Anda di halaman 1dari 4

Saya paparkan satu lagi perkongsian daripada salah seorang pembaca yang menulis pada

ruang komen berkenaan topik yang sama.

Kali ini, pembaca kongsikan pengalamannya sendiri menggunakan kenderaan pickup dari
tiga model yang berbeza.

Pembaca itu kongsikan pengalamannya dalam perbandingan antara Hilux, Ford Ranger dan D
Max.

Mungkin pembaca yang sedang mencari-cari pickup mana nak pakai dan tak dapat buat
keputusan mana satu yang bagus boleh gunakan pengalaman yang dikongsikan di bawah
sebagai panduan.

Bandingan Hilux, Ford Ranger Dan D Max

Assalamualaikom semua pembaca...

Cuma berkongsi pengalaman saya dalam pickup truck ni...

Saya baru 5 tahun berjinak jinak pakai pickup truck ni. Memang minat kenderaan yang tinggi
camni.

Pengalaman pertama saya dalam pickup truck ni saya pakai hilux 3.0. Mula pakai memang
syoq habis. Lepastu makin lama makin menyampah dah.

Mau taknya, atas highway asyik kena tapaow je dengan D.max Thailand. Kita dok ingat
pickup 3.0 kita cukup gah dah. Phuieee!!!, pickup Thai yang low spec tapaow pulak tu.
Dan lagi satu perkara yang aku tak suka, bila sampai nak service. Makin lama makin mahal
Toyota hentam harga. Lepastu Q punya la lama nak service pun.

Selepas pakai 3 tahun hilux tu, pastu pi survey D.max baru. Survey juga Colorado, berkenan
dan jatuh hati pulak kat D.max.

Jadi aku pun pakai la D max...


D.max ni satu perkara yang aku tak suka lepas pakai adalah sound enjin dia makin kuat la
pulak. Sampai anak aku cakap ingat ayah balik naik lori...adehhhh.

Lori la pulak anak aku cakap...tak puas hati. Selang 6 bulan aku pi survey pulak ford ranger.
Test drive dan setelah diteliti, aku pun jual D.max aku yang baru 6 bulan aku pakai.

Sekarang ni dengan Ford ranger la plak. Setakat ni aku amat berpuas hati dengan FR.
Sebabnya adalah....

Road tax murah berbanding degan yang lain baru RM5++.++ je. Tapi kenderaan kita guna
hampir sama juga dengan pick up lain. Kalau dulu hilux aku kena road tax RM1600.00. Itu
belum masuk insurance lagi. Tapi dari segi faedah lebih kurang sama juga dengan FR
Sound enjin dia antara yang paling perlahan antara yang lain, itu pendapat aku laaa...
Performance terbaik antara pickup truck yang pernah aku pakai.
Accessories pun banyak, boleh dapat lagi murah kalau masuk pasang kat hatyai..
Stability baik sangat, compare dengan hilux, memang jauh beza la. Hilux 3.0 aku dulu nak
cecah 120km/j pun lembab. Lepastu dah mula goyang. Memang x stabil langsung...
Yang paling aku takut naik hilux ni bila time hujan. Dalam kelajuan 80km/j di jalan, anytime
kenderaan anda boleh terbuang bila redah air bertakung di jalan. Tak payah banyak la air tu,
sedikit pun dah cukup untuk hilux tu buat roller custer. Sahabat aku total lost gara-gara kes ni
jee. Hilux dia siap berpusing pusing entah berapa kali dia pun tak ingah dah. Kalau FR aku
yakin dengan system terbaru yang digunakan dan teruji memang tak terlompat atau berpusing
bila redah air bertakung. Dan aku yakin dengan kelajuan tinggi di lebuh raya

Setakat ni je la aku share pengalaman aku pakai 4x4 ni. Mungkin ada lagi tapi cukup la
setakat ni. Apa pun FR memang terbaik setakat ini..wallahualam.

Lagi Bandingan Hilux, Ford Ranger Dan D Max


Ok! itu pengalaman yang dikongsikan oleh salah seorang peminat pickup atau 4x4 yang
semkin mendapat tempat di kalangan rakyat kita terutamanya mereka yang suka cabaran dan
kerja gigih.

Mungkin anda merupakan salah seorang peminat dan ada banyak pengalaman yang
seumpama di atas dan ada pandangan tersendiri dalam menentukan mana satu yang baik
mana satu yang kurang baik.

Tak semestinya cuma Hilux, Ford Ranger dan D Max sahaja. Ada banyak lagi jenama lain
yang boleh dicuba dan dibandingkan bergantung pada citarasa masing-masing.

Kalau anda ada cerita yang nak dikongsikan, boleh hantar pada saya atau komen saja dengan
maklumat yang mencukupi untuk saya jadikan satu artikel perkongsian dari pengguna.

Buat pembaca yang sudi kongsikan bandingan antara Hilux, Ford Ranger dan D Max di atas,
saya ucapkan ribuan terima kasih atas jasa anda bersusah payah menyumbangkan maklumat
buat pada pembaca di blog ini.

21Jan2015
Next

Anda mungkin juga menyukai