari komputer. Selain daripada
itu ia juga memiliki port komunikasi USB, sehinggakan pengguna laptop yang tidak memiliki
port serial/RS323 pun boleh menggunakannya.Ia juga menggunakan bahasa program relatif
mudah kerana software Arduino ini dilengkapi dengan kumpulan ‘’library’’ yang cukup
lengkap. Arduino ini juga memiliki modul siap pakai (shield) pada board Arduino. Misalnya
shield GPS, Ethernet, SD Card.

Rajah 3.2
Arduino UNO

5
3.2 Paparan Kristal Cecair (LCD)
LCD (paparan kristal cecair) adalah teknologi yang digunakan untuk paparan dalam buku
nota dan komputer lain yang lebih kecil. Seperti diod pemancar cahaya (LED) dan teknologi
gas plasma, LCD membolehkan paparan untuk menjadi lebih nipis daripada teknologi tiub
sinar katod (CRT). LCD menggunakan kuasa lebih kurang daripada LED dan gas paparan
kerana ia bekerja menggunakan prinsip menyekat cahaya dan bukannya mengeluarkan. LCD
dibuat dengan memuat matriks pasif atau paparan matriks paparan grid aktif. LCD ini
digunakan untuk memamaparkan maklumat yang dihantar melalui perantaraan Bluetooth
dalam bootloader di ARDUINO.

Rajah 3.3
LCD 16X2

3.3 Bluetooth

Bluetooth adalah teknologi tanpa wayar untuk menukar data pada jarak yang dekat. Jenis
bluetooth yang gunakan adalah H-06. Ia merupakan aplikasi android yang direka untuk
menghantar data dari modul Bluetooth apabila butang tertentu ditekan. Modul Bluetooth pada
pada bahagian penerima akan menerima data dan menghantar ke ardunio melalui pin TX modul
Bluetooth (RX pin arduino).

Rajah 2.3.3:
Bluetooth H-06

4.0 DAPATAN KAJIAN

Sebelum menggunakan aplikasi Proteus 8 gambarajah sambungan kedudukan peranti


dirancang terlebih dahulu. Melakarkan litar sebegini adalah bertujuan memudahkan proses
ketika membuat penyambungan litar pada Proteus 8.

6
Rajah 4.1
Gambarajah kedudukan sambungan peranti

Rajah 4.2
Rajah Litar Skematik

Pembangunan aplikasi kit pembelajaran “Wireless Serial Module with Anttena”menggunakan


Proteus 8 untuk merekabentuk gambar rajah skematik.

Kit pembelajaran ini berfungsi seperti yang ditunjukkan pada rajah carta alir dibawah:

7
MULA

Paparan pada skrin


LCD
“welcome”

Sambungkan peranti bluetooth pada telefon


pintar ke bluetooth Kit Pembelajaran

(Penghantar)
Masukkan data yang
diingini

TIDAK
Terima

YA

Memaparkan data pada


paparan LCD

TAMAT

Rajah 4.3
Carta Alir pembangunan aplikasi kit pembelajaran “Wireless Serial Module with Anttena”.

5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, objektif utama untuk membangunkan aplikasi kit pembelajaran


“Wireless Serial Module with Anttena” untuk kegunaan pelajar-pelajar Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) telah tercapai. Projek ini akan dapat membantu
pensyarah kursus DEP3273 Asas sistem komunikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya juga dapat membantu pelajar dengan pengukuhan teori secara
amali.

Manakala dari pandangan pelajar yang terlibat dalam penggunaan kit ini secara
keseluruhannya akan merasai bagaimana sesuatu tugasan dilaksanakan dari mula hingga ke

8
akhirnya. Pendekatan ini dinamakan pembelajaran aktif melalui pendekatan pembelajaran
berasaskan masalah.

Kit pembelajaran ini merupakan satu titik permulaan bagi merangka satu projek yang lebih
kompleks dan lebih efisien di masa hadapan. Penggunaan kit pembelajaran yang sesuai,
efisyen, menarik dan interaktif boleh membantu pensyarah dalam memudahkan proses
pengajaran serta membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Semoga kit pembelajaran
“Wireless Serial Module with Anttena” yang dihasilkan ini dapat membantu pensyarah-
pensyarah dan pelajar-pelajar dalam menempuh dunia pendidikan yang semakin mencabar.

RUJUKAN.

Craig, T.M. & Sarkar N.I. (2006), “Enhancing Teaching and Learning Wireless
Communication Networks Using Wireless Projects” – In N. Sarkar (Ed.), Tools for
Teaching Computer Networking and Hardware Concepts, Hershey PA: Information
Science Publishing, ISBN: 1- 59140-735-4, pp. 135-153.
Fabrizio Leo, Elena Cocchi & Luca Brayda (2016), The Effect of Programmable Tactile
Displays on Spatial Learning Skills in Children and Adolescents of Different Visual
Disability. IEEE Transactions on Neural Systems and Rehabilitation Engineering.
Volume: PP, Issue: 99. Pages: 1 – 1.
Jianhui Guo, Xianzhong Liu & Zhongzhu Wang (2015), Optimized Indoor Positioning based
on WIFI in Mobile Classroom Project. 2015 11th International Conference on Natural
Computation (ICNC). Pages: 1208-1212.
Lee, Ming Fong & Wildad Othman (2004). “Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan
Berteraskan Visualisasi: Keupayaan Pelajar Menyelesaikan Masalah”. Universiti
Teknologi Malaysia.
Mayer, R. E. (2005). Principles for managing essential processing in multimedia learning:
Segmenting, Pretraining, And Modality Principles. Cambridge Handbook Of
Multimedia Learning, 169-182.
Mohamed Watfa, Nikiforos Rota, Henna Wadhwani & Nsimba Kupessa (2016), An
innovative mobile application for M-learning. 2016 Sixth International Conference on
Innovative Computing Technology (INTECH). (pp. 453-458).
Ning Wang, Xuemin Chen; Gangbing Song, Qianlong Lan & Hamid R. Parsaei, (2017).
Design of a New Mobile-Optimized Remote Laboratory Application Architecture for
M-Learning. IEEE Transactions on Industrial Electronics. Volume: 64, Issue: 3
Pages: 2382 – 2391.
Nocente, N., Kanuka, H. (2002). Professional Development In The Online Classroom. The
Canadian Journal For The Study Of Adult Education, 16(1), (pp. 34-55).
Parkinson A. dan Redmond J. A., (2002). “The Impact Of Cognitive Styles And Educational
Computer Environments On Learning Performance.” Dublin, Ireland: Seminar
TVE’06 - 149 - Dept of Computer Science, Trinity College.
Prihatiningtyas, S., Prastowo, T dan Jatmiko, B. 2013. Implementasi Simulasi Phet dan Kit
Sederhana Untuk Mengajarkan Keterampilan Psikomotor Siswa pada Pokok Bahasan
Alat Optik, Jurnal Pendidikan IPA Indonesia,(Online), 2(1): 18-22.
Riley, P. C., & Gallo, L. C. (2000). Electronic Learning Environments: Designs And
Considerations. Technological Horizons In Education, 28(6), 50-53.
Singh, D., Zaitun A.B. (2006) Mobile Learning in Wireless Classrooms. Malaysian Online
Journal of Instructional Technology (MOJIT), 3(2), (pp. 26-42).

9
Steinberger, C. (2002). Wireless Meets Wireline E-Learning. Kertas kerja dibentangkan di
14th World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and
Telecommunications (ED-MEDIA 2002). Denver, CO.
Wahyudi dan Khanafiyah. 2009. Pemanfaatan KIT Optik sebagai Wahana dalam Peningkatan
Sikap Ilmiah Siswa. Jurnal Fisika Indonesia, (Online) 5(1): 113-118.
Yang, E. M., Andre, T., Greenbowe, T. J., & Tibell, L. (2003). Spatial ability and the impact
of visualization/animation on learning electrochemistry. International Journal of
Science Education, 25(3), 329-349.

10

Anda mungkin juga menyukai