Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA

78300 MASJID TANAH, MELAKA


TEL: 06-384 4839
FAX: 06-384 4822 E-MEL: MBA002@moe.edu.my

Ruj. Kami: SKTB.BIMB.700-14/3.2019 (5)


Tarikh : 23 Januari 2019

Kepada,

Encik CR Hj. Shamsul Baharain Hj. Haron


Kaunselor Berdaftar.

Tuan ,

JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH KECEMERLANGAN UPSR


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara akan


mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR bersama-sama ibu bapa dan murid-
murid tahun 6 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Januari 2018 / Sabtu


Masa : 08.30 pagi
Tempat : Dewan SK Tanjong Bidara

3. Sehubungan dengan itu tuan dijemput hadir ke majlis tersebut sebagai penceramah bagi
menjayakan program yang telah dirancang. Bersama-sama ini dilampirkan atur cara majlis
untuk rujukan pihak tuan.
4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”


“ MELAKA BERWIBAWA, PINTAR, HIJAU, BERSIH ”

Saya yang menjalankan amanah,

..............................................................
( )

s.k - Fail Penyelaras


- Fail Kecemerlangan UPSR
ATUR CARA
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR :
JALINAN KECEMERLANGAN BERSAMA IBU BAPA
MURID-MURID TAHUN 6

08.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa/ Murid-Murid Tahun 6/ Guru-Guru SKTB


08.30 pagi : Ucapan Alu-aluan
: Bacaan Doa
Oleh : Ustaz Hilmi bin Saleh
: Ucapan Guru Besar SKTB
Encik Abu bin Othman
: Slot 1
: Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR
Oleh : Encik CR Hj. Shamsul Baharain Hj. Haron
Kaunselor berdaftar

10.00 pagi : Rehat ( Kudapan pagi )


10.30 pagi : Slot 2
: Taklimat Kecemerlangan UPSR SKTB
Oleh : Encik Abu bin Othman
GB SK Tanjong Bidara

11.00 pagi : Taklimat / Soal jawab UPSR


1. Bahasa Melayu ( Pn. Hjh. Siti Rizalina binti Mislan )
2. Bahasa Inggeris ( Pn. Hjh. Aishah binti Sowkat Ali )
3. Sains ( Pn. Norralisa binti Minhad )
4. Matematik ( Pn. Hasnah binti Don )
12.00 tgh : Penyerahan Mentor Mentee
: Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai