Sejarah Melayu mencakupi dimensi yang luas dengan rentang masa yang panjang. Jika
kerajaan Kutai dianggap sebagai kerajaan tertua dalam kebudayaan melayu, maka awal fasa
sejarah Melayu adalah sekitar abad ke-4 dan ke-5 Masihi. Sejarah yang dimaksudkan di sini
adalah kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku baik berupa manuskrip, prasasti,
Menurut kamus dewan edisi ketiga, naskhah membawa maksud karangan dan lain-lain
yang bertulis tangan (Kamus Dewan: 921: 1997). Naskhah merupakan peninggalan tertulis
yang menceritakan hal-hal ehwal suatu masa tertentu pada masa lalu. Naskhah sejarah
terbahagi kepada dua iaitu naskhah berbentuk manuskrip dan berbentuk prasasti. Di antara
prasasti yang telah ditemukan adalah Batu Bersurat, Kedudukan Bukit, Talang Tuo, Telaga
batu, Kota Kapur dan Karang berahi yang merupakan peninggalan kerajaan Sriwijaya.
Sementara manuskrip yang ada kebanyakannya berkenaan dengan agama, adat, hikayat,
Manuskrip ialah naskhah tulisan tangan atau bahan sesuatu karya yang telah
disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku (Kamus Dewan:
860: 1997). Manuskrip merupakan nashkah tulisan tangan peninggalan masa lalu yang
menjadi bidang kajian fisiologi. Penelitian mengenai naskhah Melayu belum terlalu banyak
dilakukan jika dibandingkan dengan khazanah sastera lama yang terdapat dalam tanah air kita
ini.
Jumlah naskhah Melayu yang tersebar di seluruh dunia ini belum boleh ditentukan.
Terdapat anggaran jumlah sebanyak 4 000 naskah, ada juga anggaran sebanyak 10 000
naskhah. Di Indonesia tempat yang paling banyak menyimpan khazanah Melayu adalah di
1
SINOPSIS SEJARAH MELAYU
BUKU Sejarah Melayu karya W.G Shellabear ini merupakan terbitan Fajar Bakti.
Buku ini berkisar tentang sejarah kewujudan Tanah melayu dari awal sehinggalah berakhirnya
kegemilangan bagi sejarah Melayu satu waktu dahulu. Bermula dengan kedatangan
dengan niat untuk memonopoli kekuasaan Melaka. Sejarah Melayu mengisahkan tentang
kekuasaan Tanah Melaka sehingga terkenal ke China dan kejayaan Melaka menjalinkan
hubungan akrab dengan negara-negara luar yang lebih besar kekuasaannya dengan
kebijaksanaan pemerintah. Shellabear juga mengupas tentang isu kemerosotan Tanah Melayu
akibat penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pembesar kanan negeri Melaka serta
kejatuhan Melaka yang berpunca daripada pucuk kepimpinan yang masih muda iaitu Sultan
Mahmud Syah yang sangat muda sewaktu ditabalkan menjadi Sultan Melaka selepas
syah tersilap langkah dan mengikut kata-kata pembesar yang salah dan mempunyai niat yang
lain sehingga tercetusnya permusuhan dengan pedagang Portugis yang sedari awalnya sengaja
mahu mencetuskan perbalahan untuk mengaut kekuasaan, kekayaan dan menyebarkan agama
Kristian di Tanah Melayu yang terkenal dengan kekayaan rempah-ratus, menjadi rebutan
pedagang datang, kekuasaan wilayah, dan juga majoriti penduduk yang menganut agama
Islam.
Di dalam buku hasil Shellabear ini juga diselitkan zaman kegemilangan Melayu
Melaka yang diperintah oleh Parameswara sehinggalah pemerintahan kesultanan Melayu
Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah sebelum dijajah oleh Portugis pada tahun
1511.
Selain daripada itu, bahasa yang digunapakai di dalam buku Sejarah Melayu ini
diceduk daripada kata-kata lama yang diambil secara sepenuhnya dengan glosari kata yang
disediakan di muka akhir buku ini. Shellabear seolah menyalin semula kata-kata atau perkara
yang dipetik daripada manuskrip yang dikaji oleh beliau. Hal ini sendiri telah diperakui oleh
W.G Shellabear di dalam kata-kata awal pada buku Sejarah Melayu ini yang mana beliau
hanya menginterpretasikan karya beliau ke dalam bentuk yang lebih mudah yang diambil
daripda manuskrip-manuskrip lama yang diperolehi beliau.
3
ULASAN PERBANDINGAN BUKU “SEJARAH MELAYU” DENGAN “HIKAYAT
HANG TUAH”
Siapakah sebenarnya Hang Tuah? Benarkah Hang Tuah wujud dalam sejarah dan
adakah gambaran Hang Tuah dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu sekadar
fantasi sosial kesusasteraan Melayu? Hebat sangatkah Hang Tuah sebagai laksamana pada
zaman empayar Melaka?
Hang Tuah ialah seorang pahlawan lagenda berbangsa Melayu pada masa
pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada
[1]
1400-1511 Masihi . Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong,
Melaka kira- kira dalam tahun 1444 Masihi.
Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.
Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga
ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang
terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal
dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan
Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu,
mereka berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana
Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan
ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil
mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah
Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di
tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernamaTaming
Sari.
Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat
dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada
kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming
4
Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah.
Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan
permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang
mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi
dijadikan gundik Sultan.
Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat
berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan
Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik
Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah
disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah
dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat
karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani
hukuman mati.
Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah
Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar
atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah
menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada
masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah
masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup.
Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang
Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming
Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang
telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu
menghukumnya tanpa sebarang alasan.
5
Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia
bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir
bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba
menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sehingga
sekarang.
Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan
saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang atau rakyat Melaka yang
tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah
yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap
pembunuh. Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia"
yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.
Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan
kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan.
Hang Tuah sebenarnya telah dimelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk
yang tercatat pada Robin Hood.
Dalam kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan
tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka
mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti yang kelihatan di dalam
filem Hang Tuah. Tyerdapat 4 buah filem yang telah dihasilkan sepanjang tahun sehingga
tahun 2004 yang kebanyakan kisahnya berkisar tentang kehebatan Laksamana Hang Tuah,
yang membezakan hanya plot cerita sahaja.
6
Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan 'nama menunjukkan bangsa'.
Bahasa 'nama' merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu
bangsa itu.
Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat
disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah
dijalankan dengan bersandarkan kepada 'nama' manusia untuk memperolehi
jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.
Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan
Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajuk 'Melaka 1400-1511 Dari Aspek
Kemasyarakatan,' Cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan
adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana,
Shahbandar dan Mandulika.
7
Perkara yang menarik daripada edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama
puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan 'campur' antara puteri Hang Li Po
dengan Sultan Mansur Syah, baginda telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi
nama Paduka Mamat.
Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah
berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang
Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew.
Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina,
biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula
diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang.
Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.
Pendapat yang kedua pula berpendapat bahawa nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi
telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga
menjadi sebutan yang kekal.
Pendapat yang ketiga pula mengandaikan bahawa berkemungkinan nama Cina sebenar
Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya
nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik
oleh beliau.
8
Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan
Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah
memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang
dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar 'biduanda Cina' juga
bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau
masih memeluk agama asal mereka.
Andaian yang kedua, Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew,
adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.
Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturipula telah timbul percanggahan
pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini
meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini
berlaku antara pengarang 'Sejarah Melayu' dan pengarang 'Hikayat Hang Tuah'
mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang
Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah
Pula menuduh Hang Jebat.
Perkara ini dapat disimpulkan kepada tiga bentuk simpulan daripada perbezaan
pendapat iaitu yang pertama telah tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang
kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua
pengarang serta pakar sejarah lampau.
Andaian yang kedua mengenai perbezaan pendapat lawan Hang Tuah ialah pengarang
'Sejarah Melayu' telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat
lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu
luas serta hal-hal yang menyeluruh.
9
Andaian yang ketiga pula ialah pengarang 'Hikayat Hang Tuah' adalah lebih formal
kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal
peribadi Hang Tuah secara lebih detail.
Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang
Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang
telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal.
Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang
melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai lagenda pahlawan Melayu. Mengikut
kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan
demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Dilihat secara logikal
bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.
Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang
datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah. Nama sebenar Hang Tuah ialah
Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan
ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.
Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee
Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat
dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga
menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu
persahabatan yang abadi.
Kelima-lima sahabat ini mula masyhur dalam kalangan istana apabila mereka
menyelamatkan Bendahara daripada serangan orang mengamuk sewaktu kunjungan
Bendahara ke kampung mereka. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-
nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas sama ada
dalam kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.
Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman
itu telah pun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama
seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah
yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.
10
Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan
seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun
demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka
kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah
menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.
Jika dilihat kepada periodiknya, Hang Tuah hidup pada abad ke-14. Sementara pada
awal abad ke-15 iaitu 1511 empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.
Meletakkan Hang Tuah abad ke-14 sebagai merujuk kepada kedatangan Laksamana China,
Zheng He (Cheng Ho) ke Melaka. Sementara Zheng He pula dikatakan membawa puteri
Maharaja China, Hang Li Po. Bagaimanapun Hang Li Po tidak ada dalam sejarah China atau
Melaka.
Sejarah Portugis di Melaka tercatat dengan fakta tetapi Hang Tuah terus diulang bicara
tentang kehebatannya sebagai sebuah hikayat. Inilah satu-satunya hikayat yang paling
berpengaruh lagi klasik dalam kesusasteraan Melayu. Hikayat Hang Tuah menjadi milik
masyarakat.
Kepada kita Hang Tuah adalah laksamana yang maha hebat, menewaskan Patih Karma
Wijaya dari Majapahit, menjadi pengutus ke negara China dan orang pertama melihat wajah
Maharaja China selain orang yang bertanggungjawab melarikan Tun Teja dari Terengganu
untuk diberikan kepada Sultan Melaka. Semua kehebatan ini diterima sebagai sejarah oleh
sebahagian besar daripada kita.
Tetapi dalam buku 1421: The Year China Discovered America tulisan Gavin Menzies
yang menjejak kembali laluan Laksamana Zheng He, nama Hang Tuah sebagai laksamana
Melaka tidak tercatat. Buku setebal 551 halaman itu ada menyebut tentang Sultan Melaka
semasa Cheng Ho singgah di Melaka. Masakan orang kanan sultan seperti Hang Tuah tidak
wujud di sisi Sultan Melaka?
Ini satu bukti bahawa watak Hang Tuah (seorang melayu dan laksamana) adalah mitos
dan hanya ditulis pada 1621 dalam Hikayat Hang Tuah. Ada pihak pula menganggap Hang
11
Tuah dengan empat watak lagi itu sebenarnya lima pengiring Zheng He dari China yang
mengikuti pelayaran laksamana tersohor China itu? Ini ada tercatat dalam 1421: The Year
China Discovered America. Adakah semasa sampai ke Melaka, mereka berlima ini tidak
pulang bersama Zheng He dan terus menetap di Melaka?
Maka kita boleh bertanya lagi adakah Hang Tuah adalah Cina dan bukan Melayu
seperti yang banyak orang fahami sebelum ini? Hujah ini diperkuatkan lagi dengan pangkal
nama ``Hang'' tidak ada dalam bangsa Melayu dan lebih kepada pangkal nama orang Cina.
Sekiranya Hang Tuah wujud pada abad ke-14 tetapi tidak disebut langsung dalam
sejarah Melaka menentang Portugis hingga Melaka tewas pada 1511, adakah ketika itu Hang
Tuah telah meninggal dunia?
Buku ini antara yang menguatkan lagi tanggapan bahawa Hang Tuah adalah mitos
Melayu yang paling agung. Tidak ada hikayat yang begitu berpengaruh dan mitos dianggap
sebagai sejarah kecuali Hikayat Hang Tuah. Dalam masyarakat hari ini Hang Tuah bukan lagi
dianggap watak mitos dalam hikayat yang sama dengan sekian banyak hikayat lagi seperti
Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Demang dan pelbagai lagi. Hikayat
Hang Tuah tergantung di atas sejarah Melaka membuatkan ia lebih kelihatan sebagai sejarah
daripada hikayat.
Sewajarnya sebagai generasi kini mengagumi penulis atau individu yang menulis
Hikayat Hang Tuah. Hal ini kerana kejayaan yang luar biasa membawa hikayat itu hingga
merentasi beberapa zaman. Malah lebih mengagumkan lagi apabila hikayat itu berada di atas
garis pemisah yang nipis antara latar sejarah dan mitos.
Kenyataan yang hakiki dan telus, Hang Tuah wujud dalam teks kesusasteraan Melayu
dan kisah beliau sangat mistik. Nilai-nilai mistik dalam Hikayat Hang Tuah barangkali paralel
dengan imaginasi Melayu yang juga sangat jauh mistiknya. Hang Tuah sebagai watak mitos
apabila Hang Tuah sendiri tidak pernah dibuktikan wujud secara arkeologikal atau
antropologikal.
Hikayat Hang Tuah dipercayai ditulis pada 1621 tetapi sehingga kini tidak dapat
mengesan penulis ajaib yang berjaya memukau berbilang generasi selepas abad ke-16.
12
Sementara Sejarah Melayu pula ditulis pada 1621 oleh Tun Sri Lanang juga ada tersebut
watak Hang Tuah di dalamnya dan wujud beberapa fakta yang bercanggah.
Mungkin kita boleh bertanya, adakah Hikayat Hang Tuah sebagai usaha untuk
mengembalikan semangat orang Melayu apabila mereka tidak mampu menentang Portugis?
Kerana itu yang wajar dibincangkan sekarang bukan wujud atau tidaknya Hang Tuah.
Sebaliknya kedudukan Hikayat Hang Tuah dalam masyarakat.
Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu adalah naskhah klasik untuk mengenali orang
Melayu. Misalnya untuk melihat kesetiaan Melayu kepada raja, lihatlah bagaimana orang
Melayu dapat menerima tindakan Hang Tuah membunuh sahabatnya Hang Jebat yang
membela penganiayaan ke atas Hang Tuah.
Orang Melayu tidak pernah menganggap Hang Tuah zalim kerana membunuh orang
yang memperjuangkan keadilan ke atas dirinya. Malah Melayu berpegang kepada ``Pantang
Melayu menderhaka raja''. Pada masa yang sama orang Melayu tidak pernah melihat Hang
Tuah sebagai kaki ampu apabila sanggup melarikan Tun Teja tunang Megat Panji Alam. Tun
Teja dipersembahkan kepada sultan.
Kerana Hikayat Hang Tuah bukanlah sejarah maka ia membuka laluan untuk kita
melihat dan memberikan tafsiran baru ke atas naskhah klasik ini. Buatlah apa saja ke atas
naskhah Hikayat Hang Tuah, tidak ada siapa yang boleh menghalangnya. Sasterawan Negara
13
Allahyarham Usman Awang memberikan konsep anti-hero apabila menghasilkan naskhah
teater Matinya Seorang Pahlawan. Di tangan Usman Awang, pahlawan bukanlah Hang Tuah
tetapi Hang Jebat yang memperjuangkan keadilan dan bukan setia membuta tuli kepada
sultan.
Matinya Seorang Pahlawan adalah percubaan kedua membuat tafsiran baru selepas Ali
Aziz menulis lakon layar filem Hang Jebat arahan Hussein Haniff. Watak Hang Jebat yang
hitam dalam Hikayat Hang Tuah menjadi putih di tangan Ali Aziz.
Kini apabila watak Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang dipinjamkan untuk filem
Puteri Gunung Ledang, ini satu lagi tafsiran baru terhadap Hikayat Hang Tuah. Dalam Puteri
Gunung Ledang, Hang Tuah (lakonan M. Nasir) bercinta dengan seorang puteri dari
Majapahit (lakonan Tiara Jacquelina) kemudian berlindung di Gunung Ledang. Dia dipanggil
Puteri Gunung Ledang yang juga digilai oleh Sultan Melaka.
Naskhah asal Hikayat Hang Tuah bahawa Puteri Gunung Ledang meminta pelbagai
hantaran perkahwinan yang tidak masuk akal. Tetapi apabila menjadi naskhah filem ini, puteri
itu berbuat demikian untuk mengelak berkahwin dengan Sultan Melaka kerana dia mencintai
Hang Tuah. Semuanya bermula daripada Hikayat Hang Tuah.
14
KESIMPULAN
Konklusinya, sesuatu yang dicatit atau ditulis oleh seorang penulis terdahulu kadang-kala
merupakan pandangan dari sudut penulis itu sendiri dan bukannya secara keseluruhan
peristiwa yang sebenar. Belum tentu sesebuah manuskrip itu menceritakan kebenaran tentang
peristiwa sejarah yang pernah berlaku secara benar. Begitu juga dengan kegagahan Hang
Tuah yang diriwayatkan oleh sesetengah penulis boleh hidup semenjak pemerintahan pertama
kesultanan Melayu Melaka. Jika ditimbang tara daripada sudut logikal, adalah mustahil bagi
seorang manusia boleh hidup dalam satu jangka masa yang begitu lama. Penulis mungkin
ingin membesarkan watak Hang Tuah seterusnya mencipta penulisan yang ekstaravaganza
sedemikian. Terdapat juga watak-watak yang tidak begitu penting yang ditonjolkan oleh
penulis, sedangkan jika daripada peristiwa sejarah sebenar, watak tersebut tidak memainkan
peranan yang begiru penting. Hal ini boleh juga terjadi kepada watak yang begitu penting
tetapi telah kurang ditonjolkan oleh penulis.
15
BIBLIOGRAFI
London
Kassim Ahmad. 1997. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
W. G. Shellabear. 1896. Sejarah Melayu. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Petaling Jaya.
16
LAMPIRAN
17