Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
2. Bilik guru
Murid dilarang masuk ke bilik guru tanpa kebenaran.
Ketuk pintu untuk mendapat kebenaran masuk.
Hanya murid yang ada urusan dengan guru sahaja dibenarkan masuk.
Semua buku kerja/latihan hendaklah diletak di atas rak-rak yang disediakan di koridor
Bilik Guru.
3. Bilik Darjah
Semua murid bertanggungjawab terhadap bilik darjahnya,harta sekolah dan kebersihan.
Dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah.
Mestilah berjimat menggunakan tenaga elektrik dan kemudahan lain.
Tutup kipas dan lampu sebelum meninggalkan bilik darjah.
Hendaklah duduk di tempat yang ditetapkan dan bertanggungjawab terhadap kerusi dan
mejanya. Tidak dibenarkan menconteng atau merosakkan kerusi atau meja.
Dilarang berkeliaran di luar bilik darjah.
Harta benda di dalam bilik darjah dilarang dibawa keluar tanpa kebenaran.
Buka pintu dan tingkap semasa murid berada di dalam.
Semasa ketiadaan guru,bilik darjah adalah di bawah kawalan Ketua Kelas.
Tidak dibenarkan keluar bilik darjah pada bila-bila masa tanpa kebenaran guru.
Murid yang diberi kebenaran keluar bilik darjah di luar waktu rehat mesti memegang
PAS KELUAR KELAS.
4. Tandas
Gunakan dengan penuh tanggungjawab.
Pastikan pili air ditutup selepas digunakan.
Murid dilarang menggunakan tandas guru.
Murid lelaki dilarang menggunakan tandas perempuan dan sebaliknya.
Dilarang menulis/menconteng/melukis di dinding tandas dengan apa jenis alat tulis.
Bahan pepejal hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan tidak dibuang dalam lubang
tandas.
Penggunaan tandas hanya dengan kebenaran guru melainkan waktu rehat dan di luar
waktu persekolahan
Jaga kebersihan tandas.
5. Kantin
Dilarang membuang sampah merata – rata di kawasan kantin
Bungkusan makanan dan minuman yang digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah .
Beratur semasa membeli makanan dan minuman .
Dilarang meludah merata-rata.
Dilarang berada di kawasan kantin semasa perhimpunan dan semasa pelajaran berjalan
kecuali mendapat kebenaran guru.
Sepanjang bulan puasa , murid islam dilarang makan dan minum di kantin.
Dilarang mengalih kerusi dan meja kecuali mendapat kebenaran guru.
Selepas,makan pinggan,mangkuk dan sudu hendaklah dimasukan ke dalam besen yang
disediakan.
Semasa makan,elakkan daripada menyepahkan makanan di atas meja.
Makan secara sopan ,tidak gelojoh.
Makanlah makanan yang seimbang dan berkhasiat.
Tidak dibenarkan makan di luar kawasan kantin.
Pelajar yang membawa makanan dari rumah tidak dibenarkan menggunakan peralatan
kantin.
Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan yang dibeli di luar sekolah.
6. Surau
Hanya murid islam sahaja dibenarkan masuk ke dalam surau.
Jaga kebersihan surau.
Kasut hendaklah ditinggalkan di luar surau.
Segala peralatan sembahyang hendaklah disusun setelah digunakan.
Semasa pelajaran berjalan , pengunaan surau untuk tujuan sembahyang mestilah
mendapat kebenaran guru.
Surau digunakn untuk tujuan sembahyang dan perjumpaan yang berkaitan dengan hal-hal
agama.
Dilarang tidur dan membuat bising di dalam surau.
Sebelum meninggalkan surau,pastikan semua suis lampu,kipas dan pintu ditutup.
9. Padang
Penggunaan padang mestilah mendapat kebenaran Pengetua atau Guru Sukan.
Pelajar hanya dibenarkan berada di padang di bawah pengawasan guru.
Semasa menggunakan padang mestilah berpakaian sukan.
Dilarang menggunakan padang semasa hujan.
Dilarang memanjat atau bergayut di mana–mana sahaja kecuali diarahkan.
Alat-alat sukan dilarang ditinggalkan di kawasan sekolah selepas digunakan.
Makanan dan minuman dilarang dibawa ke padang atau ke tepi padang.
Jaga kebersihan padang.
Semasa berada di padang, pelajar hendakalah sentiasa mematuhi arahan guru.
16. Telefon
Membawa telefon bimbit adalah DILARANG.
Penggunaan telefon awam hendaklah mendapat kebenaran guru dahulu.
Bayaran tertentu dikenakan untuk penggunaan telefon pejabat.
21. Peringatan
Segala peraturan sekolah yang telah ditetapkan di atas boleh diubah dari masa ke semasa
tertakluk kepada keadaan. Kerjasama semua pihak amat dialu-alukan dan dihargai untuk
meningkatkan tahap disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya.