Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BESTARI JAYA Kod Sekolah: BBA 3032

1. Nama Guru SITI SHUHADA BT KAMALI

2. Judul Petua Mendidik Anak Menjadi 3. Bidang: Motivasi


Insan Positif
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk
mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan
adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat.
Ia menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-
anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif,
psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan
aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak
kemahiran bermasyarakat”.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi
insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh
semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan.
Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa
untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai
untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-
guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(PN SITI SHUHADA BT KAMALI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai