Anda di halaman 1dari 3

PANITIA BM SKSK

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KERAWAI


INTERVENSI BAHASA MELAYU TAHUN 6 2019

(AKTIVITI 1)
NAMA AKTIVITI : LATIH TUBI MENULIS PERKATAAN
OBJEKTIF : Murid dapat menulis perkataan yang di sebut oleh guru.
i) Murid dibimbing dalam menulis perkataan disebut guru.
ii) Murid menulis perkataan dalam buku tulis.
iii) Murid menulis perkataan secara berterusan.

PENILAIAN
 Penilaian dijalankan setiap minggu ketika kelas tambahan pagi (SINAR HARAPAN).
 Murid dibimbing secara berterusan sehingga mampu menulis perkataan tersebut dengan mahir
dan berkesan.

PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan hasil penilaian, penambahbaikan akan dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan
aktiviti.

(AKTIVITI 2)
NAMA AKTIVITI : LATIH TUBI MEMBINA DAN MENULIS AYAT
OBJEKTIF : Murid dalam membina dan menulis ayat dengan baik.
i) Murid membina ayat berdasarkan perkataan yang sebut guru.
ii) Murid membina ayat tunggal.
iii) Murid membina ayat majmuk menggunakan kata hubung.

PENILAIAN
 Penilaian dibuat setiap minggu ketika aktiviti berjalan untuk mengenalpasti keberkesanan
aktiviti.
 Murid akan dibimbing secara berterusan dalam membina ayat-ayat mudah dan ringkas
berdasarkan perkataan.

1
PANITIA BM SKSK

PENAMBAHBAIKAN
Murid akan diberikan buku-buku rampaian berdasarkan aras murid yang lemah secara berterusan bagi
meningkatkan kemahiran menulis ayat.

(AKTIVITI 3)
NAMA AKTIVITI : LATIH TUBI MEMBINA ULASAN
OBJEKTIF : Murid dapat membina ulasan berdasarkan bahan grafik.
i) Murid dibimbing dalam mengenal pasti bahan ransangan yang diberikan.
ii) Murid menulis maklumat dalam bentuk kotak ulasan.
iii) Murid menulis maklumat secara berterusan.

PENILAIAN
 Penilaian dibuat berdasarkan bentuk soalan yang diberikan sepanjang kelas tambahan dan
kelas bimbingan.
 Murid yang lemah akan dibimbing secara berterusan dengan kepelbagaian bentuk grafik yang
diberi.

PENAMBAHBAIKAN
Kemahiran murid membina ulasan berdasarkan aras murid terutama yang masih lemah dalam
membina ayat.
Murid yang lemah akan dibimbing secara berterusan melalui kotak ulasan sehingga mahir menulis
ulasan dalam bentuk perenggan.

(AKTIVITI 4)
NAMA AKTIVITI : MENULIS ISI-ISI PENTING KARANGAN
OBJEKTIF : Murid dapat menulis isi-isi karangan penting berdasarkan
tajuk.
i) Murid menulis isi-isi penting karangan dalam kotak karangan.
ii) Murid menulis karangan mudah berdasarkan tajuk.
iii) Murid menulis dalam bentuk perenggan.

2
PANITIA BM SKSK

PENILAIAN
 Murid dibimbing secara berterusan dalam membina isi-isi karangan melalui tajuk yang
diberikan.
 Murid yang lemah akan menulis isi-isi karangan secara mudah (kotak karangan) sehingga
benar-benar mahir.
 Murid menulis karangan secara berulang hingga mahir menulis secara perenggan.

PENAMBAHBAIKAN
Murid yang lemah akan dibimbing dalam membina karangan mudah dengan menekankan aspek
pendahuluan (berdasarkan tajuk), isi-isi karangan (berdasarkan kotak karangan) dan penutup (nilai-
nilai murni / baik).
Murid yang lemah akan dibimbing secara berterusan dengan masih mengekalkan kebolehupayaan
murid dalam mengingat, memahami, mengaplikasi dan menilai setiap isi-isi karangan yang ditulis.

Anda mungkin juga menyukai