Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KERAWAI

PERTANDINGAN KUIZ TATABAHASA MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU 2018

NAMA : ____________________________________________________ KELAS : _________________________

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Ramli ingin menceburkan diri dalam bidang _____________.


A. peniaga B. perniagaan C. memperniagakan D. berniaga

2. Saya berpeluang untuk ________ acara perbarisan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
A. menyertai B. beserta C. penyertaan D. menyertakan

3. Kumar dan Kim Boon tinggal ____________ sejak lima tahun yang lalu.
A. menghampiri B. berhampiran C. hampir D. perhampiran

4. Pak Khamis memiliki sepuluh __________ tanah sawah.


A. buah B. kelompok C. batang D. bidang

5. Pihak polis merampas beberapa ___________ pistol daripada perompak-perompak itu.


A. pucuk B. patah C. ketul D. biji

6. Emak membeli lima ___________ pisang untuk Makcik Limah.


A. kotak B. cucuk C. sikat D. biji

7. Se _________ burung merpati hinggap di bumbung rumah.


A. punting B. kawan C. rangkap D. jambak

8. Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna ___________ lawatan itu.


A. daripada B. dengan C. dari D. untuk

9. Banyak orang yang tidak bersetuju ____________ pendapat Zainal itu.


A. akan B. dengan C. untuk D. seperti

10. _________ saya _________ dia tidak akan menyertai perkhemahan pengakap pada minggu depan.
A. Entah...entah B. Baik...mahupun C. Jangankan...pun D. Makin...makin

11. _________ bapanya meninggal dunia, Serilah yang menyara keluarganya.


A. Hingga B. Kerana C. Sejak D. sewaktu

12. Rashid Sidek tersenyum __________ melambai-lambaikan tangannya kepada orang ramai.
A. maka B. tetapi C. atau D. sambal

13. Padi yang ____________ itu akan dituai tidak lama lagi.
A. kebiru-biruan B. kemerah-merahan C. kehijiau-hijiauan D. kekuning-kuningan

14. Mereka ____________ di tepi laut.


A. porak- peranda B. mandi- manda C. riuh-rendah D. ramah-tamah
Soalan 15 hingga Soalan 17
Lawan bagi perkataan bergaris

15. Nenek dapat mengangkat kotak yang berat itu.


A. besar B. banyak C. ringan D. kuat
16. Pendaki-pendaki itu sedang berehat di puncak Gunung Kinabalu
A. bawah B. dalam C. kaki D. atas

17. Puan Zura berasa sangsi akan kejujuran pemuda itu.


A. benci B. yakin C. suka D. lega

18. Wanita itu sanggup __________ untuk menyelamatkan anaknya.


A. berat hati B. berbelah bagi C. bergadai nyawa D. berhati batu

19. "Janganlah mencuba ________________ saya dengan kata-kata manis itu," kata Rozita kepada Ali.
A. mengabui mata B. mendarah daging C. memeras ugut D. mencuci mata

20. Adik _____________ apabila melihat alat-alat permainan itu


A. putih mata B. ringan tulang C. rabun ayam D. rambang mata

Soalan 21 hingga soalan 25


Pilihan jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong yang bernombor dalam petikan di bawah ini.

Bunga raya memang terkenal di seluruh dunia. Bunga ini (10) sebagai pohon yang sejenis dengan pohon
kapas dan bendi. Bunga ini dapat (11) dalam pelbagai warna. Namun demikian, yang berwarna merah tualah yang
paling (12) orang. Bunga raya dapat juga dijadikan bahan ubat untuk (13) . Untuk (14) alis mata, cecair dari
kelopak bunga raya digunakan orang sebagai pewarna.

21. A. golongan B. tergolong C. menggolongkan D. penggolongan

22. A. menemukan B. menemui C. penemuan D. ditemukan

23. A. diminati B. meminati C. berminat D. peminat

24. A. mencantikkan B. kecantikan C. mempercantik D. cantik

25. A. menghitamkan B. kehitaman C. hitam D. menghitam

-SOALAN KUIZ TAMAT-


LATIHAN 2 SET B

1. Sufian bukan saja pandai bermain hoki ___________ pandai bermain bola sepak.
A apatah lagi B mahupun C tetapi juga D tambahan pula

2. Saya akan ke sana hanya__________ kerja-kerja di sini sudah selesai.


A sehingga B jika C selagi D sejak

3. Perempuan itu berasa yakin ___________ anaknya akan pulang pada suatu hari nanti.
A jika B apabila C kerana D bahawa

4. Kami membeli se__________ buah anggur sebagai buah tangan untuk Rohani.
A gugus B tandan C ulas D ikat

5. Harga __________ kasut buatan Itali itu lebeh mahal daripada cincin emas ini.
A sehelai B selembar C sebuah D sepasang

6. Pak Wan turun ke laut sambil membawa se___________jala.


A keping B rawan Cpapan D bidang

7. Galah yang paling panjang itu digunakan _____________ mengait buah kelapa.
A dengan B daripada C kepada D untuk
8. Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan ____________ pinang dibelah dua.
A tentang B oleh C seperti D sejak

9. ____________ itu sedang menggayakan baju kurung tradisional.


A Peragawati B Olahragawati C Seniwati D Sukarelawati
Soalan 15 dan soalan 16
Pilihlah perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

15. Beberapa orang ahli menyokong usul yang diutarakan oleh pemuda itu.
A membangkang B menyoal C menerang D menjawab
16. Musim kemarau menyebabkan penduduk desa itu mengalami kesusahan.
A panas B dingin C tengkujuh D sejuk

Soalan 17 dan soalan 18


Pilihlah kata ganda yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

17. Para pelajar itu sedang __________mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan menjelang.
A bergopoh-gapah B tunggang-langgang C bertungkus-lumus D riuh-rendah

18. Sikapnya yang _____________ itu menyusahkan kami.


A kecil-kecilan B keanak-anakan C berkejar-kejaran D kehairan-hairanan

Soalan 19 dan soalan 20


Pilihlah simpulan bahasa yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah
ini.

19. Setelah lama tinggal di Semenanjung Malaysia, keluarga Swee Mei akan __ ke Sarawak pula.
A beralih angin B beralih akal C berbelah bagi D bertikam lidah

20. Mohanlah yang menjadi ____________ dalam persatuan belia ini.


A titik peluh B terang hati C tulang belakang D tajam akal

Anda mungkin juga menyukai