Anda di halaman 1dari 3

Artikel Perniagaan

Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat


by Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan
jati diri yang tinggi� � Dato� Mohd Nadzmi

Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato� Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi
Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi
ceramah tengahari PUNB bertajuk " Revitalising Companies � The Way Forward�
pada 27 Julai 2004.

Bermula dari dunia korporat, Dato' Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan
syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat
ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA,
Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan
komitmen tinggi beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini
sinonim dengan nama beliau.

Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering memberi tip sebagai
panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya dalam dunia perrniagaan :-

Ini adalah nasihat beliau:

� Anda mesti mempunyai sikap rajin


� Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan
kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin
kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato� Mohd Nadzmi, sikap
untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu
sikap yang baik.

Mengikut Dato' Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya
jika seseorang yang mendapat pangkat �A� dalam peperiksaan bukan bermakna dia
akan mendapat �A� dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya,
mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat �A� dalam peperiksaan.
Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat
apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil
risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak
akan beroleh kejayaan cemerlang.

� Anda mesti mempunyai keyakinan diri


� Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang.
Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan
yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato� Mohd Nadzmi, usahawan
adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup
mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato�
Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu
keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam
membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan
yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu
difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana
untuk menyelesaikannya
� Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting
� Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu
diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat
penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang
tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan
akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran
wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.

� Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta


� Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal
perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai
ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan
seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan
pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan
usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu
tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di
tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.

� Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan


� Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu
menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara
untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada
sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk
mengurus perniagaan dengan cemerlang .

� Belajar dari kesilapan


� Menurut Dato� Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang
timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan
minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah �post mortem�, kaji
kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu,
sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika
kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan
tercapai.

� Ambil tindakan berasakan keutamaan


� Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut
Dato' Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang
memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya.
Beliau kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan
bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang
berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang
penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk
menyelesaikanya secara bijak.

� Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab


� Menurut Dato� Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas
Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan
timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang
bermasaalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-
syarikat di bawah kendaliannya berjaya.

Dato� Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan
penting seseorang itu perlulah:-

- melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik


- mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah
- kreatif dalam membuat keputusan
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.

Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang
pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan
pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga
syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang
dalam perniagaan, Insyallah.