Anda di halaman 1dari 10

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia

Protokol

1. Yang berbahagia, Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG


Kolej Vokasional Juasseh.

2. Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hajah


Fatimah Binti Md Akhir

3. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei

4. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj


Juda

5. Hj Suhaimi Bin Othman , Ketua Jaminan Kualiti

6. En Shahrizal bin mohd Sharif Penyelaras pertandingan dikir barat Kavot


Zon Melaka dan Negeri Sembilan.

7. AJK Pengelola Pertandingan dikir barat KAvot zon melaka dan negeri
sembilan 2014

8. Hakim-hakim pertandingan

9. Guru-guru pengiring dan para peserta dari Kolej Vokasional, Sekolah


Menengah Teknik dan Institut Latihan Perindustrian zon Melaka dan
Negeri Sembilan yang mengambil bahagian,

10. Guru-guru, para pelajar seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para


hadirin yang dihormati sekelian

Ucapan alu-aluan MC

Alhamdullillah…. bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah


kurnia Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun di Dewan
Gemilang bagi melangsungkan Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama
Vokasional Teknik KAVoT zon melaka dan negeri sembilan tahun 2014.
Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan
mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin,
Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh, dan para tetamu jemputan
serta hadirin-hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan
masa pada majlis pertandingan dikir barat pada kali ini dapat mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan kita khasnya dalam warga pendidik teknik dan
vokasional

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Bacaan Doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita


bersama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah
daripada Yang Maha Esa. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ……

untuk memimpin bacaan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis


mempersilakan.

****************************BACAAN DOA****************************************

Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada ……….

di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati
hendaknya, segala hasrat yang direncana...insyaAllah.

Taklimat Hakim Dan Peserta pertandingan

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Aturcara majlis pada pagi ini dimulakan dengan taklimat hakim dan peserta
pertandingan. Jesteru majlis dengan penuh takzim mempersilakan En
SHAHRIZAL BIN MOHAMAD SHARIF selaku penyelaras pertandingan untuk
memberikan taklimat, dipersilakan.

...........taklimat

Majlis mengucapkan terima kasih atas taklimat yang disampaikan sebentar


tadi.
Ucapan alu-aluan MC

Hadirin yang di rahmati sekelian

Dikir barat merupakan salah satu warisan budaya negara yang masih kukuh
bertahan di negara kita. Ianya merupakan satu permainan tradisional yang
berasal dari negeri Kelantan dan sehingga ke hari ini dikir barat bukan sahaja
digemari oleh rakyat Kelantan malahan turut diminati oleh rakyat seluruh
Negara. Dikir barat dianggotai oleh beberapa orang yang terdiri daripada
juara, tukang karut, awak-awak dan pemain alat.

Jesteru, Karnival Asrama Vokasional Teknik saban tahun menyenaraikan


pertandingan dikir barat sebagai salah satu aktiviti dalam Karnival asrama ini.
Secara tidak langsung, hal ini dapat memeperkenalkan Dikir Barat kepada
seluruh warga pendidik vokasional dan teknik dan kepada pelajar secara
khususnya.

Selain itu, petandingan dikir barat juga dapat :

1. Menyemai semangat cintakan seni tradisional terutamanya Dikir Barat


di kalangan pelajar.

2. Mengetengahkan bakat pelajar dalam seni budaya untuk


memartabatkan lagi seni warisan kebudayaan Negara.

3. Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu,


mahir, profesional ke arah membangunkan nilai keusahawanan industri
kesenian negara;

Warga dewan yang di hormati

Terdapat 14 pasukan dikir barat akan mempersembahkan kreativiti dan idea


dalam pertandingan dikir barat untuk merebut gelaran juara pertandingan
dikir barat KAVoT zon melaka dan negeri sembilan tahun 2014. Diantara
pasukan yang terlibat adalah dalam pertandingan dikir barat ini adalah:
Dari Kolej Vokasional Zon Melaka dan Negeri Sembilan

1. KV Melaka Tengah

2. KV Port Dickson

3. KV Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip

4. KV Juasseh

5. KV Ampangan

6. KV Datuk Seri Mohd Zin

7. KV Kuala Klawang

8. KV Dato’ Lela Maharaja

9. KV Jasin

Manakala dari Sekolah Menengah Teknik Zon Melaka dan Negeri Sembilan
pula adalah:

1. SM Teknik Tuanku Jaafar

2. SM Teknik Bukit Piatu, Melaka

Dan tidak ketinggalan juga pasukan dari Institut Latihan Perindustrian Zon
Melaka dan Negeri Sembilan iaitu:

1. ILP Pedas

2. ILP Selandar

3. ILP Bukit Katil

Perkenalkan hakim

Hadirin warga dewan yang dihormati,

Sebelum pertandingan dimulakan, pihak majlis sukacita ingin


memperkenalkan senarai hakim pertandingan yang mengadili pertandingan
dikir barat pada kali ini, di antaranya ialah:

.........................................................

Pertandingan Bermula

Hadirin-hadirat yang dimuliakan


Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan acara pertandingan dikir
barat karnival asrama vokasional teknik kavot peringkat zon melaka dan
negeri sembilan tahun 2014dengan dimulai dari Kolej Vokasional Melaka
Tengah untuk memberikan persembahannya. Marilah sama-sama kita
saksikan ...dipersilakan

……………persembahan……..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan dikir barat


dari………..

KV Melaka Tengah sebentar tadi.

Seterusnya……….

Contoh persilakan persembahan

1. Majlis mempersilakan Pasukan dikir barat


dari .............................................................. untuk memberikan persembahan,
majlis dengan penuh takzim , mempersilakan

2 Pertandingan dikir barat karnival asrama Kavot zon melaka dan negeri
sembilan diteruskan lagi dengan mempersilakan giliran yang ................... untuk
memberikan persembahan. Jesteru, majlis mempersilakan KV.................

Untuk memberikan persembahannya, dipersilakan

Contoh ucapan terima kasih atas persembahan

1. Demikian lah tadi persembahan dari pasukan dikir barat KV............................

Majlis mengucapkan syabas dan terima kasih.

2. Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan pasukan dikir barat


KV.......................... sebentar tadi.

(MAJLIS PENUTUP)-Perasmian majlis

Ucapan Alu-aluan

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


Dengan berakhirnya persembahan pasukan dikir barat dari KV Jasin sebentar
tadi maka berakhirlah giliran persembahan pasukan dikir barat untuk di adili.
Seterusnya kita teruskan acara penutupan dan penyampaian hadiah.

Bunga seroja diatas dahan

Di buat hiasan ditepi laman

Selesai sudah giliran pertandingan

Menyusul kini ucapan aluan

Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang


berusaha tuan pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hjh Fatimah Binti Md
Akhir untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan

........................ucapan alu-aluan

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh
Yang berusaha tuan pengarah kolej Vokasional Juasseh Pn Hjh Fatimah Binti
Md akhir sebentar tadi

Ulasan hakim pertandingan dan mengumumkan pemenang.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Seterusnya sebelum keputusan diumumkan, kita akan mendengar ulasan


tentang mutu persembahan rekabentuk peserta-peserta yang mengambil
bahagian dalam Pertandingan dikir barat pada tahun ini.

Dengan itu majlis mempersilakan .....

selaku Ketua Hakim untuk memberikan ulasan,

dengan segala hormatnya dipersilakan.

****************************************Ulasan Ketua Hakim******************

Demikianlah tadi ulasan Pertandingan dikir barat yang telah disampaikan


oleh ....
selaku Ketua Hakim pertandingan dikir barat pada kali ini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih

Ucapan perasmian dan penutup

Hadirin hadirat yang dikasihi,

Bunga melati di luar pagar

Dipetik oleh gadis bunian

Ucapan aluan telah didengar

Kini tiba ucapan perasmian

Jesteru majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tuan


Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP &
PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional
Teknik KAVoT 2014

majlis dengan penuh takzim mempersilakan

***************************Ucapan Perasmian tuan pengetua****************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej
Vokasional Juasseh atas ucapan dan penyempurnaan perasmian MAJLIS
PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama
Vokasional Teknik KAVoT 2014 sebentar tadi.

Persembahan Caklempong warikh budaya

Hadirin-hadirat yang dirahmati Sekelian

Buah bernama buah kuini


Jadi idaman orang pekan

Pencetus kedamaian irama harmoni

Kumpulan chaklempong kami tampilkan

Mari sama-sama kita nikmati halwa telinga. Dengan itu majlis diserikan
dengan persembahan cak lempong KV Juasseh. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan

................caklempong

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang dipersembahkan


sebentar tadi. Buat Pengetahuan yang berbahagia dan para hadirin
kumpulan caklempong Warikh Budaya Kolej Vokasional Juasseh telah
mencatat nama dalam ‘The Malaysia Book Of Record bermain caklempong
selama 36 Jam tanpa henti di perhimpunan sejuta belia di putrajaya pada
suatu masa dahulu.

Berikan satu tepukan gemuruh kepada kumpulan caklempong ini

Penyampaian hadiah

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Pohon meranti sekah sedahan

Berapit pulasan bersama kuini

Debaran hati tidak tertahan

Menanti keputusan sehingga kini

Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah, sijil dan


cenderamata. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

Yang berusaha Tuan pengarah Kolej Vokasional Juasseh Pn Hjh Fatimah

untuk menjemput dan mengiringi Yang berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj


Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh bagi
menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

Pemberian Cenderamata hakim

Hadirin yang dikasihi, acara penyampaian hadiah dan cebderamata


dimulakan dengan pemberian cenderamata kepada hakim-hakim
pertandingan. Sehubungan itu,

Cenderamata pertama diberikan kepada ketua hakim pertandingan. Majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan .......................

selaku Ketua Hakim untuk menerima sijil dan cenderamata. Dengan segala
hormatnya dipersilakan

Penyampaian pemenang

Hadirin warga dewan gemilang sekelian,

kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini iaitu pengumuman
keputusan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Diumumkan keputusan pemenang bagi Pertandingan Dikir Barat Karnival


Asrama Vokasional Teknik KAVoT zon melaka dan negeri
sembilan 2014 , Dimulakan dengan tempat ke 3 diberikan kepada

Ke 3 :
_______________________________________________________________________

Naib Johan :
________________________________________________________________

Johan Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT zon
melaka dan negeri sembilan 2014 di sandang oleh
______________________________________________

Penutup
Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Ikan laut ikan pelata

Pabila dipanggang tiada tandingan

Jangan begitu para peserta

Menang kalah adat pertandingan

Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang Berjaya,


manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi
pada pertandingan yang akan datang

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu
kehormat dan hadirin-hadirat sekelian yang telah sudi memeriahkan majlis
pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran
mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Pertandingan dikir dirai bersama


Kemenangan diidam menjelma lagi
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali

Seterusnya dijemput yang berusaha ............................................ untuk


mengiringi Tetamu Kehormat dan tetamu-tetamu jemputan, barisan panel
hakim serta JK pengelola majlis untuk ke majlis jamuan di tempat yang telah
disediakan….. dipersilakan.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah


wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai