Anda di halaman 1dari 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SURAT PANGGILAN MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI PERTAMA

Ruj. Kami : JBA3056/600-2/5/1

Tarikh : 7 JANUARI 2019

Semua AJK
Panitia Pendidikan Seni visual
Sekolah Kebangsaan Kampong Layau
81900 Kota Tinggi, Johor.

Tuan,

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL 1 /(2019)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan

berikut :

Tarikh : 10 Januari 2019

Masa : 2:00 hingga 3:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Encik Ahmad Muzakir bin Zakaria

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1. Perutusan Pengerusi

3.2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.3. Perkara-perkara berbangkit (maklum balas minit mesyuarat yang lepas)
3.4. Pembentangan kertas kerja/ isu / laporan
3.5. Hal-hal lain
3.6. Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”SEHATI SEJIWA”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

.......................................................
(AHMAD MUZAKIR BIN ZAKARIA)
KP / Setiausaha Panitia PSV
SK Kampong Layau
Kota Tinggi
_____________________________________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG LAYAU

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL. 1/(2019)

Tarikh : 10 Januari 2019

Masa : 2:00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Kampong Layau

Pengerusi : Encik Ahmad Muzakir bin Zakaria

Kehadiran(Bilangan) : 2 orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Bacaan Umul Kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli
mesyuarat kerana sudi meluangkan masa menghadiri mesyuarat Panitia
Pendidikan Seni Visual untuk kali yang pertama bagi tahun 2019.
1.3 Semoga perjumpaan ini akan mencetuskan idea baru dalam mempertingkatkan
prestasi pencapaian Panitia Pendidikan Seni Visual.
1.4 Memohon agar semua ahli mesyuarat dapat memberikan kerjasama yang padu
dan jitu seperti tahun-tahun sebelumnya.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Yatimah binti Salleh
Disokong untuk pengesahan oleh En. Ahmad Muzakir Bin Zakaria

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Encik Ahmad Muzakir memaklumkan bahawa tiada perkara berbangkit.

_____________________________________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1 Penulisan Buku Rekod Mengajar
4.1.1 Penulisan RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 1,2,3,4,5 dan 6 (KSSR)
adalah mengikut borang penulisan RPH Sekolah Amanah yang telah
ditetapkan.
4.1.2 Setiap elemen di dalam borang tersebut perlu ditulis.
4.1.3 Bahagian refleksi perlu ditulis setiap hari.

Tindakan: Semua Guru Pendidikan Seni Visual

4.2 Pelantikan jawatankuasa Panitia Pendidikan Seni Visual 2019

4.2.1 Panitia Pendidikan Seni Visual dipengerusikan oleh Encik Ahmad Muzakir bin
Zakaria, Setiausaha En. Ahmad Muzakir Bin Zakaria dan AJK terdiri daripada
Pn. Yatimah bte Salleh.

Tindakan : Makluman

4.3 Pembahagian Jadual Waktu

4.3.1 Jadual dibahagikan antara guru Pendidikan Seni Visual. Pembagian waktu
adalah mengikut kiraan minggu 43. Hal ini menjadikan waktu untuk
Pendidikan Seni Visual sebanyak 360 minit ( 6 masa).
4.3.2 Encik Ahmad Muzakir mengambil pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual Tahun 1, 2, 3 4, 5 dan Tahun 6.

Tindakan:Guru Pendidikan Seni Visual

4.4 Pengurusan Fail Panitia

Fail-fail hendaklah diselia dan dikemaskini oleh semua ahli panitia. Kerjasama
dialu-alukan.

Tindakan : Setiausaha Panitia

4.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.5.1 Modul Perekodan Perkembangan Murid adalah mengikut tajuk.
4.5.2 Pentaksiran dilaksanakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.
4.5.3 Guru perlu mencatatkan tarikh pada modul offline.
4.5.4 Guru-guru boleh menggunakan buku aktiviti dan lembaran kerja sebagai
evidens untuk PBD.

Tindakan : Semua Guru Pendidikan Seni Visual

_____________________________________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.6 DSKP, DSP, PPPM, dan RPT

4.6.1 KSSR melibatkan Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan tahun
6. Modul yang digunakan dalam KSSR :
1. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Tahun4-6)
2. Dokumen Standard Kurikulum
3. Panduan Perekodan Perkembangan Murid (1-3)
4. Modul Perekodan perkembangan Murid
4.6.2 Guru yang terlibat perlu menyediakan segala dokumen yang berkaitan
seperti borang pentaksiran PPPM, senarai semak serta evidens yang
bersesuaian.
4.6.3 RPT pada tahun 2019 adalah 43 minggu.

Tindakan: Semua Guru Pendidikan Seni Visual

4.7 Program Panitia Pendidikan Seni Visual 2019

4.7.1 Pertandingan Mewarna Maulidur Rasul (Prasekolah hingga Tahun 6)
kerjasama bersama Panitia Pendidikan Islam.
4.7.2 Mural Sekolah (Kelab Seni VIsual)

Tindakan: Panitia Pendidikan Seni Visual

4.8 UPSR 2018 dan sasaran UPSR 2019

4.8.1 Pada UPSR 2018, subjek Pendidikan Seni Visual telah menunjukkan
pencapaian sebanyak 90 %.
4.8.2 Target untuk UPSR 2019 adalah 93.75% kelulusan.

Tindakan: Makluman

4.9 Penyediaan Ujian Diagnostik dan soalan peperiksaan

4.9.1 Penyediaan soalan adalah mengikut guru subjek.
4.9.2 Soalan boleh dirujuk melalui bank soalan, buku dan internet mengikut
format terkini.

Tindakan: Semua Guru Pendidikan Seni Visual

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Tiada

_____________________________________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi berharap agar semua dapat memberi kerjasama yang baik dalam
pelaksanaan setiap program yamg dirancang.
6.2 Dengan kerjasama ini akan mencetus idea-idea yang lebih bernas dan berkesan.
6.3 Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual

Tarikh : 13 Januari 2019