Anda di halaman 1dari 2

Fenomena Cuaca Panas

Melampau
(El Nino)
Apa Itu El Nino Cuaca Panas Kering. Apa itu
maksud El Nino? Ramai mengeluh akibat cuaca
panas dan kering sekarang. Apakah punca sebenar
berlakunya fenomena panas ini?
Menurut Kenyataan Media YB Datuk Seri
Panglima Madius Tangau, Menteri Sains Teknologi
dan Inovasi pada 8 Januari 2016, cuaca panas di
Malaysia akan berterusan sehingga Mac
2016. Kejadian ini berlaku di sebabkan oleh
Fenomena El Nino kuat yang sedang
berlaku. Apakah sebenarnya El Nino?

Apa Itu El Nino?

Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), El Nino


adalah Fenomena lautan yang berlaku setiap dua ke tujuh tahun di mana arus laut
yang panas akan menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat
Peru, Amerika Selatan. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih
luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa
cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang
teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia,
berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur
berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.

Secara lazimnya, El Niño berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya ia


terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi
lemah menjelang awal tahun berikutnya. El Niño yang mempunyai keamatan yang
sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.

Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), El Nino adalah keadaan lebih


panas dari biasa yang berpanjangan di kawasan tropika di tengah dan timur lautan
Pasifik, dengan nilai Oceanic Niño Index (ONI) adalah 0.5°C atau lebih untuk
sekurang-kurangnya 5 bulan ONI berturut-turut. ONI adalah Purata untuk 3 bulan
berturut-turut anomali suhu permukaan laut (Sea Surface Temperature, SST) di
kawasan NINO 3.4 dikira setiap bulan dan diguna pakai sebagai petunjuk fenomena
ElNino.
Menurut Wikipedia, El Nino merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim
semula jadi yang dikenali sebagai Getaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern
Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan
besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. "El Nino" dalam
bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna "anak
perempuan".

Kesan/ Impak El Nino


Berikut diantara kesan atau impak berlakunya El Nino terhadap sesuatu kawasan :-
 Keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan utara
Australia.
 Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di tenggara Afrika, India dan
utara Brazil.
 Cuaca lebih lembap pula berlaku di sepanjang pantai barat kawasan tropika
Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara.
 Impak El Nino kepada negara secara umumnya boleh menyebabkan
jumlah hujan diterima akan berkurangan, terutamanya bagi Sabah dan
Sarawak.
 El Nino juga boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering
yang seterusnya memudahkan berlakunya kebakaran hutan yang boleh
menyebabkan kejadian jerebu tebal merentasi sempadan
yang akan memberi kesan terutamanya terhadap kesihatan, aktiviti luar dan
pertanian.

Itulah El Nino, fenomena alam masa kini. Walaupun fenomena kepanasan ini tidak
dikaitkan dengan aktiviti manusia di muka bumi, aktiviti lain seperti penebangan
hutan secara tidak terkawal, pencemaran industri, penggunaan bahan bakar fosil
secara berleluasa dan pelepasan gas
rumah hijau hendaklah dikawal.
Aktiviti tidak sihat ini adalah antara
contoh "kerosakan‟ yang dilakukan
manusia hingga memberi kesan
terhadap bumi.

Anda mungkin juga menyukai