Anda di halaman 1dari 10

Tenaga pelajar selain guru

Pihak sekolah bawa tenaga pelajar selain guru untuk mata pelajaran elektif. Tenaga
pengajar dari profesion mata pelajaran elektif tersebut dapat memberi kualti pelajaran yang lebih
mendalam. Dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga pelajar. Sebagai contoh artis dari
industri seni mengajar mata pelajaran seni di sekolah.

Dengan ini proses pembelajaran akan menjadi lebih mendalam dan menarik kerana artis
dapat membawa pengalaman dan kemahiran mereka untuk didedahkan kepada pelajar

Satu murid satu kemahiran

Mengadakan inisiatif seperti satu murid satu kemahiran untuk mengimbangkan diantara
akademik dan minat pelajar. Dengan ini pelajar dapat mengembangkan minat mereka melalui
subjek-subjek kemahiran. Pelajar juga dapat mengetahui kecenderungan minat mereka pada awal
lagi dan ini dapat membantu mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

Dengan program satu murid satu kemahiran ini ia dapat memberi kebebasan kepada pelajar
untuk menjalani aktiviti yg diminati mereka di sekolah dan dapat merehatkan minda mereka dari
akademik untuk seketika.
Pelbagaikan Pilihan Elektif Untuk Pelajar

Mempelbagaikan pilihan elektif supaya setiap pelajar dapat memilih elektif yang mereka
minati. Pelajar dapat peluang untuk menerokai minat mereka melalui subjek elektif yang
disediakan. Pelajar lebih focus dan semangat untuk menimba ilmu. Malahan pelajar dapat
mengenali lebih bakat sendiri dan dapat mengasah bakat sedia ada yang ada pada mereka. Sebagai
contoh sekolah yang kurang tenaga pengajar untuk subjek elektif, boleh mengadakan inisiatif iaitu
menghantar pelajar ke sekolah yang mampu mengajar.

Kedudukan Prestasi Bukan Atas Dasar Akademik


Semata

Mengubah persepsi masyarakat yang masih berpegang pada stigma bahawa kedudukan
prestasi sesebuah institusi adalah kejayaan akademik.Menyedarkan masyarakat bahawa
kemajuan dunia pada mata global kini tidak lagi hanya memandang pada akademik, malah
ekonomi yang menjadi pengukur tanda aras kejayaan sesebuah negara seperti China.

Oleh itu, untuk memastikan kedudukan ekonomi, secara asasnya bidang kemahiran perlu
diberi penekanan.
Guna cara kreatif untuk tarik minat pelajar

Melihat pada transformasi pendidikan negara sebagai salah satu agenda kerajaan
yang baik untuk memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan zaman dan
sentiasa berkembang ke arah yang lebih baik di samping melahirkan modal insan
berprestasi tinggi. Justeru peranan guru penting untuk memastikan kejayaan proses
transformasi kerana guru merupakan agen perubahan dalam sistem pendidikan. Peranan
guru dilihat lebih mencabar kerana untuk menjayakan sesuatu transformasi, sikap
memainkan peranan penting. Selain terlebih dahulu perlu mengubah sikap masing-
masing, guru juga perlu memastikan pelajar mempunyai sikap untuk berubah untuk
menjayakan sesuatu transformasi pendidikan. Sikap memainkan peranan penting kerana
tanpa sikap positif dan bersedia untuk berubah, transformasi pendidikan negara tidak
akan menjadi kenyataan.

Persoalannya, bagaimana untuk mengubah sikap pelajar yang merupakan salah


satu penggerak utama bidang pendidikan? Kebiasaannya guru menggunakan
pendekatan yang paling mudah untuk meminta pelajar mengubah sikap mereka iaitu
dengan cara menasihati mereka. Contohnya guru menasihati pelajar yang tidak meminati
mata pelajaran Matematik dengan memberitahu mereka mengenai kepentingan
Matematik dalam kehidupan seharian pelajar. Cara sebegini memang mudah untuk
dipraktikkan tetapi ianya kurang berkesan untuk mengubah sikap pelajar. Kajian
menunjukkan pelajar hanya mengingati 20 peratus daripada apa yang mereka dengar.
Memarahi atau mengenakan hukuman ke atas pelajar juga bukan cara mengubah sikap
pelajar yang baik. Malah merotan dengan teknik yang tidak betul boleh mendatangkan
tekanan fizikal dan mental kepada pelajar.

Selain itu, terdapat juga sebilangan guru yang menunjukkan tayangan video atau
melakukan demonstrasi bagaimana menggunakan bahan bantu belajar di hadapan bilik
darjah yang bertujuan untuk mengubah sikap pelajar. Contohnya, untuk memupuk sikap
positif pelajar terhadap mata pelajaran Matematik, guru menayangkan video yang
menerangkan sesuatu konsep Matematik ataupun guru menjalankan eksperimen
Matematik di hadapan bilik darjah. Pendekatan sebegini juga kurang sesuai untuk
mengubah sikap pelajar kerana kajian menunjukkan pelajar mengingati hanya 50 peratus
dari apa yang mereka dengar dan lihat. Cara yang paling berkesan untuk mengubah
sikap pelajar ialah memberi pelajar pengalaman yang membawa perubahan kepada
sikap mereka.

Contohnya untuk mengubah pelajar menjadi seorang yang berjimat cermat ialah
membawa sendiri pelajar ke rumah-rumah anak yatim atau pusat jagaan orang tua untuk
mereka merasai sendiri bagaimana susahnya kehidupan golongan yang kurang
berkemampuan tersebut. Begitu juga cara bagaimana untuk mengubah sikap pelajar
yang mempunyai sikap negatif terhadap subjek Matematik. Pelajar seharusnya diberi
peluang untuk meneroka sendiri sesuatu konsep Matematik dan bukannya disuap
dengan fakta-fakta Matematik. Banyak strategi pembelajaran yang dapat menggalakkan
penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Malah dalam era teknologi
pada hari ini, banyak bahan bantu mengajar yang dapat digunakan oleh pelajar untuk
membantu pembelajaran mereka. Kajian turut menunjukkan bahawa pelajar mengingati
90 peratus dari apa yang mereka cakap dan buat.
Kelebihan aliran kemahiran

BIDANG vokasional sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Selepas tamat


Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pasti ramai yang mencari haluan untuk meneruskan
pembelajaran bergantung keputusan masing-masing. Tidak dinafikan, aliran sains
menjanjikan masa depan dan peluang yang cerah. Namun, jangan mudah berasa rendah
diri jika anda tidak mendapat tempat dalam aliran sains. Masih banyak peluang terbuka
buat anda dalam bidang lain terutama kemahiran.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Ekonomi Rumah


Tangga (KVERT) Setapak, Kuala Lumpur Sharifah Husain berkata, sama seperti aliran
lain juga, bidang kemahiran mampu melahirkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi
dalam pendidikan. Katanya, hal ini dapat diperhatikan apabila sebahagian pelajar di
sekolah menengah teknik (SMT) atau kolej vokasional (KV) berjaya melanjutkan
pelajaran mereka ke peringkat universiti mahupun politeknik.

“KV memberi laluan kepada pelajar yang sederhana dalam akademik memilih
bidang kemahiran diminati mengikut kecenderungan masing-masing. “Pelajar akan
didedahkan dengan teori dan praktikal seawal usia 16 tahun seiring kehendak majikan
yang memerlukan kemahiran serta pengalaman bekerja,” katanya. Katanya, kesetaraan
Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membolehkan
pelajar KV menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. “Pelajar KV layak untuk
menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan syarat mereka perlu
memenuhi beberapa kriteria ditetapkan iaitu pertama mempunyai pengalaman kerja
sekurang-kurangnya dua tahun dan memiliki Sijil Program Akreditasi Pembelajaran
Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL),” katanya. Katanya, pelajar KV juga boleh
terus memohon program sarjana muda ditawarkan universiti dengan syarat memperoleh
keputusan cemerlang dalam akademik
https://people.utm.my/halim/guna-cara-kreatif-tarik-minat-pelajar/

https://www.ilpkl.gov.my/2015/index.php/my/arkib-berita.html?view=archive

https://www.gpsbestari.com/berita/johor/subjek-khas-ppki-beri-tumpuan-mata-pelajaran-kemahiran-
bantu-murid-berkeperluan-khas-1.761787

https://www.hmetro.com.my/bestari/2018/10/386556/kelebihan-aliran-kemahiran

Anda mungkin juga menyukai