Anda di halaman 1dari 5

Faktor perubahan pemikiran

Salah satu faktor yang menyumbang kepada perubahan pemikiran di Eropah pada
abad ke-15 hingga ke-18 adalah zaman pencerahan. Zaman pencerahan atau
enlightenment age dianggap sebagai zaman kelahiran semula. Perkembangan ilmu yang
pesat menyebabkan kepentingan gereja semakin berkurangan kerana masyarakat lebih
percaya bahawa setiap perkara perlu dibuktikan dengan fakta sains. Permulaan zaman
pencerahan adalah semasa berlakunya revolusi perindustrian di Perancis. Ini
membangkitkan pemikiran Barat untuk maju dalam sains dan teknologi dan secara
perlahan berlaku penguasaan terhadap negara timur termasuk wilayah Islam hingga
jatuhnya Khalifah Uthmaniah di Turki pada 1924 masihi.

Zaman pencerahan juga dikatakan bersifat skeptisisme terhadap beberapa unsur


seperti doktrin gereja, sifat individualisme, kepercayaan terhadap sains dan kajian serta
penggunaan akal. Pengaruh skeptisisme1 pada zaman ini adalah meluas di Paris (M. S.
Anderson 1961: 293). Mereka yang hidup pada zaman ini merasakan pendidikan boleh
mempercepat perubahan sosial dan bukannya agama. Selain itu, zaman ini juga boleh
dianggap sebagai zaman kemuncak pembebasan autoriti dan dogma zaman pertengahan.
Hal ini kerana permulaan dunia moden dikatakan bermula pada zaman ini.

Immanuel Kant mentafsir pencerahan dengan mengatakan;

"Enlightenment is man’s leaving his self-caused immaturity. Immaturity is the incapacity


to use one's intelligence without the guidance of another. Such immaturity is self-caused
if it is not caused by lack of intelligence, but by lack of determination and courage to use
one's intelligence without being guided by another. Sapere Aude!...".

Di dalam esei beliau itu yang bertajuk 'Was ist Aufklarung?' beliau ada mengatakan
individu kelihatan tidak matang 'immature' apabila terlalu bergantung pada orang lain.

1
Sifat keraguan dan kesangsian
Hal ini menunjukkan individu yang terlalu bergantung kepada orang lain adalah tidak
matang kerana tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri dan takut untuk berubah.
Perkataan 'Sapere Aude' yang digunakan beliau membawa maksud semangat ingin tahu .
Jadi, terma yang digunakan adalah tepat dengan kegunaan pada zaman tersebut. Michael
Foucalt pula di dalam bukunya What is Enlightenment mengatakan pencerahan adalah
gergaji dua mata kerana ia harus membenarkan kritikan. Namun begitu kritikan itu tidak
bermaksud untuk menentang pencerahan. Yang dimaksudkan adalah seseorang haruslah
menolak sifat mengambil mudah dan kekal dengan unsur tradisionalisme dan autoritarian
ataupun mengkritik pencerahan dan melarikan diri dari prinsip rasional. Majma’ Al
Lughah Al ‘Arabiyyah mendefinisikan pencerahan sebagai gerakan pada abad ke-18 yang
menyeru kepada penggunaan akal dan kebebasan memberi pendapat, yakin akan
pengaruh moral selain progresif dan jauh dari mana-mana kongkongan.

Sewaktu zaman pencerahan, golongan teologikal dianggap ketinggalan zaman dan


tidak progresif. Golongan ini merupakan golongan yang meletakkan pengaruh agama di
tangga teratas dimana agama mendominasi cara berfikir dan nilai dalam diri seseorang
manusia. Di Perancis, berlaku serangan terhadap kepercayaan tradisional dan kestabilan
agama oleh sejarawan, ahli falsafah dan jurnalis. Buku-buku dan risalah keagamaan
dikritik tetapi hal ini tidak terjadi kepada penulisan saintifik (M.S. Anderson 1961: 293).
Dapat dilihat, wujudnya penolakan secara total terhadap golongan teologikal. Jadi, tidak
salahlah apabila zaman pencerahan dianggap sebagai kemuncak revolusi intelektual di
Eropah pada abad ke 17 dan 18.

Selain itu, zaman pencerahan juga dikenali sebagai The Age of Reason. Mengikut
Blum di dalam bukunya The Emergence of The European World mengatakan bahawa ini
adalah zaman dimana wujud kuasa untuk memberi jawapan terhadap semua hukum alam
yang mengawal tingkahlaku masyarakat sama seperti para saintis yang menemui hukum
yang mengawal perkara fizikal ( Blum, J 1966: 253). Zaman ini telah memberi kesan
yang besar terhadap pemikiran dan tindakan yang mereka lakukan.
Terdapat beberapa komponen yang menjadi faktor kepada pemikiran pencerahan.
Kewujudan alam semesta dianggap sebagai rasional dimana ianya hanya dapat difahami
dengan penggunaan akal sahaja. Kewujudan pengaruh rasional ini dijumpai di England
yang mana ada pergerakan yang dikenali dengan nama Enlightenment (Cowie 1963: 24).
Konsep rasional itu sendiri diasaskan oleh tokoh terkemuka Max Weber pada abad ke 15
dan benar-benar berkembang pada abad ke 18. Rene Descartes yang merupakan Bapa
Moden Falsafah merupakan tokoh rasionalis pertama. Menurut beliau, falsafah harus
dibebaskan daripada kongkongan paderi zaman pertengahan dan menjadi kukuh tanpa
pergantungan terhadap apa-apa perkara. Bagi mencari kepastian, beliau telah
menggunakan metod ragu untuk mencari kebenaran. Berpegang kepada prinsip
rasionalisme dan keyakinan diri, mereka yang hidup pada abad ke-18 menolak pegangan
klasik. Mereka merasakan tiada apa yang boleh dipelajari tentang sains melalui pegangan
klasik (R. B. Mowat 1934: 237).

Seterusnya, masyarakat pada zaman ini percaya bahawa kebenaran sesuatu perkara
diperoleh melalui pemerhatian emperikal, penggunaan akal dan kaedah ragu yang
tersusun. Perkataan empirikal itu sendiri bermain dengan deria rasa, sentuh, lihat, dengar
dan bau. Pengalaman juga dianggap penting untuk mendapatkan kebenaran sesuatu
perkara. Dapat dilihat, kepentingan agama tidak termasuk dalam usaha untuk memahami
dan mendapatkan sesuatu kebenaran. Kaedah rasional penting dalam menilai sesuatu
perkara atau ilmu pengetahuan dan ia mestilah tidak melibatkan pengaruh agama.
Beberapa tokoh falsafah rasional yang terkenal pada zaman ini adalah Spinoza, Kant dan
juga Hegel. Tokoh-tokoh rasional ini berpendapat bahawa ahli falsafah harus membuang
sesuatu yang bersifat tidak rasional dan menggantikannya dengan sesuatu yang bersifat
rasional. Descartes telah menyokong pandangan ini dengan mengatakan bahawa
pengetahuan yang sejati hanya boleh didapati melalui rasio ataupun akal.

Kesan daripada pencerahan telah mewujudkan pemikiran yang bersifat saintifik.


Pemikiran saintifik ini telah menguasai cara berfikir orang Eropah selain menghegemoni
pemikiran dunia. Orientasinya menjurus kepada pemerhatian terus terhadap gejala
semulajadi yang berlaku, pengumpulan fakta melalui pemerhatian dan ujikaji, penemuan
hukum yang mengatur, membuat ramalan untuk asas perancangan pada masa hadapan
dan penolakan terhadap unsur metafizik2. Melalui pemerhatian dan ujikaji kita dapat
menemui fakta yang bertepatan contohnya fakta mengenai gejala alam dan gejala
manusia. Melalui pencarian hukum pula, Isaac Newton sebagai contoh, telah menemukan
hukum graviti yang masih lagi relevan dan diguna pakai sehingga hari ini. Malah, ianya
telah digunakan di seluruh dunia. D'holbach ada menegaskan bahawa penjelasan terhadap
unsur semulajadi tidak boleh dicari melalui kepercayaan tradisional atau kepercayaan dari
gereja tetapi haruslah mengaplikasi kajian sains. Setiap perkara yang berlaku memerlukan
alasan yang munasabah dan diterima akal. Semuanya didasarkan melalui pemerhatian,
ujikaji serta perbandingan yang betul-betul teliti. Setiap pengetahuan perlulah melalui
fakta yang positif dan konkrit dan diperoleh melalui metod ilmiah. Sumber-sumber yang
tidak dipercayai tidak boleh digunakan kerana ianya tidak relevan.

Dampak pemikiran saintifik atau kesan pemikiran saintifik telah melahirkan banyak
perubahan. Semakin ramai yang menggunakan metod ilmiah untuk mengenalpasti
sesuatu perkara yang berlaku. Ianya telah mempengaruhi institusi sosial, politik, ekonomi
dan juga kebudayaan manusia. Perancis yang merupakan negara terkaya dan mempunyai
ramai penduduk pada ketika itu, menggunakan ekonomi mereka untuk membantu para
saintis dan ahli falsafah untuk membeli bahan bacaan dan membiayai akademi. Makmal
serta taman botani yang diperlukan untuk tujuan intelektual turut dibiaya (F. Roy Willis
1987: 325-326).

Seterusnya, pemikiran saintifik telah membawa kepada kemajuan dan kesejahteraan.


Banyak penerokaan dan kajian dilakukan yang melahirkan ramai ilmuan pada zaman
tersebut. Perubahan teknologi dilihat semakin berkembang dimana penggunaan jam telah
diubahsuai. Lewat abad ke-17, ladung telah diubahsuai menjadi jam oleh seorang saintis.

2
hakikat realiti, kewujudan dan dunia sebenar di luar alam biasa
Tambahan lagi, kajian telah dilakukan mengenai tekanan atmosfera dan ini membawa
kepada penciptaan enjin stim. Pada peringkat awal ianya hanya digunakan untuk tujuan
perlombongan namun kuasa stim telah mula menjadi instrumen untuk mengubah
ekonomi pertanian dan juga industri. Dari segi pentadbiran pula, cara kaji selidik dan
membuat peta telah menjadi amat berguna dalam perniagaan hartanah dan cukai (Sir
George Clark 1960: 167-168). Ini telah menyumbang kepada salah satu faktor
modenisasi.

Anda mungkin juga menyukai